"Mat nyer awak beli makanan, mak ada buat nasi goreng tadi terh", kata mak, bila nampak aku menjinjing plastik bag yang ada a few bungkus nasi lemak untu AdikDin, kawan dia, dan untuk mak.
"Tak apalah", aku kata gitu, sambil jeling apa yang mak buat.
Entah apalah mak nak buat agaknya kat kebun, kat kawasan mak tu lah, ituhari aku dah sorok cangkul yang kecik, aku tinggalkan cangkul besar yang berat, sebab aku rasa mak tak larat nak guna cangkul tuh. Apa-apa lah, memang selalu "kebetulan" macam tuh, bila ada anak cucu balik, mak akan ke kebun. Mungkin sebab mak tak ada apa nak buat kot, nak tengok tv, AdikDin sama kawan dia tidur kat hall. Depan tv.
So aku terus aje Pejabat Pos, nak hantar 6 orders kacang yang dah lama tertangguh tuh. Petang kang hantar lagi sikit. Lupa pulak aku yang harinih Pekan Sehari Sungai Ruan, so ramailah orang. Ada masalah pulak pasal saiz kotak, tak ada kotak untuk 3 kg, yang ada cuma 2 kg sama 5 kg, so aku terpaksa pindahkan kacang yang aku dah isi elok-elok dalam plastic bags tuh.
"Ini lu mana bili?", tanya AhSo sebelah masa aku tengah isikan borang poslaju.
"Sindiri tanam, mau kasi juai sama olang", aku jawab gitu.
"Ada lagi ka, saya mau bili. Belapa juei?", tanya AhSo tuh lagi.
So aku kasi tahu yang semua tuh aku nak kirim kat orang, kalau nak beli, datang rumah, atau kasi alamat dan aku akan hantar. Tapi AhSo tuh merengek-rengek, so aku bagi lah dia beli kacang tuh, sebab aku tahu yang kat rumah masih ada belen kacang yang bercabut.
"Kawaih nak beli jugerklah, juei ke kawaih ser", kata this one guy.
So aku juallah kat mamat tuh.
"Saya pun nak beli, ada lagi dak di rumah? Saya nak 2 kilo", kata one of the keranis.
"Saya pun nak 2 kilo", kata the other kerani.
"Tengahari karang saya hantar, saya nak datang lagi ke sini petang nih", aku kata gitu.
Damn, uko berebut orang nak beli kacang aku sedangkan aku bukannya jual kat Pekan Sehari, aku kat Pejabat Pos.
"Anak Cik ker yang buat jualan kat internet nih?", tanya kerani muda tuh.
"Tak, saya buat sendiri", aku kata gitu. Terasa hati aku, tau dak?
Tapi nasib baiklah dia tak tanya, "Anak Pakcik ker yang buat jualan kat internet nih?". Agaknya kalau dia tanya gitu, haruslah aku sentap, terus aku tak nak jual kacang kat dia, terus aku blah gitu aje, baik aku ke Pejabat Pos Raub. And on the way out tuh akan aku hempaskan pintu.
Then aku terus bergegas balik sebab aku kena cabut lagi 8 kilo kacang. Inilah namanya tak ada kerja cari kerja. Tapi at the same time aku rasa happy, bersemangat jer, mengenangkan yang kacang aku mendapat sambutan.
Nasib baik lah tak ada Keling yang nampak tadi tuh, tak kalu, sure melutut-lutut, merayu-rayu nak beli kacang aku, iyalah kan, Deepavali dah dekat nih.
Aku tengah ralit mencabut kacang bila aku teringat sesuatu. Fuck! AhSo tadi kasi aku RM6 sedangkan dia ambik kacang seberat 2 kilo yang sepatutnya RM12! Ekekekek, murah rezeki AhSo tuh. Itulah aku nih, aku kerayan sangat tadi sebab ramai yang nak kan kacang, so aku tak pay attention sangat pun.
Rupanya aku macam mak jugak, mudah sangat keri/kerayan ekekekke
Aku beritahu AdikDin yang aku terpaksa cabut semua pokok kacang yang aku reservedkan untuk kawan dia tuh sebab diaorang nak datang minggu depan, lambat lagi tuh, nanti kacang akan jadi tua sangat, dia akan cambah sendiri. Lagipun aku ada banyak orders yang nak diselesaikan.
"AdikDin buat mender nyer di situ?", Ida tanya kat talipun masa aku tengah ralit sembang sama AdikDin, sesambil meleraikan kacang yang dicabut tuh.
"Lah, dia nak duduk sini lah, dia tak sabar sangat nak jaga mak, tambah-tambah dapat seribu sebulan nanti", aku kata gitu sambil gelak-gelak.
"Laaa, itu baru perancangan jer", kata Ida.
