Saturday

Sabtu - 31082013

Aku tak meround pun Pekan Sehari pagi nih, lepas aje breakfast nasi dagang kat kedai Samad, terus aku balik. Then ke kebun, sambung kerja semalam, menggali lubang, menggaul sabut, menanam cili. Slow and steady jer aku buat kerja, dapatlah 2 baris panjang, dalam 60 pokok ditanam. So sekarang nih Zone 3a dah meriah, dengan pokok cili dan kacang tanah yang tumbuh sendiri tuh. 


Sesambil buat kerja tuh aku ralit bersembang dengan anak Makcik Lijah, Lee (orang kampung panggil dia Selepek), dia mengait kelapa. Handal kerja nya Lee nih.

Pelik aku kat Lee nih, ke mana-mana dia pergi, sure bini sama anak dia ikut. Bini dia tak tolong apa pun, cuma layan anak. Tak bosan ker bini asyik mengekor jer? I mean, seriously, kalau aku lah.... hehehhe, kalau aku lah kan.... ekekeekekek... tah, aku tak boleh imagine bini aku jadi macam 7Eleven gituh kan? 

I'm sure Lee needs his own space every now and then.


Dalam pepukul 10 orang Telekom datang, so terpaksa aku melayan diaorang. Dibukak sana bukak sini, diaorang tak dapat detect apa silapnya line talipun. 

"Lah, internet pun dah tak dapat, tadi ok jer", kata one of the guys. 

Berderau darah aku mendengarnya tak dak Dear Diary?

"Bagus lah gitu, senang sikit kita nak check benda yang rosaknya", kata the other guy.

Excuse me, "Senang" kata kau? Ulang lagi sekali! "Senang"?

Ini lah rupanya "senang" bagi orang lain, "susah" bagi aku. Bila lah agaknya "senang" bagi orang lain dan "senang" jugak bagi aku? Until then, bersusah senang jer lah aku nampak gayanya.

Bila semuanya dah dichecked dan masih tak ada penyelesaian, diaorang kata nak pergi check kat DP (Distribution Point?, aku agak jer tuh), kotak hitam yang kat tiang talipun. Aku pun teruslah ke kebun semula meneruskan apa-apa yang tak siap. By the time aku balik, siap mandi, talipun dah ok, rupanya ada masalah kabel kat DP tuh. Syukur Alhamdulillah, mak tak payah nak tension-tension lagi dah. 


Mendung jer hari nih seharian, and since ada masa, aku layan tengok move kat Youtube, tengok film Spanish, El Crimen Del Padre Amaro.

Aku suka film Gael Garcia nih, semua film yang dia berlakun, sure best-best ceritanya. 

Dari semalam dah aku tengok/surf some things Spanish, harap-harap janganlah termula semula habiskan masa layan movies, once in a while tuh ok lah kan? 

Ini sinopsis film yang kontroversi tuh:

Recently ordained a priest, 24-year-old Father Amaro is sent to a small parish church in Los Reyes, Mexico to assist the aging Father Benito in his daily work. Benito--for years a fixture in the church as well as the community--welcomes 
Father Amaro into a new life of unseen challenges. Upon arriving in Los Reyes, the ambitious Father Amaro meets Amelia, a beautiful 16-year-old girl whose religious devotion soon becomes helplessly entangles in a growing attraction to the new priest. Amelia is quickly following into the footsteps of her mother, Sanjuanera, who has been engaged in a long-time affair with Father Benito. Amaro soon discovers that corruption and the Church are old acquaintances in Los Reyes. Father Benito has been receiving financial help from the region's drug lord for the construction of a new health clinic. As well, another priest in the diocese, Father Natalio, is suspected of assisting guerilla troops in the highlands. Maenwhile, Amelia and Father Amaro have fallen in. love.

"Ada jamuan lepas sembahyang kang", kata mak, sesampai aje kitaorang kat masjid for Asar.

Rupanya JKKK ada buat Majlis Sambutan HariRaya kat Dewan Serbaguna Kampung Tok Machang, ramailah orang-orang politik yang dijemput, ADUN Batu Talam pun ada, a few Datuks pun ada. Lawa-lawa, besar-besar, mahal-mahal kereta diaorang, Lexus, Mercedes, BMW. Best jadi orang politik nih kan? Orang politik Barisan lah maksud aku.

Don't get me started, Dear Diary.

Majlis mula pukul 5 dan hujan lebat pun turun pukul 5. So tak ke kebun lah aku petang nih sebab by the time kitaorang sampai rumah, hujan berhenti, dah pukul 6. 

UstazM tak ada malam nih so tak ada lah Kelas Mengaji. 

"Awak tak makan ker?", mak tanya aku masa aku nak masuk bilik.

"Tak", aku jawab sambil geleng kepala.

"Awak tak makan ker?", mak tanya lagi.

"Tak", lagi sekali aku jawab sambil geleng kepala.

"Awak tak makan ker?", mak tanya lagi. Obviously mak tak dengar jawapan aku, dan mak tak nampak aku geleng kepala.

"TAK", aku jawab kuat sikit sebab aku rasa mak tak dengar jawapan aku, dan mak tak nampak pun aku geleng kepala. 

Lepas tuh mak merungut, aku tak dapat tangkap sangat apa yang mak rungutkan tapi aku terdengar mak kata..."tak nak menjawab....."

Ini bukan kali pertama jadi macam nih, selalu sangat dah jadi nya.

Jumaat - 30082013

Awal pagi lagi aku dah menolak wheelbarrow ke Zone 3, kat kawasan yang sekarang nih aku tanam cili. Aku gali lubang (dulu dah gali dalam seseratus lubang tapi sebab hujan selalu turun, terpaksa digali semula), aku masukkan sabut yang direndam dan digaul dengan air baja, dan lepas pindahkan anak cili, slow-slow aku kambus keliling pangkal. 

Nampak macam senang kerjanya. Memang senang pun. Tapi leceh sebab aku buat sorang-sorang. Ituhari kitaorang bertiga buat semua tuh, aku, Long sama Adik Din. Itupun dapat tanam dalam seratus lebih sikit aje. Tapi pagi nih aku terpaksalah buat sorang-sorang, dan akan datang pun sama sebab this weekend Long tak balik. Semalam tuh aku ingatkan boleh siapkan dalam seseratus lubang tapi hampir sepagian aku kerja, cuma dapat 60 lubang aje yang bertanam. Tak apa, alon-alon lah. Tak ada apa yang nak dikejar nya pun.



Banyak kerja lain yang aku kena buat tapi untuk hari-hari akan datang nih aku kena concentrate pasal cili lah pulak. I've been negecting pasal cili nih, memang dari dulu aku tak excited sangat dengan projek cili nih. Itu yang kat bawah pokok rambutan, yang dekat dengan bilik mak tuh, so far baru sekali aku siram dengan air baja. Yang di bawah garaj tuh baru/dah 2 kali. Dan yang ditanam kat tanah, walaupun aku dah taruk baja tapi aku kena keep on gembur sekeliling pokok.

Itu pasal cili. 

Pasal kacang pulak.

Kacang yang dicabut semalam tuh masih belum habis dileraikan. Dan yang tak bercabut pun masih ada. Dan rerumput, semak dah semakin meliar, yang harus aku clearkan cepat-cepat sebab banyak kacang yang tertumbuh sendiri, yang kena aku pindahkan kat mana-mana. Kat Zone Penempatan Semula Kacang tuh dah penuh, so kena bukak Zone Penempatan Semula Kacang Fasa 2 lah pulak gayanya nih. 

Tak pun aku nak biarkan aje kacang-kacang tuh tumbuh berteraburan, macam kawasan setinggan. Tak kuasalah aku nak mengalihkan nya sepokok demi sepokok, masa kecik nih jer nampak teraturnya, dah besar nanti, masing-masing merimbun sampai tak hengat donia.

