"Teruk betul awak batuk malam tadi, macam mak dulu tuh. Pergi klinik lah, sebab habuk debu tanah tu agaknya", kata mak masa nak pergi Subuh tadi.
Memang teruk aku batuk semalam tuh, aku rasa mungkin sebab aku banyak sangat minum ais dalam sesehari dua nih, malam pulak tidur berlenggeng with kipas dipasang full blast.
Aku breakfast kat kedai, sebab nak cepat, malas lah nak prepare breakfast kat rumah, aku ada hal lebih penting yang nak dibuat, tau dak? Ekekekekek.
Siksa jugak mencabut kacang-kacang terakhir di Zone 3b tuh, tanahnya liat sangat, walaupun semalam adalah hujan sesikit. Walau macamana pun aku bertekad yang aku akan siapkan jugak mencabut kacang tuh harinih, kalaulah tak siap, esok aku akan tetap pergi hantar kacang ke Cina Sempalit tuh, setakat mana yang ada.
I was a little surprise balik minum (minum kali kedua, kerja mesti ada break, kan? hehehhe) tuh bila aku tengok mak ada mencabut kacang, ada dalam sebaris setengah aje lagi. Cadangnya aku nak cabut petang nanti pasal masa tuh dah sebelas lebih, kalau aku berhenti pun kira dah ok dah. Tapi sebab ada mak, maka terpaksalah aku teruskan kerja. Terfikir jugak aku, either memang kebetulan, atau mak nih memang licik orangnya (licik in a good way lah). Aku boleh bayangkan yang mak akan beritahu sapa-sapa yang berkesempatan, "sampe ke tengahari kome nak menghabiskan caberk/cabert (cabut) kacang, habis dah lah kacang di situ kome caberk/cabert". Terfikir jugak aku, kalaulah tiap hari masa aku cabut kacang, mak datang tolong, mungkin jadi ringan sikit kerja aku. (Then again I'd rather kerja sorang-sorang). Macam yang aku cakap tadi, mak nih pandai, she wants to get involved, she wants to be in the picture, so masa yang paling sesuai sure lah hari terakhir mencabut kacang (kat Zone 3b) kan?
"Jom lah singgah rumah Makcik Lijah, ambik duit", aku kata kat mak, balik dari sembahyang Zohor.
"Tak payah lah, segan pulak nak memintaknya", kata mak.
Aku ajak mak singgah tuh bukan apa sebab tadi mak dah tanya, samada aku dah pergi ambik duit ke belum. She knows very well yang seharian aku di kebun, masa bila pulak aku ada masa ke rumah Makcik Lijah tuh?
"Ikut awak lah", kata mak bila aku kata yang Makcik Lijah tuh akan bayarnya lah duit kacang tuh. Terfikir jugak aku apa pasal mak concerned sangat pasal duit tuh, sedangkan aku yang membanting tulang kerja, aku selamba aje.
"Bila awak nak hantar kacang ke Cina Sempalit tuh?", mak tanya.
"Pagi esok, lepas tuh saya nak ke Pejabat Pertanian Pintu Padang", aku jawab gitu.
"Mat nyer tak hantar petang ni? Ketidak (kalau tidak) rugi jer pagi esok awak tak boleh buat mende-mende (tak boleh buat kerja lain lah maksudnya)", kata mak lagi.
"Tak sempat petang ni, kang nak hantar mak ke masjid, kalau saya lambat kang, sapa pulak nak menjemputnya?", aku jawab gitu.
"Petang nih tak ada Ustaz tuh", kata mak.
Laaa, apa pasal tak kasi tahu awal-awal, tanya aku dalam hati. Knowing mak, kalau dah mak cakap gitu, aku better off turutkan aje, walaupun aku tahu yang masa suntuk sangat, aku pun belum makan (mak puasa), kacang pun belum habis dicuci, akar kacang belum dimasukkan betul-betul dalam guni. Semua kerja tuh aku cadang nak buat petang nih, lepas Asar.
