Wednesday

Selasa - 01102013

"Moh kita ke Pekan Sari Sungai Ruan kejap, mak nak beli selipar. Uko puterh (putus) selipar nya gongong di anjing", kata mak pagi nih masa aku nak keluar breakfast, nak ke kebun.

"Tadi nak gerak awak (kejutkan dari tidur) awal sikit, Tihah kata nak datang mengaji. Tak nya datang-datang", kata mak lagi.

Aku tunggu dalam kereta jer mulanya tapi lama sangat mak membeli selipar, aku lepak kejap kat depan CCRC (Pusat Serenti) Sungai Ruan tuh. Banyak jugak benda lain yang mak beli. 

Mulanya memang malas sangat aku nak buat apa-apa kerja, sebab hari pun dah mula panas, dah lewat jugak dah. Tapi bila memikirkan yang tanaman aku memerlukan aku, aku pun menyiram. Lama tuh baru terasa seronok kerja, bila mengenangkan yang dalam dua minggu lagi kacang aku akan sedia untuk dicabut. Dan pokok cili pun nampak macam cantik aje, hijau jer masing-masing. Pokok-pokok cili yang dalam polybags, walaupun menghijau jugak tapi diaorang nih lembut, batangnya tak kuat, kalau dibandingkan dengan cili yang ditanam kat tanah.

Habis menyiram, aku menggemburkan tanah kat sekeliling pangkal pokok cili, mungkin sebab aku dah terbiasa menambun pangkal pokok kacang, itu yang pokok cili pun aku tambun jugak pangkalnya. Tak buat gitu pun tak apa, tapi nampak lawa dan berjaga kalau dibuat. 

Aku sekarang patut bersedia untuk buat batas, clearkan kawasan baru untuk ditanam kacang, now that benih akan ready soon. Aku macam teruja nak tanam kat between pokok pisangs tempat S kerjakan tuh, tanah di situ cantik. Tapi, segan pulak nak tanya S sebab nanti tentu dia kata, "letih-letih aku bersihkan kawasan nih, dia nak tanang kacang pulak". Memang itu tanah kitaorang tapi tak baguslah kalau aku bertanam di situ sebab kawasan tuh S yang cantikkan. Macamana pun ada a few more places yang boleh aku tanam, yang by that time aku "dah ada duit", yang berkemungkinan besar aku akan beli anak babi (mini tiller/mesin pembajak mini) sebijik, jugak pam air yang lebih besar. Silap-silap aku pasang sprinkler nanti tuh.

Lah, tapi kau kata kau nak duduk KL, tahun depan?

Bengap lah kau nih Dear Diary, kalaupun aku duduk KL, aku akan balik jugak sini, mungkin aku akan stay a few days kat KL, dan a few days kat kampung. Itu semua provided AdikDin (anak Long) setuju untuk ambik alih tugas aku, sekiranya Long masih tak pindah kerja kat Pejabat Pendidikan Raub. Aku kasi lah AdikDin duit kopi nanti tuh, aku kan ker nak jadi full-time Forex/Gold Trader nanti kan? Hiks!

UstazM dah menunggu, masa kitaorang sampai surau, itupun kitaorang pergi awal dari biasa. Mungkin sebab dia naik motor (kereta dia masih kat workshop) kot, itu pasal cepat. Mengaji petang ni paling aku suka sebab walaupun aku tak sempat nak praktis apa-apa, aku baca slow dan steady, tak ada yang kena tegur pun. 

Syukur Alhamdulillah, petang nih sebelum Asar, hujan turun. Tak lebat tapi petang nih sama pagi esok aku tak payah nak menyiram. Macamana pun aku ke kebun jugak, merepih rumput, membela pokok-pokok cili. Seround buat kerja, dapatlah dalam 100 pokok yang aku make good kan.

Kusyuk aku masa Kuliah Maghrib UstazTab tadi, mula dia cerita pasal tanda-tanda Tuhan sukakan seseorang, then pasal perkara-perkara sunat selepas sembahyang. Kalaulah aku ada duit, nak aku beli Kitab yang UstazTab baca/ajar tuh, banyak ilmu yang aku dapat dari Kuliah Ustaz tuh so far, ada jer "benda baru" yang aku belajar, infact apa yang Ustaz tuh ajarkan, semuanya aku cuba praktiskan. Sembahyang aku "lain" dari sembahyang dulu-dulu.

Tengah sedap-sedap dengar Kuliah, ada bunyi lagu. Rupanya cellphone UstazTab berbunyi. Kalau ring tone cellphone tuh nada biasa aje, tak akan aku tulis apa-apa kat blog nih. Tapi, ringtone cellphone UstazTab tuh, lagu! Lagu Alleycats yang liriknya goes something like this;

Tanyaku pada diri
Apakah ini semua cubaan belaka
Kesal ku tak berakhir, menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Batin ku menjerit namun tiada suara

I mean, for heaven sake, Ustaz pun pasang ring tone lagu? Unbelievable kan? Entah, tak tahu lah apa orang lain fikir, benda-benda remeh macam tu, what's so wrong dengan pasang ring tone kat cellphone kan? Tapi bagi aku, benda-benda gitu tak sepatutnya seorang Ustaz buat. 

Eh Dear Diary, I'm not wrong , am I? Entahlah but I pay attention to "small details" macam tuh. 

Ok Dear Diary, meh aku cerita pasal "impression", yang ini, first impression lasts. Sampai sekarang aku ingat.

Balik dari UK masa habis belajar dulu, aku buat Umrah, my first Umrah, so kau tahulah kan, aku masih "menggelegak". So aku diperkenalkan kat sorang student Indo  (dia belajar kat Mekah), Mutawwif aku, yang akan guide aku cara-cara nak buat Umrah. 

"Bertuahnya budak nih, best nya jadi dia", kata aku dalam hati. And so aku peratikan aje dia yang tengah menerangkan pasal Umrah. Then aku tertengok jari dia, kuku jari kelingking dia panjang, dia bela. I mean, ko nak jadi Mutawwif, patutnya benda-benda gitu ko jaga lah, sebab orang akan peratikan ko, ko patut kasi contoh yang baik. Ini, kuku jari sengaja dibela kasi panjang!

Again, "what's so wrong" dengan simpan kuku jari kelingking, kan? Tapi itu lah, first impression lasts, lepas tuh aku macam "ragu-ragu" jer dengan Mutawwif tu, aku cuma dengar penjelasan, penerangan dia aje, then aku refer kat buku Panduan Umrah.

Ok, now, with that 2 examples tuh, terfikir pulak aku, yang aku nih either bagus sangat atau memang aku nih jenis yang suka cari kelemahan orang aje. Diaorang nih pulak satu hal, dah tahu nak "deal" dengan orang banyak, patutnya hapuskan taik palat mu dulu.