Aku nak hold dulu dari tanam, the remaining benih yang ada, ada dalam 3 empat kilo tuh. So basically, Zone 3 aku tak perlu benih pun, aku cuma maintain jaga kacang yang tertumbuh sendiri tuh. 

Awal aku siap kerja (berhenti buat kerja) pagi nih, belum pukul 11 aku dah siap mandi. Mula cadang nak merempit ke mana-mana, ke Pusat Serenti ker, ke Sungai Ruan ker, tapi  malas mengelentong mak (kena kasi sebab-sebab nak keluar), lagipun nak tunggu kalau-kalau orang Telekom datang nak "tengok" talipun yang rosak tuh, kesian aku kat mak sebab risau pasal talipun. So aku melepak kat rumah jer lah, tak buat apa pun, baca paper yang aku beli semalam. Semalam sibuk sampai tak dan nak baca papers. 

Walaupun Streamyx aku sentiasa on tapi aku tak bukak internet sangat. Kalau dulu aku selalu tengok movies kat Youtube bila ada masa free tapi sekarang nih aku tak bernafsu gitu dah. 

Eh Dear Diary, kau nak tau dak apa yang aku terperasan pasal aku, yang aku rasa lain dari orang banyak? Dah lama dah aku perasan tapi tadi aku terperasan lagi.

Kat masjid, atau kat mana-mana lah, aku tak reti duduk bersila. Ekekekek. Serious, aku tak reti, kalau bersila pun sekejap jer. Tapi kalau bersila sambil bersandar kat tiang, kat dinding, ada penyupport, ha, itu aku boleh. Tapi kalau bersila on my own, tanpa ada apa-apa penyupportan, aku memang tak boleh. So aku duduk macamana masa Khutbah? Aku bertimpuh! Ekekekekke. Tak lah. Aku duduk macam duduk masa Tahiyyat Akhir, all the way sampailah masa nak sembahyang. Tadi aku peratikan (aku kat Saf ke 8), tak ada sorang pun yang duduk macam aku duduk, semua orang bersila, aku sorang jer yang duduk macam tuh. Sampaikan aku ada terfikir, apa pasal lah aku nih selalu lain dari orang lain? 

Kalau makan bersila lagilah aku tak boleh, aku akan either makan sikit (biar cepat siap sebab tak tertanggung rasanya penyiksaan duduk bersila), makan sambil angkat pinggan (tatang) atau aku duduk makan macam orang Tabligh makan, macam Sunnah. 

Tah apa-apa lah aku nih kan Dear Diary, nampak sangat hidup aku boring sampaikan benda gitu pun nak tulis kat blog. Tak apa, with my blog, I can make people laugh and give them another attitude about life, kan? What a blessing that is for me, kau tau dak, Dear Diary?

Mak ke majlis bacaan Yaasin petang nih, ada orang yang datang jemput. Pelik aku, dalam talipun tak boleh diguna, macam mana mak bercommunicate? 

Lepas Asar aku sambung menyangkul/membuat lubang untuk ditanam cili. ya ampun lah tanahnya keras, sehari tak hujan dah keras macam batu gitu. So dapatlah dalam sesepuluh lubang, terus aku berhenti sebab keletihan, esoklah aku nak sembur air (guna pam) then baru teruskan kerja. 



So aku pindah ke Zone 2 kacang, merepih kat situ, halfway kerja aku jadi termalas, so aku keluar dengan hajat nak menegok dunia luar, nak mengeteh. Aku kelentong mak aku kata nak isi minyak kereta. 

Kitaorang nak ke masjid jer, hujan mula turun, mulanya sow then lebat. Syukur Alhamdulillah. 

"Kita pergi khenduri kang lepas Isyak, depan rumah Chu terh", kata mak masa dalam kereta.

"Hujan-hujan lebat gini?", aku tanya mak. 

Ada Kuliah Ugama malam nih, tapi yang ada cuma 4 orang (jemaah lelaki), mungkin sebab hujan kot? Tak kan yang lain pergi Merdeka Square kot? Tapi, Ustaz tuh memang kurang popular pasal cara dia mengajar tuh slow sangat, ayat dia sebijik-sebijik. Aku selalu terkesian tengok ustaz tuh sebab aku rasa dia perasan yang Kuliah dia tak pernah ada sambutan, dia melepak jer dalam Jeep dia yang ada bendera Malaysia tuh (Ustaz Pembangunan lah sangat kan? Ekekekek) sampailah masuk waktu.

Malam nih dan untuk 3 minggu yang akan datang Ustaz tuh bercerita/akan bercerita pasal Syiah, dia kata dia dapat kebenaran dan aragan dari Pejabat Kadi untuk bukak bab Syiah nih. Masa dia ceritakan pasal "amalan-amalan" orang Syiah, aku asyik teringat kat member setahanan dulu, Nasir-Iran, yang selalu kata, "That's haroooom, that's haroooom". Alah, yang kuat gaduh tu lah.

Ingat dak masa aku mengajar Amir-Bosnia sembahyang? Yang Nasir-Iran pun nak ajar jugak, dia tulis bacaan-bacaan yang perlu dibaca dalam sembahyang? Yang bacaan (especially masa Tahiyyat Akhir) tuh lain dari yang kita baca, yang banyak ditokok tambah, sampaikan aku jadi terpanik sebab apa yang aku baca lain sangat dari apa yang dia tulis, yang aku terpaksa double-check dengan Yousef-Somali? 


"Makan jugak lah, nak pergi khenduri lepas ni kang", aku kata gitu masa jamuan lepas Isyak.

Aku kalau makan kat masjid memang bersemangat.

"Khenduri sapa? Kome tak dapat jemputan pun?", Haji Ramli, Bendahari masjid, tanya aku.

"Entah, khenduri depan rumah Chu kome tuh, mak kata ada jemputan", aku kata gitu. Dalam hati aku kata, apa pasalnya kat kampung nih selalu buat macam tuh, orang-orang tertentu jer yang dijemput khenduri kadang tuh. 

"Mat nyer?", mak tanya masa aku nak park kereta depan rumah Chu, nak ke rumah orang khenduri.

"Tapi nak pergi khenduri?", aku tanya mak, pelik. Pelik sebab mak masih bermahana (bertelekung), dan tadi tuh lama sangat aku menunggunya.

"Tak ada nya buat pengumuman tadi terh (kat masjid), tak ada jemputan lah agaknya. Deme nyer tak jemperk (jemput) orang masjid agaknya", kata mak.

Laaa, nasib baik aku dah makan kat masjid tadi. 


Thursday

Khamis - 29082013

Cepat sungguh Ariff datang pagi nih, belum 7 setengah dah ada bunyi motor dia. Terus aku ke kebun jumpa dia, beritahu mana-mana yang patut dicabut. Cerewet jugak Ariff tuh, terkejut aku bila dia mencabut kacang yang penuh pokok duri tuh tanpa pakai gloves. Bila aku tunjukkan gloves, dia kata gloves tuh basah. 

Selama nih aku pakai jer gloves walaupun basah. High maintenance gak Ariff nih rupanya. Nasib baiklah ada gloves yang kering yang aku terjumpa dalam laci. So semntara dia kerja, aku pergi breakfast kejap. Then kat Zone 3b lah kitaorang. Ariff mencabut dan aku meleraikan kacang.







Sikit jer lagi yang tinggalnya, tapi semuanya yang susah nak dicabut, yang dikerumuni pokok duri semuanya. Yang tak dileraikan pun banyak jugak tapi aku dah malas nak sambung, so aku suruh Ariff balik dan aku pun cadangnya nak masuk rumah awal sikit. Entah, macam malas jer pagi nih, aku rasa tak berapa best bila mengenangkan yang soon akan habislah kacang yang boleh dicabut, yang boleh dijadikan benih. Nak tunggu batch baru, pertengahan October nanti.

