Saturday

Day 59 - Khamis 29/12/2011

Terlambat pulak aku turun kerja tadi pasal semalam tidur lewat, lepas Subuh barulah cuba nak lelapkan mata. Semuanya gara-gara Forex. For the past few days sebelum dan selepas Krismas, market macam tak bergerak, dalam sehari range dia cuma dalam 20 pips aje. So aku simpanlah semua positions aku, Sell GBPUSD, EURUSD dan AUDUSD dan buy positions USDCHF. Ingatkan lepas new year baru market laju semula, tapi malam semalam masa New York session, it was such a surprise, semuanya mula dengan GBPUSD yang plunged like 50 pips, then Gold sama Silver ikut sama and the rest tuh turun jugak a few minutes later (USDCHF naik).

GBPUSD turun sampai more than 200 pips, and I was like, Thank God pasal aku ada 3 positions kat atas nun. Aku masih hold semua positions aku yang lama dan sekarang dalam 1000 pips dalam tangan profitsnya, yang kalau diconvert ke dollar, dalam USD 100-120 aje sebab aku trade 1 pip = USD 0.10. So itulah yang membuatkan aku susah nak masuk tidur tuh, EURUSD nak buat 11-month low. Ada a few factors yang buat USD melonjak naik tuh but let's not go into that pasal korang mana faham kalau aku tulis pun kan?

Masa nak ke store ambik makanan ikan, aku terperasan yang tak ada air memercik kat Kolam 3, as if kipas tak berpusing. So aku terus pergi nak jenguk ke Kolam 3 tuh, dan dari kejauhan and to my horror aku tengok Kolam tuh penuh dengan ikan timbul, yang semuanya dah mati. Ya Rabbi, rupanya kipas tuh mati, dan ikan pun turut mati sebab lama tak dapat oxygen.

Aku cuba-cuba startkan kipas tapi tak mau hidup, lagipun dah terlambat, ikan semua dah mati. Terus aku turun ke kolam, macam tak ada ruang langsung untuk aku sebab semuanya dipenuhi ikan. Kelam kabut jadinya aku, terus aku pergi ambik guni dan jaring, dan teruslah aku mengutip ikan tuh. Sampai lupa nak makan minum.

Dalam sesejam lepas tuh aku hantar message ke Kinky. Semalam dah beritahu dia yang kipas tuh macam nak rosak aje, memang selama ini lengan kipas tuh terkehel, dan Kinky ada tengok sendiri. Semalam tuh dia kata yang hari ini dia akan hantar mechanic untuk repair both kipas. Tapi dah terlambat, ikan dah mati duluan. 

Karung after karung yang aku guna untuk mengisi ikan, sampai give up aku, tapi aku kena buat jugak. Dalam sesejam lepas tuh Kinky pun sampai, sama Ridzuan. Terkedu dia menengok ikan-ikan mati tuh. Dan dia pun mulalah tanya aku, agak-agak bila kipas mati, macamana nak selamatkan ikan-ikan yang masih hidup. Aku tak reti agak tapi more than 3 ribu ikan yang mati, aku rasa lah, berapa puluh ribu dia tak untung agaknya. Dan kerja kitaorang selama ini macam sia-sia gitu aje, kerja menangkap ikan Kolam 1 dan 2 yang dipindahkan ke Kolam 3 tuh, kasi ikan makan etc. 

Dalam hati aku kata, itulah, dulu dah beritahu yang kipas sentiasa kena standby sebab ikan kat Kolam 3 tuh banyak dan kolam tuh kecik sangat, sekejap aje kipas buat hal, semua ikan dah timbul. Tapi dia tak percaya, dia lebih dengar cakap Seng yang selalu kasi info yang salah. Remember, Seng ada terkilan sesangat ituhari sebab dia ingatkan tak banyak ikan yang masih ada di kolam 1, 2 dan 3 sebelum semuanya diambil alih oleh Kinky dan Jon. Seng kata cukup satu kipas aje untuk Kolam 3 tuh sedangkan dia tak pernah tengok pun sebanyak mana ikan kat dalam tuh. Dan Kinky pun terpercaya, aku yang hari-hari kasi ikan tuh makan, dan pernah sekali dulu tengok sema ikan tuh timbul, aku tahulah mengagak sebanyak mana ikan yang ada. Dan satu kipas memang tak cukup.

Then dia kata dia nak ke Semenyih sebab nak ambik pekerja yang Seng ada. Sementara diaorang pergi tuh, aku sempatlah snap hambar-gambar kat bawah nih. Gambar nih diambik dalam 4 jam lepas aku mula buang ikan-ikan yang mati, so tak berapa nampak banyak sangat lah kan yang matinya.








Dalam sesejam tuh diaorang sampai, ada awek Indon sorang, dia kata laki dia akan datang naik motor. Masa tuh Kinky dah kelam kabut suruh tukarkan kipas, aku beritahu yang one of the kipas tuh cable dia tak sampai ke Kolam 3 tapi dia tak percaya, so aku biarkan dia menanggalkan cable dan tali yang berbelit-belit kat pam kipas tuh. Sure dalam hati dia menyumpah seranah aku sebab aku buat donno jer. Bila dia tahu yang cable tuh tak cukup panjang, terus dia hempasnya kabel tuh. Padan muka ko, bitch! Aku cakap tadi tak percaya, kata aku dalam hati. 

So terpaksalah aku sama Ridzuan mengheret kipas lain, yang berat dan lebih besar. Itu pun Kinky yang suruh guna kipas tuh sedangkan aku kata yang guna kipas lain yang lebih kecik (sebab aku tahu kipas tuh berat untuk diangkat 2 orang) sebab ikan yang masih hidup pun cuma beberapa ekor aje. Elok dipasang, terus distartkan kipas th, dan ditambat. Tengah aku menambat kipas tuh kat pokok, kipas tuh meragam, dan tenggelam, sampaikan Kinky turut tolong aku menarik kipas tuh, macam menarik kerbau yang nak disembelih lagi gayanya. Sampai terpeleot-peleot Kinky yang pakai high heels tuh.

