Khamis 13 Disember 2018
Breakfast lontong pagi nih kat kedai sebelah kedai Samad sebab itu aje yang ada nya. Melepak lama jugak sebab ada orang yang aku kenal, sembang sama dia. Tak dapat nak ke kebun sebab semalam hujan, itu pasal. Mamat tuh mengeluh pasal harga getah, sawit turun, musim hujan pulak tuh, tak lama lagi sekolah bukak, tentu nak beli persiapan anak-anak.
Aku memorex jer the whole day, sikit demi sikit aku ambik profits, aku close kan positions yang untung. Tak nak lah aku biarkan, takut nanti berputih mata so might as well bersyukur aje dengan profits yang dapat walaupun kecik.
MN ada datang lagi petang nih, dan aku pun turun ke kebun jugaklah memetik apa yang patut, kalau aku melepak kat rumah, karang dia nak melepak sama, buang masa aku. Dia siap bawak gunting untuk ambik sayur, sabar jer lah. 3 kali seminggu dia datang ambik sayur, tak kan aku nak stop kan dia, patutnya dia sedar sendiri lah kan? Tapi itulah, ramai jugak kat dunia nih manusia yang tak sedar, yang suka ambik kesempatan atas kebaikan orang. Aku terpaksa redha aje lah walaupun aku tak berapa berkenan dengan perbuatan dia tuh.
Tak ada pulak Ustaz malam nih sedangkan lepas Asar tadi ada pengumuman yang kata malam nih ada Kuliah Maghrib. So dibuat Tahlil dan baca Yaasin sebagai ganti.
Jumaat14Disember2018
Lagi sekali aku tak dapat ke kebun sebab pagi nih hujan renyai-renyai. Kejap-kejap gitu. So another morning yang aku tak buat apa kecuali mengadap laptop yang sentiasa on tuh. Diselang-seli dengan baca apa-apa yang patut etc.
Then ada orang datang hantar surat. Now, aku sepatutnya ke Kuantan pergi collect surat tuh tapi since dia ada datang, jadi aku dah dapat save masa, aku tak payah fikir dah bila nak ke Kuantan, minggu depan aku boleh lah lama sikit kat KL. Surat tuh berkenaan dengan permasalahan aku tu lah, yang aku tak dapat lah nak tulis kat blog nih. Walaupun penyelesaian nya dah ada tapi aku tetap ada sedikit rasa tak berapa sedap hati memikirkan what I have to go thru', macamana pun aku bersyukur yang Tuhan tunjukkan jalan penyelesaiannya.
"Bila nak tukar kereta baru nya?", Chu tanya masa hantar dia shopping kat supermarket di Sungai Ruan. Pintu depan susuah nak bukak. Itu jer lah soalan Chu, selain dari "Bila nak nikah (dengan anak angkat dia yang di KL tu lah) nya?" Biasanya aku tukar ke cerita lain, malas nak menjawabnya nanti jadi panjang cerita. Kalau dulu aku selalu jawab kata things like "tengoklah akhir tahun nanti", sekarang aku kena jawab ayat lain lah pulak. Damn how time flies. Dan aku masih macam gini jugak. Membuang masa dengan tak ada peningkatan diri yang orang boleh nampak.
Aku tengah nak order makanan bila MH tegur, dia ajak ke Sungai Ruan. Selalu sangat pulak terserempak dengan MH sekarang nih, aku rasa nak tergelak jer sebab dia nih sorang lagi yang tunggu akhir tahun untuk "slow talk" dengan aku. Dah bertahun aku tahu apa yang hajat nak disampaikan tuh tapi dia tak tahu yang aku tahu.
Damn jadi masalah besar pula lah nanti nih, pindah KL lah senang, tak ada orang nak cari aku, kan? Memang itu pun style aku, selalu "melarikan diri" dari masalah.