Friday

Khamis25Oktober2018

Aku tak tahu apa pasal, setiap kali makan awal pagi (in this case bersahur), tak lama lepas tuh aku sakit perut, nak terberak. Isnin lepas, berpeluh-peluh aku menahan nak berak masa kat masjid, masa tengah wirid lepas sembahyang. Aku tak pernah lah pulak bangun sebelum Imam siap berdoa, rasanya lah, so itu yang terpaksa menahan dan memendam rasa tuh. Tadi pun sama, sampai terpaksa silang-silang kaki, terlompat-lompat aku nak menahan daripada terburai.

Mulanya aku buat kerja ringan jer kat kebun, alih-alihkan polybags yang semuanya dah dipenuhi tanaman tuh, then mencabut rerumput. Then terbersemangat lah pulak nak menyangkul kat kawasan yang kacang harimau dah tumbuh, nak kena digembur dan dikambus pangkalnya. Barulah nampak macam terjaga jer tanaman aku tuh, kalau tidak tuh nampak macam rerumput liar aje yang memenuhi kawasan lapang.

Kerajinan aku harinih terbersambung sampai ke dapur, walaupun kawasan dapur memang jarang aku gunakan tapi situlah kawasan yang paling mudah kotor, banyak sampah. Sebab tempat kucing lepak, itu for sure penyebab utama. Aku kemas-kemas mana yang patut, lap sana sini, sapu sana sini.

Ternampak maggi, ternampak telur atas meja, ternampak lemon yang belum diusik pun sejak beli ituhari, cheese pun ada. Dan terfikir pulak yang malam nih Chu nak ke masjid jugak, dia nak buat bubur durian untuk dibawak ke masjid, biasanya Chu akan suruh aku rasa dulu makanan yang dia nak bawak. Dan aku pun letih jugak sebab tadi menyangkul. So tak heranlah aku batalkan puasa aku dengan makan maggi dan minum iced lemon tea.

Lemah sangat aku nih orangnya, jarang sangat aku dapat puasa hari Khamis, kalau Isnin, memang tak ada masalah. Mungkin sebab Isnin tuh permulaan minggu so semangat kuat, tapi bila Khamis, macam-macam cekadak, songeh dan alasan yang timbul. Tengoklah Khamis minggu depan macamana.

Aku nak ke masjid for Zohor naik basikal, then terperasan yang tayar depan pulak tak ada angin, bocor. Pelik aku, tak kan macam serentak tayar tuh pancit, dan kalau menurut kata Mamat Kelapa semalam tuh, tayar belakang ada 3 kebocoran, "cantik jer" tersusun, as if jarum pin tuh ditusuk orang. So lepas sembahyang tuh aku contact dia, dan dia kata dia akan datang repair, guna tube yang dah ditampal tuh.

Petang nih tak buat apa, melepak aje, cuba-cuba nak tidur. Sesambil tuh memikirkan pasal kelemahan-kelemahan diri aku. Aku tahu yang aku nih banyak sangat kelemahannya. Malas, itu kelemahan utama. Bangun tidur aku tak pernah kemaskan katil, sebab aku tahu yang aku akan landing jugak lagi kat katil tuh in a few hours.

Kalau minum, jarang sangat aku terus cuci gelas, aku tunggu sampai tiga empat gelas, bila macam tak ada space dah kat meja tempat aku buat kerja, then barulah aku cuci sekali harung. Pakaian dalam washing machine, kadang tuh dua tiga haril epas dicuci barulah aku sidai.

Sampah, bila dah penuh plastic bag dengan sampah, aku cari plastic bag yang lebih besar, letak dalam tu. Penuh jugak, aku ambik pulak trash bag hitam, letak bag plastic tadi tuh dalam trash bag tuh. Penuh jugak, aku guna trash bag yang paling besar, yang tebal tuh. Bila dah penuh barulah aku bawak trash bag tuh keluar, tak pergi buang kat tempat buang sampah, instead aku letak jer kat belakang rumah.

Memang banyaklah benda-benda yang berkisar dari perkatan malas tuh yang ada dalam diri aku nih. Macam bapok jer kalau selalu sangat bersih-bersihkan rumah, ha, itu lah alasan kuat aku.

Tadi tuh, aku ke masjid awal, setengah jam sebelum Azan, aku lepak lah kejap dalam kereta, then lagu Marry You (Bruno Mars) keluar kat radio, aku boleh kuatkan radio, lepas tuh ikut sama menyanyi, sesambil hangguk-hangguk kepala, aku suka dengar feel-good catchy tune songs macam lagu tuh. Dah lama tuh baru lah tersedar, termenyesal lah kononnya, terus tutup radio, lagu pun dah nak habis.

It's a beautiful night
we're looking for something dumb to do
Hey baby, I think I wanna marry you

Is it the look in your eyes
or is it this dancing juice
Who cares baby, I think I wanna marry you

Gaya macam nak hujan lebat petang nih, tak payah ke kebun lah. Ha, itu satu lagi alasan, nasib baik lah itu alasan bermusim. Alasan yang cuma digunakan di musim hujan.

Dah nak Maghrib barulah Mamat Kelapa tuh datang, aku kasi alasan yang aku nak ke rumah Chu nak jemput dia, itu pasal aku terpaksa keluar awal sikit. So aku tinggalkan kunci, kasi duit, kat Mamat tuh. Dia kata ada orang pedajal aku, tak kan lah tayar boleh pancit serentak, lagipun bocornya tersusun aje. Aku suspect budak-budak yang buat, masa aku sembahyanf Zohor ituhari, agaknya diaorang geram tengok tayar besar tuh.

Aku kena berhijrah ke KL lah nampak gayanya sebab kat Ulu Galifornia nih dah tak selamat, ada orang menganaiya aku.

"Dan (sempat)  ke awak bubur Chu?", Chu tanya masa nak balik lepas jamuan kat masjid tadi. Maksudnya, sempat tak aku merasa bubur yang Chu bawak tuh.

"Tak dan ke mende Chu", aku kata gitu. Maksudnya tak sempat langsung. "Orang depan saya tuh, saya tengok, sampai 5 bijik butir durian tepi mangkuk dia", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Forex accounts aku semakin tenat tapi aku tak buat apa sangat pun, biarkan aje lah, esok dah hari terakhir for the week so might as well jangan disentuh apa-apa, so awal lah aku tidur.