"Banyak problems lah", kata Kinky kat aku.

Then terpaksa tarik kipas tuh ke darat, aku dari dalam kolam dan dia sama Ridzuan tarik dari atas darat. Kipas tuh design dia lain dari kipas lain, dia ada base yang boleh menakung air, yang kebetulan penuh dengan air (itupasal tenggelam tuh), so bila ditarik, terbalik dan terlingkuplah kipas tuh. 

Tak lama lepas tuh laki awek tuh tiba, kat tengah-tengah orang tuh dia tanggalkan baju, seluar, cuma tinggal spenda aje, untuk salin pakaian kerja. Dari cara dia jalan tuh ak dah agak yang here comes trouble.

"Awak kerja sini?", mamat Indon tuh tanya aku, kasar Ya Rabbi sampaikan aku tak jawab pun. That's it lah, kata aku dalam hati. Aku tak akan dapat get along with that guy, so ak akan berhenti kerja aje lah. Dia tengok itu ini, dan mulalah kata yang dia boleh settlekan semuanya. 

"Siapa kerja sini? Tak pandai jaga barang, tengok itu kipas semua patah", kata dia sambil tunjuk bilah kipas yang rongak kebanyakannya. Motherfucker, kipas tuh dah lama sumbing nya, tak ada kena mengena dengan aku. Ya ampun lah cakap mamat Indon tuh, punyalah besarnya as if dia ada banyak kolam ikan. Kinky pulak macam terdesak sangat so dia iya kan aje apa yang mamat Indo tuh cakap. Yang lawaknya mamat Indon tuh panggil Kinky, Ah So, aku sama Ridzuan asyik gelak aje. 

Bukanlah kerja berat sangat, cuma tukarkan motor pam tuh aje, ada 3 wires aje yang perlu disambungkan. Bila dah siap, bukan main lagi mamat tuh, bangga semacam. So dia kata nak tukar motor pam yang lain, so dia suruh aku pergi tanggalkan wires. Aku katalah yang aku tak reti, dia bantai gelak sambil kata, "Awak kerja kolam, awak mesti tahu buat semua". Berbulu aje aku mendengarnya.  

"This is it, I will never get along with this guy", aku kata kat Kinky tapi aku rasa dia buat tak faham aje. 

"I'm hungry and I need to cook something", aku kata gitu bila Kinky suruh aku turun ke kolam mengutip ikan mati. Aku melepak kejap kat kongsi, then Kinky kata dia akan pergi kedai untuk tapaukan makanan. Sementara dia pergi, aku turun mengutip ikan, ditaruk dalam guni. Dan aku perasan yang seluruh badan aku berminyak, sah lah ada minyak tumpah masa pam tuh tadi terbalik. Luka-luka jari dan tapak tangan aku mengangkat guni berat yang penuh diisi bangkai ikan tuh. Bini mamat Indon tuh ada jugak tolong tapi takat kutip ikan yang kat tepi aje sebab air dalam, dia tak reti berenang. 

Lepas makan sambung lagi mengutip ikan, aku dah menggigil-gigil kesejukan. Kinky kata nak disiapkan harinih jugak, nasib baiklah mamat Indon tuh kata esok ajelah disambung. Dengar cerita bini dia, diaorang pernah mengutip ikan mati yang lebih banyak dan lebih besar, so kerja tuh senang bagi diaorang.

Then masalah nak buang guni berisi ikan tuh, aku sama mamat Indon tuh suggest ikan-ikan tuh ditanam aje tapi sebab tanah dusun tuh kepunyaan Thamby, Kinky tak setuju, dan dia nakkan ikan-ikan tuh dibuang kat mana-mana lereng bukit kat luar sana tuh. Kena lah masukkan guni-guni busuk tuh ke dalam Jeep. Nak lawan mamat Indon yang badan berketul-ketul tuh, mana lah aku daya. Dia pikul satu guni, aku pun pikul 1 gni, dia heret 2 guni aku pun heret 2 guni. 26 karung guni semuanya. Nun jauh kat Kuala Kelawang sana tuh kitaorang buang guni-guni tuh, dan sebab jauh tempatnya, kitaorang kata buat esok aje lah selebihnya, masa tu pun dah nak Maghrib.

On the way balik th aku beritah Ridzuan yang aku rasa ak nak berhenti kerja aje sebab ak tak suka mamat Indon tuh. Aku cakap dalam bahasa Inggeris sebab takut mamat tuh faham, Ridzuan senyapkan aje, walaupun dia Engineer tapi he speek no the Inglish to.

Then baru aku teringat apa yang Seng beritahu aku ituhari masa aku tanya dia pasal pekerja. Dia kata dia ada pekerja tapi berlagak orangnya, jenis yang dia tah semua kerja dan orang lain tak tahu nak buat kerja. Rupanya mamat Indon tu lah yang Seng maksudkan, agaknya sebab terdesak sangat dan tak ada orang lain dah nak dihantar ke sini tolong aku. Ma cibai punya Seng.

Aku dah keletihan dan sakit badan sana sini, kaki hencot-hencot, tapak kaki banyak luka pasal terpijak ikan, mamat Indon sama bini dia asyik tanya aku itu ini pasal kemudahan kat kongsi yang tak ada apa nya tuh. Terus disuruh bini dia buat list barang-barang yang diaorang nak Kinky sediakan untuk diaorang. Mintak fridge sama microwave oven tuh, cayalah diaorang nih. 

