Saturday

Jumaat - 30082013

Awal pagi lagi aku dah menolak wheelbarrow ke Zone 3, kat kawasan yang sekarang nih aku tanam cili. Aku gali lubang (dulu dah gali dalam seseratus lubang tapi sebab hujan selalu turun, terpaksa digali semula), aku masukkan sabut yang direndam dan digaul dengan air baja, dan lepas pindahkan anak cili, slow-slow aku kambus keliling pangkal. 

Nampak macam senang kerjanya. Memang senang pun. Tapi leceh sebab aku buat sorang-sorang. Ituhari kitaorang bertiga buat semua tuh, aku, Long sama Adik Din. Itupun dapat tanam dalam seratus lebih sikit aje. Tapi pagi nih aku terpaksalah buat sorang-sorang, dan akan datang pun sama sebab this weekend Long tak balik. Semalam tuh aku ingatkan boleh siapkan dalam seseratus lubang tapi hampir sepagian aku kerja, cuma dapat 60 lubang aje yang bertanam. Tak apa, alon-alon lah. Tak ada apa yang nak dikejar nya pun.



Banyak kerja lain yang aku kena buat tapi untuk hari-hari akan datang nih aku kena concentrate pasal cili lah pulak. I've been negecting pasal cili nih, memang dari dulu aku tak excited sangat dengan projek cili nih. Itu yang kat bawah pokok rambutan, yang dekat dengan bilik mak tuh, so far baru sekali aku siram dengan air baja. Yang di bawah garaj tuh baru/dah 2 kali. Dan yang ditanam kat tanah, walaupun aku dah taruk baja tapi aku kena keep on gembur sekeliling pokok.

Itu pasal cili. 

Pasal kacang pulak.

Kacang yang dicabut semalam tuh masih belum habis dileraikan. Dan yang tak bercabut pun masih ada. Dan rerumput, semak dah semakin meliar, yang harus aku clearkan cepat-cepat sebab banyak kacang yang tertumbuh sendiri, yang kena aku pindahkan kat mana-mana. Kat Zone Penempatan Semula Kacang tuh dah penuh, so kena bukak Zone Penempatan Semula Kacang Fasa 2 lah pulak gayanya nih. 

Tak pun aku nak biarkan aje kacang-kacang tuh tumbuh berteraburan, macam kawasan setinggan. Tak kuasalah aku nak mengalihkan nya sepokok demi sepokok, masa kecik nih jer nampak teraturnya, dah besar nanti, masing-masing merimbun sampai tak hengat donia.

Aku nak hold dulu dari tanam, the remaining benih yang ada, ada dalam 3 empat kilo tuh. So basically, Zone 3 aku tak perlu benih pun, aku cuma maintain jaga kacang yang tertumbuh sendiri tuh. 

Awal aku siap kerja (berhenti buat kerja) pagi nih, belum pukul 11 aku dah siap mandi. Mula cadang nak merempit ke mana-mana, ke Pusat Serenti ker, ke Sungai Ruan ker, tapi  malas mengelentong mak (kena kasi sebab-sebab nak keluar), lagipun nak tunggu kalau-kalau orang Telekom datang nak "tengok" talipun yang rosak tuh, kesian aku kat mak sebab risau pasal talipun. So aku melepak kat rumah jer lah, tak buat apa pun, baca paper yang aku beli semalam. Semalam sibuk sampai tak dan nak baca papers. 

Walaupun Streamyx aku sentiasa on tapi aku tak bukak internet sangat. Kalau dulu aku selalu tengok movies kat Youtube bila ada masa free tapi sekarang nih aku tak bernafsu gitu dah. 

Eh Dear Diary, kau nak tau dak apa yang aku terperasan pasal aku, yang aku rasa lain dari orang banyak? Dah lama dah aku perasan tapi tadi aku terperasan lagi.

Kat masjid, atau kat mana-mana lah, aku tak reti duduk bersila. Ekekekek. Serious, aku tak reti, kalau bersila pun sekejap jer. Tapi kalau bersila sambil bersandar kat tiang, kat dinding, ada penyupport, ha, itu aku boleh. Tapi kalau bersila on my own, tanpa ada apa-apa penyupportan, aku memang tak boleh. So aku duduk macamana masa Khutbah? Aku bertimpuh! Ekekekekke. Tak lah. Aku duduk macam duduk masa Tahiyyat Akhir, all the way sampailah masa nak sembahyang. Tadi aku peratikan (aku kat Saf ke 8), tak ada sorang pun yang duduk macam aku duduk, semua orang bersila, aku sorang jer yang duduk macam tuh. Sampaikan aku ada terfikir, apa pasal lah aku nih selalu lain dari orang lain? 

