Aku tidur sekejap lepas Subuh, bangun semula pukul 7-15 am, then terus bersiap nak ke kubur. Semalam pembuat kubur (?) ada talipun, suruh aku tunggu di kubur pukul 7 setengah pasal diaorang nak pasang kubur (arwah) pak.
Aku belum pernah ke kubur awal pagi, harinih Jumaat pulak, rupanya ramai orang melawat kubur pepagi Jumaat. Rizal sekeluarga pun ada, dan a few keluargas lain yang aku kenal jugak. Dalam sesetengah jam tengok diaorang pasang tiles etc, aku decided nak pergi minum, dari satu kedai ke satu kedai aku pergi, semuanya penuh dengan orang. Then aku ke Pintu Padang, bengap tokay tuh, dia buat tak layan jer aku, so aku blah. Last-last aku ke Sungai Ruan. By the time aku sampai balik kat kubur, semuanya dah siap dipasang, dan aku bayarlah harganya, RM 900, murah, aku puas hati sebab dengan harga semurah itu, hasilnya memuaskan. Aku teringat yang dulu MatNor ada kata yang upah dia, dalam dua ribu lebih harganya.
Aku cuma sempat menyiram part of kacang, cili aje pagi nih, kering sungguhlah tanah, kalau tak disiram, haruslah mampos semua tanaman aku. Yang aku peliknya, cilil yang aku sama mak tanam dulu-dulu tuh, yang dah dekat setahun hidup tuh, tak ada pun aku jaga, bela macam aku jaga, bela cili yang kitaorang tanam nih. Kitaorang biarkan aje cili tuh tumbuh, siram pun sesekali dua aje, membaja pun sama sesekali dua. Tapi cili yang projek aku sama Long nih, aku jaga, aku bela betul-betul, sampai nak sawan aku dibuatnya. Hehehhee, just kidding.
Aku tak tahu apa nak kata lah kalau cili nih tak menjadi, mintak-mintak hasilnya memuaskanlah, kesianlah kat aku yang bertungkus lumus pagi petang, kan? Sampaikan kacang harimau aku terabai jadinya.
Kerja sessi petang lepas Asar tadi punyalah bosannya, aku serba salah tak tahu nak buat apa, simply sebab banyak sangat benda yang kena dibuat. Mana nak kena menyiram, mana nak petik cili lagi, mana nak merumput, mana nak membela batas kacang. Last-last aku buat itu sikit, ini sikit. Argh, I don't care anymore, korang nak berbuah ker tak nak, aku tak kisah dah, day in day out aku kerjakan korang, capek tau gak?
Punyalah mengantuk aku masa Kulaih Maghrib malam nih, UstazY yang bagi kuliah, dah lah cuma 4 orang jemaah lelaki yang ada. Pelik aku, UstazY tuh tak perasan ker yang orang tak berapa minat dengan cara penyampaian dia, patutnya dia kena lah tukar sikit style, buat cergas sikit. Ini tak, cakapnya tak berulas butir sampaikan aku tertidur.
Nasib baik jamuan malam nih best, bubur pulut durian.
Long tak ada balik pulak harinih, tak ada dia talipun pun. Aku look forward weekend kalau Long balik, at least adalah kelainan sikit dari hari-hari biasa. Kitaorang ke masjid naik kereta Long, dan kalau mak nak apa-apa, nak ke mana-mana, aku akan suruh Long yang kawtim. Dan kerja-kerja kat kebun Long akan tolong.
Aku dah plan nak pindahkan cili dalam polybags tuh, then nak ikat rentang dawai, nak susun elok-elok. Nampak gayanya aku kena buat sorang-sorang kot, buat sikit-sikit, itupun kalau aku rajin dan ada masa. It's ok, rasanya aku boleh buat kot. Tak pun kena tunggu masa Long balik sini lah, minggu depan ker, atau masa Raya Haji.
Dear Diary, mungkin kau tak perasan but there’s always a little truth behind every “just kidding”. A little knowledge behind every “I don’t know”. A little emotion behind every “I don’t care”. And a little pain behind every “it’s okay”