Malam, diaorang keluar, dan aku pun teruslah buat plan. Tak boleh jadi kalau macam nih, aku memang tak boleh ngam dengan mamat Indon yang suka memerintah tuh, yang suka cakap besar tuh. Dahlah bahasanya kasar, cara dia cakap pun memang kasar. Tadi ada aku beritahu Kinky yang Sabtu aku off so aku akan balik ke sini semula hari Selasa pagi. Aku nak bawak barang aku yang penting-penting, tinggalkan sikit aje, sebab nanti bila dah dapat gaji (dan bila Joko bayar hutang), aku akan blah terus aje berhenti kerja. Tak tahu lah tapi harinih mengonfirmkan yang aku akan berhenti kerja kat sini. 

Dan aku dapat sms dari housemate aku yang beritahu ayah dia meninggal pl 5.30 petang tadi. Innalillah.

Wednesday

Day 58 - Rabu 28/12/2011

"Best lah ko, tak payah buat kerja", kata Mamat Lone Ranger, masa dia datang nak mintak makanan ikan. Aku beritahu dia yang petrol dah habis, so aku tak tahu nak buat apa. 

"Diaorang nih tak tahu, setong minyak tu sehari jer kalau ko guna betul-betul", kata dia lagi. Dia sorang jer yang memahami keadaan aku yang bersemangat nak buat kerja tuh. 

And so aku rileks jer lah awal pagi tuh, siap buat cekodok sesepuluh ketul, buat bekal makan kat store. Rasa guilty asyik ulang alik ke kongsi sebab nak online, aku pun mula lah buat apa yang patut. Aku turun ke Kolam 2. Instead of guna cangkul kayu yang berat tuh, aku guna real cangkul, aku menyangkul tanah lumpur yang macam keras-keras lembut tuh. Lumpur tuh sebenarnya tanah yang bercampur taik ikan, yang aku rasa, elok kalau dibuat alat mekap kot. Sebab aku tengok texture tanah lumpur tuh, dia macam ada lubang-lubang pores, dan tak berketul-ketul. Sapa-sapa nak try, just let me know, nanti aku pek kan. 

Terralit jugak aku buat kerja tuh, mungkin sebab mencangkul tanah yang lembut kot? Kalau menyangkul tanah keras, lama dah aku berhentinya. Aku menyangkul sekeliling pulau tuh, yang makin lama makin kecik jadinya pulau hijau yang berlumut kat atasnya tuh. Puas hati aku. Aku nih gitulah, dalam malas-malas aku tuh, sebenarnya aku nih rajin.

Elok jer aku nak naik ke darat, aku nampak kereta Kinky. Fuck! Kalau aku tunggu seseminit dua tadi, sure dia akan nampak aku tengah pulun kerja. Dia pakai pakaian biasa aje, diaorang tengah cuti semuanya kot? Dia bawak setong minyak, yang tak penuh sangat pun, so aku dah fikir yang aku nak berjimat guna minyak tuh. Maknanya tak payah hidupkan pam the whole day lah pasal esok sure minyak tuh akan habis. Dia tak tanya pun bila kerja mencuci kolam tuh akan siap (kalau tanya, sure aku carut-carutkan aje), aku tahu yang dia macam kesian sebab aku terpaksa buat sorang-sorang. Dia kata dia akan talipun Seng, nak tanya pasal pekerja yang dijanjikan nak dihantar ke sini tuh. Gamaknya pekerja tuh sibuk menangkap ikan sebab sekarang Seng tengah nak clearkan kolam-kolam dia. 

Tak ada pun dia tanya pasal cuti aku yang sepatutnya hujung minggu nih. Aku pun buat faham-faham ajelah yang since Indons belum datang, so tak kan aku nak cuti jugak kan? Tak kan aku akan tinggalkan kolam nih kan? Tapi, ada jugak aku terfikir, buatnya minggu depan dia akan tanya aku, "Eh, saya ingat you sudah cuti, last week janji you mau cuti for the New Year, meh?". Ha, ada kemungkinan macam tuh nanti tuh. Kalau that scenario jadi, aku tau lah apa nak buat. Akan aku ajar cukup-cukup diaorang nih.

So tengahari aku kat store ajelah, sesambil online, sesambil memerhati dari kejauhan pam-pam menyedut lumpur dan mengepam air. Tak ada niat pun aku nak jejakkan kaki aku ke dalam kolam. 

Ada lah dua tiga orang yang post kan pasal blog Kisah Seorang Banduan aku kat a few sites, so harinih banyak pulak visitors ke sana. Then mulalah ada yang postkan kat Facebook. Then aku terralit menjejak a few of them, ada yang baca dari awal, dari satu entry ke entry seterusnya, sampaikan aku pun terikut-ikut sama baca my old entries. Best pulak baca kisah-kisah lama.

Sedangkan aku tuan punya blog, boleh terralit baca, apa tah lagi orang lain, kan? 

Tuesday

Day 57 - Selasa 27/12/2011

Gila kuatnya angin malam semalam, sampaikan aku terjaga pukul 2 dan tak boleh tidur dah lepas tuh sampai ke pagi. Ada pokok yang tumbang ke dalam Kolam 3, kat tempat Mamat Lone Ranger lagi lah teruknya, tunggang langgang semuanya.

Macam semalam jugak, di sebelah pagi aje aku kerja lebih sikit, sampailah about noon bila petrol habis. The rest of the day tuh melepak kat store aje sesambil menunggu diaorang datang, semalam dah beritahu Kinky yang setong petrol tuh cuma untuk sehari aje, dan dia kata dia akan suruh Ridzuan datang. 

Entah, aku pun tak faham diaorang nih, macam tak serious aje. Aku sorang jer yang serious nak buat kerjanya. Yang tak dayanya, masa dia datang, macam-macam janji, tapi senyap gitu aje. Aku rasa macam fed up jer kalau macam nih tapi kadang tuh rasa macam best pulak, sampai letih aku melepak. 