Tak ada issue semasa yang kitaorang sembangkan, cuma Ida kata yang ituhari dia ada baca paper, ada orang tuh income dia RM 80,000 sebulan, tanam cili macam yang aku buat nih, buat depan rumah jer, perempuan pulak tuh.
"Buat mender nyer awak tanam kacang, kacang bukannya boleh dapat 80,000 sebulan". Baik awak jaga beterl-beterl (betul-betul) lada yang awak tanam tu", kata Ida, bila aku kata yang macam tak terbela jer cili kitaorang sebab aku tak ada masa, dan Long kalau balik weekend pun, dia lebih pentingkan pasal nak menggali batang pisang yang dah ditebang.
"Ikut sangat cakap mak, mak memang lah, kalau boleh kawasan nih nak lawa macam taman", aku kata gitu.
"Akhir bulan depan Pak Itam nak ke KL, awak ok ker duduk sini? Tak pun awak ajak Yami sekali, dia cuti semester kan?", aku tanya AdikDin.
"Bulan depan? Bulan 12 pergi KL lagi?", AdikDin tanya aku.
"Yer lah, dah ada orang duduk sini, lama-lama nanti tereh (terus) tak balik-balik dah", aku kata gitu sambil gelak-gelak.
"Jangan lah, gilir-gilirlah", kata AdikDin.
"Tengah fikir nih, nak buat mender kalau duduk di sini", kata AdikDin lagi.
"Awak nak fikir benda nya, macam Pak Itam ni lah hidupnya, ke kebun, ke masjid, ke kebun, ke masjid, lepas tuh tidur. Tak dapat nak buat benda lain nya lah. Sebab tu Pak Itam nak ke KL ni", aku kata gitu.
Tak lama tuh AdikDin sama kawan dia pun balik ke Jerantut, guna kereta Long sebab Long di KL bawak budak sekolah pergi lawatan.
Balik aje dari Zohor aku terus keluar, tak makan pun sebab mak tak masak, nasi goreng berlambak. Aku tak beritahu pun mak, aku assume mak tahu sebab aku dah masukkan kacang dalam kereta, dah susun ikatan-ikatan akar pokok kacang dalam bonet. Since mak ke surau jalan kaki, dan hari pun tak ada gaya macam nak hujan, itu yang aku blah awal sikit tuh, tak pernah pun aku keluar ke mana-mana sebelum mak ke surau. Tapi, aku kan ker businessman? Ekekekekke
So settled masalaah penghantaran kacang, dan kerani Pejabat Pos tu pun happy dapat beli kacang, siap ambik nombor talipun aku lagi tuh, mana tahu kawan-kawan diaorang nak beli kacang.
Aku kena buat business card nih nampak gayanya ekekekke
Then terus ke Kedai Kacang Sempalit, dapatlah sikit duit minyak hasil jualan akar tuh, bersamaan harga 10 kilo kacang.
Tadi Ida ada kata yang dia ada masukkan duit RM100 (untuk bulan depan) ke account aku, so aku rasa aku nak keluarkan lah duit tuh, dicampur dengan hasil jualan harinih, aku nak masukkan dalam tabung kat dalam almari dapur tuh. Sebab so far aku tak masukkan pun duit kat situ lagi, semuanya habis aku gunakan untuk beli barang kegunaan projek cili, beli baja, dawai, sabut, stuff like that.
Takut jugak nanti ada suara-suara gossip yang kata, "Entah, katanya jual kacang sana sini tapi tak ada pun duit nya dalam bekas plastik terh". Mungkin ayat tuh dah pun diperkatakan, mana lah aku tahu.
Masa aku jolok kad, aku terperasan yang ada RM100 extra dalam account aku. Senang jer nak perasan sebab aku tahu berapa sen yang sepatutnya ada dalam account aku. Sapa pulak yang masukkan duit tuh? Duit tuh dimasukkan hari Jumaat. Bukan Teh pasal aku messaged Teh hari Ahad, lagipun tak kan Teh masukkan seratus aje? Hehehehe Dan aku tak ada pun kasi account number aku kat pembeli-pembeli kacang, so sapa hah yang bermurah hati tuh? Lan/Rozi kot?
Eh, tak kan Lan/Rozi masih baca blog aku? Hmmmm....
Tersengih aku, tersengih dalam kesedihan bila memikirkan yang how kampung, how miskinnya aku, sebab lepas tuh aku masuk KFC. Ha, KFC kau, kau mampoo? Hehehehhe
Tapi tak apa, itu tandanya aku bersyukur, kan? I'd rather tersengih dalam kesedihan daripada sedih dalam kesedihan.
