Masa aku melawat kawasan cili pagi tadi aku terperasan yang ada a few pokoks yang dah mula mengeluarkan buah.Terus tersenyum hati aku. Biasanya gitulah setiap pagi, aku akan melawat kawasan dulu, then baru decide nak buat apa. Maklumlah di sana ada kerja nak buat, di sini ada kerja menunggu. Di situ ada kerja yang perlu dikerjakan. Dan di senoho tuh ada tempat melepak kalau aku tak nak kerja sebab tension bila banyak sangat kerja.
Aku membaja dan menambun pangkal pokok kacang mulanya, aku tak perasan pun mak ada menyapu, membersihkan bawah pokok mangga tempat aku selalu kopek kacang tuh. Tempat aku longokkan pokok kacang yang dah aku leraikan hasilnya. Mana lah mak suka menengoknya kulit-kulit kacang bersepah sana sini, itu yang mak bersihkan tuh. Batang pisang yang bersimpang siu di sana sini nih macamana, apa pasal mak tak bersihkan? Ekekekek.
"Mesin basuh kita rosak, setat-setat tak amboh hidup. Setat-setat tak amboh hidup. Awak ke Sungai Ruan pergi panggil Cina tukang bela alat letrik tuh", kata mak.
"Karang sikit lah", aku jawab gitu, sebab bukan aku tak ada masa tapi itu bukan priority. Lainlah kalau cooker yang rosak, kan?
"Banyak ngat membasuh masa-masa Raya baru nih, tu yang rosak tuh", kata mak.
Ada jer kan?
Dah lewat sikit, aku mengopek kacang, nun jauh kat dalam kawasan pokok pisang, kat situ tak kisah kalau aku nak buat sampah merata-rata, mak cuma concern pasal kebersihan kawasan yang di luar tuh aje.
"Mak dah tanya Chu, dia kata ada Cina tukang bela alat letrik di Sungai Ruan, awak pergilah tanya", kata mak masa aku balik dari masjid.
Mak tak pergi sembahyang kat masjid harinih, pasal apa aku pun tak tahu, agaknya tertidur. Aku ingatkan mak dah siap bersiap dan aku pun tergesa-gesa jugak, maklumlah balik dari kebun dah pukul satu lebih, biasanya mak dah tunggu.
"Petang karang lah lepas Asar", aku kata gitu. Aku mengantuk, nak tidur, masa paling best tidur, lepas Zohor.
"Bila awak nak ke Sungai Ruan nya?", mak tanya aku, mungkin sebab mak tengok aku berpakaian kerja, lepas Asar tuh.
"Nak pergi lah nih", aku kata gitu.
"Mende yang rosak nya?", aku tanya mak, senang nanti nak explain kat Cina tuh apa yang rosak.
"Entah, nak setat tak hidup. Cuba awak tengok-tengok, entah ada mende-mende yang awak tahu", kata mak.
Aku ke dapur, tempat washing machine. Ada banyak buttons, dan ada POWER button, ada ON button. Itu jer buttons yang aku kenal. So aku tekan/picit both of them buttons. Elok jer washing machine tuh functioning. Nasib baik aku tak sempat ke Sungai Ruan, kalau tak buat malu kat Cina repair tuh aje.
"Alhamdulillah, tadi uko puas mak tekan sana sini tak nya mboh hidup", kata mak.
Yer lah tu. Banyak ngat membasuh masa-masa Raya baru nih, tu yang rosak tuh. Hiks!
Aku menyiram aje lah petang nih, minggu nih panas gila, tanah kejap aje dah merekah-rekah. Aku tengah cari idea macamana nak menyiram guna air parit, tak payah guna air paip, pasal nak guna air paip tuh perlukan kesabaran yang tinggi. Air nya slow, buang masa yang banyaknya. Kalau guna air parit, guna pam, laju jer kerja. Masalahnya paip tak sampai, walaupun dah 3 gelung aku sambungkan (100 meter). Ker nak kena beli another gelung paip?
Malam nih giliran EnBrunoMars Pusat Serenti pulak yang dapat kacang.
"Awak nak pergi rumah orang khenduri terh? Awak hantar mak ke rumah Chu, mak tunggu di situ, mak tak bawak tudung", kata mak lepas Isyak tuh.
Aku punya lah nak pergi sebab anak tuan rumah tu sampai dua kali ajak aku ( dia dah jadi macam kawan aku semenjak sebelum Raya pasal selalu tegur aku, dia kerja kat Fraser's Hill). Lagipun aku kalau kat khenduri, aku makan banyak. Kecuali khenduri kawin, aku makan sikit jer pasal makanannya standard jer, benda yang sama. Khenduri kecik-kecik nih biasanya makanan dia special, masakan kampung habis-habisan. Tudia, pergi khenduri pasal nak makan aje aku nih ekekekeke.
So tak jadi lah aku pergi, tak kan nak tumpangkan mak kat rumah Chu, then patah balik ke rumah orang khenduri, kan? Cuma yang aku peliknya, apa pasal orang perempuan lain tuh, diaorang selamba aje pakai mahana (telekung) pergi rumah orang khenduri tuh?
Mak nih selalu lain daripada orang banyak.