So kelam kabut jugak aku lepas tuh, masukkan akar kacang yang dah kering tuh, mana yang sempat aje ke dalam 2 guni. Then cuci kacang, masukkan dalam 3 guni. Kalau buat kerja berdua memang senang tapi aku sorang, mana nak tuang kacang dalam guni (berat dan basah), buat pun dalam keadaan tergesa-gesa, itu yang aku hempas-hempas kan aje tong kacang, aku hentak-hentak kan aje baldi yang penuh dengan kacang tuh. Bukan lah nak marah kat sapa-sapa tapi bila keadaan macam tuh, it's only natural lah kan kita jadi kelam kabut. I'm only human kan? Bukannya aku nih penyabar sangat orangnya.
"Apa pasal?", tanya Samad bila aku makan cuma dua tiga suap nasi, then terus cuci tangan. Sure dia terasa hati, lauk kedai dia tak sedap ker, tentu dia fikir gitu. So aku beritahu dia yang aku kalau dalam keadaan cuaca panas, tergesa-gesa-gesa pulak tuh, memang aku makan sikit jer.
"Saya banyak minum jer, nak makan memang tak lalu", aku kata gitu sambil terus habiskan segelas besar air asam boi.
"Itu akar ada bawak?", tokay kedai kacang Sempalit tuh tanya aku.
Aku tunjukkan dia 2 guni tuh. Lama lah pulak menunggunya Ah So yang di bahagian beli kacang tu, dekat setengah jam aku tercegat peratikan kedai tuh yang tak putus-putus dengan orang datang membeli kacang, buah-buahan.
"Ini macamana mau kira?", Ah So tuh tanya aku pasal akar kacang tuh.
"Lu angakt saja lah, saya mau lu tengok itu kacang", aku kata gitu.
Pelik aku apa pasal diaorang lebih bayak tanya pasal akar kacang tuh daripada 3 guni kacang yang aku bawak. Sedangkan aku lebih "bimbang" pasal kacang tuh, iyalah kan, nak jualnya kat Cina, kat tokay kacang yang established pulak tuh, sure banyak komen nya.
"Lu angkat ini wang 30", kata Ah So tuh.
Holy nuts, aku cadang nak kasi free aje akar tuh sebab akar tuh penuh dengan tanah, memang tak ada guna pun bagi aku, kitaorang dah bakar banyak dah pun. Tapi, dah Ah So tuh kasi duit, aku terima aje lah. 6 kilo beratnya, aku rasa 3 kilo berat tanah. Kalau aku tahu diaorang nak akar tuh, harus aku bawak banyak-banyak.
"Kalau lu mau, lu mari saya punya rumah lah, lu angkat sendiri itu akar, saya punya mak mau kasi bakar", aku kata gitu.
"Saya tarak masa lah mau kasi potong itu akar, saya lagi mau tanam kacang. Lu angkatlah, saya kasi free saja", aku kata gitu.
Ah So tuh ambik nombor aku, dia kata Saturday nanti diaorang nak datang ambik sebab diaorang pun duduk Sungai Ruan jugak. Then Ah So tuh timbang kacang-kacang 3 guni tuh. Banyak lah pulak songehnya Ah So tuh, dia kata kacang tuh masih muda, belum cukup tua, dan dia tanya aku apa pasal kacang tu basah. Aku katalah yang orang kampung suka kacang yang tak tua sangat sebab kalau tua, susah nak kupas sebab isinya penuh. Kacang tuh basah sebab aku semburkan air, lepas 2 hari aku jemur. Malaslah aku kata yang aku jual kacang dengan harga kacang basah, tak kan nak kasi dia kacang yang kering, kan? Aku beli kacang kering dari diaorang dulu tuh RM 12 sekilo. Harga kacang basah dalam RM 5 ke RM 6 sekilo. Bila dia banyak sangat mengomelnya aku jadi macam serba salah.
"Itu macam tak apa, saya angkat ini kacang, saya jual kampung saja, banyak orang mahu", aku kata gitu.
Aku tak pelik langsung, dia tak nak beli, ukor berebert/bereberk (berebut) orang lain nak kacang aku.
Tapi Ah So tuh kata tak apa, so dapatlah 76 kilo semuanya, aku kata just bayar untuk 75 kilo saja, sebab nak cover "ketidakpuasan-hati" Ah So tuh tadi. Entah-entah happy sakan dia sebab dapat beli kacang dengan harga murah. Aku tak tau lah selok belok orang berniaga nih.
