Wednesday

Isnin - 19082013

Sampai ke pagi hujan turun, syukur. Since tak ada apa nak dimakan for breakfast (kecuali kuih Raya), aku ke kedai Samad. Dah lama tak ke situ, sejak sebelum Puasa. Puasa Ramadhan, bukan Puasa 6.

On my way balik, terserempak dengan this one Indon yang baru nak meracun kat kawasan tanah NgahRaub, yang bersebelahan dengan tanah mak, tanah Pak Andak. So sembang-sembang sekejap dengan dia. Sebenarnya S yang upah dia, S nih pun kerjanya menjaga tanah NgahRaub tuh, membersihkan, menanam pisang, menjual pisang. Banyak pulak duit nya si S nih sampaikan mengupah orang. Banyak dapat duit Raya kot, kata aku dalam hati.

"Waduh mantep banget bahasa Indo Abang, apa pernah tinggal di Jakarta?", Guntur tanya aku.

"Kagak. Dulu sering berkumpul sama orang Indo", aku jawab gitu.

"Maka nya. Persis anak Jakarta lagi kayaknya bahasa Abang", kata Guntur lagi.

Aku membersihkan kawasan kacang yang dulunya mak tanam tuh, ada dua plots, satu plot lagi tuh itu yang aku cuba cabut kacangnya semalam tuh, yang tak berisi tuh. Ini yang disulami dengan pokok cili (dalam 50 pokok), dan sebaris kunyit. Kat kawasan yang used to be mak's playarea. Sekarag tak dah kot, mak dah tak turun ke kebun, dan aku nak pastikan tak ada kawasan yang boleh mak terokai untuk dijadikan port melepak. Bukan apa, kerjanya tak seberapa tapi riuh rendah ke sana sini cerita kat orang yang lebih. Ha, that's the part yang aku cuba hindari dari terjadi. 

So plot yang aku kerjakan nih, menjadi jugak kacangya, bergogos-gogos, cuma tak banyak baris sebab ditanam pun kat celah-celah pokok cili. Aku tak beritahu mak pun yang kacang kat situ elok hasilnya (yang kitaorang cabut ramai-ramai masa cuti Raya lepas) for the same reason jugaklah, tak nak nanti riuh rendah diceritakan kat semua orang, berulang kali. Itu aje caranya dengan mak nih, kurangkan bercerita, kurangkan bercommunicate, kurangkan memberi idea-idea yang boleh disalahguna, disalahtafsir, disalaherti, disalasilahkan. Sekarang nih kalau ada benda yang penting aje aku akan bercerita kat mak, aku tapis-tapis benda yang mak perlu tahu. Kalau banyak sangat benda yang mak tahu, banyak pulak ceritanya nanti (dengan fakta yang salah, cerita yang ditokok tambah etc), sedangkan satu berita pun jadi panjang lebar, ini kan pulak kalau banyak berita lain pulak, kan? 

Eh, aku cerita pasal apa tadi hah sampai melarat-larat macam nih? Itulah, asyik dok ralit bercerita pasal mak, rupa-rupa nya aku pun sama jugak, membebel tak tentu pasal.Like mother like son betul lah kan? Ekekekkeke

"Abang tanam apa?", Guntur tanya aku, lepas dia siap kerja meracun. Bila dia tengok putik-putik kacang kat bangkai pokok yang berlonggok tuh, dia petik, then dimakan. Laaa, kesian aku menengoknya, walaupun dah lebih 2 minggu sampah-sampah tuh bertimbun kat situ tapi anak-anak kacang yang tak elok, yang kecik, masih lagi segar bugar, mungkin sebab kena hujan kot.

"Udah belasan tahun gak makan kacang tanah", kata Guntur. 

Aku tanya dia kalau-kalau dia nak kerja, meracun kat sekeliling rumah, kat depan rumah pasal dua hari lepas mak dah mula risau pasal Bambang tak dapat nak meracun, dia sekarang kerja menunggu durian kat Dong. 

"Kamu kerjain mana yang perlu, saya kasi RM 30, mau?", aku tanya dia.

"Boleh", kata dia. 

Kebanyakan Indon yang duduk di kampung nih, diaorang seboleh-bolehnya nak cuba guna bahasa standard, aku jer bila jumpa Indon, aku cakap Indon, sebab lawak sangat dengar Indon yang cuba-cuba cakap melayu.

Murah lah rezeki Guntur tuh pagi nih sebab 2 jam kerja untuk S tadi dapat RM 40, then dapat another RM 30 untuk kerja yang dalam sesejam. Dia ada cerita yang dia kena tipu dalam RM 2000, habis meracun, menanam sawit kat ladang orang, Haji tuh tak nak bayar. Aku tak tahu lah apa cerita sebenar tapi gitu lah cerita yang keluar dari mulut Guntur.

