Wednesday

Isnin29Oktober2018

Memang puas hati dengan amount of kerja yang aku dapat buat pagi nih, too bad masa tak cukup sangat, itu yang tak dapat aku nak bersihkan kawasan semak kat depan tuh. Pokok cili dah berbuah, soon akan tensionlah aku nak memetiknya. Macam cili Bali dan bell pepper tuh, aku tak petik pun, aku biarkan buahnya masak dan buruk kat pokok. Begitu jugak terung, aku cabut sepokok yang berbuah lebat tuh sebab menghalan pemandangan.

Aku nak concentrate pasal kacang harimau dan jagung aje lah, jugak tembikai. Yang lain tuh aku tak nak beria-ia sangat. Tapi kacang harimau akan aku jaga betul-betul, dah berbaris-baris yang dah tumbuh. Kalau mengikut pekiraan, pertengahan bulan satu tahun depan baru dapat hasil. Lambat lagi nih tapi tak apa.

Aku tak puas hati dengan diri aku sesemenjak dua tigamenjak nih, aku cuba tak nak tidur lepas Zohor tapi bila dah pukul 3 lebih, aku tidur jugak, yang kadang tuh, dah nak Asar, baru aku tersedar. Mulalah kelam kabut nak ke masjid. Memang payah duduk sorang-sorang nih, kena ada kekuatan mental yang kental.

Tak ramai yang mengaji malam nih, cepat siapnya, dalam pukul 9 gitu. Jamuannya pun mewah lah jugak sebab tak ramai orang, itu yang aku ambik telur sampai 2 bijik, ayam a few tongkols. Makan apa-apa lah kat masjid, memang aku berselera.

Seharian harinih Forex tak memberangsangkan, aku rasa kali pertama kot aku tak untung dan tak rugi, sebab tak ada positions baru yang aku masuk, semua positions yang aku hold tuh, yang minggu lepas punya. Floating loss aku pun turun naik gitu lah, tak tahu bila dapat aku clearkan semuanya tuh, aku akan hold whatever it takes, tak nak cut loss.

Kalau tak salah aku, 5 perkataan jer yang aku bercakap harinih, tak termasuk mengaji. "Berapa?", masa nak bayar lunch dan "muka surat lima puluh", masa mengaji tadi. 

Tuesday

Ahad28Oktober2018

Aku tak breakfast dulu sebelum ke kebun, terus aje sambung kerja semalam, mengisi polybags dengan tanah baja etc. Jugak mencabut rumput kat kawasan tanaman jagung, tak boleh nak dicangkul sebab kawasan padat, in between pokok jagung tuh kan ker ada ditanam kacang harimau yang dah mula tumbuh?

Kena beli baja yang soluble nampak gayanya sebab ada segerombolan pokok jagung yang daunnya kekuningan, dan kacang harimau yang ditanam di situ, tak hidup, either belum tumbuh atau benih rosak, sebab kawasan tuh lama ditenggelami air. 

Dah settled menabur baja, barulah aku pergi breakfast. Then terperasan yang cellphone aku tak ada dalam pocket. Terpaksa balik sekejap, rupanya tertinggal kat celah pokok jagung. 

Lepas tuh aku sambung buat kerja, sampailah kehabisan polybags, jugak tanah hitam. Sabut pun cuma tinggal 2 guni. Kesemuanya, termasuk yang semalam, dapatlah 30 polybags penuh, yang kalau aku isi tanah nanti, akan jadi 60 bags. Tapi kalau aku malas, aku tak isi tanah dah, macam a few polybags yang dulu tuh, terus aje aku pindahkan pokok tembikai ke polybags yang cuma berisi tanah hitam, sabut dan tanah baja Siam. Tanpa diisi dengan tanah yang perlu dicangkul dulu tuh.

Aku dah terbayang yang Selasa nanti masa Pekan Sari Sungai Ruan, banyak kena keluar duit untuk beli tanah hitam, baja dan polybags. Tak apalah asalkan aku happy.

Pagi nih membawak ke petang, ada event kat masjid, ada majlis bersama pelajar UITM Raub, aku tak pergi pun sebab acara pagi nya sembahyang Dhuha, then gotong royong. Mulanya nak pergi dalam pukul 11 gitu tapi tertidur lah pulak sekejap. Pukul 12 baru aku pergi, nak ke kedai sebelah masjid tuh for lunch sebenarnya, tutup lah pulak, so aku nak ke kedai tak ada rasa di seberang masjid bilamana Pengerusi masjid tarik aku ajak makan kat masjid sebab kebetulan acara lunch dibuat sebelum sembahyang Zohor. 

Lepas Asar baru lah aku lama sikit kat masjid, tak buat apa pun, sembang-sembang dengan bebudak UITM tuh sambil minum. Then balik ke rumah, then berbasikal a few rounds kat area masjid sementara tunggu diaorang habis event. 

Banyak nasi impit yang Chu buat, harganya double dari yang minggu lepas. Ada kuih talam jugak. Dan walaupun tak ramai yang datang mengaji, sembahyang Isyak, tapi habis licin makanan sebab ramai yang tapau. Budak Indon tuh tak ada pulak malam nih. 

Aku tak sempat nak tapau pun, dan aku tak jugak beli makanan kat kedai Omar sebab aku tak cadang nak puasa esok. Esok aku nak buat kerja berat sikit kat kebun, tuh pasal tak nak puasa. Alasan lah kan? ekekekeke

Monday

Sabtu27Oktober2018

Awal sangat pukul 7 nak jemput Chu untuk ke Pekan Sari, so aku baring sekejap. Terlelap akhirnya, sedar-sedar dah 8 lebih, banyak lah missed calls nya, kebetulan cellphone aku dimutekan. Lepas breakfast sama Chu, aku biarkan dia berkeliaran membeli barang, "nak beli barang untuk memasak untuk awak malam besoklah", kata Chu. Aku tempah makanan untuk dibawak ke surau malam esok, aku suruh buat banyak sebab nak kasi this Indon guy yang selalu azan kat surau tuh, dia ada a few friends kat kongsi tempat dia kerja. Last week aku suruh dia tapau makanan, tapi dia segan, last-last habis makanan tuh ditapau orang lain. 

Tak ramai orang berniaga harinih, yang kat sekeliling sedara aku berniaga tuh pun tak datang, so aku cuma beli 6 kebab untuk diaorang satu sorang. Tengah bersembang, melawak, kat tempat sepupu aku berniaga tuh, aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenal, so aku pergi tegur dia. Cikgu aku masa sekolah rendah dulu. Dia kebetulan dah duduk Raub sejak pencen dari jadi Pengetua Sekolah. Since dia berdua sama bini dan macam dah nak balik so tak ada lah aku ajak mengeteh ker apa ker, sembang pun sekejap gitu aje. 

CikguA nih lah salah seorang dari 3 orang yang aku hormati, yang aku suka, yang aku ingat etc. Outside of my family, he's orang pertama yang paling aku sayang (in a good way). Yang kedua, kawan masa kat ITM dulu, sekarang dia duduk kat Scotland. Yang ketiga, senior masa aku Form 4 dulu tapi dengan dia nih aku dah lost contact. InsyaAllah tahun depan masa aku ke UK, aku nak jumpa kawan aku no 2 tuh, kali terakhir jumpa face to face masa aku dah habis contract kat KLIA dan dia baru nak start. 

Patutnya harinih Sabtu,  hari off aku ke kebun, kan? Tapi itulah aku, dengan kerajinan yang tak terperi-peri, aku ke kebun jugak. Barang seseminit dua ekekeke. Akhirnya aku menggaulkan bahan untuk dimasukkan ke dalam polybags, slow and steady jer aku buat kerja. Tak lama tuh MH datang untuk ambik anak pisang, bersembang dulu sesambil minum, makan kuih, then jiran aku join sekali. 

"Pukul 3 karang Chu nak awak sama MH datang rumah Chu, tolong angkat lemari-lemari, KN nak start kerja hari Isnin nih", Chu kata gitu masa menalipun aku. Dia nak buat renovation sikit kat dapur rumah dia. 

"MH ada sini nih", aku kata gitu.