"Awak bila nya nak tanam lada tuh?", mak tanya aku.

"Sabut pun tak beli lagi", aku jawab gitu. Dalam hati aku kata, mak nih, itu pun nak ambik tahu. Rileks lah.

"Mat nyer talipern nih rosak lagi? Sesak memikirnya", kata mak, merungut.

And so terpaksalah aku ke Raub, nak bank in kan cek TM yang baru dapat semalam tuh, nak beli sabut, dan terus buat lapuran kerosakan kat Telekom. Nampak gayanya setiap minggu kena buat lapuran, aku pun tak tahu apa yang tak kena nya dengan talipun tuh, tak ada nada dan bila orang call, tak ada bunyi. 

Kesian aku kat mak, talipun tuh benda kedua penting dalam hidup mak, selepas kereta. Aku tak ada hal langsung kalau talipun rosak, asalkan jangan internet. Bagus jugak talipun tak ok, rumah jadi sunyi sepi, dan yang pentingnya aku tak payah nak tegakkan telinga cuba merisik khabar, setiap kali mak bercakap kat talipun. Yang kedua pentingnya, aku tak payah terlari-lari tiap kali talipun berbunyi. Mak, kalau talipun berbunyi, mak buat selamba jer, kadang tuh mak tak jawab pun. Bukannya pendengaran mak dah berkurang tapi aku rasa itu macam satu strategy, satu pementasan aje. Tak payahlah aku cerita, lakunan pasal apa hehehhe.

Aku tipu kat Cina NUrsery tuh bila dia tanya aku mana benih kacang yang dia nak, aku kata aku baru balik dari Bentong, bukan dari rumah. Macamana nih, benih dah tinggal sikit, tak kan aku nak kasi kat dia? 

Aku cadang nak melepak, lunch kat luar tapi terpaksa lupakan niat tuh semua sebab aku kena ada kat rumah sebelum Zohor. Mak tak beritahu pun yang petang nih tak ada Kelas Ugama kat masjid (setiap Khamis petang), aku cuba tidur-tidur ayam sementara tunggu nak hanta mak. Then bila aku dah bersiap, rupanya mak dah ke surau, agaknya Kelas tuh dikansel. 

Entah apa aku buat lepas Asar tadi aku pun tak tahu. Cuit sana sikit, cuit sini sikit. Cangkul sana sikit, cangkul sini sikit. Last-last aku sambung mengopek kacang. 

Mak sibuk di dapur masa ake kat kebun, entah apa yang mak prepare, aku pun tak tahu sebab tak ada mak tinggalkan apa-apa kat bawah tudung saji. Semuanya mak bawak ke masjid, ada jamuan lepas Isyak. Punyalah mengantuk aku masa Kuliah Maghrib, sampai aku dah redha, dan aku tak akan terasa malu kalau aku tertidur sambil bersandar kat tiang tuh. Alah, muka-muka basi (macam muka aku jugak) tuh jugak, diaorang pun ada yang tertidur.

Sampai ke sudah aku tak tahu apa yang mak bawak ke masjid untuk jamuan, yang ada cuma nasi goreng, telur dadar, gulai sardin, dan jelly. Ker mak bawak untuk jemaah perempuan aje? Aku, kalau mak tak suruh makan apa-apa yang mak buat, beli, aku tak makan. Tadi tuh mak ada beli mee apa tah, masa mak balik dari surau. Aku tak makan pun, sebab mak tak pelawa. Entah-entah untuk mak sorang, kan? Aku perasan yang setiap Sabtu kalau mak ke Pekan Sehari, mak sure akan beli satay. Dan mak akan simpan dalam fridge. Bila tak terhabis makan, bila dah keras, baru mak keluarkan dan letak bawah tudung saji. 

Aku tak suka sangat makan satay.


Wednesday

Rabu 28082013

Kalau dulu-dulu, bilamana malam sebelumnya hujan, pagi esoknya aku tak turun ke kebun. Atau aku turun cuma untuk buat syarat aje, aku tak buat kerja apa-apa pun. That was then.

Tadi, walaupu semalam hujan lebat dan air masih bertakung in between batas kacang, aku turun awal ke kebun. Pagi nih aku menyayur, bertanam sayur. A few weeks ago masa aku ke Raub, ada aku beli a few benih, ditambah dengan benih sayuran yag sedia ada, macam-macam jenis tanaman yang aku boleh tanam. Dan last week ada aku semai a few of them sayur, bendi, bayam, sawi, kobis dan carrot pun ada. Jugak tembikai. Dah long overdua nya, patutnya dah aku pindahkan ke tanah dah tapi aku dioccupied dengan kacang sama cili aku.

And so tadi aku bawaklah tray semaian tuh untuk dipindahkan. Dah kat paras lutut semak samun kat kawasan khas bertanam sayur tuh so the first half hour aku menyangkul, buat batas. Bila nak menanam tuh mulalah aku confused sebab aku tak kenal dan tak ingat, apa ke benda yang aku semai. Masa menyemai dulu aku rasa aku boleh ingat tapi tengok macam sama jer semuanya (kecuali bayam sama carrot). 

Aku rasa anak mentimun sama anak tembikai tuh aku tercampur kat satu batas. Argh lantaklah, asalkan diaorang berbuah dah lah. Aku tetap tak putus asa tanam tembikai walaupun tak pernah menjadi. Satu-satu nya tembikai yang hampir menjadi, dah tak menjadi. Semalam tuh aku perasan yang tembikai aku yang dah sebesar bola rugbi tuh busuk, berulat. Kira Level berapa tu hah kalau ikutkan main FarmTown/FarmVille? Level 50 an kot. I was so pumped dulu tuh bila tembikai aku membesar, hari-hari aku tengok, sampaikan aku dah nak bukak satu blog untuk ceritakan perkembangan tembikai aku ekekeke. Tapi, macam yang Brandie Carlile/Adele nyanyi tuh,

"But like everything I've ever known
You'll disappear one day
So I'll spend my whole life hiding my heart away"

Macam Melayu lain lah, tanah cuma sekangkang kera, tapi semuanya nak ditanam. Aku tanam sikit jer, tapi banyak benda, cuma untuk dimakan sendiri dan dikasi kat neighbors. Kacang panjang, buncis pun aku tanam gak. Sesebulan nanti aku nak tanam batch lain pulak. Itupun kalau aku rajin.

Lepas tuh aku merepih kat kawasan cili, tambunkan pangkal pokok. Ini cili yang mula-mula aku pindahkan dulu, yang mulanya macam nak mati semuanya tapi sekarang nih Alhamdulillah dah ok dan menghijau. Ada dalam seratus pokok. Cadangnya lepas tuh nak menyangkul kat kawasan kacang depan rumah pulak tapi I ended up mengopek kacang yang by the time aku siap, dapatlah sekilo biji benih. 

Mak ke surau sendiri-sendiri lagi petang nih, tak panas, mendung gitu so aku tak lah rasa guilty sangat. Jangan nanti mak buat cerita kat adik beradik yang aku dah tak nak hantar mak ke surau, dah lah. Possible tuh, seriously. Tengok jer lah nanti. Aku sempat intai mak, tiba-tiba mak pandang belakang, nasib baik dan menyorok balik langsir ekekeke. Aku tengok mak berhenti sekejap sambil perati kat kawasan sayur aku tuh dari kejauhan. Sure mak fikir, "that's my boy, semalam kawasan tuh semak samun tapi harinih dah ada sayur tumbuh. Orangnya senyap tak bercakap tapi handal buat kerja"

Eh Dear Diary, kalau ada Anugerah Anak Mithali, kau tolong calunkan nama aku boleh tak? Kau calunkan dalam semua kategori, ok?