Sementara dia meracun, aku pun mencabut kacang. Mencabut pokok duri yang lebihnya, kacangnya dapatlah dalam sekilo lebih sikit, aku kasi kat Guntur ajelah, lepas pilih yang elok-elok untuk dikasi kat Rizal.

Sejam lebih dia kerja, tak ada gaya nak balik so bila aku suruh dia berhenti, dia kata yang mak suruh dia meracun kat tepi-tepi rumah. Oklah kalau macam tuh, so aku bayar dia RM 50. 

Kitaorang ke rumah arwah nenek Rizal untuk tahlil. Since dibuat tengahari so tak ramai yang datang, aku suka jugak yang aku sekarang dah jadi macam part of orang-orang kampung yang boleh diharap untuk menghadiri khenduri-khendara. Walaupun aku cuma kenal (tahu nama panggilan) empat lima orang tuh (dan cuma diaorang jer yang tahu nama aku, yang lain tuh cuma tahu yang aku nih anak arwah Pak The "yang itu/ "yang dulu terh"". "Yang itu/ "yang dulu terh"" nih maksudnya lebih kurang "yang dulu hilang kat Amerika bertahun-tahun....". And I cringe setiap kali aku dengar "anak yang mana? anak yang itu dulu terh?". Macamana pun, as always, I don't give a friggin farque pun, walaupun aku selalu tertanya-tanya jugak, "what do they mean with "yang itu". Kalau diaorang tuh Mat Salleh, dah aku tanya dah, "What dafuque do you guys mean?". 

EnY Pusat Serenti pun ada datang, dia nih jiran terdekat bapak sedara Rizal, so tentulah ada jemputan. So bersembang dengan dia ajelah masa makan tuh. Beria dia tanya aku bila aku nak datang ke pejabat dia, lepak-lepak. Aku nak sangat sebenarnya masuk Pusat Serenti tuh , saja nak tengok keadaan kat dalam, sebab selama ini aku cuma berurusan dengan sarjanK, aku cuma ke kawasan pertanian diaorang aje. Tak pun, aku melepak kat luar main gate, SarjanK akan keluar jumpa aku. Tapi bila fikir yang Pengetua pun aku kenal, EnBrunoMars pun aku ada kasi kacang, segan pulak rasanya nak masuk ke dalam Pusat Serenti tuh, aku nih kan ker just an ordinary kampung guy, aku tak ada urusan dan kepentingan apa-apa nak menyibuk kat sana. 

Lama jugak aku melepak kat khenduri tuh, sebab nak tunggu waktu untuk ke masjid. Balik aje dari sembahyang, hujan turun, apa lagi, terus lena diulit mimpi lah aku. Seronok tidur waktu hujan. Lepas Asar pun hujan masih turun renyai-renyai, tak dapatlah nak ke kebun. So aku mengopek kacang aje lah untuk dibuat benih. Aku kena sediakan benih untuk lebihkurang 12 minggu, aku plan nak keep on tanam setiap minggu, sampailah batch yang mula-mula ditanam dulu tuh dah boleh dituai. That way, bekalan kacang tak akan putus. Cuma masalahnya, cukup ker benih? Kacang yang belum dicabut tuh banyak yang dimakan tikus, kalau mengikut bilangan pokok, memang banyak hasilnya. Itu yang mak macam pelik jer bila aku kata dah tak ada kacang lagi dah, kalau orang nak beli, yang ada semuanya nak dibuat benih. 

"Tak kan sebanyak itu?", mak tanya aku, merefer pada pokok kacang yang belum dicabut.

Tapi kan, siapa yang menyediakan benih round yang lepas dulu tuh (round ke2 menanam) sampaikan tak cukup benih? Serahkan pada aku jer lah urusan-urusan kacang tuh, pandailah aku. 

Akak The ada talipun nak tanya pasal bilik apartment di Bangsar tempat aku menyewa dulu tuh, bilik tuh masih kosong, infact ada 2 bilik kosong. Ex-housemate aku memang saja biarkan bilik tuh kosong (ada dua tiga kali orang menyewa tapi semuanya jenis tak boleh pakai) sebab nak reserve kan untuk aku. Anak sedara aku, Qayyum, macam berminat nak menyewa di situ pasal dia sekarang duduk di Mentari Court yang sangatlah terkenal dengan kenotoriousannya tuh, penuh dengan gagak. 

"Ko jangan cerita sangat pasal aku kat anak sedara aku tuh, jangan cerita pasal blog, pasal aku", aku pesan kat ex-housemate aku.