"Dia buat mende?", Chu nih sokmo nak tahu details.

Aku pulak jenis lurus, so aku jawablah, "Dia ngambik anak pisang".

"Lah, tak habis lagi ngambik pisang, buat mende banyak ngat? Dia bayar ker?", Chu tanya gitu.

So teruslah aku ubah cerita, aku kata yang anak pisang tak ada yang elok, sampaikan nak dapatkan dua tiga pokok pun susah. Sedangkan MH dah ambik more than 50 anak pisang kat persekitaran kawasan tanah kitaorang, jugak di kawasan tempat yang Chu tanam tuh, adalah a few pokoks. "Berkira sangat Chu nih, kata aku dalam hati. Aku punya perjanjian dengan MH, "ambik jer sebanyak mana ko nak". 

Sepupu aku yang berniaga tuh ada datang, nak ambik belimbing hitam, nak dijualnya, tak tahulah samada nak dibuat sambal hitam atau dijaul belimbing tuh aje. So aku kasi lah 5 balang, satu balang tuh dekat 20kg beratnya.

So petang nih ke rumah Chu lah, menolong apa-apa yang patut, dia ada upah 2 orang anak jiran untuk membersihkan peralatan dapur, so kitaorang buat kerja yang mengangkat-ngangkat jer lah.

"Bini HajiA tuh tanya Chu pasal awak", Chu kata gitu masa nak balik dari jamuan lepas Isyak (malam nih ada Kuliah Tasauf). "Dia tanya, awak buat mende nya duduk kampung, tak kerja-kerja", Chu mengajuk cakap bini HajiA tuh.

"Chu jawab macamana?", aku tanya Chu.

"Chu kata, entah, ada lah projek nya tuh, ketidak (kalau tidak) dia cari duit di mana? Orang sekarang nih kerja depan komputer pun dapat duit", kata Chu gitu.

Since tak ada nak buat apa pun malam nih, Fore market tutup, awallah aku tidur. Malas aku melayan internet, takut terlagho, nanti dah susah nak tidur, nak bangun masa alarm berbunyi pun jadi susah jugak nanti. 

Sunday

Jumaat26Oktober2018


Aku baru aje sampai kat kedai Samad untuk breakfast, aku ternampak kereta Long. Aku tak expect pun Long akan balik minggu nih sebab katamya sibuk dengan kuliah ugama Maulana yang dia ikut tuh. Nasib baik lah semalam aku bersih-bersihkan rumah, tak lah kotor sangat. Aku tahu yang Long tak cerewet pasal kebersihan rumah tapi kalau kotor sangat, aku jugak yang malu sendiri. 


Since Long ada, aku pun jadi rajin lah sikit, kalau tak tuh, tak ke kebun pun sebab semalam hujan jugak sekejap. Aku memindahkan jagung, dapatlah a few baris. Then menyangkul sekejap, siksanya lah sebab tanah lembik, so buatlah apa-apa lain yang patut, sekadar nak buang waktu.

Long balik before Jumaat. Aku ke masjid awal jugak sebab mulanya nak makan dulu tapi kenyanglah pulak, so tapau aje lah. Macam tak berapa comfortable, tak macam biasa aje naik basikal yang baru direpaired nih, rasa macam ada benda yang tak kena nya. Aku dah saspen aje nak berbasikal, manalah tahu pancit lagi sebab tube belakang tuh bukan tube basikal, dan tube depan pun bertampal kat tiga tempat. Redha jer lah. Dan aku tak nak dah bawak basikal jauh-jauh, so petang-petang tak akan aku merempit round keliling kampung dah lah, buat sementara waktu. 

MH ada datang petang nih, nak ambik anak pisang. Aku suruh aje dia ambik, aku tak berapa layan sangat dia yang gaya macam nak bersembang tuh, sebab aku busy memorex. Accounts aku makin parah, so itu yang aku kena hati-hati tuh. Macamana pun aku ada masuk a few entries dan liquidate the moment ada untung, just untuk menambahkan balance accounts tuh. Tapi in general aku tetap rugi, salah, aku melawan arah. Japanese Yen kuat sungguhlah sesehari dua nih so semua Yen pairs aku ada floating loss yang agak banyak.

Mamat Kelapa ada datang jugak, dia terus aje ke kawasan pokok kelapa. Aku tak ada pun suruh dia petik kelapa, lantaklah, nak tengok jer lah apa muslihat dia kali ini, entah-entah wallet hilang jugak lagi nanti tuh. 

Tak berapa jelas apa yang MH cakap sebelum dia blah, sebab masa tuh aku tengah baca Quran, dan dia setakat cakap melalui tingkap. Rasanya dia suruh aku sembahyang di surau aje sebab bolehlah lepak-lepak mentara tunggu Isyak, jugak lepas sembahyang. 

"Tak, aku sembahyang di masjid", aku jawab gitu. Malaslah sembahyang di surau, nanti diajak melepak aje. Kat masjid, tak ada orang yang nak ajak bersembang, walaupun malam nih tak ada kuliah Maghrib. 

Lepas Isyak aku terus ke kedai Omar, tapau Mee Bandung, aku perasan ada a few missed calls dari Chu, paling pun nak suruh aku jemput dia esok untuk ke Pekan Sari, kata aku dalam hati. Nanti karang sikitlah aku call dia balik, tak menyempat-nyempat, tak kan tak tahu routine aku, aku fikir gitu.

Aku tengah makan, terdengar bunyi hon kereta, rupanya MH, sama Chu. Diaorang ajak aku makan kat Raub, terus aku kata aku dah beli makanan. Pernah dulu a few times, aku dah beli makanan, MH ajak ke tempat lain, so makanan tuh terpaksa ditapau. Tapi kali ini aku tak nak menyerah, aku nak buat tegas sikit. Aku tak nak pergi, so aku tak akan pergi. Jentik telor aku pun, aku tak akan pergi. 

Aku tak berapa suka benarnya nak pergi jauh-jauh just untuk makan. Kalau setakat makan kat kawasan dekat-dekaat, mungkin aku ikut. Sebab, kalau pergi jauh-jauh nih, sure lambat balik, sure sembang lama. Sembang pulak, sure pasal pisang, pasal sawit, pasal pertanian. Bosan gila topiknya. Kalau cerita pasal Bitcoin, pasal Cryptocurrencies, ataupun pasal New York ker at least, ha, itu aku suka layan. 


Chu sama MH nih rapat, MH tuh dah macam anak sedara Chu. Aku tak kisah, aku lebih suka infact, sebab MH rajin melayan kalau Chu nak makan malam kat mana-mana, aku nih kan ker jenis yang tak suka makan jauh-jauh. Sesedap mana pun makanan kat tempat yang jauh tuh, aku makan sikit jer, aku tak terliur sangat pun, aku tak ada pun nak cuba. Chu pulak jenis yang suka makan kat kedai yang femes sebab masakan sedap, walaupun jauh. Dan MH pulak jenis yang setiap malam makan kat luar. Entah masa bila dia bawak bini dan anak-anak sendiri makan kat luar, aku pun tak tahu. 


Dulu aku pernah tanya dia, "bini awak tak bising ke awak makan di luar setiap malam", dia jawab, "Bising lah, tak aku marah ke balik". Maksud nya, kalau bini dia mengomel pasal dia makan kat luar, dia akan marah kat bini dia. Ada jugak orang macam tuh, kan?

And so tak pergi lah aku, diaorang berdua aje yang pergi. Terfikir jugak aku, kang kena tangkap basah kang, siapa nak bail them out? Dalam sesetengah jam lepas tuh Chu talipun, dia kata dia tak jadi pergi sebab segan lah berdua-duaan sama MH. Aku rasa bersalah jugak, sebab aku tak nak ikut tadi tuh, so semuanya tak jadi. Then again,,tak boleh salahkan aku jugak sebab aku tak ada pun janji nak keluar makan malam nih, tak tahulah entah-entah tadi MH ada beritahu, sebab cakap dia tak jelas.

Lagipun dia kan ker selalu berjanji tapi tak pernah ditepati. Dulu kan ker dia ajak aku ke dusun durian dia, sampai nak rak aku tunggu tapi dia tak datang. Ada a few instances lain macam tuh jugak. So bila dia ajak aku makan kat mana-mana I don't take him seriously lah. 