So sekarang nih aku dah balik ke routine macam sebelum Puasa dulu tuh, aku free sebelum Asar. Dulu kalau masa Puasa, aku free gak tapi free yang tak free gitu pasal aku tidur untuk merihatkan badan. Sekarang nih aku tak tidur dah sebelum Asar (so far lah, baru 3 hari) pasal rasa macam rugi gitu tidur di waktu petang, di waktu aku keseorangan di rumah. 

So aku online jer lah. Rasa macam nak sambung buat Forex since aku ada masa free nih, account aku masih ada kat FBS, ada balance a few hundreds USD kan? Tapi, fikir-fikir balik, tunggu akhir tahun/awal tahun depan macam yang diplan lah, ha, masa tuh konfidenlah sikit pasal bullet banyak, InsyaAllah.

Gaya macam nak hujan sangat masa aku pergi Asar, guruh berdentum dentam, hujan ok, tak hujan pun ok, kata hati aku. Aku ke kebun menjenguk kawasan kacang yang mula-mula ditanam dulu tuh, yang dah hampir 2 bulan usianya. Alaaa, banyak kacang yang ranap ditimpa hujan, sebab kacang yang kat situ baka lain, baka lanky. Dah round ke 3 aku menanam kacang baru jugak aku terperasan yang ada dua tiga jenis baka kacang yang aku tanam nih. Ada yang jenis merimbun dan ada yang jenis meninggi, kurus tinggi melidi. Ha, yang tu lah tak boleh ditimpa hujan lebat, dia mudah terlentok. Aku baru cari tali nak buat pengadang, nak ikat dari hujung ke hujung batas, so kacang tak akan tersembam ke bumi gitu, dan hujan pun turun rintik-rintik. 

So terus lah aku ke surau, tunggu mak. Ada 5 orang jer semuanya. Yang bestnya, since masing-masing bawak makanan, dan banyak berlebih, itu yang mak selalu tapau tuh. Kadang mak bawak balik benda yang aku suka tapi biasanya takat kuih-muih gitu aje. Dah 2 petang mak bawak balik durian.

Malam nih tak ada Ustaz Simon Cowell datang mengajar mengaji, sebab hujan lebat kot? Berterusan sampai ke Isyak hujan turun. Melepak kat dalam masjid jer lah. Ariff ada kata yang dia akan datang pagi esok nak cabut kacang. 

Selasa - 27082013

Alaaaaaa....pundek arrr...... Ariff tak datang pagi nih. Semalam tuh dah beria janji nak datang awal pagi nak mencabut kacang. So terpaksalah aku cabut sendiri. Tension nya pasal yang tinggal sekarang kebanyakannya kacang yang isinya banyak dimakan tikus. Dan yang elok pun isi/buahnya, dikelilingi pokok duri yang besar-besar.

Kena betul-betul berambi, kena dicabut dulu pokok duri tuh, tak kalu, habislah. Dan pokok kacang tu pun, susah nak dicabut, mungkin sebab dah tua/matang sangat. Agaknya lah kan, pokok-pokok kacang tuh merajuk sebab aku macam tak pedulikan diaorang, patutnya dah sebulan lepas mula dicabut tapi sampai sekarang aku palar (biarkan aje) jer. So diaorang berpakat, "nampak gayanya kita tak dipedulikan, nampak gayanya kita akan mati tua sorang-sorang. Dah lah kita semuanya dikerjakan dek tikus", itu yang diaorang pasang bodyguard tuh (pokok duri).

Sedarlah puak-puak Angkasa (Angkatan Kacang Lanjut Usia), Arkadia (Angkatan Kacang Dimamah Usia), Angkara (Angkatan Kacang Tua Sebatang Kara) sekalian, ada orang yang bodoh macam aku nih yang akan menyunting kamu sekelian. You just have to wait.

So dapatlah dalam 2 kilo kacang, semuanya nak dijadikan benih. Keletihan, aku tak buat kerja lain dah, aku cuma mengopek kacang yang tak habis-habis lagi tuh. Entah apa pasal aku rasa macam malas jer hari nih. Semalam ada aku terfikir yang aku nih tak bosan ker hari-hari kerja di kebun, bukannya aku pekebun jati. Aku nih kan ker accidental farmer? 

Tapi itulah, aku tak rasa bosan, tak rasa macam ada pressure, aku tenang, aman damai, santai, stress-free, dan semua yang best-best lainnya. true yang kadang tuh aku ada jugak throw tantrum, ada masa aku bengang, itu biasalah, I'm only human kan? Lagipun itu pasal ada orang kacau. Tapi, in general, macam yang aku cakap tadi tuh, hidup aku aman damai. And I thank Allah for that. 

Mak ingatkan aku tidur kat bilik agaknya so mak pergi surau sorang-sorang, jalan kaki. Tak lah sejauh mana, seberang jalan tu aje cuma kena melalui semak lah sikit. Kalau naik kereta, jauhlah sikit pasal kereta tak boleh nak jalan dalam semak, kan?

Aku sempat intai mak, tapi mak dah half way dah so tak kan aku nak panggil, kan? Kesian jugak tengok mak ke surau sorang-sorang. Itu lah aku nih, bila mak ke surau jalan kaki, aku rasa guilty tapi dulu bila mak suruh aku drive kan mak ke surau setiap petang, aku pelik, dalam hati aku tanya, surau sedekat itu pun nak dihantar naik kereta?

Lepas Asar aku merepih, mencabut rumput, then timbus mana-mana anak kacang yang dah besar. Susah kerjanya pasal tanah dah keras, space nak kerja pun limited, rumput banyak tumbuh, macam-macam lagi lah. Memang aku masih dilanda kemalasan lagi.

Eh Dear Diary, semua kerja yang aku buat selama ini, semuanya susah, kan? Tak ada pun kerja yang senang ekekekek. Teruk aku nih kan?

Tak sampai setengah jam kerja, aku melepak sesambil mengopek kacang yang aku cabut tadi pasal kacangnya besar-besar, bekas tuh cepat penuh nya. Kacang yang aku kopek dari dulu, yag tak habis-habis tuh aku letak ke tepi dulu, kalau betul-betul dah tak ada kacang lain yang nak dikopek nanti, then barulah aku ambik kacang tuh. Tak pun aku buang aje nanti.


Elok jer aku masuk rumah, hujan turun. Yang amat lebat. Dengan petir halilintar nya sekali. Mengerikan gitu. Pelik aku sebab sebelumnya tak ada gaya pun macam nak hujan, tadi tuh aku dah nak meyiram dah cadangnya tapi thanks to kemalasan aku, aku cadang nak buat esok aje. Tapi since hujan turun lebat, 2 hari lah aku tak payah menyiram. 

Bila petir dah tak berapa kuat barulah aku melepak kat beranda sesambil menengok kawasan tanaman aku yang digenangi air. Sesambil fikir yang semua nih buat aku ingat kebesaran Tuhan, senang kerja aku round kali ini, so far berapa kali jer aku menyiram, selebihnya semua hasil dari siraman air hujan. Dan kalau lah bukan sebab hujan yang Tuhan turunkan, tak seluas ini, tak sebanyak ini kacang tanah yang sempat aku tanam. 

"Ingatkan tak jadi pergi masjid", kata mak, masa nak pergi sembahyang. Iyalah, hujan lebat sangat, lentung lentang petir pulak tuh.

Aku ingatkan mak memang nak pergi, itu yang aku tunggu siap-siap dalam kereta tuh. Sebab aku tahu, badai salju sekalipun mak akan ke masjid jugak. Inikan pulak cuma hujan. 

