Tuesday

Isnin - 12082013

"Awak tanya mak awak, nak tumpang Chu tak ke tempat anak Nyang nikah di Kuala Lumpur, Ahad nih?", Chu kata kat aku masa aku beli breakfast kat dia awal pagi tadi.

Anak Nyang nak kawin , majlis akan dibuat kat Jalan Duta, Ahad nih. 24 haribulan nanti baru dibuat kat rumah Nyang di Lembah Klau. 

"Chu pergi dengan sapa?", aku tanya Chu.

"Lah, kome jer lah. Chu sama Tihah, lepas tu KakNgah (anak NgahRaub), kome bertiga jer. Mak awak nak ikut bolehlah", kata Chu lagi.


Belum pun sempat aku makan, Ariff datang, so terus aku suruh dia cabut kacang kat Zone 3 tuh, sebanyak mana yang dia daya. Senang jer kerjanya sebab tanah lembut, yang susahnya, kawasan tuh banyak pokok duri yang tumbuh, itu yang aku sediakan gloves untuk Ariff.

Aku then teruslah ke Zone 1 di depan rumah, menyambung kerja semalam, menanam kacang. Herot petot barisnya, sampaikan jadi macam seats kat stadium pulak, di bahagian tengah lurus, di kiri dan kanan melengkung, as if ada padang bola kat tengah-tengah. Pedulikanlah tuh, as long as kacang hidup subur. Again, macam tak percaya aje yang luas jugak kawasan yang dapat aku tanam, sejak semalam, lebih 2 kilo benih yang aku habiskan. Biasanya, nak habiskan sekilo tuh sampai tiga hari kerja. 

Aku rasa nanti akan ada masalah, masa kacang dah sedia untuk dicabut. Terpaksa dicabut tak henti-henti sebab banyak. Tak kisah, itu masalah akan datang, tak nak difikir sekarang. 

Lepas tuh aku sama Ipin meleraikan kacang yang dah dicabut. Aku suruh Ariff balik sebab dia pun turut sama meleraikan kacang. Aku tak suka dia buat kerja tuh sebab dia nih pakai leraikan aje even kacang yang kecik-kecik, yang rosak. Akan jadi satu kerja pulak nak memilihnya nanti.

Ipin balik ke PJ sebelum aku sama mak ke masjid for Zohor. Dan elok aje aku nak lelapkan mata lepas balik dari masjid, Long sama AdikDin pun sampai. Diaorang nak pulun kerja masukkan cocopeat/sabut ke dalam polybags. Long penasaran tuh, aku yang macam was-was sebab membaja, menyiram, semuanya dibuat manually so akan adalah nanti pokok cili yang berbagai ketinggian, bermacam perangai. Maklumlah, aku buat kerja pun sambil lewa jer kadang tuh (my priority masih kat kacang punya projek). Kang tertaruk banyak racun, terbakar pulak daun-daun cili tuh. Tak taruk baja kalu, penuh pulak dihinggap ulat. 

Aku was-was jugak samada aku boleh handle ker semua tuh, kawasan yang perlu diclearkan untuk ditanam kacang pun masih banyak, rasanya sekarang dalam 50% dari target aku. Zone 3 tuh luas, yang tak bercabut pun masih banyak jugak. Nak kata aku tamak, tak jugak, aku nak buat yang terbaik sebab round kali ini agak kurang memuaskan hasilnya. Lagipun, mungkin ini round terakhir aku tanam kacang kot sebab by the time semuanya berhasil, dah penghujung tahun.

Tahun depan aku banyak projek lain. Projek besar-besar pulak tuh. Semoga aku panjang umur. Amin.

Long sama Adik Din terus ajelah kerja, lepas Asar tuh. Aku membancuh baja, menyiram. Pelik, Long reversekan kereta, then park betul-betul dekat kawasan kerja, then dia pasang radio kuat-kuat. Stesyen lagu-lagu lama. Aku tak sangka pulak Long buat macam tuh sebab kalau naik kereta sama Long memanjanglah Long pasang ceramah Ustaz Azhar Idrus, so aku tak expect langsung yang Long pun dengar muzik, let alone pasang kuat-kuat. Aku kalau bawak kereta sorang-sorang, baru lah aku pasang radio, tapi kalau ada passenger/s, memang tak bukak radio pun. 

Aku kalau lagu-lagu lama set-set Duran Duran, Wham!, Crowded House, Level42, Alphaville even, bolehlah masuk kepala aku tapi yang dipasang tuh lagu-lagu DJ Dave, Sharifah Aini, Uji Rashid, Sudirman etc. Dipasang kuat pulak tuh sampaikan aku rasa macam malu dan uncomfortable gitu pasal 2 jiran terdekat kitaorang boleh dengar.

And so lepas aje menyiram teruslah aku ke tempat kacang, aku sambung menanam, sikit jer lagi yang tinggal nih.

Lepas Maghrib aku tetap tak balik ke rumah, tapi aku ada lah jugak melepak kat kedai tempat aku berbuka dulu tuh. Seronok melepak sorang-sorang dalam kegelapan tuh. 

Dang, I could not get that Sudirman's song, Biarlah Ku Sengsara Sendiri out of my head!!!!!!!!!!!!!

Biarlah aku hidup sendiri
Usah kau ganggu lagi diri ku
Ku ingin damaikan hati ini

Bertahun peristiwa berlalu
Tak guna kau sebut-sebut lagi
Menambah sakitnya hati yang lara

Masa engkau pergi dulu
Tiada pesan engkau tinggalkan
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impian ku
Dalam arus airmata
Kerana kau

Mengapa kau tanyakan kisahku
Insani yang hidup penuh sendu
Biarlah aku sengsara sendiri