Wednesday

Isnin29Oktober2018

Memang puas hati dengan amount of kerja yang aku dapat buat pagi nih, too bad masa tak cukup sangat, itu yang tak dapat aku nak bersihkan kawasan semak kat depan tuh. Pokok cili dah berbuah, soon akan tensionlah aku nak memetiknya. Macam cili Bali dan bell pepper tuh, aku tak petik pun, aku biarkan buahnya masak dan buruk kat pokok. Begitu jugak terung, aku cabut sepokok yang berbuah lebat tuh sebab menghalan pemandangan.

Aku nak concentrate pasal kacang harimau dan jagung aje lah, jugak tembikai. Yang lain tuh aku tak nak beria-ia sangat. Tapi kacang harimau akan aku jaga betul-betul, dah berbaris-baris yang dah tumbuh. Kalau mengikut pekiraan, pertengahan bulan satu tahun depan baru dapat hasil. Lambat lagi nih tapi tak apa.

Aku tak puas hati dengan diri aku sesemenjak dua tigamenjak nih, aku cuba tak nak tidur lepas Zohor tapi bila dah pukul 3 lebih, aku tidur jugak, yang kadang tuh, dah nak Asar, baru aku tersedar. Mulalah kelam kabut nak ke masjid. Memang payah duduk sorang-sorang nih, kena ada kekuatan mental yang kental.

Tak ramai yang mengaji malam nih, cepat siapnya, dalam pukul 9 gitu. Jamuannya pun mewah lah jugak sebab tak ramai orang, itu yang aku ambik telur sampai 2 bijik, ayam a few tongkols. Makan apa-apa lah kat masjid, memang aku berselera.

Seharian harinih Forex tak memberangsangkan, aku rasa kali pertama kot aku tak untung dan tak rugi, sebab tak ada positions baru yang aku masuk, semua positions yang aku hold tuh, yang minggu lepas punya. Floating loss aku pun turun naik gitu lah, tak tahu bila dapat aku clearkan semuanya tuh, aku akan hold whatever it takes, tak nak cut loss.

Kalau tak salah aku, 5 perkataan jer yang aku bercakap harinih, tak termasuk mengaji. "Berapa?", masa nak bayar lunch dan "muka surat lima puluh", masa mengaji tadi.