Friday

Khamis - 22082013

"Aok buat mender terh? Aok nok lada ker?", SarjanK talipun aku awal pagi nih, masa aku baru menyiram cili. Awal aku ke kebun pagi nih, just after 7, sebab aku tak tidur lepas Subuh, dan breakfast pun kat rumah.

"Boleh jugak, nanti saya datang dalam-dalam pukul 10 gitu", aku jawab.

Lepas menyiram aku menggemburkan tanah sekeliling anak cili, jugak memindahkan sebaris kacang tanah yang tumbuh liar merata-rata, ditanam kat Zone Penempatan Semula Kacang. Semua kerja tuh kat Zone 2 dan 3, yang di sebelah kanan rumah. Yang kawasan tak ada tempat berteduh tuh. So tak heranlah tiap kali aku kerja kat kawasan tuh, memang tak lama, sekejap jer. Kalau kerja kat kawasan yang banyak pokok pisang, ha, aku boleh terralit buat kerja. Atau terralit melepak.

Lama jugak menunggu SarjanK, rupanya dia keluar mengeteh. Patutlah aku tak pernah terserempak dengan dia, rupanya dia megeteh kat Kedai Akak Lucah, macam government officers yang lain, yang datang dari Raub pun. Tak lama aku kat tempat pertanian Pusat Serenti tuh sebab SarjanK nak buat kerja. Dah berbuah cantik dah cili dia, kecik-kecik pokoknya tapi buahnya bergugusan. So dia kasi aku satu tray anak cili, aku kasi lah dia sikit duit kopi. Aku tak beritahu dia pun yang kitaorang ada tanam cili, ada seribu lebih pokok. Yang dia tanam cuma 400 lebih aje, walaupun dia kata nak tambah a few hundreds lagi nanti. Masalahnya kat Pusat Serenti tuh dah tak ada penghuni, cuma tinggal 18 orang aje, so tak ada siapa yang nak tolong dia buat kerja.

Balik dari Pusat Serenti, aku sambug buat kerja, kali ini kerja kat kawasan kacang bawah pokok-pokok pisang, menambun menimbus mana yang patut, mencabut rerumput, merepih. S pun ada sekejap, dia membaja, puas dia kenen-kenen nak duit beli baja, tapi aku konar ke lain. 

Pak Andak ada datang, dia baru tiba dari Muar, nak pergi rumah Nyang Sabtu nanti. Macam biasa diaorang bermalam di rumah Chu. So sembang-sembang gitu lah, by 12 aku dah masuk rumah.

"Malam kang mak buat khenduri arwah, upah ke orang jer memasak", kata mak, masa nak ke masjid for Zohor.

Aku suka kalau mak upah kat orang, daripada mak sama Chu yang sediakan makanan sendiri. Sebab tiap kali macam tuh, makanan tak pernah cukup. 

Tak tidur aku petang nih sebab lepas hantar mak ke masjid untuk Kelas Ugama, aku ke Sungai Ruan, nak potong rambut. Sebulan lebih dah tak potong rambut, dah jadi macam orang tahun 60an jer dah gayanya rambut aku. Malu aku nak tengok cermin. Nasib baiklah aku sentiasa either berkopiah atau bertopi.

Aku ditimpa wabak penyakit rajin lagi petang nih, aku merepih, menyangkul, mengelearkan kawasan yang tanahnya gaya macam subur utuk bercucuk tanam. Aku nak teroka sikit demi sikit, dapat sesepuluh baris kacang dah ok dah. Then bukak plot lain. Gituh. Kalaulah sesehari dua nih hujan, alangkah lega nya aku, panas sungguhlah sekarang nih.

Gila banyak aku makan malam nih masa jamuan Tahlil (standard piawaian aku lah kan? Banyak bagi aku, mungkin sikit bagi orang lain yang makannya jauh lebih banyak dari "banyak" aku), sampaikan aku termalu sebab melimpah ruah pinggan aku, so aku duduk di lantai, belakang tiang, sorang-sorang. Orang lain semuanya kat meja. Aku siap bertambah lagi tuh.

Sementara menunggu mak sama Makcik Esah siap berkemas, aku melepak kat luar masjid, Haji Din (Bilal) ada tegur aku, "Awak baca surat khabar mende?".