Aku tengok Mamat Lone Ranger bukan main lagi buat kerja, potong rumput etc, aku sorang jer yang duduk dalam store tuh dengan laptop, macam kandang orang utan jer gayanya. 

Entah, tapi ada terlintas kat benak kepala aku tadi yang aku rasa macam nak berenti kerja aje lah kalau macam nih. Then again, kat mana nak cari pluang macam nih kan? Mungkin ini aje masa untuk melepak, nanti kalau semuanya dah full swing, aku tak ada masa nak melepak pulak kot? 

Dan aku macam tak berharap jer akan dapat bercuti hujung minggu nih, bayang pekerja Indons tuh tak nampak pun lagi nih. Tak apa lah, kalau tak minggu ini, mungkin minggu depan kot. Masa tuh sure dah dapat gaji. Ada harapan aku terus berhenti aje nanti kot? Oooppss.

I had a blast masa online tadi, dapat email dari David & King Mongkut (my former Bosses), diaorang hantar gambar masa Christmas Eve Dinner kat apartment Chester 2 tahun lepas. Diaorang hantar tuh pasal diaorang teringat kat aku, diaorang memang tiap tahun dinner kat apartment Chester tu, sama abang Chester (lain bapak) dan emak Chester. Yang buat aku gelaknya, baju yang aku pakai tuh, pemberian Wak masa dia di Osaka, ada gambar ikan. Dan baju tuh memang ada aku simpan sampai sekarang (ada kat kongsi nih). Patutlah aku jadi Penjaga Kolam Ikan! I should have known better!



[ David sama abang dia, King Mongkut yang cacat tuh, sama Chester (Filipino) dan Len, abang dia yang berlainan bapak. Kitaorang selalu joking kata, 2 Jews, 2 Christians and a Moslem]

Then dapat message dari Carter yang buat aku rasa macam jeles dan terkilan. Dia kata dia dapat special invitation sempena screening of the film Iron Lady kat Ziegfield Theatre New York Sebab dia pernah interview Meryl Streep masa dia kerja MTV.

He knows yang Meryl Streep is my favorite actress, kalau aku masih di New York, sure aku pergi sama dia. Arrgghhh!!!!!!!

We had joy, we had fun, we had seasons in the sun,
But the hills that we climbed were just seasons out of time.

So gitulah, senyum sorang-sorang bila mengingatkan kisah-kisah lepas, especially pasal those who have a very special place in my heart. Teringat jugak aku masa dalam tahanan dulu, ada aku tulis macam kat bawah nih kat blog Kisah Seorang Banduan aku. 


The rest of the day biasalah, memasak, melepak dan more melepak. Aku makan nasi for the first time in 8 days kot harinih. Aku masak nasi ayam, or rather kuah sup  dan jugak daging ayam tuh aku masakkan sama nasi, dan sup aku yang dah tinggal sikit tuh, aku tambahkan bahan-bahan yang dah kurang, aku nih memang banyak makan kentang sama tomato.

Sesambil tuh menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ini jiran aku yang di sebelah kiri, satu lagi tuh jiran sebelah kanan. 


Monday

Day 56 - Isnin 26/12/2011

Masa aku ke Kolam 3 tengok-tengok kalau ada ikan mati, aku terperasan yang one of the lengan kipas tuh terkehel, nak tercabut. Terpaksa pergi betulkan, ambik hammer etc, kalau rosak kipas yang itu, habislah sebab kipas yang satu lagi tuh memang dah tak boleh nak start dah. 

Dan terpaksalah aku turun ke kolam di pagi-pagi nih. Biasanya awal pagi aku jarang turun ke kolam yang ada air, kalau kolam yang tak ada air tuh anytime aje kan? Sejuk pepagi, menggigil aku dibuatnya. Kecualilah aku terdesak sangat, then barulah aku turun ke kolam yang berair. Kalau nak terkencing sangat for example. Oooppsss.

So aku ketuk sana sini, bila aku on kan suis, kipas berpusing tapi lengan kipas tuh tetap terkehel, haruslah aku kena keep checking on that kipas. 

Since petrol dah habis, aku tak dapat nak bersihkan kolam, so aku banyak melepak ajelah. Sekali sekala aje aku turun tengok-tengok apa yang patut. Elok aje aku siap menghammer kipas kat kolam tuh, dengan pakaian basah-basah, aku nampak Kinky kat belakang aku. Laaa, nasib baik aku dalam keadaan tengah bekerja. Dia datang bawak minyak setong, dia kata Seng tak dapat hantar orang untuk kerja kat sini. Aku kata aku tak kisah, as long as mesin tak buat hal dan bekalan petrol sentiasa mencukupi. Dia suruh aku repair ban sementara tunggu pekerja datang tapi aku kata yang aku rather concentrate bersihkan kolam, walaupun terkial-kial aku membuatnya sorang-sorang. 

So itulah kerja aku seharian, membersihkan kolam. Yang aku selang seli kan dengan melepak dan memasak. Makan sup sayur aje tengahari nih, tapi perisa maggi mee. Aku terperasan yang AM ada tunjuk macamana nak buat simple mash potato kat tagboard, so aku pun rebus kentang.

Lepas makan, aku rasa nak turun kolam sebab dari kongsi aku nih nampak jelas kolam tuh. Aku tak puas hati yang masih banyak lumpur kat tengah-tengah pulau tuh. Zohor pun belum masuk, so itu yang aku jadi terrajin tuh. Dalam sesejam tuh baru aku teringat yang kentang aku masih di atas dapur, yang by that time kentang tuh dah jadi arang. 

Sampai dua kali Mamat Lone Ranger ambik makanan ikan harinih, petang tadi dalam baldi tuh, macam biasalah lah, ada epal 2 bijik, oren 2 bijik. Then dia kata dia nak tolong repair kipas Kolam 3 aku tuh, tapi bila dia cuba-cuba, memang beyond repair. 

