Long dah start menyangkul kat Zone 3a, dan mak pun merepih kat kawasan cili, sedangkan aku baru nak ke kedai for breakfast. Mak nih, bila Long atau adik bradik ada balik, mak akan ke kebun, buat kerja. Kalau tak ada siapa balik, jarang pulak ke kebun, kata aku dalam hati.
Terfikir jugak aku, apalah yang mak sama Long kata dalam hati bila tengok keadannya aku yang tak serajin macam diaorang yang awal-awal pagi lagi dah ke kebun. Argh, lantaklah, bukannya aku tak buat kerja, kan?
Serba salah jugak aku nak buat apa, nak menyiram ker? Nak tolong Long menyangkul, mak guna cangkul, cuma ada dua cangkul aje. Nak cabut kacang, kena disiram air dulu. So aku menyiram kat Zone 1, jauh sikit dari tempat mak sama Long kerja. Lama aku menyiram sebab aku make sure kawasan tuh betul-betul basah, esok petang jer aku akan siram lagi kat situ.
Terfikir jugak aku, tentu mak sama Long fikir, buat kerja yang tak macho, lama pulak tuh. Argh, lantaklah, apalah aku nih, selalu sangat fikir apa yang orang tengah fikir.
Bila mak dah balik (kejap jer kerjanya) teruslah aku ke Zone 4, mencabut kacang. Again, frust aku bil cabut aje, cuma dapat sesebijik dua aje kacang yang elok. Damn tikus. Jagalah korang nanti,aku nak taruk racun banyak-banyak.
Aku nak pergi beli paper sesambil break bila aku tengok kat dataran Pekan Sehari tuh ramai orang tengah pasang sepanduk, bendera. Orang PAS, DAP sama PKR. Semalam aku tengok video clip Hari Penamaan Calun Putrajaya, itupun aku boleh keluar airmata, so tak heranlah bila tengok orang tua-tua, budak muda, Melayu, Cina yang bekerjasama tuh, laju jer airmata aku mengalir.
Since aku tak ada bantu apa-apa pun so aku pergilah dekat diaorang, just nak nampakkan muka, jugak nak tengok kalau-kalau ada muka yang familiar. Ramai yang selalu berjemaah kat masjid yang ada kat dataran tuh, aku macam lega bila tengok diaorang. Dan diaorang ada yang macam terkejut, ada yang senyum, ada yang tegur aku, ada yang even datang bersalam dengan aku. Selama ini memang diaorang tak tahu yang aku nih condong ke mana, mungkin diaorang ingatkan aku nih sokong BN. Diaorang tak tahu yang aku jadi ahli PAS sejak masa student lagi. Aku tengok jugak kalau-kalau ada muka-muka yang aku rasa orang kuat BN yang kat situ. Tok Empat, dan a few others (yang datang masjid naik Mercedes, Volvo, yang pakai smart-smart, yang pencen dan berumah besar, tak ada muka-muka tuh. Aku dah agak dah diaorang nih penyokong setia BN) memang aku dah agak tak ada.
"Awak nak pergi pasang bendera? Awak mengundi di mana?", Long tanya aku bila aku kata aku nak pergi tengok orang pasang bendera, nak tolong apa-apa yang patut.
"Parlimen New York", aku kata gitu.
So aku pergi lah menyusur jalan, sampai ke dekat Sekolah Sains di Pintu Padang, then ke Pekan Sungai Ruan. Rupanya konvoi tuh dah ke Jelu, diaorang pasang bendera sampai kat kawasan Dong. Jelu tuh kawasan orang Kelantan semuanya.
Long balik ke Jerantut sebelum Zohor, lepas sembahyang aku tidur aje lah, sedar-sedar dah nak Asar.
Keadaan sekeliling gelap, guruh berdentum dentam tapi aku menyiram jugak. Jiran kitaorang, Rie Tabligh tengah sibuk buat gelanggang tinju Thai, betul-betul kat sebelah kebun kitaorang, so aku sembang dengan dia kejap. Pelik jugak aku orang kuat Tabligh macam dia tuh, boleh terfikir nak buat benda-benda gitu. Kalau bercucuk tanam kan ker bagus? Then again, dia selalu keluar tabligh, kan, masa bila nak berkebun.
"Daripada budak-budak muda meniarap atas motor, biarlah buat gelanggang nih", kata Rie Tabligh, macam dia tahu jer persoalan aku.
Aku cadang nak menyangkul sebab masih awal, belum pun pukul 6, tapi kaki aku terpergi ke arah kedai.
"Aok nok koner terh? (Awak nak ke mana tu?)", Makcik Rempit tanya aku. Aku tak perasan dia tengah melepak sama Makcik Milah tokay kedai runcit.
"Jangan kabor ke mak yerk? (jangan beritahu mak, ok?)", aku kata gitu sambil gelak, tapi dalam hati aku kata, mamposlah nanti sure dia beritahu mak, dan akhirnya melarat-larat ceritanya nanti tuh. Sedangkan aku nak minum aje.
"Mat nyer tak boleh kabor ke mok aok? Aok takerk (takut) mok aok kata aok makan di kedei (kedai) sokmo?", Makcik Rempit tanya. Ha, tengok tuh, kan aku dah kata, geng-geng nih suka buat andaian dan cerita sendiri.
Aku makan tom yam, telur dadar. Ish, aktiviti makan kat luar aku nih dah macam parah jer, kena sekat sikit nih, nanti jadi habit pulak.