Saturday

Khamis27Disember2018

Ingatkan MN tak datang pagi nih sebab dalam pukul 8 setengah pun belum nampak muka. Rupanya dia pergi hantar anak dia ke stesen bas Raub, anak dia yang baru habis SPM tuh nak ke JB, nak cari kerja.

"Malas sungguhlah ke kebun basah-basah gini", aku kata kat MN, semalam hujan lebat.

"Pakai boots lah", kata MN.

Aku ke kebun jugak sebab tak kan nak melepak kat rumah tak buat apa (walaupun aku boleh memorex). Memang tak dapat nak buat apa sangat pun, setakat penuhkan a few polybags dengan tanah, sabut, baja aje, then pindahkan dan susun polybags biar nampak teratur sikit. 

Ada boots, tapi bukan aku yang punya, sepasang tuh Long yang punya, dan ada lagi sepasang yang aku rasa adik ipar Ipin tertinggal. Now, kalau aku di zaman jahiliah aku dulu, tak ada hal, aku pakai aje kan? Tapi sekarang nih sejak ikut Kuliah Tasauf nih, "benda-benda kecik" macam tuh, mana yang aku perasan lah, aku kena jaga. 

Dengan lain perkataan, itu bukan harta aku. True yang kalau tuan punya boots tuh ada, sure diaorang akan suruh aje aku pakai boots tuh, tapi masalahnya, diaorang tak ada di sini dan diaorang tak pernah pun kata things like, "pakai/guna jer lah apa-apa yang awak nak". 

Aku ingat lagi dulu masa this one Tokoh Ugama/Ulama meninggal, tak lama tuh keluarga arwah post kat FB suruh sesiapa yang terambil payung (kalau tak salah aku) arwah masa pengkebumian tuh, suruh pulangkan balik sebab payung tuh harta arwah. Masa tuh I was like, laaa, benda kecik gitu pun kecoh. Tapi sekarang baru aku faham.

Aku tapau nasi untuk MN, aku beritahu dia, tak payah balik lah tengahari, kain pelikat, towel pun aku sediakan. Semalam, dia balik tengahari untuk lunch, tak tahu lah dia balik ke rumah dia atau ke rumah mertua dia (bini dia duduk situ).

Aku memorex kat bilik, tak tidur pun tengahari nih. Tapi aku tak dengar bunyi MN buat kerja pun, bila aku intai, rupanya dia tidur. Aku nak pergi masjid for Asar pun dia belum bangun.

Esok MN tak datang kerja sebab nak buat persediaan untuk berjualan kat Pekan Sari Sabtu nanti. Jadi macam sibuk pulak petang nih, masa tu lah Tokay sabut datang hantar supply, masa tuh jugak Mamat Kelapa datang nak petik kelapa. 

"Awak pergi Kolumpo baru ni, dengan MN ker?", Chu tanya aku masa aku nak jemput dia untuk ke masjid.

"Tak lah, dia hantar saya sampai stesen bas Raub", aku jawab gitu.

"MH kata awak ke Kolumpo sama MN", Chu kata lagi.

Damn, boleh tahan MH nih pasal buat cerita.