Aku tak startkan pam pun petang nih, sebab nak jimatkan petrol ekekekeke. Aku standby aje kat store takut-takut Seng datang bawak pekerja. Dia tuh sure banyak komennya kalau nanti dia tengok yang pam on tapi aku tak di kolam kan? 

Mulanya aku rasa macam malas aje ke Pasar Malam sebab dua hari lepas aku dah berbelanja, tapi mengenangkan barang dapur dah tak ada (sayur yang aku beli, separuhnya dibuang sebab busuk layu), aku menapak jugaklah. Walaupun masa tuh Forex baru bukak for this week. Macam tak ada movement sangat pun, tapi the thought yang every second ada transactions berjalan, itu dah memadai bagi aku yang dah 3 hari kuyu aje sebab Forex Market tutup for Christmas. Hujung minggu nih lagi sekali, Forex akan tutup for the New Year.

Aku beli sayur asasi aje, kobis, mentimun, kentang, tomato, kacang bendi. Then beli ayam sekor, bapak ayam, 2 kilo lebih, harganya RM 20. Then singgah kedai beli beras, minyak dan a few others. Dah seminggu aku tak makan nasi, minggu nih aku nak break lah pulak, nak makan nasi lah pulak. Selama aku tak makan nasi, asyik makan sayur aje, aku rasa aku tak ada apa-apa beza, walaupun kadang tuh layu aje, macam sayur yang aku selalu masak tuh, kuyu dan layu, sebab terlebih dimasak.

Ayoo, minggu nih dah dekat seratus habisnya, Keling tuh seratus untuk belanja sebulan. Sedangkan aku rasa aku punyalah berjimat cermatnya, sampaikan aku tak beli pun biskut sebab aku macam termenyesal beli ayam RM 20. Aku mana ada fridge kan, so ayam tuh kena terus dimasak. 

Pertengahan jalan balik, terserempak dengan Mamat Lone Ranger, dia kata dia tunggu aku nak pergi sama-sama, dia ingatkan aku tak pergi sebab lampu kat kongsi aku bukak. Lepas pada tuh terus aje aku jalan laju-laju, berlari-lari anak.  Sebab aku nak cepat sampai, aku tak nak nanti Mamat Lone Ranger ajak tumpang dia. Sebab aku tak beli apa-apa jajan pun untuk dia (minggu lepas kan ker aku kata aku nak beli dia jajan sebab dia surenya akan jemput aku baik dari Pasar Malam).

Aku nampak Joko kat kongsi dia, aku tak tegur pun, buat-buat tak nampak. Then dia panggil aku, aku dah macam bersedia nak kata yang aku tak ada duit (sure dia nak pinjam duit sebab tadi aku ada tanya bini dia samada ke Pasar Malam atau tidak, bini dia kata "gak punya uang".

Rupanya Keling tuh nak jumpa aku, nak pulangkan balik duit yang dia pinjam minggu lepas tuh. Diaorang dah gaji ker? Tadi Thamby ada datang, haruslah kot? Tapi, apa pasal bini Joko kata "gak punya uang?".

Sebelanga besar aku buat sup ayam, aku taruk segala penumis yang ada, fishballs pun taruk jugak. Walaupun sup aku banyak sampah, tapi jauhlah lebih sedap dari sup-sup yang aku pernah makan kat warung-warung, siap dengan kentangnya, bawang besar, bawang kecik, tomato, cili, memang tak malulah kalau nak hidang kat orang. Itu yang semangkuk after semangkuk aku makan, dan aku rasa aku jarang kenyang sekenyang malam ini. And that I have to bersyukur.

Sunday

Day 55 - Ahad 25/12/2011

Pagi aje aku buat kerja sesikit, cuci kolam, kasi makan ikan etc. Then minyak habis (satu tong minyak tuh untuk sehari aje) so terpaksa lah melepak, Kinky tak ada sms/call pun. Semalam tuh berapa kali dia called, nak beritahu yang by today Seng akan hantar pekerja untuk tolong aku. Seharian aku menunggu, sampailah bila dah tengahari sikit, hujan turun dan aku melepak kat bilik aje.

Gila slownya masa berjalan, esok pun Forex Market tak bukak awal pagi, kalau tak salah aku 2.00 GMT baru Broker aku bukak kedai. 


I'm sitting here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I got nothing to do
I'm hanging around
I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder

I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree

I'm sitting here
I miss the power
I'd like to go out taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head
I feel so tired
Put myself into bed
While nothing ever happens and I wonder

I-s-o-l-a-t-i-o-n is not good for me
I-s-o-l-a-t-i-o-n I don't want to sit on the lemon-tree

(Fools Garden - Lemon Tree)

Saturday

Day 54 - Sabtu 24/12/2011

Pukul 7 suku Kinky called aku tadi, aku dah siap mandi semua dah. "Ok, you are already up", dia kata gitu, terus dia matikan phone. Aku ingatkan dalam sesetengah jam paling awal, dia akan sampai. So aku online sekejap, nak tunggu dalam pukul 8 baru nak keluar. Then ada orang ketuk pintu, rupanya Keling tuh, dia kata ada Boss aku tunggu. Laaa, rupanya Kinky talipun tadi masa dia dah sampai, awalnya? 

Ada dalam 20 minit diaorang tunggu aku rupanya. Jon, Kinky, adik Jon sama bini dia. Adik Jon pun kawin dengan Cina rupanya. Aku ingatkan diaorang nak ajak aku keluar tapi macam tak ada gaya pun. Jon terus beritahu aku yang dia punya plan untuk business kolam dia nih. Yang kat sini, kat Semenyih, dan yang dia akan beli kat Ipoh. Millions punya business rupanya. Tak payah aku cerita panjang-panjanglah tapi, macam yang dia cakap kat aku mula-mula dulu, dia nak aku manage a few kolams dia nih. Tapi aku kena mula dari bawah, aku kena tahu apa nak buat. Rupanya kolam Seng yang kat Semenyih tuh masih Seng yang punya, diaorang beli kolam yang lain, kat area situ jugak. Dan yang kat Ipoh tuh luas, dalam 20 hektar. Yang kat sini cuma 3 empat hektar aje.

