Tak teratur hidup aku kalau di KL nih. Pagi nih the whole morning aku depan laptop, figuring out apa pasal laptop yang dah ditukar screen semalam tuh, tak dapat connect ke internet. Katanya adapter punya problem. Pelik aku, sebelum ini ok jer. Aku nak pindahkan semua info, etc ke laptop tuh sebab nanti aku nak reformat laptop yang lagi satu nih.
Tak breakfast aku, turun tapau nasi dalam pukul 12 gitu. Lepas Zohor aku ke Imbi Plaza, bawak kedua-dua laptops. Laptop screen baru tuh hantar kedai lain, Paki tuh kata aku kena guna portable adapter sebab adapter dah rosak, kalau nak tukar yang baru, not worth it. Aku menurut kata aje lah, nasib baik tak mahal.
Ok, laptop kedua pulak. Internal batteries laptop tuh dah kembung, itu pasal semua screws tercabut, so bila Cina tuh tunjukkan kat aku apa yang nak diganti, aku suruh dia buat apa yang patut. Then dia kata yang nak tukar batteries, nak repair, nak format, mau dalam tujuh lapan ratus, jugak tak berbaloi. Mulanya aku nak suruh dia repair dan buat apa yang patut sebab aku sayang laptop tuh, memang heavy duty, tak pernah buat hal selama 5 tahun lebih aku guna. Then again terfikir jugak aku, lebih baik beli laptop second hand, harga lebihkurang sama jer.
Gelak Cina tuh bila aku ambik rangka-rangka laptop tuh, pastuh aku masukkan ke dalam tong sampah. Senang cerita. And so aku merayau-rayau lah cari second hand punya laptop, kebanyakan yang on display tuh semuanya Dell dan HP, aku nak Acer, yang touch screen macam laptop aku tuh.
"Abang apa cari?", Paki kat kedai sebelah tuh tanya.
"Saya mau cari Acer, yang touch screen punya", aku jawab gitu, aku konfiden dia tak ada jual Acer.
"Ada, ada", kata Paki tuh, terus dia suruh aku pilih yang kat komputer dia.
Tak nak cakap banyak lah, aku pilih yang terlatest, yang boleh buat yoga, boleh dilipat 360 darjah, boleh dibuat macam tab jugak. Habis RM 2500 di situ. Sementara Paki tuh pergi ambik laptop tuh, aku ke Berjaya Times Square, nak suruh Bangla semalam tuh ajar aku macamana cara nak guna pocket wifi tuh sebab kalau mengikut manual nya, banyak proses yang kena dibuat sedangkan pocket wifi aku yang lama tuh simple jer, tak payah nak set apa-apa, terus on.
The rest of the day aku mengupdate, mengdownloadapps, etc kat kedua-dua laptops, jugak kat tab yang aku reformat pasal ada malware agaknya, banyak pop ups yang popping up bila aku guna. Dan sepanjang petang sampailah malam nih sebelum merempit kat Bukit Bintang, aku memorex. Bitcoin dan cryptos lain semuanya rally, apasal tah. Bull trap jer kot? Kemungkinan besar dead cat bounce. Apa-apa lah, nak naik ker, nak turun ker, tak jadi masalah bagi aku. Aku akan tetap kumpul BCH yang sekarang dah jadi 4 something.