"Terima Kasih sangatlah awak jemput sampe ke tepi pintu", kata Makcik Esah, masa dalam kereta pun dia berterima kasih jugak. 

"Jangan puji beria sangat......", kata mak.

"Kalau tengah-tengah orang awak jagan puji sangat, awak jangan cakap mende-mende pun", kata mak lagi.

"Ngape nyer The?", Makcik Esah tanya mak.

Aku dengar jer lah, terasa macam nak menyampuk tapi aku diam kan aje. Mak cerita yang dia terdengar desas desus orang bercerita pasal hal dulu tu lah, yang Makcik Esah nih, walaupun ada 4 orang anak yang duduk dekat-dekat rumah dia, tapi pergi ke masjid pun menumpang orang. Lagi satu, sedara mara Makcik Esah pun duduk sebelah menyebelah, semuanya kaya raya, yet Makcik Esah ke masjid menumpang orang. 

Dang, aku yang pelawa Makcik Esah tu dulu, I have no hidden agendas pun, dan aku tak ada fikir apa-apa pun. Apa pasal orag lain yang fikir bukan-bukan, hah? 







Tuesday

Isnin - 26082013

"Mak buat sikit jer, nak bawak ke surau masa mengaji kang", kata mak masa aku membelah ketupat for breakfast.

Nasib baiklah ketupat tuh aku dah potong dua, dan nasib baik jugak aku nih lelaki. Kalaulah mak cakap macam tuh sebelum ketupat tuh aku belah, dan kalaulah aku nih anak perempuan mak, sure aku dah sentapz ketat, sure dah aku letak balik ketupat tuh ke dalam bekas, dan aku either makan roti aje for breakfast. Atau aku ke kedai. Aku tengok ada dalam 6 tujuh ketul ketupat, apa pasal mak buat sikit sangat, tanya aku dalam hati. Tiga orang makan pun tak cukup kalau sebanyak tuh, fikir aku lagi. Mak nih selalu jer adakan issue, selalu aje kasi aku idea untuk tulis kat blog, lagi kata hati aku.

So aku makan (seketul) ketupat tuh perlahan-lahan. Then bila aku bukak tudung saji, tengok-tengok dah ada 2 ketul ketupat yang mak potong untuk aku. Adess, nasib baik aku tak cepat sentap tadi tuh.

Aku sambung menanam lagi pagi nih, sampai ke benih terakhir. Puas hati aku. Cuma yang tak puas nya, benih yang dikopek dah tak ada, yang ada pulak semuanya kacang yang kecik-kecik. Dan kacang yang belum bercabut, dan kalau ada pun yang besar-besar, cuma akan ada esok pasal Ariff akan datang tolong cabutkan.

Peluh aku berjera-jera keluar, masuk dalam mata, masuk dalam mulut, tapi aku selamba jer kerja. Aku boleh bayangkan yang dalam masa dua tiga minggu lagi pokok kacang aku akan menghijau.

"Awak beli kereta ker?", aku tanya S yang kebetulan ada datang nak membaja pisang. Dia datang kat aku, biasalah, nak suruh aku beli baja tapi dia segan agaknya. Bila dia cakap pasal baja, aku bukak cerita pasal lain.

"Kereta buruk jer. Sapa kabor ke awak?", S tanya aku.

"Chu kome", aku kata gitu. S nih menyewa kat belakang rumah Chu.

Aku dapat tahu yang S nih baru lepas jual tanah. Or rather bini dia baru lepas jual tanah. Ok, let me rephrase that. Dia baru lepas jual tanah bini dia. Tu pasal agaknya kebelakangan nih dia asyik mengupah Guntur aje, meracun, membuang daun pisang, menambun pangkal pisang. Agaknya duit dah berkurang, tu pasal dia yang membaja sendiri, tak tuh sure dia suruh Guntur, kan? Kereta yang dibeli tuh pun RM 5000 "jer" harganya. Maknanya, tak lah banyak mana pun duit hasil jualan tanah tu kot. Kalau tidak, sure dia dah beli kereta yang lebih mahal, orang bermentaliti macam tuh.

Pandai jer aku nih buat analisa sendiri. Hiks!

Panas sangat hari nih, lepas aje membaja dan menyangkul sesikit, terus aku balik, ingatkan dah lewat tapi baru pukul 12. Tak apalah, tadi aku ke kebun sebelum 7 setengah. 

Lambat UstazM datang, aku siap 4 kali baca (3 pages) so tak banyaklah salah, tak ada pun yang ditegur masa baca kat depan dia.

Lambat mak balik dari surau, aku pun faham yang harinih hari pertama mengaji kat surau lepas Puasa dan Raya, so masing-masing bersemangat. Mengajinya tak seberapa, jamuan makannya yang lebih-lebih. Ada 4 orang aje perempuan (dan tiga empat orang lelaki yang datang just untuk temankan Ustaz for Asar, yang bermakna jugak, datang untuk makan) tapi makanannya ya ampun lah. 

Kat kampung nih ada 2 gangs sebenarnya, geng surau dan geng masjid. Perempuan yang sembahyang kat surau, diaorang tak pernah sekali sekala pergi masjid, nak kata tak ada kenderaan, masing-masing suami yang hantar. Kecuali mak dan makcik Esah, dan sorang lagi, bini Bendahari masjid. Ketiga-tiga nih ada masanya ke surau (waktu petang), selebihnya sembahyang di masjid. Yang lelaki pulak, geng Tabligh aje sembahyang kat surau, adalah 3 empat orang.

Aku menyangkul, merepih rerumput yang dah mula meliar naik, aduss, luas kawasan yang kena dikerjakan sebab 2 minggu lepas tuh aku tanam macam non-stop, so banyaklah baris-baris kacang yang kena diclearkan dari rumput dan semak.

"Imam nya sampe 3 orang tapi sorang pun tak datang", kata this guy masa nak sembahyang Maghrib tadi. Merungut. Entah pasal apa, dah lah Imam lambat, Bilal pun tak ada. Tak azan pun tadi dengar khabarnya, aku sampai masjid dah masuk waktu.  Kat sini "pelik" sikit, Imam nya hanya akan datang sembahyang kat masjid bila turn dia jadi imam. Atau bila ada majlis. Atau bila dia nak mengajar mengaji. Seriously, bloody "pelik" to me. 

ImamHajiMat tak ada so tak mengaji lah malam nih. Ada hal lain lah tu kot. Tak ada pulak Ariff nak aku ajak mengeteh kat kedai depan masjid, aku rasa macam bosan sangat jadi macam kera sumbang gini.

Pokok nye gue lagi butuhkan variasi dalem kehidupan gue sih.

Monday

Ahad - 25082013

Aku ingatkan Long ada beli breakfast, so lambatlah sikit aku bangun lepas Subuh tadi. Lambat 15 minit jer dari biasa. Dan Long pun dah di kebun, menyangkul kat kawasan untuk dipindahkan anak cili. So aku pun join sekali lah, walaupun tak breakfast lagi.

Itu yang kerja pun macam tak ada mood aje, tambah pulak tanah basah, susah nak menyangkul. Macamana pun clearlah jugak hampir separuh dari Zone 3a tuh. Aku pindahkan anak-anak kacang yang tumbuh sendiri merata-rata tuh, banyak jugak. Dan aku tahu yang akan banyak lagi yang akan tumbuh so aku tak adalah tergesa-gesa sangat nak clearkan keseluruhan kawasan. 