Lepas Asar aku sambung menanam, akhirnya siap kat plot tuh, ada 14 baris kesemuanya. Then pindah ke tempat lain pulak, dapat a few baris, benih pun habis. Habis sekilo. Basah badan aku berpeluh sebab aku menyangkul dalam-dalam, biar tanah bergembur elok. Lagipun EnRoss kata dia nak datang ambik kacang petang nih, so kalau dia tengok aku berpeluh-peluh tuh, sure dia respek kat aku sebab kuat kerja. Tapi, tunggu punya tunggu, tak ada pun batang hidung dia, so aku pun sambung mengopek kacang. Dan peluh pun kering.
UstazTab tak datang malam nih. Tapi, ada this one guy yang berpakaian Baju Melayu serba hitam, bersampin bagai, macam budak Diploma nak convo, yang ke hulu ke hilir, mundar mandir, tegur jemaah sana sini. Aku peratikan aje. Lepas Maghrib, baru dapat tahu yang dia tuh Tabib, nak kasi penerangan pasal Kaedah Perubatan Islam dia.
Hmmm, deja vu all over again.
"Dia jual ubat gayanya. Tak nak, tak nak, tak nak", aku berbisik kat brother yang sama tertipu beli ubat mata dulu tuh.
Tabib tuh pun kasilah penerangan dia, banyak ayat Quran, Hadis yang keluar. Dan banyak, banyak gila cerita-cerita ajaib pasal perubatan dia menyembuhkan segala macam penyakit. Kat merata dunia dia pergi, dan banyak dia kasi contoh, testimoni etc.
"Diaorang nih, mana lah kita tak terpengaruh....", kata brother tuh kat aku.
"Dia jual apa sebenarnya nih, tak ada cerita pun, tapi dia ada sebut pasal bekam", aku kata.
"Awak ada baca Metro harinih dak, pasal Ustaz Malaysia di Kemboja yang buat banglo mewah guna duit derma tu? Gila deme nyer nih, tak takert (takut) lalu", kata brother tuh.
Sampai ke sudah Tabib tuh bagi contoh-contoh like, "Esoknya terus hilang sakit dia" "Lepas jer dia berubat, terus hilang semua penyakit dia, tak ada lagi darah tinggi, diabetes, sakit jantung", "Saya tengok jer dia saya dah tahu dia sakit apa", "Seminggu lepas tu dia terus boleh berjalan", "Dua hari lepas berubat dengan saya, dia rasa macam orang baru, sampaikan suami dia pun kata, she's like a virgin, macam anak dara"
Like a virgin
Touched for the very first time
Like a virgin
When your heart beats (after first time, with your heartbeat)
Next to mine
Ha, dah aku termenyanyi ekekekke
Hebat sungguhlah Tabib tuh menceritakan pengalaman dia, tapi aku dengar jer lah. Once bitten twice shy punya penangan kan? Sampai sekarang aku terasa kebodohan aku diperbodoh, ditipu dek Ustaz Ubat Mata tu dulu, potong kote lah aku nak percaya benda-benda macam nih lagi.
Pelik aku, metang-mentanglah Ustaz, dia menipu kat masjid. What a baloney lah diaorang nih.
"Ini tak payah tengok, dah tahu kena buat bekam nih", kata Tabib tuh kat Rizal yang tunjukkan kaki dia yang kena langgar dalam 6 bulan lepas tuh, sampai sekarang Rizal masih sembahyang atas kerusi sebab tak boleh nak duduk.
"Angkuh nya Tabib nih", kata aku dalam hati, masa tuh aku tengah bercerita kat EnRoss pasal kitaorang kena tipu ubat mata tuh dulu, jugak pasal Long yang kena tipu dalam RM 400, dek Tabib Bekam jugak.
So lepas Isyak tuh diaorang berkumpul kat hall/tempat makan, tak ramai yang ikut pun. Aku nak jugak tengok bekam yang macamana tapi Tabib tuh asyik mengumpulkan orang yang berminat, so aku terus panggil EnRoss, nak kasi kacang yang dia order. Dia gaya macam berminat jer dengan perubatan tuh sebab dia kata dia sakit kaki, sakit kepala.
"Mat nyer awak tak berbekam, Ariff?", aku tanya Ariff yang tiba-tiba keluar dari masjid, dengan a few others.
"Lima belas ringgit sebekas (one cup), dia suruh buat lima bekas sekurang-kurangnya, mamperh, dekat seraterh, bengkerap lah macam ni", kata kawan Ariff.
"RM 15 satu cup, baik awak buat kat Chu Bekam, RM 5 jer se cup", aku kata gitu kat Rizal yang baru sampai semula ke masjid, dia balik sekejap ambik duit agaknya tadi tuh.
"Tak apa lah", kata Rizal.
Biarlah, jenis babir (degil) masing-masing tuh, tak apa, sesehari dua nanti sure aku akan kata, "I told you so".