So dia nak aku tahu serba serbi pasal penternakan ikan, dan later on aku kena kerja kat office. Aku gelak aje lah, aku bukan apa, aku malas fikir jauh-jauh sangat, aku cuma fikir untuk sesebulan dua nih aje dulu. We have a few kolams 
yang nak dibersihkan and we don't have manpower nak buat. Aku nak buat sorang-sorang? Tak boleh. Mungkin boleh tapi slow sangatlah. 

Then dia tanya aku yang dia kata dia dengar dari Kinky aku tak puas hati kerja kat sini. Aku katalah yang aku nak jumpa mak bapak, dah 2 bulan aku kerja setiap hari, I need a break. Selamba aje dia kata ok, dia kata aku entitled to 4 days off sebulan, so gunakanlah cuti tuh untuk melawat mak bapak dan buat benda-benda lain. Laaaa, kalau dari awal diaorang beritahu, tak lah aku meroyan kan? Tak lah aku sampai nak mogok kerja kan? Rupanya dengan diaorang nih, kalau aku tak tanya pasal cuti tuh, diaorang buat tak peduli aje.

"You have to understand, I am a local guy you know, I'm not like those Indonesians, Indians, they have nowhere else to go. I have a life, man", aku kata gitu. 

Dan dia kata yang Seng akan hantar one Indon couple untuk kerja di sini, aku kena train them, dan aku boleh ambik cuti untuk 3 atau 4 hari for the New Year. Yeah, boleh pergi Times Square nih tengok Kathy Griffith sama Anderson Cooper kat CNN stand, 5 tahun straight rasanya aku melepak kat Times Square tunggu "drop of ball" masa tahun baru)

"Look, you are not kerja kolam ikan, you are a Supervisor here, that's why we are paying you higher than what we pay those workers in Semenyih", kata Jon. 

They are paying me RM 1500 sebulan. I know it's sad pasal masa aku kerja dulu, many years ago, aku punya EPF yang dideduct, lebih dari RM 1500 sebulan. Tapi, I can live with that, duduk kat sini aku dah banyak berjimat cermat, kalau aku kerja lain pun dan duduk kat luar sana, aku tak rasa aku boleh secermat macam sekarang. 

"It's a good opportunity for you to slowly climb those steps", kata dia lagi. 

Banyaklah lagi yang dia cakap, suruh aku mula cari rumah sewa kat area taman perumahan kat hujung kampung nih untuk aku duduk sebab Supervisor mana boleh duduk sama pekerja kan? Since lesen aku mati, mungkin dia akan kasi bike aje untuk aku, sebenarnya Jeep yang Sham selalu bawak tuh tujuan dia khas untuk kerja ikan nih aje. 

Ok, to cut the whole thing short, ini pendapatan aku. I'm not looking to build up a career, it's too late for me to do so, bagi aku lah. Janjilah sebagus mana dengan aku, aku tak akan teruja nya lah. Sebab aku tahu yang suatu masa nanti (yang aku tak tahu bila. Bila-bila) aku akan berhenti kerja sini. I know myself too well yang sure adanya "new things'/new developments/new adventures" yang akan buat aku blah dari sini. Aku nih mudah bosan orangnya, dan aku berani keluar dari my "comfort zone" untuk buat benda lain. Walaupun kadang tuh, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya kind of thing, tapi aku tak akan regretnya lah, as long as it makes my life colorful, I'm all game. 

Ok, mungkin after a few more months (or even next month) tiba-tiba aku decide nak berhenti kerja, balik duduk kat Bangsar dan cari kerja lain. Itu satu kemungkinan kan, bosan jugak duduk dalam hutan macam nih lelama.

Dan katalah tiba-tiba Forex aku maju sampai aku boleh kembangkan untung dengan buat benda lain (beli physical gold/silver, beli "physical currencies" for example) tak kan aku masih nak kerja sini kan? 

Entah-entah one of my siblings, atau kawan baik yang mintak tolong sangat-sangat aku run kan business diaorang, tak kan aku masih nak kerja sini kan?

Dan kalaulah Mak dan Pak aku setuju, aku sanggup jer duduk kat kampung, jaga diaorang, sesambil buat kerja kampung now that aku dah tahu sikit-sikit kan? 

Until then aku rasa I'm better off kerja kat sini, bertahan dari sebulan ke sebulan. Jangan tanya aku, "Sampai bila ko nak kerja jaga kolam ikan?", or stuff like that. It hurts a little pasal nampak sangat yang kerja aku buat nih hina sangat di mata korang kan? Sebab aku sendiri pun tak tahu sampai bila. Sampai bulan depan? Sampai tahun depan? Sampai aku dah boleh buat passport semula?

Some things are better left unsaid, kata orang tuh, so aku tak nak tulis apa sangatlah kat blog nih. Aku mungkin "look a little stupid now" but I do have a brain, walaupun my brain tuh still stucks up my ass.

"You tahu, when I was little, kawan-kawan I gelakkan I sebab I Keling Melayu (Jon nih dipelihara keluarga Melayu), tapi sekarang I banyak tolong diaorang", kata Jon masa aku petik rambutan sama dia. 

"I want your parents to be proud of you, lupakan itu cerita you duduk ilegally itu semua, we all have stories. Look at my brother, he used to have a dark spot in his life. But now he has more than 300 people working for him", kata dia lagi.

Aku gelakkan aje bila dia kata Keling Melayu tuh sebab aku rasa I have something in common with him, pasal aku nih Bangla Melayu. 