Friday

Khamis25Oktober2018

Aku tak tahu apa pasal, setiap kali makan awal pagi (in this case bersahur), tak lama lepas tuh aku sakit perut, nak terberak. Isnin lepas, berpeluh-peluh aku menahan nak berak masa kat masjid, masa tengah wirid lepas sembahyang. Aku tak pernah lah pulak bangun sebelum Imam siap berdoa, rasanya lah, so itu yang terpaksa menahan dan memendam rasa tuh. Tadi pun sama, sampai terpaksa silang-silang kaki, terlompat-lompat aku nak menahan daripada terburai.

Mulanya aku buat kerja ringan jer kat kebun, alih-alihkan polybags yang semuanya dah dipenuhi tanaman tuh, then mencabut rerumput. Then terbersemangat lah pulak nak menyangkul kat kawasan yang kacang harimau dah tumbuh, nak kena digembur dan dikambus pangkalnya. Barulah nampak macam terjaga jer tanaman aku tuh, kalau tidak tuh nampak macam rerumput liar aje yang memenuhi kawasan lapang.

Kerajinan aku harinih terbersambung sampai ke dapur, walaupun kawasan dapur memang jarang aku gunakan tapi situlah kawasan yang paling mudah kotor, banyak sampah. Sebab tempat kucing lepak, itu for sure penyebab utama. Aku kemas-kemas mana yang patut, lap sana sini, sapu sana sini.

Ternampak maggi, ternampak telur atas meja, ternampak lemon yang belum diusik pun sejak beli ituhari, cheese pun ada. Dan terfikir pulak yang malam nih Chu nak ke masjid jugak, dia nak buat bubur durian untuk dibawak ke masjid, biasanya Chu akan suruh aku rasa dulu makanan yang dia nak bawak. Dan aku pun letih jugak sebab tadi menyangkul. So tak heranlah aku batalkan puasa aku dengan makan maggi dan minum iced lemon tea.

Lemah sangat aku nih orangnya, jarang sangat aku dapat puasa hari Khamis, kalau Isnin, memang tak ada masalah. Mungkin sebab Isnin tuh permulaan minggu so semangat kuat, tapi bila Khamis, macam-macam cekadak, songeh dan alasan yang timbul. Tengoklah Khamis minggu depan macamana.

Aku nak ke masjid for Zohor naik basikal, then terperasan yang tayar depan pulak tak ada angin, bocor. Pelik aku, tak kan macam serentak tayar tuh pancit, dan kalau menurut kata Mamat Kelapa semalam tuh, tayar belakang ada 3 kebocoran, "cantik jer" tersusun, as if jarum pin tuh ditusuk orang. So lepas sembahyang tuh aku contact dia, dan dia kata dia akan datang repair, guna tube yang dah ditampal tuh.

Petang nih tak buat apa, melepak aje, cuba-cuba nak tidur. Sesambil tuh memikirkan pasal kelemahan-kelemahan diri aku. Aku tahu yang aku nih banyak sangat kelemahannya. Malas, itu kelemahan utama. Bangun tidur aku tak pernah kemaskan katil, sebab aku tahu yang aku akan landing jugak lagi kat katil tuh in a few hours.

Kalau minum, jarang sangat aku terus cuci gelas, aku tunggu sampai tiga empat gelas, bila macam tak ada space dah kat meja tempat aku buat kerja, then barulah aku cuci sekali harung. Pakaian dalam washing machine, kadang tuh dua tiga haril epas dicuci barulah aku sidai.

Sampah, bila dah penuh plastic bag dengan sampah, aku cari plastic bag yang lebih besar, letak dalam tu. Penuh jugak, aku ambik pulak trash bag hitam, letak bag plastic tadi tuh dalam trash bag tuh. Penuh jugak, aku guna trash bag yang paling besar, yang tebal tuh. Bila dah penuh barulah aku bawak trash bag tuh keluar, tak pergi buang kat tempat buang sampah, instead aku letak jer kat belakang rumah.

Memang banyaklah benda-benda yang berkisar dari perkatan malas tuh yang ada dalam diri aku nih. Macam bapok jer kalau selalu sangat bersih-bersihkan rumah, ha, itu lah alasan kuat aku.

Tadi tuh, aku ke masjid awal, setengah jam sebelum Azan, aku lepak lah kejap dalam kereta, then lagu Marry You (Bruno Mars) keluar kat radio, aku boleh kuatkan radio, lepas tuh ikut sama menyanyi, sesambil hangguk-hangguk kepala, aku suka dengar feel-good catchy tune songs macam lagu tuh. Dah lama tuh baru lah tersedar, termenyesal lah kononnya, terus tutup radio, lagu pun dah nak habis.

It's a beautiful night
we're looking for something dumb to do
Hey baby, I think I wanna marry you

Is it the look in your eyes
or is it this dancing juice
Who cares baby, I think I wanna marry you

Gaya macam nak hujan lebat petang nih, tak payah ke kebun lah. Ha, itu satu lagi alasan, nasib baik lah itu alasan bermusim. Alasan yang cuma digunakan di musim hujan.

Dah nak Maghrib barulah Mamat Kelapa tuh datang, aku kasi alasan yang aku nak ke rumah Chu nak jemput dia, itu pasal aku terpaksa keluar awal sikit. So aku tinggalkan kunci, kasi duit, kat Mamat tuh. Dia kata ada orang pedajal aku, tak kan lah tayar boleh pancit serentak, lagipun bocornya tersusun aje. Aku suspect budak-budak yang buat, masa aku sembahyanf Zohor ituhari, agaknya diaorang geram tengok tayar besar tuh.

Aku kena berhijrah ke KL lah nampak gayanya sebab kat Ulu Galifornia nih dah tak selamat, ada orang menganaiya aku.

"Dan (sempat)  ke awak bubur Chu?", Chu tanya masa nak balik lepas jamuan kat masjid tadi. Maksudnya, sempat tak aku merasa bubur yang Chu bawak tuh.

"Tak dan ke mende Chu", aku kata gitu. Maksudnya tak sempat langsung. "Orang depan saya tuh, saya tengok, sampai 5 bijik butir durian tepi mangkuk dia", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Forex accounts aku semakin tenat tapi aku tak buat apa sangat pun, biarkan aje lah, esok dah hari terakhir for the week so might as well jangan disentuh apa-apa, so awal lah aku tidur.

Thursday

Rabu24Oktober2018

Masa nak breakfast tadi aku perasan yang suasana macam sunyi jer, kedai Samad tak bukak, Pejabat Risda Ulu Gali pun tutup. Cuti apa? Ker Sultan Pahang mangkat sebab dengar cerita nya Tuanku Sultan gering. Bila aku googled, rupanya cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang. Here's hoping semoga Kebawah Duli Tuanku diberikan kesihatan dan dipanjangkan usia. Aamin.

Two of my school friends dapat Datukship sempena Keputeraan Sultan nih, so dah 3 oranglah kawan aku yang bergelar Datuk, one is a Professor, sorang lagi CEO dan sorang lagi Ketua Jabatan Kerajaan. Masa sekolah dulu, sorang tuh memang terrer habis, tapi yang dua lagi tuh biasa-biasa aje. 

Tak buat apa sangat kat kebun, setakat memindahkan tembikai ke polybag masing-masing, menggembur tanah kat dalam polybags yang berisi pokok kacang tanah. Macamana menggembur tanah kat polybags? Sepak-sepak kan aje, atau hempas-hempaskan. 

The rest of the day memorex dan melayan keterralitan kat ebay. Delicate sungguhlah Forex nih, kena dijaga every single position tuh dengan hati-hati. Aku perasan yang kalau sehari dapat untung besar sikit, esok lusa nya akan menanggung floating losses yang besar lah pulak. Kadang tuh sampai berminggu-minggu barulah dapat recover. Nak rasanya aku top up kan accounts aku so that aku dapat trade dengan lebih selesa (sebab margin lebih besar) tapi aku nak tengok how far aku boleh push my current accounts nih, aku dulu cuma mula dengan 0.5 Eth sebagai modal. And as of today, accounts dah jadi 2.015 Eth dan 0.712 BCH.

