Cepat sungguh Ariff datang pagi nih, belum 7 setengah dah ada bunyi motor dia. Terus aku ke kebun jumpa dia, beritahu mana-mana yang patut dicabut. Cerewet jugak Ariff tuh, terkejut aku bila dia mencabut kacang yang penuh pokok duri tuh tanpa pakai gloves. Bila aku tunjukkan gloves, dia kata gloves tuh basah.
Selama nih aku pakai jer gloves walaupun basah. High maintenance gak Ariff nih rupanya. Nasib baiklah ada gloves yang kering yang aku terjumpa dalam laci. So semntara dia kerja, aku pergi breakfast kejap. Then kat Zone 3b lah kitaorang. Ariff mencabut dan aku meleraikan kacang.
Sikit jer lagi yang tinggalnya, tapi semuanya yang susah nak dicabut, yang dikerumuni pokok duri semuanya. Yang tak dileraikan pun banyak jugak tapi aku dah malas nak sambung, so aku suruh Ariff balik dan aku pun cadangnya nak masuk rumah awal sikit. Entah, macam malas jer pagi nih, aku rasa tak berapa best bila mengenangkan yang soon akan habislah kacang yang boleh dicabut, yang boleh dijadikan benih. Nak tunggu batch baru, pertengahan October nanti.
"Awak bila nya nak tanam lada tuh?", mak tanya aku.
"Sabut pun tak beli lagi", aku jawab gitu. Dalam hati aku kata, mak nih, itu pun nak ambik tahu. Rileks lah.
"Mat nyer talipern nih rosak lagi? Sesak memikirnya", kata mak, merungut.
And so terpaksalah aku ke Raub, nak bank in kan cek TM yang baru dapat semalam tuh, nak beli sabut, dan terus buat lapuran kerosakan kat Telekom. Nampak gayanya setiap minggu kena buat lapuran, aku pun tak tahu apa yang tak kena nya dengan talipun tuh, tak ada nada dan bila orang call, tak ada bunyi.
Kesian aku kat mak, talipun tuh benda kedua penting dalam hidup mak, selepas kereta. Aku tak ada hal langsung kalau talipun rosak, asalkan jangan internet. Bagus jugak talipun tak ok, rumah jadi sunyi sepi, dan yang pentingnya aku tak payah nak tegakkan telinga cuba merisik khabar, setiap kali mak bercakap kat talipun. Yang kedua pentingnya, aku tak payah terlari-lari tiap kali talipun berbunyi. Mak, kalau talipun berbunyi, mak buat selamba jer, kadang tuh mak tak jawab pun. Bukannya pendengaran mak dah berkurang tapi aku rasa itu macam satu strategy, satu pementasan aje. Tak payahlah aku cerita, lakunan pasal apa hehehhe.
Aku tipu kat Cina NUrsery tuh bila dia tanya aku mana benih kacang yang dia nak, aku kata aku baru balik dari Bentong, bukan dari rumah. Macamana nih, benih dah tinggal sikit, tak kan aku nak kasi kat dia?
Aku cadang nak melepak, lunch kat luar tapi terpaksa lupakan niat tuh semua sebab aku kena ada kat rumah sebelum Zohor. Mak tak beritahu pun yang petang nih tak ada Kelas Ugama kat masjid (setiap Khamis petang), aku cuba tidur-tidur ayam sementara tunggu nak hanta mak. Then bila aku dah bersiap, rupanya mak dah ke surau, agaknya Kelas tuh dikansel.
Entah apa aku buat lepas Asar tadi aku pun tak tahu. Cuit sana sikit, cuit sini sikit. Cangkul sana sikit, cangkul sini sikit. Last-last aku sambung mengopek kacang.
Mak sibuk di dapur masa ake kat kebun, entah apa yang mak prepare, aku pun tak tahu sebab tak ada mak tinggalkan apa-apa kat bawah tudung saji. Semuanya mak bawak ke masjid, ada jamuan lepas Isyak. Punyalah mengantuk aku masa Kuliah Maghrib, sampai aku dah redha, dan aku tak akan terasa malu kalau aku tertidur sambil bersandar kat tiang tuh. Alah, muka-muka basi (macam muka aku jugak) tuh jugak, diaorang pun ada yang tertidur.
Sampai ke sudah aku tak tahu apa yang mak bawak ke masjid untuk jamuan, yang ada cuma nasi goreng, telur dadar, gulai sardin, dan jelly. Ker mak bawak untuk jemaah perempuan aje? Aku, kalau mak tak suruh makan apa-apa yang mak buat, beli, aku tak makan. Tadi tuh mak ada beli mee apa tah, masa mak balik dari surau. Aku tak makan pun, sebab mak tak pelawa. Entah-entah untuk mak sorang, kan? Aku perasan yang setiap Sabtu kalau mak ke Pekan Sehari, mak sure akan beli satay. Dan mak akan simpan dalam fridge. Bila tak terhabis makan, bila dah keras, baru mak keluarkan dan letak bawah tudung saji.
Aku tak suka sangat makan satay.