"So, do I have your words?", Jon tanya aku bila diaorang dah nak blah.

Aku tak cakap apa, cuma angkat bahu aje, but I shook his hand afterwards. Dah dia hulur tangan kan?

Ok, now, what am I going to tell Teh and Kak Teh? Kalau aku tak ikut Teh/Kak Teh, aku nih tak mengenang budi ker? Aku bodoh sombong ker? What if I need their help nanti, will they help me? Serba salah betullah aku jadinya. 

As of now, masa menulis nih, aku lebih pada untuk teruskan kerja di sini sebab aku akan dapat off days, aku akan ada 2 assistants, dan aku tak sampai hati nak tinggalkan Kinky sama Jon after about 2 months kan? Kerja kat sini not as bad as yang korang baca kat blog aku, I'm having a good time, hidup aku aman damai. And all that shit. Harap-harap Teh/Kak Teh faham. 

Tapi, kalau decision aku nih menyebabkan aku dianggap bodoh sombong, tak mengenag budi orang yang cuba menolong aku, and all that stuff, aku dengan rela hati akan ikut kerja sama Teh/Kak Teh. Aku ada masa lagi nih nak tanya pendapat mak bapak dan a few of my siblings. Dah tua bangka pun nak tanya pendapat keluarga kan? 

-------------------------------------------

Since Kinky kata yang Seng akan hantar dua orang pekerja secepat mungkin (kalau tak today,esok), so malas lah aku menyambung kerja aku yang sempat aku buat dalam sejam aje lepas diaorang blah. Nak tinggalkan kerja berat-berat, boleh buat sama-sama nanti kan? 

Jon pesan kat aku suruh tegas sikit dengan pekerja, even yang perempuan tuh nanti, dia nak aku suruh perempuan tuh potong rumput, turun kolam, buat apa yang lelaki buat. Jangan kerjanya nak memasak aje, sapu lama kongsi, benda-benda gitu.

Mamat Lone Ranger mintak tolong aku ikut dia ke pekan Hulu Langat ambik motor dia yang lagi satu, dua kali kitaorang pergi, baru lah kedai tuh bukak. Singgah kejap kat kedai elektrik sebab dia nak beli barang. Aku jeling wallet dia, ada duit rupanya Mamat Lone Ranger nih. Dan lepas tuh singgah kedai runcit kejap, aku beli barang sesikit (habislah RM 30), aku tengok dia beli benda-benda penting aje, tak ada pun jajan ker yang dibelinya sedangkan aku barang yang aku beli semuanya untuk dimakan. 

Aku kasi jugak dia biskut yang aku beli tuh sebab dia ada tegur, sampai 2 macam biskut yang aku beli. Since tupperware yang dia kasi suruh aku taruk biskut yang nak dikasi dia tuh besar, tinggal sikit aje lah aku punya jadinya.

Tengahari aku tidur, petang aku mula pindahkan barang aku ke tingkat atas. Aku dah naik taraf Supervisor kan, dah climb a step of corporate ladder kan, kena lah duduk kat atas, kat bawah tuh untuk orang-orang bawahan aje kan? Lawa aje pemandangan dari atas, rasa macam duduk kat Malibu Beach, overlooking kolam yang macam laut tuh. Kat kongsi tuh ada Indon ituhari tinggalkan gitar buruk, so aku cuba-cuba petik, terralit jadinya. Ada sekali tuh aku terpetik macam intro lagu Summer Of 69 (Bryan Adam).

Dan for the very first time aku bukak pintu malam-malam, biasanya pintu sentiasa berkunci. Satu jer yang tak bestnya, kat depan kongsi nih ada pokok pisang, ada satu pelepah/daun pisang tuh bila ditiup angin kolam, asyik melambai-lambai aje, sampai selalu aku tersaspen kejap. 

Day 53 - Jumaat 23/12/2011

Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun, layan Forex sekejap yang tak ada halatujunya sebab year end ramai yang closing orders, then minum teh seround, lepas tuh terus ke Kolam 2. Tak breakfast pun sebab sure diaorang akan bawak aku makan kat gerai Melayu. Terbayang dah nasi lemak, nak makan banyak-banyak sebab dah 4 hari tak makan nasi. 

Aku hidupkan kedua-dua mesin, dan pergi kasi ikan makan. Tak ada pun Kinky datang, kalau nak breakfast patutnya pagi lah kan? Bila aku check my cellphone, ada missed call dari dia. Aku fikir, kalau jadi pergi breakfast, sure dia akan datang ke sini kan, so aku tak lah sms dia (malas nak balik ke kongsi untuk guna internet line), lagipun aku ralit buat kerja. Nampak macam ada kemajuan kerja aku, banyak tanah lumpur yang dapat dibuang, dah sampai ke bahagian tengah pulau dah, walaupun pulau jadi semakin besar. 

Aku hantar sms kat Kinky pun dalam pukul 10 gitu, nak beritahu yang petrol dah nak habis, aku tak rasa marah pun dia tak datang macam yang dia janjikan malam semalam. Ala, takat breakfast aje kan? Lagipun aku tahu, breakfast bukanlah tujuan utama, diaorang sure nak bodek aku nak suruh aku tetap kerja sini nih. Aku tau lah tuh. Kalau tidak, tak kan tiba-tiba ake nak ajak aku makan kan? So, selamatlah aku dari terpaksa makan nasi.

Sembang dengan Mamat Lone Ranger, macam-macam dia mengutuk, sebab aku ada cerita kat dia yang Pinky nak datang awal pagi untuk breakfast sama-sama. Aku kerja dalam kolam, mana lah aku bawak cellphone ke dalam kolam tuh kan? Kalau boleh, dah lama aku bawak laptop, taruk atas pelampung ker, platform ker, tak payah nak ulang-alik ke kongsi untuk memorex. Rupanya Kinky ada called, 3 kali. So aku rasa macam confirmed lah yang diaorang tak dapat datang. So aku teruskan kerja sampai waktu Sembahyang Jumaat.