Lepas tuh barulah aku pergi minum. Lepas gali a few lubangs untuk Long dalamkan lagi (untuk diletak sabut yang akan aku beli sesehari dua nih), aku mencabut kacang kat Zone 3b. Aku tahu Long nak bawak balik kacang, dan kawan mak pun ada nak beli kacang (dah berapa kali aku beritahu mak yang kacang dah tak ada sangat, yang ada tuh aku nak buat benih, itu pasal aku biarkan tak bercabut, biar kacang jadi tua/matang) tapi mak being mak, sebab mak ingatkan banyak lagi yang belum dicabut (kalau ditengok dari kejauhan memang nampak macam banyak yang belum dicabut), itu yang mak masih terima order tuh.

Biasanya Long bawak balik dalam enam tujuh kilo kacang, dia kata kawan dia nak beli tapi tadi tuh Long terberitahu yang dia rebus semua dan bawak ke masjid di tempat dia di Jerantut. Dan jemaah kat sana ramai yang nak order dari Long. Terlambat lah, kacang dah hampir habis, macamana pun aku rasa akan datang nih aku akan dapat ramai customer baru. Tak sangka pulak dalam sesebulan setengah dah ada kacang yang boleh dicabut. Dan aku pun masih menanam kacang lagi sekarang nih, and there's no sign yang aku akan berhenti.

Besar-besar kacang yang aku tuai, saja aku pilih kat kawasan mana yang rasa macam elok hasilnya. Tadi dah beritahu Ariff yang Selasa nih aku nak upah dia cabut semua kacang yang ada. Yang belah-belah sana tuh semuanya dimakan tikus.

Aku kata aku nak slow kan sikit menanam, tapi tadi tuh aku jadi bersemangat nak tanam, so aku ambik my last batch of benih, my last kilo of kacang berkopek (again, bukan maksud aku kacang tuh ada tetek, tapi kacang yang dah dibuang kulitnya). Baris demi baris yang aku cangkul dan tanam, harus esok aku sambung lagi nih pasal aku nak ambik kesempatan sementelah tanah masih lembut nih. Aku tahu yang soon akan panas, dan akan jadi susah kerja menanam, so might as well tanam sekarang, kan? Walaupun ada berlambak kerja lain yang sepatutnya aku dahulukan. 

And I thank God pasal memudahkan kerja aku so far. Aku tahu yang soon akan panas, soon akan bertungkus lumus lah aku terkejar ke sana sini menyiram etc tapi aku akan tetap bersyukur. Bersyukur di waktu diberi kesenangan macam nih dan InsyaAllah, bersyukur di waktu akan susah sikit nanti.

S ada datang kejap, entah apa pasallah S nih, datang sesekejap then blah. Tak buat kerja apa pun. Sembang jer lebih.


Dah letih, aku mengopek kacang lah pulak. Aku tahu itu kerja tak macho tapi apa boleh buat, aku kena buat jugak sebab kalau aku tak buat then siapa yang nak buat. Akan tak berbuat-buatlah kalau aku tak buat, atau kalau aku buat tak buat. 

Masa mengopek kacang tuh aku tengok jer telapak tangan aku yang macam seludang kelapa nih (betul ker perumpamaan nih? Sounds nice), melepuh, melucas sana sini. Tadi tuh masa kat masjid, aku terperasan Long pun, masa tengah berdoa, dia belek-belek, dia kerobek-kerobek tapak tangan dia, haruslah sebab masalah yang sama. Nak tergelak aku menengoknya. Sedabgkan Long yang balik sekali seminggu, tangan dia jadi keras, inikan pulak aku yang berjam-jam menyangkul setiap hari, kan?

Itu yang aku kalau bersalam lepas sembahyang tuh, aku tak genggam kuat sangat tangan orang lain, aku bersalam kat hujung jari jer. Sebab aku malu, telapak tangan aku kasar. 

Sabtu - 24082013

"Awak pergi lah lekas ke Pekan Sari, kita nak ke (Lembah) Klau pulak nih", kata mak masa aku nak mandi. Aku tidur lepas Subuh tadi tuh, sedar-sedar dah 8 lebih. 

"Awalnya nak pergi?", aku tanya gitu. Tapi dalam hati aku kata, apasal semalam tak nak tidur rumah Nyang jer, tak payah nak ke sana pagi-pagi.

So tak ke kebun lah aku pagi nih, lepas breakfast kat kedai Samad, aku melepak sekejap baca paper. Kitaorang bertolak pukul 10.

"Salah jalan nih, ke depan lagi rasanya", kata mak bila aku nak belok masuk selekoh ke rumah Nyang. 

Dalam hati aku kata, ha, nampak sangat jarang pergi rumah Nyang sampaikan jalan masuk pun tak tahu. Betul dah jalan yang aku nak masuk tuh tapi aku ikutkan aje kata mak. Bila fikirkan yang nanti sure malu kat sedara mara kalau kata kitaorang sesat jalan (kalau terus ikut mak punya direction), aku pun patah balik.

"The nak balik dengan sapa pulak hari nih?", sepupu aku tanya mak, innocently, masa kitaorang sampai. 

Aku sengih jer dalam hati, obviously ada cerita menarik semalam tuh, tapi aku tak nak ambik tahu. Aku dah faham sangat karenah mak.

Melepak aje lah sementara tunggu majlis mula, mulanya lepak dalam rumah then melangu kat tempat makan. Nasib baik ada orang sekampung ( kawan mak) yang aku kenal, yang aku jadikan peneman. 

Macam majlis kahwin kampung yang lain jugak, tetamu ralit melayan orang berkaraoke, cuma kat sini, yang conquer karaoke tuh orang berumur semuanya, so macam biasa, semua lagu-lagu yang dipasang dan dinyanyikan tuh lagu-lagu lama. Ada yang nyanyi lagu Hindustan pulak tuh. I mean, umur dah 70an masih tergedik-gedik menyanyi? Ooo, nak lepaskan gian? Fine.

Peneman aku tuh pun tak kurang hebatnya, bila ada lagu yang dia suka, dia menyampuk. Kampung sungguhlah hehehhe.




Aku nampak mak macam resah jer, mata ke sana sini (mencari aku lah tu) jer, kat tangan dah siap dengan bag. Aku tahu mak nak balik. Aku pergi melepak sama Pak Andak, then melepak sama Nyang, diaorang kata, biarlah balik lewat sikit, ini jer peluang mak nak bertemu sedara mara.

Bosan kat situ, aku melepak kat masjid, sebelum dan selepas Zohor. Aku balik semula ke rumah Nyang bila dengar bunyi kompang dipalu kuat, dalam pukul 2 gitu. Tiap kali mak nampak aku, mak akan tanya, "Awak nak balik dah?", aku terus jawab, "Tak lagi". Aku tahu yang mak nak balik sangat sebenarnya tapi mak pandai menggubal soalan, seolah-olah aku yang nak balik sangatnya. 

Feeling a little guilty, aku akhirnya setuju nak balik, sebab aku tahu yang mak nak pergi satu lagi khenduri kat kampung, lepas Asar. Ha, itu sebenarnya yang buat mak resah gelisah tuh. 

Aku berat jugak nak pergi khenduri tuh pasal harinih aku tak ke kebun pun lagi tapi bila aku nampak mak dah siap bertudung, keluar dari masjid, aku tahu yang aku terpaksa pergi jugak. Lepas makan, aku terus tunggu dalam kereta. "Ini ker part of sabar yang aku harus hadapi?", aku taya diri aku bila aku mula rasa nak bengang bila lama menunggu. Terus hilang rasa nak bengang aku tuh. 

Tiba aje rumah, rupanya Long dah sampai, dia balik sorang aje, so teruslah aku ke kebun sembang-sembang sama Long yang tengah merepih rumput kat Zone 3a, yang aku beritahu Long, nak ditanam cili, instead of kacang.