Tak bukak lah pulak kedai sebelah masjid tuh, rasanya dah 5 hari tak ke situ, so terpaksa lah makan kat kedai yang tak ada rasa tuh, dapat dua tiga empat lima nam suap, terus berhenti, tak lalu nak makan dah. Pelik aku, kalau masa Puasa, rileks aje, tak lapar, tapi hari-hari biasa, mudah sangat pulak laparnya, sedangkan pagi ada ambik breakfast. Itulah one of kuasa Tuhan, kan?

Hujan turun selebat-lebatnya, petir sabung menyabung/sambung menyambung, lepas Zohor, membawak ke Asar. Mengerikan. Dan dari dalam rumah aku tengok jer yang kawasan kebun dinaiki air. Melimpah ruah. Selain dari tanaman rosak sebab selalu sangat terendam air akarnya, hujan jugak menyebabkan tanah jadi mampt, benih yang aku tanam ituhari, kalau pun tak rosak, mana yang hidup tuh, tak dapat menyembulkan diri sebab tanah jadi padat. Apa-apa pun, itu semua bukan di bawah bidang kuasa aku, aku cuma tanam, nak hidup, hidup. 

Mamat semalam tuh datang hantar basikal yang katanya dah direpaired, tube nya tak ada so guna tube motosikal scrambler. Tak kisah lah asalkan sesuai diguna. Then aku terperasan yang kat tayar depan ada jarum pin , yang bila aku nak cabut, Mamat tuh kata jangan dicabut. Pelik aku, dari mana pulak datangnya pin, semalam kena pin jenis yang sama jugak. Aku macam was-was jugak tapi both tayar look ok, so aku kasi Mamat tuh about RM 75 kot, aku tak kira sangat, pakai seluk jer kat tabung, RM harga tube katanya. 

Sesambil mengaji malam nih, aku memorex, jenguk-jenguk bag yang aku letak sebelah rehal. Gitu lah cara aku mecari sesuap nasik. Lepas Isyak teruslah ke kedai makan, ingatkan nak tapau tapi terserempak pulak dengan MH, so makan kat situ jer lah, tapau roti sadin untuk sahur esok. 

"Tak patut diaorang (AJK masjid) tak sediakan makanan, tahu lah dia Imam kampung, patutnya rai kan lah jugak", kata MH bila aku kata yang biasanya lepas mengaji (Rabu malam Khamis) memang tak ada jamuan kat masjid. Yang lead mengaji tuh Imam tua kampung, yang kebetulan ada jugak datang makan kat kedai tuh, dan dia yang bayarkan makanan kitaorang. Aku perasan yang Imam tua tuh dah macam cuba melarikan diri kalau terserempak dengan aku, ituhari dia tak perasan aku ada kat kedai Omar, then bila dia nampak aku, dia tak jadi datang, slow jer dia naik motor arah ke Sungai Ruan. Sebab nya, kalau aku nampak dia ada, awal-awal aku kasi signal kat tokay kedai, yang aku akan bayarkan harga makanan dia. So malam ini dia bayarkan makanan kitaorang, Alhamdulillah lah, semoga dia jugak panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Semakin besar floating losses kedua-dua accounts aku, pasrah jer lah tapi tak nak cepat panik, so aku "lock"mana-mana yang patut, malam nih kena tidur awal sebab esok nak bangun pagi, setengah jam lebih awal dari hari-hari lain.

Wednesday

Selasa23Oktober2018

Hujan turun lebat awal pagi nih, dekat nak subuh baru lah berhenti. Bonus day lagi lah harinih kot? Macamana pun aku jenguk lah jugak kebun, lemas aku kalau tengok air bertakung nih, kalau lama sangat nanti bertakung, mati pokok-pokok cili, jagung tuh. Benih yang baru ditanam pun boleh rosak. 

Aku setakat beli bekalan lemon jer kat Pekan Sari Sungai Ruan, tapi ada lah jugak aku meround sekitar pasar tuh. Diaorang nih letak baja taik ker, tanya aku dalam hati bila tengok sayur-sayuran Cina tuh besar-besar, sihat-sihat semuanya. 

Then breakfast kat gerai depan Pusat Serenti, terserempak dengan SarjanK, sembang dengan dia, pasal pertanian. Dia tanya kalau-kalau aku ada benih kacang harimau tuh, dia nak cuba-cuba tanam. Aku kata tak ada, , maksud aku, tak ada untuk dikasi kat orang, yang ada cuma untuk kegunaan sendiri. Macamana pun aku janji yang next batch nih, aku akan kasi dia kacang, jugak benih, kalaulah menjadi tanaman aku tuh nanti, InsyaAllah.

Mulanya aku macam berkobar-kobar nak mengisi polybags dengan sabut, baja Siam, tanah hitam, sebab nak buat kerja lain, tanah becak. Tapi, aku termasuk dalam rumah, dan tak terkeluar-keluar dah lepas tuh, sampailah masa nak pergi masjid for Zohor. 

Aku pergi awal sikit sebab nak makan dulu cadangnya, tapi tutuplah pulak kedai tuh. Kedai makan yang kat seberang jalan tuh, makanan nya tak ada rasa, tak menggiurkan langsung. Aku nak kayuh aje basikal, aku tengok yang tayar belakang kempis. Alamak, tube bocor. Dan aku nampak ada jarum pin tercacak kat tayar. Ayoo, terpaksalah aku heret aje basikal tuh sebab aku cuba jugak kayuh tapi roda tak berputar. Berpeluh-peluh dibuatnya, nasib baiklah aku ikut jalan belakang, so tak adalah besar sangat kemaluan, menarik basikal tuh. 


Di sepanjang perjalanan tuh aku tak rasa macam sedih gitu yang satu-satu nya mode of transportation yang aku sayang, dah tak boleh digunakan. Iyalah kan, macamana aku nak hantar repair, aku sure yang kat Sungai Ruan tak ada tube basikal tuh. Aku lebih kepada terkilan yang from now on aku terpaksa naik kereta aje lah untuk ke mana-mana. And what if kereta rosak? Aku bersyukur yang selama ini Tuhan kasi aku kemudahan dalam bentuk basikal untuk aku ke masjid. Besar jasa nya basikal tuh. Lebih besar dari tayar nya. Lebih besar dari harganya. 

Lepas balik makan, aku cuba nak tanggalkan tube basikal tuh, mana tahu kalau-kalau boleh ditampal dengan selotape ker. Tak pun, esok aku nak ke kedai basikal, nak bawak tube tuh. Sebab basikal canggih, tak lah semudah yaang aku jangkakan nak membukak screw, nuts and bolts tayar tuh sebab banyak lah bersambung sana sini. Terkekeh aku sorang-sorang bila siap "bukak" tayar, rupanya tongkat basikal yang aku bukak. So aku pasang balik semula, keMacGyveran aku tak terserlah kali ini. Aku memang tak reti langsung bab-bab DIY nih. 

And so it's confirmed lah yang basikal aku dah tak dapat digunakan. Dan aku pun mulalah jadi tersedih, terdown gitu. Nak kena tunggu adik-adik aku yang ada truck balik lah, baru dapat hantar basikal itu untuk direpair, itu pun kalau boleh direpair, kalau ada tube sebesar itu. Tak dapat dah aku nak meround sekeliling kampung. Dan akan semakin buncit lah perut aku lantaran tak dapat berbasikal. Apalah malangnya nasib aku, bukannya selama ini aku tak bersyukur yang betapa besar nya jasa basikal itu kat aku. Lagipun, aku tak ada pun bawak basikal tuh ke tempat tak senonoh. 

Manja sangat aku nih kan, tube basikal bocor pun meroyannya bagai nak rak ekekekeke

And so Asar nih aku ke masjid bawak kereta. Dan balik aje dari masjid, aku terus ke kebun, aku macam nak melepaskan geram gitu. Geram sebab basikal rosak. Aku menyangkul macam dalam keadaan marah, biasanya kejap aje dah tercungap-cungap. Tapi kali ini, tercungap-cungap jugaklah tapi aku teruskan jugak menyangkul. Then tanam kacang. Puas hati aku.