Kalau makan bersila lagilah aku tak boleh, aku akan either makan sikit (biar cepat siap sebab tak tertanggung rasanya penyiksaan duduk bersila), makan sambil angkat pinggan (tatang) atau aku duduk makan macam orang Tabligh makan, macam Sunnah. 

Tah apa-apa lah aku nih kan Dear Diary, nampak sangat hidup aku boring sampaikan benda gitu pun nak tulis kat blog. Tak apa, with my blog, I can make people laugh and give them another attitude about life, kan? What a blessing that is for me, kau tau dak, Dear Diary?

Mak ke majlis bacaan Yaasin petang nih, ada orang yang datang jemput. Pelik aku, dalam talipun tak boleh diguna, macam mana mak bercommunicate? 

Lepas Asar aku sambung menyangkul/membuat lubang untuk ditanam cili. ya ampun lah tanahnya keras, sehari tak hujan dah keras macam batu gitu. So dapatlah dalam sesepuluh lubang, terus aku berhenti sebab keletihan, esoklah aku nak sembur air (guna pam) then baru teruskan kerja. 



So aku pindah ke Zone 2 kacang, merepih kat situ, halfway kerja aku jadi termalas, so aku keluar dengan hajat nak menegok dunia luar, nak mengeteh. Aku kelentong mak aku kata nak isi minyak kereta. 

Kitaorang nak ke masjid jer, hujan mula turun, mulanya sow then lebat. Syukur Alhamdulillah. 

"Kita pergi khenduri kang lepas Isyak, depan rumah Chu terh", kata mak masa dalam kereta.

"Hujan-hujan lebat gini?", aku tanya mak. 

Ada Kuliah Ugama malam nih, tapi yang ada cuma 4 orang (jemaah lelaki), mungkin sebab hujan kot? Tak kan yang lain pergi Merdeka Square kot? Tapi, Ustaz tuh memang kurang popular pasal cara dia mengajar tuh slow sangat, ayat dia sebijik-sebijik. Aku selalu terkesian tengok ustaz tuh sebab aku rasa dia perasan yang Kuliah dia tak pernah ada sambutan, dia melepak jer dalam Jeep dia yang ada bendera Malaysia tuh (Ustaz Pembangunan lah sangat kan? Ekekekek) sampailah masuk waktu.

Malam nih dan untuk 3 minggu yang akan datang Ustaz tuh bercerita/akan bercerita pasal Syiah, dia kata dia dapat kebenaran dan aragan dari Pejabat Kadi untuk bukak bab Syiah nih. Masa dia ceritakan pasal "amalan-amalan" orang Syiah, aku asyik teringat kat member setahanan dulu, Nasir-Iran, yang selalu kata, "That's haroooom, that's haroooom". Alah, yang kuat gaduh tu lah.

Ingat dak masa aku mengajar Amir-Bosnia sembahyang? Yang Nasir-Iran pun nak ajar jugak, dia tulis bacaan-bacaan yang perlu dibaca dalam sembahyang? Yang bacaan (especially masa Tahiyyat Akhir) tuh lain dari yang kita baca, yang banyak ditokok tambah, sampaikan aku jadi terpanik sebab apa yang aku baca lain sangat dari apa yang dia tulis, yang aku terpaksa double-check dengan Yousef-Somali? 


"Makan jugak lah, nak pergi khenduri lepas ni kang", aku kata gitu masa jamuan lepas Isyak.

Aku kalau makan kat masjid memang bersemangat.

"Khenduri sapa? Kome tak dapat jemputan pun?", Haji Ramli, Bendahari masjid, tanya aku.

"Entah, khenduri depan rumah Chu kome tuh, mak kata ada jemputan", aku kata gitu. Dalam hati aku kata, apa pasalnya kat kampung nih selalu buat macam tuh, orang-orang tertentu jer yang dijemput khenduri kadang tuh. 

"Mat nyer?", mak tanya masa aku nak park kereta depan rumah Chu, nak ke rumah orang khenduri.

"Tapi nak pergi khenduri?", aku tanya mak, pelik. Pelik sebab mak masih bermahana (bertelekung), dan tadi tuh lama sangat aku menunggunya.

"Tak ada nya buat pengumuman tadi terh (kat masjid), tak ada jemputan lah agaknya. Deme nyer tak jemperk (jemput) orang masjid agaknya", kata mak.

Laaa, nasib baik aku dah makan kat masjid tadi.