Thursday

Rabu - 02102013

"Awak ke Raub kang keluar ker duit nak bayar ke orang buat kubur terh, duit pada mak tak cukup", kata mak pagi nih, sebelum aku ke kebun.

"Karang sikit lah, dalam pepukul 10 gitu", aku jawab macam tuh.

Since semalam hujan sikit so pagi nih aku tak menyiram, dapatlah buat kerja lain sikit, bosan jugak pagi petang nak kena menyiram, kan? Aku menyangkul, membuang rumput kat kawasan cili. Dapat clearkan dalam seseratus pokok, bila peluh dah banyak keluar, then terus lah aku bersiap nak ke Raub.

Lepas keluarkan duit, aku meround sekejap masuk Tunas Manja, then ke Sungai Lui, kat-kat area situ. Mana Ahli Parlimen Raub hah, aku nak komplen sikit nih. Apa pasal kat Raub nih tak ada jual meusli? 

Then aku ke area dekat Hospital Raub pasal aku dah lama teringin nak makan western food, lamb chop ker, or at least fish 'n chips, ada satu kedai jual makanan Barat kat situ. Tapi kedai tuh tak bukak pulak, infact tak pernah bukak pun tiap kali aku pergi, diaorang bisness petang/malam aje kot? Malas lah pulak aku ke Secret Recipe, duit ada berapa ringgit jer kat poket. Then aku merayau kat Taman Amalina, bagus jugak kawasan perumahan kat situ gayanya, ada Community College, ada Pusat Rawatan Akupuntur pun, haruslah aku usahakan nanti tuh, sejak balik Malaysia aku tak pernah buat akupunture treatment, masa kat US dulu 2 kali setahun aku buat. 

"Mengapa tak simpan duit ni?", aku tanya mak bila aku tengok segumpal duit yang aku letak atas meja tuh macam tak diusik sejak tadi.

"Awak ambik lah separuh, mak ambik separuh. Awak pake lah beli minyak ker, benda-benda awak nak beli", kata mak.

Dang, aku rasa airmata aku nak mengalir masa tuh jugak, banyak benda terbayang kat kepala aku. First aku terfikir yang betapa besarnya kuasa Tuhan, "macam" Tuhan tahu jer (of couse lah Tuhan tahu, kan?) yang aku tak ada duit. 

Tapi yang buat aku sedih tuh, bila aku fikir yang sejak Disember tahun lepas aku duduk di kampung jaga mak (dalam keadaan aku tak bekerja, tak ada duit), apasal hanya sekarang mak "terbukak hati" nak kasi aku duit? Dulu tuh apa pasal mak concerned sangat kalau aku mengeteh kat kedai, mak siap tanya dari mana aku dapat duit (ada adik beradik aku hulur duit sesikit), mak even pesan kat adik beradik aku yang kalau nak kasi duit kat aku, jangan kasi kat tangan aku, instead masukkan ke dalam bekas duit dalam almari tuh. Why sudden change of heart? 

Walaupun deep down aku bersyukur yang at last mak tahu yang aku perlukan duit, tapi aku tak boleh hide perasaan yang aku pendam selama ini, ini kes you're-a-little-late-I'm-already-torn lebihkurang gitu. Too little too late mungkin?

Looking back, how "naive" I was back then masa aku decided nak duduk kampung jaga mak (dengan keadaan aku yang terpaksa tak kerja, tak ada duit) lepas (arwah) pak meninggal dulu tuh. Aku ingatkan yang aku cuma menggantikan (arwah) pak aje, so apa yang susahnya, duit pencen (arwah) pak kan ker ada masuk bulan-bulan? 

Tapi rupanya, lain yang aku fikir, lain yang aku kena fikir. 

Dah lah Dear Diary, tak nak aku tulis panjang-panjang apa yang ada dalam kepala otak aku nih tapi why didn't you warn me yang how difficult it would be nak jaga orang yang bermaintenance tinggi? And I don't mean that in a very bad way, Dear Diary, so jangan kata aku mengumpat mak pulak. Hokay? 

Gaya macam nak hujan sangat petang nih, dengan guruh berdentum dentam sampaikan aku tak nak ke kebun mulanya. So aku buat kerja lain, membelah buluh yang Long potong ituhari, dan pacakkan ke dalam polybags, then ikat kan pokok cili kat bilah buluh tu. Leceh kerjanya, mana lah aku reti kalau kerja-kerja guna parang, gergaji semua nih. So dapatlah dalam 50 bags yang aku pacakkan buluh, at least bila Long tengok nanti, ada lah sikit kemajuan kan? Yang dalam 400 bags lagi tuh, nak suruh Long tolong nanti kot, tak kan semua kerja aku nak buat, kan? Entah-entah by the time cili-cili tuh memberikan hasil, aku dah nun jauh kat.....

Oooppsss, nasib baik tak tercakap! Ekekekekke

Aku kena beli sabut kelapa lagi lah nampak gayanya sebab sikit sangat sabut dalam polybags tuh, separuh aje. Tu pasal jadi macam longgar jer pokok-pokok cili, semuanya terlentok riok. Tadi memang aku dah cadang nak singgah beli tapi masa tuh aku tengah berkira-kira, cukup ker duit yang aku ada? Now that aku dah ada duit mak kasi, bolehlah aku beli nanti.

Tak hujan rupanya. 

Ketar kepala lutut aku masa mengaji sama Ustaz Simon Cowell malam nih, sebab tak semena-mena EncikBrunoMars (CCRC/Pusat Serenti) pun turut sama, tak pernah-pernah dia join sekali. Dia nih memang terrer, azan sedap, jadi Imam pun best, so "takut" lah aku yang bacaan tak berapa nak betul nih kan? Aku jadi macam bengang jer kat diri sendiri sebab dah tua macam nih pun aku masih gugup, berdarah gemuruh, bila keadaan macam tuh. Kalau masa aku tenang, contohnya bila mengaji sama UstazM (mungkin sebab aku sorang jer lelaki kalau mengaji dengan UstazM tuh kot?), tak ada lah aku gementar, bacaan aku pun ok. 

Tapi, tak ada pun Ustaz tuh tegur bacaan aku malam nih, pelik aku, biasanya ada jer yang tak kena nya, sampaikan aku nak berkesing (cakap kasar) dengan Ustaz tuh, pasal "geram" sangat, asyik nak kena baca ikut style lagu dia aje kerjanya. 

Dinner malam nih makan karipap jer 2 bijik, masa lepas Isyak tadi. Mak tak memasak harinih sebab petang tadi mak ada kata, "ada orang nak bawak makanan kang lepas mengaji", memang selalunya gitulah. Biasanya mak akan tapau makanan yang banyak berlebih tuh. Memang mak jarang masak heavy-heavy, tiap hari ada jer makanan "semalam". Tapi, nak dijadikan cerita, makanan yang dimaksudkan tuh cuma kuih. Tersengih hati aku bila ada aku terfikir yang, "kalau setakat nak bawak kuih jer ke masjid, tak payah lah nak canang ke sana sini. Lain lah kalau nak sediakan jamuan nasi, benda yang berat-berat. Ini dah menyusahkan orang jer".