Aku tengah mandi bila aku dengar bunyi hon kereta, sapa pulak datang dekat-dekat Maghrib nih? Tak tahu ker aku tengah bersedih, nak menambahkan duka nestapa aku lah tu gamaknya. Rupanya Mamat yang dulu petik kelapa tapi tak bayar tuh, yang katanya wallet hilang. 

Aku tak tahu apa muslihat dia kali ini tapi dia kata dia dah beli racun untuk meracun kat tanah kitaorang, jugak kat tanah pak sedara dan arwah mak sedara aku tuh. Then aku kata yang aku dah ada janji dengan orang lain, dia datang every other month untuk meracun semak kat tanah kitaorang. 

"Habih macamana, aku dah beli racun, aku jual ke awak jer lah racun tuh", kata Mamat tuh lagi. 

"Dia beli sendiri racun, aku bayar termasuk harga racun tu", aku jawab gitu, aku masih tak dapat tangkap apa muslihatnya dia nih kali ini.

"Tak lah, aku nak meracun, nak bayar duit nyor dulu tu. Ini pun dah banyak nyor gugur tuh. Tapi, nyor sekarang tak ada harga", kata Mamat tuh lagi. 

Oooooo, dia nak petik, ambik kelapa yang lain, itu maksud dia. Yang dia kata nak offsetkan dengan kerja meracun tuh, itu alasan jer. Ooooooooo, smart!

"Tak. Macam nih, duit dulu tuh ko tak payah bayar, aku dah lama halalkan. Ko tak payah meracun, sebab dah ada orang. Betul nih, aku halal kan jer", aku kata gitu.

"Eh, tak boleh lah gitu, lagipun ini dah banyak nyor yang tak berpetik nih", kata Mamat tuh lagi. 

Dalam hati aku kata, apa pasal dia tak terus terang aje kata yang dia nak petik kelapa, tak payah lah nak dijadikan alasan yang kononnya nak bayar harga kelapa dulu tuh dengan meracun rumput? Aku pun banyak dengar cerita yang dia nih, kalau petik kelapa orang, tak pernah bayar, sokmo lah kata yang dia dermakan duit tuh untuk asnaf. 

"Ok, ada satu benda yang ko boleh tolong aku", aku kata gitu. Aku ada dapat idea.

"Apadia?", Mamat tuh tanya aku.

"Tayar basikal aku pancit, boleh tak ko hantar ke Sungai Ruan untuk repair, siap nanti aku kasi upah", aku kata gitu.

"Ish, itu benda kecik jer, sekarang pun aku boleh hantar, kedai Cina tu bukak sampai malam", kata Mamat tuh.

Ya Rabbi lah punya bersyukurnya aku, aku tak sempat habis meroyan, Tuhan dah kasi jalan penyelesaian di atas permasalahan kronik aku tuh. Teruslah dia naikkan basikal aku ke dalam Hilux dia, dan aku tanya samada nak duit atau tidak, dia kata tak payah lah dulu, bila dapat bill dari Cina tuh nanti, itupun kalau tube tuh boleh ditampal atau diganti. 

"Terima Kasih lah", dia kata gitu bila aku kata aku akan kasi dia upah. 

Aku tengok jer lah dia mengikat basikal tuh, sesambil fikir, dia nih (dan a few orang kampung yang lain), pakai Hilux tapi tak ada duit. Aku? Aku ada Bitcoin tapi drive Proton yang macam besi buruk jer. 

Tak ada pulak Ustaz Sekolah Sains tuh malam nih, jamuan makan pun tak ada, jadi AJK memang dah tahu Ustaz tuh tak datang rupanya, apa pasal tak buat announcement awal-awal? Tak kesian ker kat orang-orang yang mengharapkaan makan free nih? ekekekeke

Mamat tuh a few times mengupdate aku, katanya tube kena tukar sebab ada 3 kebocoran. Dan tak ada pulak saiz tuh, esok Cina tuh cari kat Raub. 3 tempat bocor? Ada orang sabo aku ker?

Forex tak menyebelahi aku malam nih kot, floating loss keeps mounting, sampai 0.3 Eth. Macamana pun aku biarkan aje, sesehari lepas dah untung, tak kan nak untung hari-hari, kan? Lagipun, kalau aku cut loss awal-awal, mana tahu price akan berubah, sebab biasanya lepas aje aku cut loss, prices akan terus move to my advantage. 

Isnin22Oktober2018

Awal aku bangun pagi nih, sebelum alarm berbunyi pukul 4-30 pagi lagi. Tudia, bersemangat. Rileks, santai dan tak tergesa-gesa pun. Ke masjid pun lebih awal dari biasa, sorang jemaah pun belum ada masa aku sampai tuh.

Forex pun macam tak bermaya awal pagi nih, aku pulak ada floating loss sejak last Friday, so lepas Nikkei bukak, aku tidur, dapatlah sejam lebih. Aktiviti utama pagi dan hari nih, kopek kacang, then tidur. Then baca dan buat apa-apa yang patut, yang boleh dibuat sambil baring, yang akhirnya tertidur. Aku boleh tidur runcit-runcit gitu, dalam sesetengah jam. 

Tak sesusah dan selama mana pun benarnya puasa nih, kejap aje dah tengahari. Lepas Zohor, buat kerja sesikit, dah Asar. Lepas Asar, tak sempat nak buat apa-apa, dah nak Maghrib.

Dan masa tu lah Forex ada pergerakan pun, seharian tadi asyik ke bawah jer, itu yang aku biarkan aje. By this evening, accounts aku dah menghijau, dah boleh dituai profits nya. And so aku liquidated a few. Macamana pun masih ada a few positions yang rugi walaupun in general, overall, dah untung. Eth account aku ada untung dalam 0.1 Eth tapi BCH account rugi sikit.

Aku buat iced lemon tea sebotol besar untk berbuka, then pergi ke masjid awal sikit, park kereta kat ceruk sebab senang nak berbuka, orang tak nampak. Aku beli kek kat kedai sebelah masjid tuh. 

"Awak buat kerja apa jer?", tokay kedai tuh tanya aku, dulu ada bersembang dengan dia, dia tanya anak sapa, duduk mana, things like that.

"Tak buat mende pun, berkebun sesikit, tanam jagung, kacang tanah Sempalit (kacang harimau)", aku jawab gitu.

"Ada buat bisness online ker, Forex ker?", dia tanya lagi. 

"Ada lah sikit, tapi saya trade guna Bitcoin", aku jawab gitu.

"Bitcoin? Ini kena menuntut ni", kata tokay tuh lagi.

Mengaji malam nih aku baca slow-slow, so tak ada salah pun. Kalau baca laju tuh, biasanya ada yang sangkut. Dan sebab tak ramai yang mengaji malam nih, cepat jugak habisnya, kalau tak tuh, sejam lepas Isyak pun masih tak selesai. Jadi "lama" puasa aku sebab berbuka pun cuma teguk air dan makan kek secebis. Jamuannya tak meriah, roti canai jer, aku ambik 2 keping. Lepas tuh aku tak ke kedai pun dah, esok pagi lah makan berat sikt kat Pekan Sari Sungai Ruan.


Tuesday

Ahad21Oktober2018

Walaupun lambat jugak aku ke kebun pagi nih tapi the amount of kerja yang aku buat memang membanggakan diri aku. Apa tak nya, aku berjaya menyangkul rerumput, aku perluaskan kawasan penanaman aku. Aku tanam kacang sampai habis benih. Yang bermakna aku harus kopek lagi balance benih yang ada. Tak apa, esok boleh buat, esok aku nak puasa so aku sure tak akan buat kerja berat, akan aku hadap mengopek kacang walaupun boring, walaupun sampai tertidur.