Lepas tuh terus aku ke Pejabat Pertanian di Pintu Padang, kat depan tuh aje, depan Sekolah Sains. Kalau jauh, sorry lah aku nak pergi. So aku ceritakanlah pasal projek aku tuh, ada 3 orang Pegawai yang mendengarnya, diaorang kata aku kena ke Pejabat Daerah dulu, register kat situ, under program E-kasih kalau tak silap aku.
Panik jugak aku bila diaorang kata nak datang melawat "ladang kacang" aku sedangkan kacang tuh cuma di tanam kat sekeliling rumah. Diaorang respect gila bila aku kata aku supply kacang kat Cina Sempalit tuh.
"Macamana diaorang boleh nak? Hebat tu. kacang diaorang kacang diimport", kata one of the guys.
So bercerita-ceritalah pasal kacang, pasal pemasaran (yang tak ada masalah langsung, kan ker "ukor berebert" orang nak kacang aku?), macam-macam lagi lah. Aku ke situ tuh bukanlah sebab aku nak sangat bantuan pun, saja jer lah nak tengok keadaannya, kalau dapat baja free pun ok gak. Tak dapat pun, ada aku kisah? Aku boleh beli sendiri, kat kedai sebelah perain durian/pisang tuh, murah-murah bajanya, seguni 50 kg tuh harganya RM 30 jer. Tapi, kat guni baja tuh ada tulis "Tidak Untuk DiJual". Maknanya itu baja subsidi yang pejabat Pertanian kasi kat peladang, instead diaorang jual.
Sampai rumah just masa untuk Asar. Lepas sembahyang tuh kitaorang ke rumah Makcik Lijah, nak buat pura-pura tanya, samada dia nak kacang atau tidak esok hari. Selamba jer dia bayar hutang, dan dia nak aku hantar 20 kilo kacang Jumaat sama Sabtu. Mampos, kata aku dalam hati.
"Dekat nang (enam) ratus (ringgit) kita dapat harinih", kata mak.
"Awak berihat jer lah petang ni, tak payah ke kebun lah", kata mak lagi. Memang plan aku gitu, nak lepak aje lah petang nih, letih sangat aku seseminggu dua nih. letih kerja, letih dengar lagu dance music, lagu dangdut.
Memang betul pun pemerhatian aku. Masa dalam kereta nak ke masjid, aku dengar jer mak bercerita kat Chu. memang style orang tua, style orang kampung lah kan, bila bercerita, bercakap tuh, lebih sudu dari kuah. Cerita yang tah apa-apa, diolah jadi dramatik sangat. Memang aku perasan sangat dah style orang tua kampung bercakap, selalu aku peratikan mak, Makcik Lijah, Makcik Milah (tokay kedai), Chu, and a few others (Makcik Esah aje yang aku tak dapat peratikan sangat sebab memang jarang dengar dia bercakap, tak ada kesempatan), diaorang kalau bercerita tuh, banyak benda yang ditokok tambah, untuk dijadikan penyedap cerita. Dengan orang tua-tua nih kan, lagu slow rock tuh diaorang akan jadikan lagu dance music, lagu dangdut. Apatah lagi lagu Hindustan kan? Siap berguling-guling lagi diaorang bercerita. Gitu lah analogi nya.
For the first time aku rasa macam 'bimbang", teringat jugak kat Forex, masa kat masjid tadi. Biasanya aku tak ingat apa-apa pun tapi tadi, tepat 7-45 pm aku kata dalam hati, market tengah kucar-kacir nih sebab 7-45 pm tuh Minimum Bid Rate untuk EUR akan diannounce. Semenjak dua menjak nih sebelum ke masjid, aku cuma dapat pasang Pending Orders dan lihat hasilnya bila aku balik dari masjid. Dari pukul 7 sebelum US Session mula, masa tuh sibuk biasanya, lots of actions, so aku miss semuanya tuh.
Tapi on the other hand, aku rasa ok jugak aku tak dapat monitor sangat Forex aku pasal kalau aku sentiasa di depan laptop, sure aku akan gatal jari nak either masuk new positions, cut loss cepat-cepat atau closekan position dengan profits paling minima.