Aku tak ke Pekan Sehari pun pagi nih, kedai makan pun tak bukak, sure tak meriah. Lagipun aku ada misi, nak mencabut kacang. Adik beradik dah nak balik nih so kena lah sediakan bekalan yang mencukupi untuk diaorang bawak balik.
Akak The ada jugak tolong meleraikan kacang yang aku cabut tuh, nasib baiklah tanah tak keras sangat (ituhari aku dah sembur air), so senang mencabutnya.
"Ada ker patut statment macam tu pun boleh keluar?....", aku terdengar Akak The bersembang dengan Ida yang baru balik dari Pekan Sehari.
Malaslah aku nak campur telinga mendengar gossip semasa tapi obviously Ida sama Akak The macam sentap dengan mak, sentap gitu-gitu aje lah, bukan nya sentap ketat.
Tak lama tu segerombolan anak sedara aku turun menolong aku, Z suami Ani dan Abang The. Kitaorang mencabut kacang, diaorang yang leraikan, so sekejap aje dapatlah dalam 15 kilo.
Mak pergi beraya ikut Pak Andak, sejak pagi. Pergi rumah Nyang di Lembah Klau. Yang peliknya, semalam Akak The ajak mak pergi tapi mak tak nak ikut, alih-alih bila Pak Andak ajak, mak nak pulak ikut. Mungkin mak tahu yang Pak Andak akan ke tempat lain jugak, ke sana sini, seharian. Kalau dengan kitaorang, pergi sebuah rumah, then terus aje balik, tak ada nak melencong ke mana-mana dah.
Arwah pak dulu ada kata yang mak nih suka dipandu ke sana sini.
Aku macam pelik lah jugak yang apa pasal mak nak ikut pergi, mak pun tahu yang ada anak-anak nak balik ke destinasi masing-masing. Dan ada juga yang buat keputusan nak balik harinih pasal sentap tu lah. Terfikir jugak aku, kalau adik beradik aku sentap, diaorang ada tempat nak dituju, tapi kalau aku sentap, aku tak ada tempat nak membawak diri, tempat untuk menenangkan fikiran yang sentap tuh. What a lucky lot they are, my adik beradik.
Teh sekeluarga, Ida sekeluarga, Lan sekeluarga balik ke destinasi masing-masing petang nih. Mungkin diaorang dah bersalaman dengan mak sebelum mak pergi beraya agaknya. Adalah aku bekalkan kacang tanah dalam 2 tiga kilo setiap keluarga.
Tengahari nih aku sembang dengan Akak The aje lah, sementelah mak tak ada kat rumah. Rupanya kuat jugak ribut melanda di bahagian dapur tempat adik beradik perempuan aku habiskan masa, memasak dan menyediakan makanan. Kitaorang yang lelaki nih tak tahu menahu, and I'm sure yang adik beradik aku yang lelaki will never know pasal gossip-gossip semasa. So, kebarangkalian untuk diaorang sentap tuh memang tak ada.
"Why don't you go away for a few months, biar orang lain yang rasa macamana", kata Akak The kat aku.
Terus aku terbayang Ecuador.
Maksud Akak The, aku keluar dari kampung nih buat sementara, kasi peluang adik beradik aku yang lain, jaga mak, so that diaorang akan tahu susah senangnya.
Bagus jugak idea tuh, memang aku pun ada terfikir macam tuh, nak kasi adik beradik aku yang lain (Long especially) mengukur ketinggian langit, samada tinggi atau rendah. Daripada cakap aje yang berdegar-degarnya, kan?
"Apa cerita yang pasal mak nak memondok tuh?", aku tanya Akak The, malas dah aku tanya mak, Long, pasal dulu aku dah tanya sekali. Dah lah sekali tuh.
Akak The pun tak tahu. I won't be surprise kalau mak tak jadi memondok. Aku sedia maklum yang mak tuh cakapnya ada vanyak velit-velit, hari nih kata macam nih, hari esok kata lain. Masalahnya, dengan setiap orang yang mak bersembang, mak akan canangkan rancangan mak nak memondok tuh.
Aku ke nursery beli sabut, polybags dan 2 pokok bunga melur (untuk ditanam kat kubur pak). Aku kata nak beli at least 70 guni so dapatlah dimurahkan harga jadi RM 9 seguni. Cuma aku tak dapat nak bawak semuanya sekali, so aku akan datang ambik sikit-sikit. Kalau dulu aku rasa 10 guni dah penuh satu kereta, tapi kali ini dapat muat 20 guni. Sampaikan penuh, Iqbal (anak Ani) terpaksa duduk mengerekot kat seat depan sebab kat situ pun muat satu guni, dengan pokok bunga melur lagi. Besok lusa aku akan datang ambik lagi, 20 guni setiap kali ambik.
Lepas tuh kitaorang merayau kat Sungai Ruan sekejap, nak belanja Iqbal yang tolong aku. Habis 3 liter aiskrim, sebab anak-anak Lina (anak Chu) turut sama makan, diaorang datang beraya.
Mak balik lepas Asar.
Aku sama Z memasukkan sabut tuh ke dalam polybags tapi dapat siap 5 guni aje sebab aku rasa macam tak best aje. Emosi aku macam terganggu gitu bila dengar cerita dan keluhan Akak The tadi, dia kata Raya kali nih tak best. Kalau tak silap aku, semalam ada aku kata yang Raya kali nih best.
InrahimTabligh ada datang ziarah, bawak Jemaah dari Pakistan, so lepas Maghrib aku ke surau nak dengar bayan. Ada 7 orang dalam Jemaah tuh, in Urdu Bayannya (ada tukang translate). Aku selamba jer bila RiTabligh urut-urut belakang aku, beria dia tasykil aku ajak "keluar". Dia ada kasi nama untuk "keluar" ke Pakistan bulan depan, selama 4 bulan. Hebat keluarga dia nih, anak sulung dia masih "keluar" 40 hari sejak pertengahan Puasa lepas.
Serba salah aku bila RiTabligh (habis aje Bayan) perkenalkan aku kat Jemaah tuh, macam hebat jer bunyinya bila dia kata aku pernah "keluar", aku pernah "buat usaha" kat Markas di Dewsbury, England, aku dulunya duduk New York bertahun-tahun dan sekarang buat "khidmat untuk mak".
Itu yang aku terus aje mintak diri.