Then aku menyemai benih, jagung etc. Aku silap, dulu tuh aku ingatkan tembikai yang tumbuh, tapi rupanya timun walaupun aku swear yang aku letak benih tembikai kat dalam polybags tuh. Ini kah yang dikatakan tembikai ditanam tapi timun yang tumbuh? Dan yang paling surprise sekali, banyak pulak anak tembikai yang tumbuh, aku semai kat 2 polybags, benih hasil tembikai yang berbuah dulu tuh, ada dalam 20 bijik, semuanya tumbuh. Mamposlah nak kena pindahkan nanti, rasanya nak tanam dalam polybags aje kot pastuh nak letak tepi pagar, biar memanjat kat pagar aje. Kalau tanam kat tanah, dia menjalar merata-rata, masa nak menyiram, aku selalu terpijak. 

Kalau berbuah nanti, aku nak sarung dan support buah-buah tuh dengan bra kot, aku tengok kat youtube, selamba jer orang balut tembikai dengan pantyhose, bra, legging etc. Chu banyak bra rasanya sebab ituhari masa kumpul pakaian untuk didermakan kat Orang Asli, sarung tek pun Chu humban sekali. 

Ada benda yang tumbuh kat trays tempat aku semai asparagus ituhari tapi aku sure yang tumbuh tuh bukan asparagus yang aku harapkan, macamana pun aku nak biarkan aje dulu, sebab aku pernah tercabut dan terbuang tanaman yang aku semai sebab aku ingatkan rerumput dan pokok liar yang tumbuh. 

Letih berkebun, aku ke dapur lah pulak. Nasi, ayam goreng dan semalam punya telur masih ada, so aku buat nasi goreng, hodoh gila nasi goreng aku sebab aku letak sambal hitam, so jadi nasi goreng Keling lah. Nak pulak kucing tuh makan ayam goreng yang bercampur nasi, kucing kampung, makan lauk yang digaul nasi, aku jugaklah yang pelik, dikasi cheese, susu, bilis, tak dimakannya.

"Dari Raub ker?", bekas Tok Empat tegur aku masa Zohor. Aku tak faham, then dia kata lah yang aku pakai lawa jer, tentu aku pergi ke mana-mana sebelum tuh. Biasaanya aku pakai baju Melayu tapi sesehari dua nih aku pakai kemeja. Aku rasa bersalah sangat nih sebab banyak baju yang tak aku pakai, bergantungan dalam almari. So, Zohor dengan Asar, pakai kemeja sebab aku naik basikal, berseluar, dan ada pockets nak taruk wallet etc. Tapi kalau naik kereta, kena pakai baju Melayu lah sebab aku berkain pelikat. Aku bukan yang jenis longokkan cellphone, wallet, kunci kereta etc kat depan, masa sembahyang. 

Ada khenduri lepas Asar tapi aku tak pergi sebab nak cepat, lagipun nak praktis untuk mengaji malam nih. Lagipun, nak ambik makanan yang aku order dari Chu, untuk dibawak ke surau, kesian aku menengoknya, tak ada jamuan lepas mengaji. Kalau ok, InsyaAllah minggu depan aku bawak lagi, too bad aku tak ikut serta mengaji hari Sabtu malam minggu sebab ada Kuliah Tasauf kat masjid. 

Aku bawak jugak susu dan gula, just in case, sebab aku tahu yang surau tuh tempat orang Tabligh bergelimpangan, dan aku boleh agak yang serba serbi tak tersusun. Walaupun sekali sekala ada majlis untuk kaum ibu kat surau tuh, tapi the moment majlis selesai, jadi tunggang langgang balik semula lah keadannya.  Tepat jangkaan aku, gula, walaupun ada, tapi dipenuhi semut. Container tak ditutup rapat. Susu pulak dah basi kot, berkulat. Itu yang aku terfikir, macamana lah orang tak komplen pasal Tabligh kat kampung nih, kalau busy pun fikir pasal usaha atas iman dan amal, selitkanlah jugak fikir pasal masyarakat setempat, keadaan sekeliling. 

Tak ramai yang datang mengaji so cepatlah selesainya, just before Isyak. Alhamdulillah habis makanan nya, mee kuning sama pulut panggang, ramai yang tapau bawak balik sebab diaorang kata tak pernah tengok mee gulung macam maggi tuh, macam pasta pun yer jugak. 

Lagi satu yang aku pelik, masa kitaorang mengaji, geng Tabligh tuh lepak kat beranda surau, dan masa kitaorang makan, diaorang sibuk kat dalam surau, tak join pun kitaorang makan. Macam orang luar sedangkan kitaorang sekampung. 

Awal aku tidur malam nih, tak nak sangat layan internet, lagipun esok nak bangun awal, Forex market bukak, dan aku nak sahur.

Monday

Sabtu20Oktober2018

Tak ada pulak Chu menalipun pagi ini untuk ke Pekan Sari sedangkan dia kata banyak nak beli barang untuk jamuan malam nih kat masjid. Calls aku tak masuk-masuk, sibuk sangat ker? So aku pergi sorang-sorang jer lah ke Pekan Sari, pergi pun lewat sikit sebab aku ke kebun sekejap meninjau kawasan, mana lah tahu kot-kot disondol vavi ker jagung aku. 

Aku suka makcik-makcik yang berniaga kat kawasan sedara aku tuh berniaga, bila aku hulur bungkusan kuih, diaorang ambik aje, tak ada pun menolak. Iyalah kan, biasanya akan ada jenis yang menolak, yang buat-buat jual mahal. Sedara aku tuh berjual sambal hitam sama sambal jering pulak harinih, selain dari pokok-pokok tanaman dan hasil pertaniaan lain, yang diaorang beli dari tempat lain. 

Bercerita tuh, aku katalah yang kat rumah ada berbalang-balang belimbing hitam, terus sedara aku tuh kata dia boleh tolong jualkan. Aku pelik jugak sebab nak buat apa banyak sangat stock belimbing hitam, bukan ada siapa pun yang makan, kecuali masa ramai yang balik. Lagipun, pokok belimbing kan ada, nanti tuh bila dah sikit bekalan, buat aje lah belimbing hitam yang baru, aku pun dah tahu proses-proses membuatnya. 

"Laaaa, matnyer tak kabor ke Akak? Oghang menanya sokmo ke anok belimbing", kata sedara aku bila aku kata yang aku ada semai/tanam belimbing buluh, dan ada yang hidup. Terus lah dia suruh aku semai banyak-banyak, dah besar nanti dia nak borong, nak dijual kat nursery dia di Benta.

"Dang, why didn't I think of that?", aku asyik fikir gitu jer masa nak balik. Tapi, dalam fikir-fikir tuh pun sempatlah beli itu ini. Terbeli apple cider vinegar (walaupun stock masih ada) sebab terbertentang mata dengan tokay yang jual tuh, dan aku macam boleh baca apa yang dia fikir, yang aku lah satu-satunya harapan untuk membeli kat tempat jualan dia. 

Terbeli jugak kebab (walaupun aku tak suka sangat pita bread) sebab dari dulu lagi aku macam terkesian dengan 2 brothers nih yang aku tengok, tak pernah ada orang beli apa-apa pun dari stall diaorang. Jugak terbeli ubat/racun anai-anai (dengan kuantiti yang agak banyak), sebab yang sama, terkesian kat penjual yang sentiasa kesaorangan sebab tak ada pelanggan tuh.

Aku tak ke kebun pun, melepak aje, baca paper, online, bersih-bersih itu ini kat dapur. Aku rasa, dalam seminggu tuh aku nak ambik satu hari off, aku tak nak ke kebun. Hari yang aku akan lupakan pasal kebun. Hari yang kalau aku lalu di kawasan kebun, aku akan tutup mata ekekeke. Yang bagusnya hari Sabtu. Atau Selasa. Hari Pekan Sari. Hari aku menengok dunia luar. Hari yang aku rasa hidup aku penuh dengan keexcitementmannya. 

Tapi, katalah hari tuh hujan dan aku tak dapat ke kebun, itu dikira bonus lah. So seseminggu dua nih memang banyak dapat bonus, agaknya bonus hujung tahun pun dapat banyak nanti nih. Dan sekiranya Mak atau Long ada balik, atau adik beradik lain, Sabtu akan jadi hari bekerja, yang sure nya aku akan ganti.

