Sunday

Jumaat - 23082013

Aku memang plan tak nak tidur dah lepas balik dari Subuh tapi sampai aje kat rumah, hujan turun mencurah-curah. Syukur Alhamdulillah. And so apa lagi, berselimut semula lah aku, sedar-sedar dah 8 lebih sikit.

"Chu ajak minum di rumah dia. Awak hantar mak kejap, Pak Andak ajak mak ke Budu, rumah orang khenduri", kata mak.

"Awak jer lah ke Budu sama mak awak, Pak Andak tak berapa sihat nih", kata Pak Andak.

Aik, tadi mak kata Pak Andak yang ajak mak pergi, ini Pak Andak pulak yang suruh aku pergi. Sure ada sapa-sapa yang cuba membelitkan ayat nih. Sapa hah? Ekekekek

"Pak Andak lah pergi, saya banyak kerja kat kebun", aku kata gitu.

Hujan masih turun renyai-renyai tapi aku tetap ke kebun, kalau aku nak melepak pun tak kisah sebab mak tak ada di rumah, kan? Tapi kadang tuh aku lebih rajin bila mak tak ada, sebab aku tak nak mak tahu (melalui intaian) apa kerja yang aku buat. Sebab kadang tuh aku buat kerja separuh jalan, then pindah buat kerja lain. 

Ada jugak bahagian-bahagian yang tak ditenggelami air, kat kawasan berbukit sikit, so aku menyangkul kat situ, menambun dan menimbus pangkal kacang. Pedih mata aku sebab peluh meleleh-leleh sampai masuk dalam mata, kena pulak kontek lens aku. 

Dah letih, aku menyiram air baja kat cili yang bawah pokok rambutan, kat sebelah bilik mak tuh. Kan aku dah kata yang aku nak buat kerja kat situ bila mak tak ada jer? Orang yang tak tahu, tak faham tentu kata aku nih ada sikit ketidaksiumannya pasal menyiram dalam hujan. Aku bukan menyiram air, tapi aku menyiram cecair baja. 

"Kome nak ke Klau (rumah Nyang) kejap lagi, awak bawak mak awak, kereta Pak Andak tak muat", kata Pak Andak masa lunch kat rumah Chu, balik dari Sembahyang Jumaat.

"Lama ker?", aku tanya gitu.

"Kome tidur di sana malam ni, awak pun tidur di sana lah sekali", kata Chu.

"Tak nak lah, saya nak buat mende nya di sana?", aku tanya Pak Andak, Chu.

Sure mati kutu kalau aku bermalam di sana sebab mana aku kenal sapa-sapa kecuali keluarga Nyang. Sepupu aku (anak NgahRaub) sorang pun tak ada yang balik, kalau tak boleh jugak aku buat kawan.

"Akak tidur di sana lah malam ni, semua adik beradik tidur sana", kata Pak Andak kat mak.

"Azman (Long) nak balik", kata mak, bagi alasan.

"Long balik petang esok, tadi Long talipun", aku menyampuk.

"Akak tak pernah tidur rumah Abang Din (Nyang) kan?", tanya Pak Andak lagi. 

Pak Andak jer yang suka menyakat mak, Chu sama Mak Andak diam aje. Pak Andak kuis-kuis kaki aku suruh tengok reaksi mak, tiap kali Pak Andak suruh mak bermalam di Lembah Klau aje.

Seriously, aku tak tahu apa pasal mak liat sangat nak bermalam di rumah adik beradik mak sendiri. Dulu, ada Long beritahu aku yang mak selalu mengadu pasal adik beradik mak jarang melawat mak. Nyang for example, kalau datang ke sini, dia akan ke rumah Chu aje, tak pernah singgah rumah kitaorang. Kalau ada apa-apa event, kat rumah Chu lah tempat berkumpul, ada waktunya mak tak tahu menahu pun. 

Dulu aku pun macam menyalahkan pak-pak dan mak-mak sedara aku, tapi sekarang aku tahu yang dulu tuh aku tersalah menyalahkan orang. Aku rasa aku tahu apa pasal adik beradik mak macam tak mesra sangat dengan mak. Too bad mak tak tahu yang jawapan nya ada kat mak sendiri. 

Apa-apa lah, aku tak tahu sangat kisah mak sama adik beradik mak.

Atau mak nih memang plain weird? Possible. 

"Awak hantar jer lah mak awak, pandai lah Pak Andak buat biar dia tidur di sana malam ni", kata Pak Andak berbisik.

So aku hantar mak ke rumah Nyang di Lembah Klau (17 km), janjinya mak akan balik sama Tihah (anak Chu) yang akan ke sana malam nanti. Tak payah lah aku datang jemput, atau tunggu. Lagipun mak kata yang mak nak tolong orang buat kerja kawin, tentu banyak kerjanya. 

Aku tengok mak bawak bag kecik aje, memang sah yang mak tak ada niat nak tidur di rumah Nyang.

Seronok kerja petang nih, cuaca pun redup aje. Walaupun Zone 3 (a and b) belum ditanam apa-apa (kacang kat Zone 3b pun belum habis dicabut) tapi jumlah keluasan yang aku tanam sekarang nih dah melebihi dari sebelum-sebelum ini. Dan aku tak ada niat nak berhenti menanam pun, selagi ada benih, selagi itu lah aku terus menanam. Mungkin aku akan slow down kan sikit menanam pasal nanti takut tak terkejar pulak nak mencabutnya. Unless aku upah Ariff untuk tolong. So lepas Asar tadi aku dapatlah tanam a few more baris. Best kerja sorang-sorang nih, mak pun tak ada dan aku boleh melepak kat tempat tak tersorok.

Tengah aku melepak tuh aku nampak ada kereta masuk ke laman rumah. Rupa-rupanya menantu Nyang hantar mak. Adess mak nih, dah lah tak nak tidur rumah Nyang, janjinya nak balik malam nih, apa pasal pulak balik awal? Dan apa pasal menantu Nyang yang hantar? Sah lah tak ada sapa lain yang nak hantar mak balik, itu yang mak terpaksa suruh orang lain hantarkan tuh. 

Membawak ke malam aku rasa macam tak sedap hati aje, rasa macam tak best gitu. Aku asyik fikir yang apa pasal lah mak nih lain dari orang lain. Apa pasal mak tak macam adik beradik mak yag lain?