Monday

Isnin - 07102013

"Awak berenti dulu lah menyiram, hantar mak ke klinik kejap, dalam pepukul 11 kang awak datang jemput", kata mak masa aku tengah menarik paip nak menyiram. 

Aku perasan yang semalam tuh one of the misis kat Pejabat Kesihatan Ulu Gali ada datang masjid, agaknya dia yang suruh mak datang tuh, nak ambik ubat. 

Berjaya aku menyiram kesemua cili, kacang pagi nih, petang nanti kena disiram lagi nampak gayanya. Brutal sungguhlah cuaca sekarang nih, walaupun pagi petang bersiram, ada jugak kacang aku yang mati, yang lain tuh (yang dah tua-tua) macam tinggal nyawa-nyawa kacang jer masing-masing. Aku pasrah aje lah, kalau diikutkan hati, lantak lah apa nak jadi, tapi mengenangkan yang cuma dua tiga minggu ni aje lagi aku kena bekerja keras untuk menyelamatkan mana yang boleh diselamatkan, so aku buatlah mana yang terdaya. 

Tak ada UstazM tengahari nih, mungkin Kelas Mengaji digantikan dengan esok kot. So aku melepak aje lah, sempat tidur jugak seround. Lepas Asar aku ke Sungai Ruan, beli minyak (aku belanjakan RM 5 untuk pam air setiap hari), baja dan gula, sebab "habih langsung dah gula", kata mak tengahari tadi tuh.

Sampai dekat Maghrib aku menyiram, sebab kacang-kacang banyak yang tersungkur kepanasan, mampos lah kalau macam nih. Tension jugak aku dibuatnya.

Since Asar tadi, kat masjid, ada promosi rawatan mata percuma, bertujuan untuk jual ubat mata. And so lepas Maghrib (since tak ada Kelas Mengaji lagi malam nih, what's wrong dengan ImamHajiMat nih?) kitaorang pun buatlah pemeriksaan mata. Disembur kat dalam mata dengan cecair nih, PH then dipakaikan spek macam spek 3D tuh, untuk mengurut mata. After a few minutes Tabib tuh check mata kitaorang masing-masing. As expected, masing-masing ada masalah, ada yang matanya berselaput, ada yang banyak kolestrol, ada yang urat mata koyak etc.

Nak tergelak aku bila dia check mata this one guy dan dia kata, "Encik nih ada penyakit nih. Ada penyakit nih", mamat tuh toya jer. Takut jer jadinya.

Bila turn aku, dia kata, "Teruk sangat nih, habis koyak-koyak, pecah semua urat ni....". Aku tak terkejut pun sebab with me, semua yang buruk, semua yang paling teruk, itu semua sinonim dengan diri aku. Tapi aku tak ada lah ambik serious, aku siap buat lawak lagi. Orang lain tuh semuanya serious semacam, memang kalau dengar cakap Tabib tuh, dan-dan masa tuh jugak semua mata orang akan buta, sebab mata masing-masing semuanya perlukan rawatan segera. 

Mahal harga PH tuh, RM 480 untuk 4 botol (4 bulan punya penggunaan), tapi dijual ikut harga kos, RM 200 untuk satu set. Cara pemakaiannya ikut Sunnah, dipakai tiap waktu sembahyang (supaya tak lupa, itu jer tujuannya), baca Salawat, dan diurut mata ikut Sunnah. Ingredientsnya Air Zam-Zam dan pearl extract among others. Tak nak cakap banyaklah tapi aku terbeli satu set, aku siap tanya, kalau dalam masa 4 bulan aku masih pakai spek (Tabib tuh kata InsyaAllah dalam masa 4 bulan aku dah tak payah guna glasses lagi), aku nak komplen kat sapa? Aku berani beli tuh sebab kebetulan duit ada sesikit, dan tak ada benda lain dah aku nak beli (laaa, cocopeats? ekekekekke), minyak kereta dah taruk full tadi, baja dah beli, etc. 

Lagipun aku percaya yang InsyaAllah, aku akan ada duit nanti tuh, bila perlu. Memang selalu macam tuh Tuhan selalu tolong. Aku tak pernah bersangka buruk kat Tuhan when comes to benda-benda gitu.

Saspen jugak aku, manalah tahu mak perasan yang aku ada beli PH tuh, puas aku menyoroknya dalam gumpal kain. 

And so, malam nih bermulalah aku guna PH tuh, kau kira ok Dear Diary, ini Day 1.