Thursday

JumaatSabtu2122Disember2018

Jumaat 21 Disember 2018

Pagi ini baru lah aku free sikit sebab semua gadgets aku ok, dan semua apps yang perlu, dah aku downloaded etc. Kebanyakan apps kat gadgets aku semuanya berkisar pada cryptocurrencies. For the last few days pun aku ada guna Boost, semalam kat KLIA, 3 kali aku guna Boost untuk beli barang dan makan. 

Aku melontong kat Pudu Sentral punya food court, best kat situ sebab tak ramai orang, so lama lah jugak aku melepak sambil baca paper, memorex etc. 

Sembahyang Jumaat kat Masjid Jamek, lepas tuh terus ke KL Sentral. Kampung sungguhlah aku nih, nak guna mesin beli ticket guna Debit Card pun terkial-kial, kena tanya orang lagi. Semalam pun gitu jugak, terkial-kial nak guna kad untuk beli kad Komuter. 

Selesai urusan aku kat KLIA, terus aje aku blah. Banyak tempat yang aku tak terpergi kali ini, padat urusan keduniaan aku sampai tak sempat nak ke tempat-tempat yang biasanya aku pergi, macam Pasar Karat, The Robertson, Subway kat Pavilion. Area Sogo pun aku tak sempat pergi, tak sempat singgah. 

Aku cuma sempat ke Chow Kit sebab nak beli "products sunnah", benda-benda macam gitu. Lepas Isyak barulah aku ke Bukit Bintang, mungkin untuk kali terakhir tahun nih. Biasanya Krismas atau New year memang aku ada di KL tapi kali ini tak kot.

Sabtu 22 Disember 2018

Aku tak jadi nak balik Raub sama Ida sebab dia nak bertolak awal, so aku tumpang Pui, dalam pukul 11 gitu aku tunggu Pui kat LRT Setiawangsa. Punya lah siksa nya sebab ramai orang, ada event cosplay apa tah kat KLCC, macam-macam pakaian dan ragam orang yang aku jumpa masa kat LRT. First time aku bawak 2 bags, satu bag tuh muat dua-dua laptops. Pui pun terkejut tengok aku bawak barang banyak ekekeke

Singgah kejap kat OldTown kat Karak Highway, aku belum makan. Sembang-sembang dengan Pui gitu lah, Pui nak pinjam duit so aku setuju nak kasi a few thousands. Mampos aku kali ini, belasan ribu jugak habisnya sepanjang aku di KL. Itu tak termasuk RM 5000 yang aku bayar kat Nuar, harga motor elektrik yang aku "macam terpaksa" beli tuh. Tapi tak apa, adik beradik punya pasal, apa yang aku dapat tolong, InsyaAllah aku akan tolong. 

Kitaorang sampai Raub waktu Zohor, Mak, Ida, Akak De dah ada di rumah. Tak lama tuh aku terus ke kebun meninjau keadaan, petik tembikai 2 bijik, ada 4 bijik yang buruk sebab selalu terendam masa hujan lebat. Ada gaya macam hujan turun sepeninggalan aku, walaupun tanah kering kontang.

Hujan lebat malam nih masa nak ke masjid, sengaja aku pergi awal sebab nak kasi Mak peluang untuk sembang dengan Chu dan yang lain-lainnya. Nuar sekeluarga sampai malam nih, bawak 5 orang budak Tahfiz kawan-kawan anak-anak dia kat madrasah.