Ahad 16 Disember 2018
Biasanya kalau Sunday aku breakfast kat kedai Ameno tapi pagi nih aku termalas pulak ke sana. Sebab aku terrajin buat cekodok sambal hitam. Nak makan oats, cereals, tak lalu sangat tekak aku nih, aku tak enjoy. Tak apa kot, sekali makan cekodok, tak memudaratkan, macam lah jugak sekali makan cereals, tak ada effect apa-apa.
Aku pindahkan dalam 10 batang anak pokok betik, dari polybags ke tanah. Lega aku sebab nanti Mak sure akan tanya, benih betik tuh Mak yang kasi dan disuruh tanam. Lepas tuh mengisi tanah, baja, tanah hitam, sabut ke dalam polybags, dapatlah dalam sedozen. Sebagai upah kerja harinih, aku petik tembikai.
Ada jemputan khenduri lepas Zohor, aku terpaksa pergi sebab tuan rumah ajak aku personally selain buat pengumuman kat masjid. Dia nih selalu sembahyang kat sebelah aku. Since rumah nya jauh, aku tumpang jemaah lain sebab aku berfatbike masa ke masjid tadi. Respect gila aku kat PakCik tuh sebab walaupun rumah nya jauh di ceruk hutan tapi dia tak pernah miss berjemaah kat masjid. Terfikir jugak aku, kalau lah aku, rasanya payah jugak nak buat macam dia tuh.
Aku bantai tidur lepas Zohor, segar rasanya bila bangun dekat nak Asar tuh. So banyak masa aku nak praktis baca Quran untuk malam nih. Too bad aku tersalah pages, sepatutnya pages lain tapi aku baca pages lain, itu yang masa mengaji aku macam tersangkut-sangkut jugak a few times.
Dapat news yang Mak nak balik Sabtu minggu depan sebab Long sekeluarga nak ke Kedah.
Isnin 17 Disember 2018
Awal pagi aku dah mula membersihkan rumah, iyalah kan, Mak nak balik nanti, aku pulak nak ke KL esok. So banyak lah kerja yang aku kena buat harinih. Tak sempat nak mengemop pun sebab nak uruskan tanaman kat kebun jugak, nak kasi siram banyak-banyak takut nanti mati kering pulak tanaman aku 5 hari tak bersiram.
Dalam pada aku memorex slow-slow sekarang nih, ok jugak Bitcoin Cash BCH aku yang terkumpul, dah dapat 3 BCH. Itu yang buat aku semakin bersemangat nih, esok nak ke KL akan aku hangkut both my laptops untuk direpair, kedua-duanya dah nazak. Tablet dan cellphones aku pun nak aku upgrade. Tahun depan nih kalau panjang umur, kalau ada orang tanya aku kerja apa, aku nak kata yang aku full-time Forex & Crypto Trader lah.
Aku macam boleh agak yang bila aku pulun praktis baca Quran, Ustaz tak datang. Tak kisah lah, aku memang saspen kalau mengaji Isnin malam Selasa nih sebab semuanya orang terrer-terrer. Dan biasanya aku akan melepak kat masjid sampai Isyak, kan? Tapi malam nih aku tak buat gitu sebab aku fikir, lebih baik aku makan sebelum Isyak, nanti lepas Isyak sure ramai jemaah yang datang sebab tak ada jamuan kat masjid. Tapi, rupanya orang lain pun berfikiran macam aku jugak. Ada a few jemaahs yang ke kedai yang sama, termasuk my next-door neighbour tuh, dan tak nak cakap banyaklah, dia yang bayarkan harga makanan aku.
Awal aku tidur malam nih, aku ada fikir yang kalau aku susah nak lelapkan mata, aku nak terus aje berjaga sampai pagi. Kat KL nanti aku nak tidur puas-puas, iyalah kan, tidur kat hotel.