Long dah lama di kebun masa aku baru nak pergi breakfast. Dah basah bojot baju dia berpeluh sebab menyangkul. Aku tak join Long di Zone 3b instead aku mencabut kacang di Zone 4. Laaa, muda-muda lagi kacangnya. mak ada datang beritahu yang ada orang nak 3 kilo, so aku tunjukkan kat mak yang kebanyakan perdu yang aku cabut tuh tak ada kacang yang boleh dipetik pun sangat, masih belum betul-betul berisi. Aku nak cabut just a few perdus untuk di kasi kat menantu-menantu, keluarga Chu.
"Dah, macamana, orang tuh nak 3 kilo", mak tanya.
Geram jer aku nak jawab, "Dah, macamana, kacangnya belum berisi".
So aku berhenti mencabut kacang, aku ke Zone 1, menyangkul di situ. Aku meluaskan lagi kawasan yang boleh ditanam, sikit demi sedikit aku cangkul sampaikan pisang-pisang tuh rasa macam dah terpinggir aje. Zone 1, tanahnya in between pokok pisang. Rasa macam nak tebang jer pisang-pisang tuh sebab sekarang nih pisang berpenyakit, MOKO, last week dua kali keluar paper pasal serangan penyakit MOKO di daerah Raub nih.
"Minggu depan tak tahu lah balik ker tidak", kata Long sebelum dia balik ke Jerantut just before Zohor.
"Tak kisah, bukan nak cepat sangat pun sebab nak selang seminggu tanam kacang pasal nanti berisinya masa musim Raya", aku kata gitu.
Ada 4 orang datang nak beli kacang, aku dah lama pesan kat mak kata yang kacang kat Zone 4 tuh belum sesuai utuk dicabut, dan kalau dah boleh dicabut pun, aku nak buat benih aje. Tapi mak tetap kata, "Ada orang datang, deme nyer nak beli kacang". Lirikan mata mak tuh memang suruh aku pergi cabut kacang. Pagi tadi mak siap kata, "Orang tu tak suka kacang yang tua-tua, dia nak yang muda". Aku tahu sangatlah yang ayat tuh mak create sendiri.
"Kalau ada orang tanya, kata yang kacang dah tak ada", aku pesan kat mak.
"Dah banyak ngat dah benih yang mak kupas", kata mak. Tak puas hati lah tuh.
"Mak, setakat benih yang ada lima enam bekas tuh memang tak cukup", aku kata gitu. "Tapi kata nak tanam sampai ke depan sana tuh?", aku kata kat mak.
"Nak mengupasanya tu yang tak daya nya", kata mak.
"Tanam dengan kulit-kulitnya sekali pun boleh", tak payah kupas (kulit)', aku kata gitu.
"Tapi lambatlah cambahnya", kata mak.
"Habis, nak buat macamana?", aku tanya.
Lepas Asar aku cuma sempat menanam 5 baris jer kat Zone 1, sebab hujan turun. Tapi tak lebat, renyai-renyai aje gitu, dan the moment aku masuk rumah, hujan pun berhenti. Tak kan aku nak tukar ke pakaian kerja semula kan?
Kuliah Maghrib harinih best, walaupun aku keletihan tapi aku dengar dengan kusyuk, tak macam selalu tuh, fikiran asyik merewang ke tempat lain. Jamuan lepas Tahlil pun best. Sampai pukul 12 aku melayan tengok The Amazing Race sama Survivor.