Wednesday

Jumaat - 16082013

 "Aok nih cucu arwah Le-bare (Lebai) Ali ker?", tanya this one guy, umur dalam ligkungan 70an, atau akhir 60an kot, masa aku siap Sembahyang Sunat Tahiyatulmasjid tengahari tadi.

"Ha'ah", aku jawab gitu, lepas bersalam dengan dia.

"Oghang terkenei (terkenal) terh", kata Pakcik tuh lagi.

"Lama ngat dah meninggalnya", aku kata gitu.

"Aok kenei ke kawaih?", dia tanya lagi.

Manalah aku kenal, sebab orang tua yang aku kenal, yang selalu datang masjid aje. Atau yang selalu lepak kat kedai makan.

"Kawaih nih ada pangkat-pangkat sedara dengan aok, belah-belah arwah aki aok terh", kata Pakcik tuh lagi.

Aku angguk jer lah, aku tak rasa comfortable bersembang sebab masa tuh Bilal dan nak bang (azan).

"Kawaih tak nikoh lagi, set-set kawaih (he mentioned a few names yang sorang pun aku tak kenal), itu set-set kawaih lah ter, semernyer (semuanya) tok nikoh-nikoh. Aok anok berapa?", Pakcik tuh tanya lagi.

Kalau aku layan, harus laju Pakcik nih bercerita, kata aku dalam hati.

"Tak nikah jugak", aku kata gitu, sambil geleng kepala, aku tak pandang pun dia sebab nak kasi dia faham yang aku nak concentrate ke benda lain.

"Tapi kawaih nok nikoh dah akhir bulan nih, dengan anak dara, orang Siang (Siam). Mehei (mahal) lah sikik (sikit) belanja nyerh tapi anok dara", kata Pakcik tuh tersipu-sipu kemaluan. 

Aku senyum, pandang kat dia. Tak kan kali kedua aku tak pandang, kan? Aku pun pandai jaga hati orang.

"Duit ada tapi ntoh mat nyer tok nikoh-nikoh, dah tua gini baru teringat nok nikoh", kata Pakcik tuh lagi.

"Saya tak ada duit" (sebab tuh tak nikah lagi. Hiks!), aku kata gitu masa membetulkan duduk, isyarat yang aku tak nak bersembang.

"Tak apalah, saya nak ke depan, jumpa lagi lain kali", aku kata gitu, terus pindah ke saf depan.

Lepas Sembahyang Jumaat hantar mak ke rumah orang baca Yaasin, janjinya sebelum Asar aku akan jemput mak, terus ke masjid, then ke Hospital Raub, nak melawat nenek Rizal yang sakit tenat. Tapi, dalam pukul 4 tuh Makcik Rempit datang beritahu yang dia dah tumpangkan mak ke masjid sebab majlis tuh habisnya awal. Aku tak boleh biarkan mak termula merempit ikut Makcik Rempit tuh sebab aku ngeri tengok Makcik Rempit tuh bawak motor, selamba jer bawak tengah-tengah jalan, bawak slow pulak tuh. Signal tak pernah kasi. 

Balik dari Hospital, rupa-rupanya hujan dah turun lebat kat kawasan Sugai Ruan. Syukur Alhamdulillah sebab masa kat hospital tadi tuh aku asyik teringat pasal kacang aku yang tak bersiram, tanah kering sangat pasal minggu nih cuaca panas betul. 

Sampai rumah dah tak sempat nak buat apa pun, hujan masih turun renyai-renyai. Melepak-lepak kat beranda aje lah sambil menengok dan memplan apa kerja yang nak didahulukan untuk sesehari dua nih. Aku rasa macam aman jer bila memikirkan yang walaupun aku buat kerja sorang-sorang (with help dari Ariff san Aiman sesikit) tapi macam teratur dan tersusun jer kerja aku, tak ada tergesa-gesa macam dulu tuh. Kacang yang ditanam dah banyak, kawasan yang berpotensi untuk ditanam pun banyak jugak lagi kalau aku nak kerjakan, dan kacang yang tak bercabut pun masih ada sesikit. Dan aku masih ada masa nak bercili pulak tuh. Esok Long akan balik, kitaorang akan mula menanam, memasukkan cili ke dalam polybags. 

Macam bosan aje pasal tak ada sorang pun kat masjid lepas Maghrib, sempat jugak aku mengeteh, menomyam. Internet ada problem pulak malam nih, yang peliknya bila Streamyx buat hal, my back up (UMobile) pun tak dapat connect. So awal lah aku tidur. Dan hujan pun turun lagi sampai ke pagi.