Aku nih jenis rajin orangnya, walaupun baru tadi confirmed yang Sabtu is my day off, aku buat jugak kerja yang melibatkan pertanian. Aku cari blimbing buluh, nak ambik benih, nak semai. Malangnya, tak ada sebutir pun yang tua, biasanya bergelimpangan kat bawah pokok, tapi kali nih bersih sebersihnya , ke mana kah menghilangnya semua belimbing yang gugur ke tanah tuh? Kat pokok pun cuma ada beberapa bijik buah, yang bila aku picit, tak ada benih sebab masih muda. 

Bila aku talipun Mak dan ceritakan kisah nak jual belimbing hitam yang berbalang-balang tuh, Mak setuju sangat. Mak even suruh aku hantar tanaman dan sayuran aku kat Kak Zan tuh aje, suruh dia yang tolong jualkan, that way aku pun secara tak langsung menolong Kak Zan tuh. 

"Dia dah senang dah gaya nya tuh, Mak. Gelang emas nya besar-besar, ada dua tiga. Jari nya penuh dengan cincin, ibu jari jer yang tak bercincinnya", aku kata gitu kat Mak.

Kalau dikira, dah beribu dah duit aku yang aku belanjakan membeli barangan dari sedara aku tuh. Kalau orang lain, tak mungkin aku nak belanja sebanyak itu tapi bila mengenangkan sedara, aku rasa itu aje lah cara aku dapat tolong. 

So aku decided untuk ke rumah Chu, to check on her sebab apa pasal uncontactable sejak pagi. Jugak nak cari kalau-kalau ada belimbing tua. Patut pun, cellphone Chu "rosak" katanya. Bila aku charge, tak ada notification yang keluar, so aku kata kat Chu yang aku nak bawak balik cellphone tuh, nak guna charger kat rumah, aku ada a few. Aku tahu yang how penting it is cellphone tuh dalam kehidupan Chu. 

Pun tak ada tindakbalasnya jugak. Aku belek sana sini, pun tak ok. Bateri kot? Aku rasa bateri tuh macam longgar, loose gitu, iyalah kan, benda tua, mestilah loose, kecut, sag dan sebagainya. Aku sendal bateri tuh dengan dawai mesin kokot (aku googled makna benda tuh dalam Bahasa Melayu), baru lah ada tindakbalas masa aku charge cellphone tuh. 

Damn aku rasa macam MacGyver jer, bersemangat jer aku berkayuh ke rumah Chu. Aku rasa macam happy jer sebab aku dah menjalankan tanggung jawab aku, iyalah kan, Chu tuh mak sedara aku, dia duduk sorang, so aku kenalah tengok-tengokkan sikit. Dan aku boleh bayangkan yang nanti Chu akan bercerita kat anak-anak dia, sapa-sapalah lagi, pasal aku yang berjaya merepair cellphone dia yang rosak. Biasanya cerita pasal benda tak senonoh tentang aku kan, rumah bersepah larah lah, pemalas lah etc, so hopefully akan datang tuh dia akan bercerita pasal benda baik lah pulak.

Pun tak ada belimbing tua kat rumah Chu, semua pokok belimbing aku checked satu persatu, dapatlah 5 bijik. Then aku layan mak mertua Chu bersembang, dia pun duduk sorang-sorang, rumahnya pun a few feet away dari rumah Chu, sebaya dengan Mak orangnya. Then mintak diri nak balik. Sebab nak memasak. Tadi kat Pekan Sari, sedara aku tuh ada kasi sambal hitam sama sambal tumis jering, so itu yang aku kena memasak tuh. Memasak nasi.

Aku tengah lepak lepas Zohor, then ternampak Paki yang jual kain tuh masuk ke area rumah. Amboi, baru minggu lepas aku beli kain pelikat, tak kan dah datang semula? Berpada-pada lah kok yer pun. Terus aku kata yang aku tak nak beli, aku suruh datang bulan depan, Mamat tuh kata aku boleh hutang, kalau aku nak. No, ini bukan masalah duit, aku boleh beli semua barang dalam gendongan ko tuh, cuma aku tak suka cara ko. Last week aku beli sebab aku kesian kat ko, aku banyak kain pelekat benarnya. Tapi ko pulak, janganlah ambik kesempatan nak menagih kekesianan dari aku. Datang bulan depan pulak, baru aku beli.

Aku tak berapa kesian sangat dah pun kat Mamat Paki tuh sebab ituhari aku tengok 2 orang drebar lori bawak 3 kain batik each, sure beli dari Mamat tuh. Aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri tapi aku yakin diaorang beli dari Paki tuh. Sebab Paki tuh minum kat kedai tempat drebar tuh melepak. Dan aku tengok, gendongan Paki tuh dah semakin kecik, yang aku rasa, kalau aku sendiri usung, aku mampu, aku boleh usung tanpa mengeluh keberatan. 

Aku betul-betul lupa yang petang nih lepas Asar, ada kelas mengaji. Then bila nampak Imam2 bawak bag, baru aku teringat. Yang peliknya, sesehari dua nih tak ada pulak dikasi peringatan. Biasanya ada dibuat pengumuman. Aku serba salah nak join atau tidak, peralatan mengaji aku di rumah, dan nampak macam tak ada gaya pun akan ada orang nak belajar. Itu yang Pengerusi Masjid suruh aku join, just untuk tunjukkan yang ada jugak jemaah yang berminat untuk mengikuti kelas mengaji tuh. Tapi bila aku tanya Imam2 tuh, dia kata, kelas tak ada tapi kalau sapa-sapa nak belajar mengaji, dia akan ajar. Cuma nya dia harapkan those yang langsung tak reti mengaji. Imam tuh sendiri kata yang aku tak payah join lah. 

Lepas Asar nih aku tak ke kebun. Tak jugak berfatbike. Aku terralit online. Kat ebay. Ada benda aku ternakbeli nih, nasib baik duit kat PayPal tak cukup, tak kalu dah order dah. Tengoklah esok lusa, aku masukkan duit.

Tengah berwirid Maghrib, ada orang cuit bahu aku, katanya ada orang nak jumpa. Rupanya Chu, dia ajak aku balik sebab gayanya makanan tak cukup, so dia nak goreng sardin buat penambah sambal nasi lemak ayam goreng dia tuh. So kitaorang ke kedai sekejap, sebelum ke rumah Chu. Sampai semula ke masjid pun ngam-ngam Kuliah Maghrib dah nak habis, setakat sempat sign attendance sheet jer pun. 

"Macamana tak cukup, Chu, diaorang tuh ambik telur sampai 2 tiga sorang, lepas tuh sorok dalam nasik. Ayam goreng pun ada yang tak dapat", aku kata gitu kat Chu masa dalam kereta, lepas habis jamuan. Aku rasa guilty jugak sebab sebelum tuh aku ada ambik 4 ketul ayam goreng, sorok dalam kereta. 


Sunday

Jumaat19Oktober2018

"Bulan depan pergi Ijtimak (Tabligh) kat Markas Sri Petaling, nak?", RT tanya aku pagi nih lepas Subuh.

Biasanya lepas aje sembahyang, macam orang lain jugak, laju jer nak balik rumah, tapi harinih since dah agak lewat (sebab lama jugak sembahyang harinih, baca Surah Sajdah kan?) dan aku pun tak berniat nak ke kebun sebab semalam hujan lebat, so melepak aje lah kat masjid. Nak terus mengeteh, gerai-gerai baru nak bukak.

Banyak alasan-alasan untuk ke KL bulan depan nih. Ituhari MH ajak ke MAHA 2018, aku tak pernah pergi pun tapi memandangkan aku nih pekebun, aku rasa macam teruja jugak nak ke sana, nak tengok dengan mata kepala aku sendiri, apa yang menariknya.

Akak The sama Abang The nak pergi Umrah bulan depan, biasanya aku tak ambik port pun pasal nak ke airport bagai tapi since ini kali pertama diaorang nak pergi, aku rasa aku kena ke sana jugak untuk kasi moral support, tips Umrah etc. Itu alasan kukuh untuk aku ke KL tuh.

Nak menunggu Nekrock balik Malaysia akhir bulan depan, itu lambat sangat lagi. Ada a few jemputan kahwin awal Nov tapi aku tak pulak bercadang nak pergi.

