Tuesday

Isnin - 29042013

Kedai jual baja tak bukak lagi, sampai 2 kali aku pergi (dan 2 kali mengeteh) barulah bukak, beli 3 guni baja, RM 96. Aku dapat tahu yang baja-baja tuh dari Kelantan, baja subsidi yang tak sepatutnya dijual. Kat Kelantan, sapa ada geran tanah jer, semua dapat baja subsidi, betul ker hah?

Lambat kerja-kerja membaja aku sebab dah lah kawasan sempit, aku kena cabut dulu rumput rampai, pokok renek yang dah mula tumbuh meliar sebab hujan. Aku tak nak rumput tuh turut sama menikmati baja yang aku tabur tuh. 

Macamana pun aku puas hati dengan hasil kerja aku, jadi bersih dan tersusun jer tanaman kacang aku. By 10 aku dah siap membaja 5 baris kacang, dan tibalah masanya aku nak break, kan? Dah dehydrated sangat dah aku masa tuh, aku kena basahkan tekak lah pulak. Masalahnya, mak ada kat kawasan sekitar, asyik berlegar-legar jer. Aku tahulah yang mak, selain dari membakar sampah, mak peratikan kerja aku. Aku dah bersedia dengan jawapan, kalaulah mak kata yang bajanya banyak sangat ker, pokok kacang rapat sangat ker. Satu persoalan yang aku dah sediakan jawapan, mak sure akan kata yang aku salah membaja sebab tuh ada kacang yang layu, yang mati. Tapi aku tahu yang itu bukan puncanya, sebab ada a few pokok kacang yang belum aku taruk baja, yang dah layu dan mati. Pelik aku, nasib baiklah cuma kat Zone 2 aje yang macam tuh. Kat Zone 3b pun ada jugak tapi tak banyak. 

Lan balik Shah Alam pagi nih, dan aku sama mak ke Raub, mak nak keluarkan duit Tabung Haji. Ida yang kasi suggestion suruh mak keluarkan duit Tabung Haji aje pasal duit kat bank tuh cuma untuk digunakan masa emergency aje, duit Tabung Haji, cuma mak yang boleh keluarkan. Pandai Ida nih hehehhe. 

Panas harinih so tak heranlah aku asyik minum ais aje. Dan tak heranlah jugak aku selsema, terbersin dan hidung berair. Sampai terkemut-kemut aku menahan air hidung dari terjurai masa sembahyang kat masjid.

Lepas hantar mak (ada majlis bacaan Yaasin untuk PAS), aku tidur sekejap. Lepas Asar sempatlah aku habiskan kerja-kerja membaja kat Zone 2, so esok pagi bolehlah aku mula kat Zone 1. Tak cukup rasanya 3 guni baja tuh sebab kat Zone 2 tuh jer seguni baja yang aku guna. Tak sempat nak menyiram, tanah dah merekah dah pasal panas, esok aje lah kot. 

"Mak nak ke majlis baca Yaasin, Sembahyang Hajat, kat Markas PAS lepas Maghrib kang tapi macamana dengan Chu, Makcik Esah? Deme nyer tak nak pergi, deme nyer orang UMNO", kata mak. 

"Tak apalah, saya hantar deme nyer dulu, lepas Isyak karang. Lepas tuh saya datang semula jemput mak", aku kata gitu.

Lepas Maghrib kitaorang (aku, mak sama sorang lagi jemaah perempuan) ke markas PAS yang tak jauh dari masjid tuh. Ada program untuk wanita, adalah dalam 10 orang jer. Aku rasa kat Sungai Ruan nih, Ah So lagi ramai yang sokong PAS dari perempuan Melayu sendiri. Melayu kampung nih susah sikit nak ubah cara pemikiran diaorang. Dapat baja sekampit pun sampai mati diaorang akan sokong UMNO.

Since tak ada apa nak buat dan kuliah pun tak ada malam nih, dan since aku pun tak berapa sihat, aku ke kedai makan lagi. Selsema macam nih, pekena tom yam pedas dan panas sama teh o limau panas, memang best.