Ada Kelas Mengaji malam nih, dengan UstazM. Nampak gayanya dah mula bermula semula program kat masjid. So Isnin petang aku ada mengaji sama UstazM kat surau. Isnin malam mungkin mengaji dengan ImamHajiMat. Selasa malam ada Kuliah Ugama UstazTab. Rabu malam mengaji sama Ustaz Simon Cowell. Khamis malam Kuliah Ugama UstazIsmail. Jumaat malam, free willy. Sabtu malam mengaji dengan UstazM. Ahad malam free willy 2.

Syukur lagi, malam nih hujan turun sekejap, tak lebat. Dan internet aku down. So awal ah aku cuba tidur. Hate it, selalu jer ada lagu yang terstuck kat otak aku. Tu pasal aku tak suka dengar lagu.




Sunday

Jumaat - 23082013

Aku memang plan tak nak tidur dah lepas balik dari Subuh tapi sampai aje kat rumah, hujan turun mencurah-curah. Syukur Alhamdulillah. And so apa lagi, berselimut semula lah aku, sedar-sedar dah 8 lebih sikit.

"Chu ajak minum di rumah dia. Awak hantar mak kejap, Pak Andak ajak mak ke Budu, rumah orang khenduri", kata mak.

"Awak jer lah ke Budu sama mak awak, Pak Andak tak berapa sihat nih", kata Pak Andak.

Aik, tadi mak kata Pak Andak yang ajak mak pergi, ini Pak Andak pulak yang suruh aku pergi. Sure ada sapa-sapa yang cuba membelitkan ayat nih. Sapa hah? Ekekekek

"Pak Andak lah pergi, saya banyak kerja kat kebun", aku kata gitu.

Hujan masih turun renyai-renyai tapi aku tetap ke kebun, kalau aku nak melepak pun tak kisah sebab mak tak ada di rumah, kan? Tapi kadang tuh aku lebih rajin bila mak tak ada, sebab aku tak nak mak tahu (melalui intaian) apa kerja yang aku buat. Sebab kadang tuh aku buat kerja separuh jalan, then pindah buat kerja lain. 

Ada jugak bahagian-bahagian yang tak ditenggelami air, kat kawasan berbukit sikit, so aku menyangkul kat situ, menambun dan menimbus pangkal kacang. Pedih mata aku sebab peluh meleleh-leleh sampai masuk dalam mata, kena pulak kontek lens aku. 

Dah letih, aku menyiram air baja kat cili yang bawah pokok rambutan, kat sebelah bilik mak tuh. Kan aku dah kata yang aku nak buat kerja kat situ bila mak tak ada jer? Orang yang tak tahu, tak faham tentu kata aku nih ada sikit ketidaksiumannya pasal menyiram dalam hujan. Aku bukan menyiram air, tapi aku menyiram cecair baja. 

"Kome nak ke Klau (rumah Nyang) kejap lagi, awak bawak mak awak, kereta Pak Andak tak muat", kata Pak Andak masa lunch kat rumah Chu, balik dari Sembahyang Jumaat.

"Lama ker?", aku tanya gitu.

"Kome tidur di sana malam ni, awak pun tidur di sana lah sekali", kata Chu.

"Tak nak lah, saya nak buat mende nya di sana?", aku tanya Pak Andak, Chu.

Sure mati kutu kalau aku bermalam di sana sebab mana aku kenal sapa-sapa kecuali keluarga Nyang. Sepupu aku (anak NgahRaub) sorang pun tak ada yang balik, kalau tak boleh jugak aku buat kawan.

"Akak tidur di sana lah malam ni, semua adik beradik tidur sana", kata Pak Andak kat mak.

"Azman (Long) nak balik", kata mak, bagi alasan.

"Long balik petang esok, tadi Long talipun", aku menyampuk.

"Akak tak pernah tidur rumah Abang Din (Nyang) kan?", tanya Pak Andak lagi. 

Pak Andak jer yang suka menyakat mak, Chu sama Mak Andak diam aje. Pak Andak kuis-kuis kaki aku suruh tengok reaksi mak, tiap kali Pak Andak suruh mak bermalam di Lembah Klau aje.

Seriously, aku tak tahu apa pasal mak liat sangat nak bermalam di rumah adik beradik mak sendiri. Dulu, ada Long beritahu aku yang mak selalu mengadu pasal adik beradik mak jarang melawat mak. Nyang for example, kalau datang ke sini, dia akan ke rumah Chu aje, tak pernah singgah rumah kitaorang. Kalau ada apa-apa event, kat rumah Chu lah tempat berkumpul, ada waktunya mak tak tahu menahu pun. 

Dulu aku pun macam menyalahkan pak-pak dan mak-mak sedara aku, tapi sekarang aku tahu yang dulu tuh aku tersalah menyalahkan orang. Aku rasa aku tahu apa pasal adik beradik mak macam tak mesra sangat dengan mak. Too bad mak tak tahu yang jawapan nya ada kat mak sendiri. 

Apa-apa lah, aku tak tahu sangat kisah mak sama adik beradik mak.

Atau mak nih memang plain weird? Possible. 

"Awak hantar jer lah mak awak, pandai lah Pak Andak buat biar dia tidur di sana malam ni", kata Pak Andak berbisik.

So aku hantar mak ke rumah Nyang di Lembah Klau (17 km), janjinya mak akan balik sama Tihah (anak Chu) yang akan ke sana malam nanti. Tak payah lah aku datang jemput, atau tunggu. Lagipun mak kata yang mak nak tolong orang buat kerja kawin, tentu banyak kerjanya. 

Aku tengok mak bawak bag kecik aje, memang sah yang mak tak ada niat nak tidur di rumah Nyang.

Seronok kerja petang nih, cuaca pun redup aje. Walaupun Zone 3 (a and b) belum ditanam apa-apa (kacang kat Zone 3b pun belum habis dicabut) tapi jumlah keluasan yang aku tanam sekarang nih dah melebihi dari sebelum-sebelum ini. Dan aku tak ada niat nak berhenti menanam pun, selagi ada benih, selagi itu lah aku terus menanam. Mungkin aku akan slow down kan sikit menanam pasal nanti takut tak terkejar pulak nak mencabutnya. Unless aku upah Ariff untuk tolong. So lepas Asar tadi aku dapatlah tanam a few more baris. Best kerja sorang-sorang nih, mak pun tak ada dan aku boleh melepak kat tempat tak tersorok.

Tengah aku melepak tuh aku nampak ada kereta masuk ke laman rumah. Rupa-rupanya menantu Nyang hantar mak. Adess mak nih, dah lah tak nak tidur rumah Nyang, janjinya nak balik malam nih, apa pasal pulak balik awal? Dan apa pasal menantu Nyang yang hantar? Sah lah tak ada sapa lain yang nak hantar mak balik, itu yang mak terpaksa suruh orang lain hantarkan tuh. 

Membawak ke malam aku rasa macam tak sedap hati aje, rasa macam tak best gitu. Aku asyik fikir yang apa pasal lah mak nih lain dari orang lain. Apa pasal mak tak macam adik beradik mak yag lain? 


Friday

Khamis - 22082013

"Aok buat mender terh? Aok nok lada ker?", SarjanK talipun aku awal pagi nih, masa aku baru menyiram cili. Awal aku ke kebun pagi nih, just after 7, sebab aku tak tidur lepas Subuh, dan breakfast pun kat rumah.

"Boleh jugak, nanti saya datang dalam-dalam pukul 10 gitu", aku jawab.

Lepas menyiram aku menggemburkan tanah sekeliling anak cili, jugak memindahkan sebaris kacang tanah yang tumbuh liar merata-rata, ditanam kat Zone Penempatan Semula Kacang. Semua kerja tuh kat Zone 2 dan 3, yang di sebelah kanan rumah. Yang kawasan tak ada tempat berteduh tuh. So tak heranlah tiap kali aku kerja kat kawasan tuh, memang tak lama, sekejap jer. Kalau kerja kat kawasan yang banyak pokok pisang, ha, aku boleh terralit buat kerja. Atau terralit melepak.

