Ahad 23 Disember 2018
Lepas breakfast, kitaorang gotong royong membersihkan kawasan luar rumah. Ipin ada balik, dia kawin dengan orang dekat-dekat Raub jugak, dia ajak adik ipar dia untuk memesin rumput. So adik ipar dia tu lah yang banyak buat kerja nya, kitaorang sembang-sembang lepak-lepak gitu aje lah, buat kerja sesikit aje. Best pulak kali ini, mungkin sebab ramai lelaki kot?
Akak De sama Ida balik ke destinasi masing-masing sebelum tengahari, yang lain tuh pergi mandi air terjun, kat Raub area nih banyak kawasan peranginan semulajadi. Kat area Sungai Ruan nih pun ada 4 atau lima resorts, Benum Hill Resort, Lembah Temir etc, just to name a few.
MN ada datang sekejap, bila dia tengok kat rumah ramai orang, so tak lama lah dia melepak. Aku nak suruh dia pasang tiles kat kolah bilik air, jugak robohkan kolah di belakang, dan kerja-kerja lain. Itu yang dia excited sangat tuh, aku ok jer, kesian jugak aku tengok dia tak ada income lain selain berniaga jual makanan kat Pekan Sari hari Sabtu.
Aku tak ke masjid malam nih sebab ada mengaji kat surau, ramai jugak yang datang malam nih, 8 orang. Biasanya 3 empat orang jer. Macam tak "berapa laku", makanan yang aku bawak, mee goreng sama kuih pau, sebab ada jemaah tuh bawak bubur pulut durian. Macamana pun habis jugak semuanya, ada yang tapau bawak balik.
Isnin 24 Disember 2018
Kalau mengikut schedule nya, Mak balik ke rumah Long di Jerantut hari nih tapi since Long tak diketahui bila akan sampai dari Kedah, dan tak kan Mak nak duduk sorang-sorang sementara tunggu keluarga Long sampai, Ipin decided nak hantar Mak balik hari esok aje lah.
"Jangan cerita details sangat, nanti kepoh", selamba jer aku kata gitu kat Nuar masa Nuar cerita pada Mak pasal hajat kitaorang nak pasang booster, air slow sangat kat Raub nih.
Aku nih kan ker jenis yang tak cakap banyak? Dan aku tak suka kalau benda-benda gitu heboh, tambah-tambah kalau kaki kepochi Ida yang sorang tuh tahu. Tadi, pasal bila Mak nak balik pun, riuh rendah kat WA. Semalam dan tadi, berapa kali tah, Mak tanya aku, berapa nak bayar kat adik ipar Ipin tuh, upah memesin rumput.
"Bayar lah banyak sikit, dia tuh orang susah, kita niat derma jer lah", kata Mak semalam. Tak lama tuh tanya lagi, "Awak dah bayar ker ke orang mesin rumput tuh? Berapa?". Bila aku kata aku nak kasi RM 150, Mak kata, "Lahhh, mat nyer banyak sangat?" Dan Mak pun mula lah kata yang Ipin, Ida ada kata yang RM 150 tuh banyak sangat. Aku memang sedia maklum yang Mak petik jer nama Ida, nama Ipin tuh, untuk menguatkan hujah.
Tadi pun Mak tanya lagi, "Awak dah bayar ker upah budak tuh?", aku kata belum bayar. Bila Mak tanya nak bayar berapa, aku tetap kata nak bayar RM 150. Dan Mak pun kata yang budak tuh biasanya charge RM 40 jer untuk memesin rumput kat laman, jadi tak payah bayar banyak-banyak lah.
Memanglah RM 150 tuh banyak kalau diikut jam kerja yang tak sampai 5 jam keseluruhan dua hari kerja, tapi, apa salahnya kan bayar lebih sikit, sedara-mara Ipin jugak tuh.
Pasal nak suruh orang meracun semak, pasal nak pasang tiles kat bilik air, pasal nak ubah saiz kolah bilik air belakang, pasal nak cat bilik air dan tandas belakang pun dua tiga kali Mak tanya aku, aku jawab tak jawab jer sebab aku memang dalam perancangan nak upah orang buat tuh semua.
"Buat lah, lepas tuh awak mintak duit dari Ida", kata Mak lagi. Ida yang menguruskan kewangan Mak.
Terasa jer nak beritahu Mak yang aku tak nak claim atau mintak duit apa-apa sebab nak mendapatkannya memang payah, banyak sangat ditanya itu ini, last-last aku jugak dicop kaki kelentong.So aku nak buat semua tuh guna duit aku sendiri, kalau diaorang nak reimburse nanti, rezeki lah. Tak kalu, no hal.
Tinggallah kitaorang berempat, aku, Mak, Ipin dan Ita, bila Nuar segerombolan balik. Aku melepak dalam bilik aje lah sebab sehari dua nih langsung tak bukak laptops, tab etc. Agaknya bahang panas, kepala aku pening sepening-peningnya tengahari nih masa nak Zohor. Bila one of the jemaahs tanya apa pasal aku moyok jer, aku kata lah aku pening kepala, asbab nya, makan pulut durian yang dia bawak ke surau semalam.
Ipin sama Ita balik sekejap ke rumah diaorang so tinggalah aku sama Mak, rupanya Mak pun pening kepala jugak. Tak ke masjid for Asar dan Maghrib (and Isyak) sebab pening aku tak hilang jugak, lagipun nak temankan Mak yang tak berapa sihat.
Dah malam baru Ipin sama Ita balik, laju jer Mak sembang sama diaorang, aku perasan yang sesehari dua nih Mak tak sembang sangat sebab tak ada geng.