Lama jugak aku melepak masa breakfast kat kedai Samad, sesambil layan Forex. Balik rumah tuh aku mengopek kacang, itu aje lah kerja yang boleh dibuatnya pun.

Lepas Sembahyang Jumaat harinih ada Sembahyang Hajat, arahan Jabatan Agama Islam Pahang sebab Sultan Pahang tengah gering kata nya.

Tengahari, sambung mengopek kacang, ya ampun bosannya lah pekerjaan yang satu nih tapi aku nak buat macamana, terpaksalah buat jugak. Aku ternampak MP datang, dia jerit panggil aku, dalam hati aku kata, "apa pulak yang dia nak kali nih?", sambil masuk bilik nak pakai baju. Agaknya dia ingatkan aku tidur, pintu pun berkunci, so dia blah. Ataupun mungkin dia teringat yang dalam Quran ada disebut yang tak digalakkan ziarah ke rumah orang lepas Zohor, tu pasal dia blah tu agaknya.

Aku berbasikal lagi petang nih, sekejap jer, dalam sesejam, sebab hari macam nak hujan. Maghrib malam nih free, tak ada apa-apa majlis kat masjid, kat surau pun sama, tak kalu dah aku ke sana.

Ramai pulak yang pergi ke kedai Omar lepas Isyak, 4 meja tuh semua dipenuhi orang yang baru balik dari masjid. Kebetulan ada this one guy yang solo jugak, dia tegur aku, teruslah aku ajak dia makan semeja. Aku kesian kat dia nih, lulusan dari Middle East tapi kerja mengajar ugama kat sekolah on a contract basis, gaji cuma RM 800. Ituhari aku terdengar dia bersembang dengan this one jemaah, itu yang aku tahu tuh.

Dia tahu nama aku rupanya, aku jer yang tak tahu nama dia apa. Nak tanya, segan. Ituhari this one jemaah tanya aku, apa nama, anak sapa, duduk mana etc, aku jawab tapi aku tak tanya balik, apa nama panggilan dia. Memang gitu style aku kot?

Again, aku tak "puas hati" dengan kelaku orang kat meja depan kitaorang, Imam 1 masjid. Kalau pun nak "blend in" dengan orang semeja, tak boleh ker tak hisap rokok? Memanglah my expectation is high tapi sebenarnya my respect towards him dah lama jatuh merundumnya. Aku tengok Mamat sebelah aku tuh pun dia jeling-jeling tengok Imam 1 tuh. Aku tak jeling pun sebab depan aku.

"I'm such a kera sumbang all right", aku kata gitu dalam hati bila menengokkan yang diaorang sibuk bukak WA, banyaknya groups yang diaorang join, bertitiran. Sedangkan aku cuma ada group keluarga, 3 groups lain tuh pun sebab segan nak leave, so mute kan aje lah.

Forex, walaupun aku tak seaggresif dulu, tapi aku tetap rasa letih mentally. Mana tak nya, nak kejar prices yang turun naik tu, kejap turun, bila gaya macam nak turun lagi, dia naik. Tengah sedap naik, dia turun. Minggu nih aku punya profits pun cuma lebih kurang 0.14 Eth dan 0.047 BCH respectively. Floating losses yang aku akan carry ke minggu depan boleh tahan jugak tuh, tapi kali ini aku tak nak tunggu lama-lama, kalau betul aku betul-betul salah then aku nak cut loss aje. 

Pernah floating loss aku lebih dari 1 Eth, punyalah siksa nak merepair account aku. Itupun syukur dapat direpair, buatnya terus aje against sampai ke sudah, hancur lah account aku nanti.

By end of this year, boleh ker aku jadikan 2 ETH dan 1 BCH, I doubt it lah kalau macam ini gayanya.


Saturday

Khamis18Oktober2018

A few times jugak aku terbangun malam tadi walaupun tidurnya way past midnight. Itu semua gara-gara Forex. So tak heranlah bila alarm berbunyi pukul 4-30 pagi, aku snoozed kan. Sedar semula dah pukul 5 suku. Now, kalau bulan Ramadhan, memang sempat lagi nak sahur, albeit tergesa-gesa, tapi memandangkan puasa sunat jer yang aku niat nak buat tuh, aku jadi macam berbelah bagi. Tak sempat nak panaskan makanan nih, kata aku dalam hati. Dan aku nak lah jugak buat sembahyang sunat walaupun a few rakaats cuma. Lagipun harinih aku nak buat kerja berat sikit kat kebun.

Semua tuh aku fikir, masa aku berak, masa aku mandi.

So aku buat keputusan yang tak payah puasa lah harinih. Lemah sangat aku nih orang nya, kan? Tak apa, tengok Monday depan, InsyaAllah, kalau aku masih banyak cekadaknya kasi alasan itu ini, then I'll have something to "repair", to work on.

Breakfast makan makanan yang aku beli semalam tu lah, then terus ke kebun. Kerja pertama yang aku buat, aku tanam benih timun, petola, kacang panjang, tanam kat polybags yang dah berisi semua bahan-bahan tuh. Satu bag aku isi 3 biji benih each, biar diaorang ada kawan ekekeke. Rugi jer tanam satu benih setiap bag. Then polybags tuh aku susun kat tepi pagar, nanti tanaman tuh nak menjalar, tak payah aku nak buat para bagai.

Then pindahkan pokok tomato, tembikai, anak belimbing buluh, ke polybags. Berpuluh aku semai tembikai, satu jer yang hidup. Dan aku semai lagi benih, Anak cili Bali pun ada yang cambah, semuanya aku pindahkan ke polybags. Cili Bangla (bell pepper) yang kaler kuning, hijau dan merah tuh dah besar buahnya, so aku petik, ambik benih dan semai.

Lepas tuh baru lah buat kerja berat sikit, membersihkan kawasan untuk ditanam kacang harimau. Aku cabut pokok jagung yang tua, tak semua tapi most of the pokoks kat kawasan aku nak bertanam tuh. Termengah-mengah aku menyangkul buat parit untuk tanam benih, dapat lima enam kali hayunan, aku berhenti. Peluh tak payah cerita lah, banyak keluar nya. Penuh satu tong biru tuh, air untuk dibuat menyiram.

Then aku pagarkan keseluruhan kawasan dengan plastik hitam, hiba sangat hati aku bila tengok ayam jiran mematuk-matuk, menguis-nguis kat kawasan yang baru aku tanam benih. Aku rasa macam hati aku dipatuk sama. Aku perasan yang ayam-ayam jiran ada nun di kejauhan, karang tuh bila ada sekor yang "update status", mulalah masing-masing menyerbu .

Kalau diikutkan hati, nak rasanya aku habiskan menanam di kawasan lain tapi apakan daya, aku diserang semut merah. Dari dulu dah aku perasan yang part of the area diduduki oleh semut merah yang kalau digigitnya, memang sakit, pedih dan gatal. Mulanya aku kuis-kuis gitu aje tapi makin lama makin banyak, naik sampai ke betis, terloncat-loncat aku kegatalan. Kena hati-hati sebab banyak jugak petualang lain selain dari semut merah tuh, tadi masa nak buang sampah sarap kat perdu pisang, ada lipan. Dah lah semalam terjumpa ular yang berlingkar kat plastik hitam.

Hujan turun selebat-lebatnya petang nih, dari lepas Zohor sampai ke Maghrib. Habis lah gayanya benih kacang yang aku tanam tuh, kalau lama terendam air, benih jadi rosak. Itu tak dikira yang bakal dimakan semut merah. Apalah nasib aku. Tak apa lah, aku redha aje. 

Malam ini ada ceramah dari Imam Muda dalam siri Jom Ke Masjid, since hujan jadi tak lah ramai sangat orang datang. Berapi-api Imam Muda tuh bagi syarahan, rasa macam jeles jer bila mengenangkan yang betapa best nya Imam Muda tuh, iyalah, dia muda-muda lagi tapi banyak ilmu nya, mengaji, bagi syarahan, seronok didengar, aku nih dah tua bangka, banyak ilmu yang kurang.