Lama jugak menunggu SarjanK, rupanya dia keluar mengeteh. Patutlah aku tak pernah terserempak dengan dia, rupanya dia megeteh kat Kedai Akak Lucah, macam government officers yang lain, yang datang dari Raub pun. Tak lama aku kat tempat pertanian Pusat Serenti tuh sebab SarjanK nak buat kerja. Dah berbuah cantik dah cili dia, kecik-kecik pokoknya tapi buahnya bergugusan. So dia kasi aku satu tray anak cili, aku kasi lah dia sikit duit kopi. Aku tak beritahu dia pun yang kitaorang ada tanam cili, ada seribu lebih pokok. Yang dia tanam cuma 400 lebih aje, walaupun dia kata nak tambah a few hundreds lagi nanti. Masalahnya kat Pusat Serenti tuh dah tak ada penghuni, cuma tinggal 18 orang aje, so tak ada siapa yang nak tolong dia buat kerja.

Balik dari Pusat Serenti, aku sambug buat kerja, kali ini kerja kat kawasan kacang bawah pokok-pokok pisang, menambun menimbus mana yang patut, mencabut rerumput, merepih. S pun ada sekejap, dia membaja, puas dia kenen-kenen nak duit beli baja, tapi aku konar ke lain. 

Pak Andak ada datang, dia baru tiba dari Muar, nak pergi rumah Nyang Sabtu nanti. Macam biasa diaorang bermalam di rumah Chu. So sembang-sembang gitu lah, by 12 aku dah masuk rumah.

"Malam kang mak buat khenduri arwah, upah ke orang jer memasak", kata mak, masa nak ke masjid for Zohor.

Aku suka kalau mak upah kat orang, daripada mak sama Chu yang sediakan makanan sendiri. Sebab tiap kali macam tuh, makanan tak pernah cukup. 

Tak tidur aku petang nih sebab lepas hantar mak ke masjid untuk Kelas Ugama, aku ke Sungai Ruan, nak potong rambut. Sebulan lebih dah tak potong rambut, dah jadi macam orang tahun 60an jer dah gayanya rambut aku. Malu aku nak tengok cermin. Nasib baiklah aku sentiasa either berkopiah atau bertopi.

Aku ditimpa wabak penyakit rajin lagi petang nih, aku merepih, menyangkul, mengelearkan kawasan yang tanahnya gaya macam subur utuk bercucuk tanam. Aku nak teroka sikit demi sikit, dapat sesepuluh baris kacang dah ok dah. Then bukak plot lain. Gituh. Kalaulah sesehari dua nih hujan, alangkah lega nya aku, panas sungguhlah sekarang nih.

Gila banyak aku makan malam nih masa jamuan Tahlil (standard piawaian aku lah kan? Banyak bagi aku, mungkin sikit bagi orang lain yang makannya jauh lebih banyak dari "banyak" aku), sampaikan aku termalu sebab melimpah ruah pinggan aku, so aku duduk di lantai, belakang tiang, sorang-sorang. Orang lain semuanya kat meja. Aku siap bertambah lagi tuh.

Sementara menunggu mak sama Makcik Esah siap berkemas, aku melepak kat luar masjid, Haji Din (Bilal) ada tegur aku, "Awak baca surat khabar mende?".

"Saya jarang baca surat khabar, malas ke Sungai Ruan pergi beli", aku kata gitu. "Saya baca surat khabar kat internet jer", aku kata lagi.

"Surat khabar mende?", Haji Din tanya lagi. Apa pasal nih, tanya aku dalam hati.

"Utusan, Harakah, Metro", aku kata gitu. Tak kan aku nak beritahu dia yang aku baca NYPost pulak kan? Atau The Star.

"Apa pendapat awak pasal kerajaan suruh ambik ikhitibar pasal masalah di Mesir tu?", Haji Din tanya aku.

"Ooo, deme nyer (kerajaan Malaysia) macam Arab Saudi. Arab Saudi sokong pergolakan di Mesir tu, sebab deme nyer tak nak jadi macam negara-negara Arab lain yang tumbang", aku kata gitu. Aku ada baca news kat Yahoo pasal tuh. 

"Kerajaan kata kalau PKR memerintah, akan jadi huru hara macam gitu. Deme nyer pepandai jer buat cerita, menakut-nakutkan orang", kata Haji Din lagi.

"Memang pun", aku kata gitu.

"Kejadian 13 Mei dulu terh, awak belum lahir lagi, Pak Ngah dah 4 tahun kerja masa terh, itu semua deme nyer reka-reka sendiri. Deme nyer tak andak (tak nak) Cina (DAP) memerintah, itu yang deme nyer buat huru hara terh. Deme nyer kata Pembangkang yang buat", kata Haji Din lagi.

"Saya ada baca tu dalam Harakah, Tamrin Baba ada tulis pasal tu", aku kata gitu.

"Deme nyer takert (takut) kalau-kalau PKR memerintah, deme nyer buat cerita negara akan jadi huru hara kalau Pembangkang menang", kata Haji Din lagi.

Haji Din ulang soalan/statement yang sama bila mak ada, aku biarkan aje sebab aku tahu, kalau mak tak tahu pokok pangkal apa yag kitaorang bualkan, sure masa dalam kereta nanti mak akan tanya, "Awak cakak mende dengan Haji Din tadi terh?", atau "Deme bercerita pasal mende tadi terh, rancak jer".

"Makcik Esah ada....", aku berbisik kat Haji Din, tapi dia tak dengar kot, ataupun tengah bersemangat bercerita, so dia tanya lah pulak kat Makcik Esah, "Kerajaan kata kalau PKR, Pembangkang memerintah, negara akan jadi huru-hara". 

Adess.

Makcik Esah tu kan ker pembawa dacing yang tegar? Dia kan ker penyokong UMNO yang kuat? Silap lah kalau soalan tuh ditanya kat dia, pada pendapatan aku lah kan? Aku ingta lagi masa Pilihanraya dulu, mak ada cerita, hasil ceritaan dari mak Rizal, yang adalah segerombolan penyokong parti Pembangkang yang berkempen dari rumah ke rumah, so bila diorang berkempen kat rumah Makcik Esah, jawapan dia lebihkurang sama dengan ayat Haji Din tuh.

"Eeee, tak amboh (tak nak) kome, tak amboh kome, (tak nak pangkah PAS/DAP, calun Dong dan Parlimen Raub), kalau deme nyer memerintah, huru-hara kita. Tak andak (tak nak) lah kome", Makcik Esah kata gitu kat yang berkempen tuh. 

Aku tengok Makcik Esah senyum jer, senyum kelat, senyum kanyo.

"Sedap sungguh masakan CikYah tuh, sampai tambah nasi saya tadi", aku kata gitu, nak ubah tajuk perbincangan, tak syok lah pulak Makcik Esah jadi macam tak comfortable bercerita pasal politik. Dia ada cakap ituhari yang hidup mati dia akan tetap bersama UMNO. 

Kuliah Ugama lepas Maghrib tadi ada sentuh pasal nih, pasal hidup mati kita yang hanya lah untuk Allah. Tapi sekarang nih ramai orang yang salah prinsip, salah menggunakan term "hidup mati ku hanya kerana..."

"Aku anak seni, hidup mati ku cuma untuk seni"
"Aku minat bola, hidup mati aku tetap sokong Harimau Malaya"
"Kita sebagai rakyat 1 Malaysia, maka kita seharusnya tanam kan semangat hidup mati kita untuk negara kita yang tercinta". And they clap their hands in unison.

Eeeee, tak amboh kome, tak amboh kome.