"Saya jarang baca surat khabar, malas ke Sungai Ruan pergi beli", aku kata gitu. "Saya baca surat khabar kat internet jer", aku kata lagi.

"Surat khabar mende?", Haji Din tanya lagi. Apa pasal nih, tanya aku dalam hati.

"Utusan, Harakah, Metro", aku kata gitu. Tak kan aku nak beritahu dia yang aku baca NYPost pulak kan? Atau The Star.

"Apa pendapat awak pasal kerajaan suruh ambik ikhitibar pasal masalah di Mesir tu?", Haji Din tanya aku.

"Ooo, deme nyer (kerajaan Malaysia) macam Arab Saudi. Arab Saudi sokong pergolakan di Mesir tu, sebab deme nyer tak nak jadi macam negara-negara Arab lain yang tumbang", aku kata gitu. Aku ada baca news kat Yahoo pasal tuh. 

"Kerajaan kata kalau PKR memerintah, akan jadi huru hara macam gitu. Deme nyer pepandai jer buat cerita, menakut-nakutkan orang", kata Haji Din lagi.

"Memang pun", aku kata gitu.

"Kejadian 13 Mei dulu terh, awak belum lahir lagi, Pak Ngah dah 4 tahun kerja masa terh, itu semua deme nyer reka-reka sendiri. Deme nyer tak andak (tak nak) Cina (DAP) memerintah, itu yang deme nyer buat huru hara terh. Deme nyer kata Pembangkang yang buat", kata Haji Din lagi.

"Saya ada baca tu dalam Harakah, Tamrin Baba ada tulis pasal tu", aku kata gitu.

"Deme nyer takert (takut) kalau-kalau PKR memerintah, deme nyer buat cerita negara akan jadi huru hara kalau Pembangkang menang", kata Haji Din lagi.

Haji Din ulang soalan/statement yang sama bila mak ada, aku biarkan aje sebab aku tahu, kalau mak tak tahu pokok pangkal apa yag kitaorang bualkan, sure masa dalam kereta nanti mak akan tanya, "Awak cakak mende dengan Haji Din tadi terh?", atau "Deme bercerita pasal mende tadi terh, rancak jer".

"Makcik Esah ada....", aku berbisik kat Haji Din, tapi dia tak dengar kot, ataupun tengah bersemangat bercerita, so dia tanya lah pulak kat Makcik Esah, "Kerajaan kata kalau PKR, Pembangkang memerintah, negara akan jadi huru-hara". 

Adess.

Makcik Esah tu kan ker pembawa dacing yang tegar? Dia kan ker penyokong UMNO yang kuat? Silap lah kalau soalan tuh ditanya kat dia, pada pendapatan aku lah kan? Aku ingta lagi masa Pilihanraya dulu, mak ada cerita, hasil ceritaan dari mak Rizal, yang adalah segerombolan penyokong parti Pembangkang yang berkempen dari rumah ke rumah, so bila diorang berkempen kat rumah Makcik Esah, jawapan dia lebihkurang sama dengan ayat Haji Din tuh.

"Eeee, tak amboh (tak nak) kome, tak amboh kome, (tak nak pangkah PAS/DAP, calun Dong dan Parlimen Raub), kalau deme nyer memerintah, huru-hara kita. Tak andak (tak nak) lah kome", Makcik Esah kata gitu kat yang berkempen tuh. 

Aku tengok Makcik Esah senyum jer, senyum kelat, senyum kanyo.

"Sedap sungguh masakan CikYah tuh, sampai tambah nasi saya tadi", aku kata gitu, nak ubah tajuk perbincangan, tak syok lah pulak Makcik Esah jadi macam tak comfortable bercerita pasal politik. Dia ada cakap ituhari yang hidup mati dia akan tetap bersama UMNO. 

Kuliah Ugama lepas Maghrib tadi ada sentuh pasal nih, pasal hidup mati kita yang hanya lah untuk Allah. Tapi sekarang nih ramai orang yang salah prinsip, salah menggunakan term "hidup mati ku hanya kerana..."

"Aku anak seni, hidup mati ku cuma untuk seni"
"Aku minat bola, hidup mati aku tetap sokong Harimau Malaya"
"Kita sebagai rakyat 1 Malaysia, maka kita seharusnya tanam kan semangat hidup mati kita untuk negara kita yang tercinta". And they clap their hands in unison.

Eeeee, tak amboh kome, tak amboh kome.