Elok aje aku sampai kongsi lepas balik sembahyang, ada mechanic datang, dia nak repair generator. Dia tak percaya langsung aku Melayu, dia kata Melayu mana ada yang nak buat kerja-kerja buruh macam nih. 

Aku standby jugak manalah tahu kalau-kalau Seng atau Kinky nak datang, tapi minyak habislah pulak so aku tak buat apa sangat dah pun petang tadi, setakat melepak makan rambutan aje. Ok, saja jer aku makan rambutan tadi tuh, nak membanyakkan buah-buahan yang aku makan harinih. Epal, oren (2 bijik), mentimun kecik sebijik (sebesar kote kambing) dan segenggam carrot sticks. Dan a few ulas rambutan tu lah.

Masa aku online patang tadi baru aku terperasan yang Kinky ada hantar message kat internet line aku, beritahu yang dia akan datang hantar petrol esok hari. Tak berani dah dia nak berK-K kot? Pukul 11 message tuh dihantar, rugi aje aku, kalau aku tahu, lama dah aku melepaknya, tak payah tertunggu-tunggu. Tak ada pun dia mention pasal "breakfast" yang dia janji semalam tuh. Aku nak tuntut, bukan aku yang janji, kan? 

Macamana pun aku agak dia sure akan datang esok kot, mungkin dia ada hal yang dia tak dapat elak tadi kot?

Day 53 - Jumaat 23/12/2011

Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun, layan Forex sekejap yang tak ada halatujunya sebab year end ramai yang closing orders, then minum teh seround, lepas tuh terus ke Kolam 2. Tak breakfast pun sebab sure diaorang akan bawak aku makan kat gerai Melayu. Terbayang dah nasi lemak, nak makan banyak-banyak sebab dah 4 hari tak makan nasi. 

Aku hidupkan kedua-dua mesin, dan pergi kasi ikan makan. Tak ada pun Kinky datang, kalau nak breakfast patutnya pagi lah kan? Bila aku check my cellphone, ada missed call dari dia. Aku fikir, kalau jadi pergi breakfast, sure dia akan datang ke sini kan, so aku tak lah sms dia (malas nak balik ke kongsi untuk guna internet line), lagipun aku ralit buat kerja. Nampak macam ada kemajuan kerja aku, banyak tanah lumpur yang dapat dibuang, dah sampai ke bahagian tengah pulau dah, walaupun pulau jadi semakin besar. 

Aku hantar sms kat Kinky pun dalam pukul 10 gitu, nak beritahu yang petrol dah nak habis, aku tak rasa marah pun dia tak datang macam yang dia janjikan malam semalam. Ala, takat breakfast aje kan? Lagipun aku tahu, breakfast bukanlah tujuan utama, diaorang sure nak bodek aku nak suruh aku tetap kerja sini nih. Aku tau lah tuh. Kalau tidak, tak kan tiba-tiba ake nak ajak aku makan kan? So, selamatlah aku dari terpaksa makan nasi.

Sembang dengan Mamat Lone Ranger, macam-macam dia mengutuk, sebab aku ada cerita kat dia yang Pinky nak datang awal pagi untuk breakfast sama-sama. Aku kerja dalam kolam, mana lah aku bawak cellphone ke dalam kolam tuh kan? Kalau boleh, dah lama aku bawak laptop, taruk atas pelampung ker, platform ker, tak payah nak ulang-alik ke kongsi untuk memorex. Rupanya Kinky ada called, 3 kali. So aku rasa macam confirmed lah yang diaorang tak dapat datang. So aku teruskan kerja sampai waktu Sembahyang Jumaat.

Elok aje aku sampai kongsi lepas balik sembahyang, ada mechanic datang, dia nak repair generator. Dia tak percaya langsung aku Melayu, dia kata Melayu mana ada yang nak buat kerja-kerja buruh macam nih. 

Aku standby jugak manalah tahu kalau-kalau Seng atau Kinky nak datang, tapi minyak habislah pulak so aku tak buat apa sangat dah pun petang tadi, setakat melepak makan rambutan aje. Ok, saja jer aku makan rambutan tadi tuh, nak membanyakkan buah-buahan yang aku makan harinih. Epal, oren (2 bijik), mentimun kecik sebijik (sebesar kote kambing) dan segenggam carrot sticks. Dan a few ulas rambutan tu lah.

Masa aku online patang tadi baru aku terperasan yang Kinky ada hantar message kat internet line aku, beritahu yang dia akan datang hantar petrol esok hari. Tak berani dah dia nak berK-K kot? Pukul 11 message tuh dihantar, rugi aje aku, kalau aku tahu, lama dah aku melepaknya, tak payah tertunggu-tunggu. Tak ada pun dia mention pasal "breakfast" yang dia janji semalam tuh. Aku nak tuntut, bukan aku yang janji, kan? 

Macamana pun aku agak dia sure akan datang esok kot, mungkin dia ada hal yang dia tak dapat elak tadi kot?

Thursday

Day 52 - Khamis 22/12/2011

Tak ada apa nak tulis pun sangat nih pasal harinih macam tak ada apa aktiviti pun. Dan aku pun macam malas jer nih, nak rileks-rileks aje, macam tadi yang hampir seharian aku rileks. Sebab hujan.

Pagi aje aku sibuk sikitnya pasal pam kat kolam yang berasingan, itu yang terpaksa turun naik kolam tuh. Then hujan turun, renyai-renyai. Biasalah, bila aku matikan pam, hujan berhenti. Dan bila aku start kan pam, hujan turun.

So aku banyak melepak kat store aje, sampai 2 kali aku terpaksa pergi charge battery laptop. Macamana pun, yang aku dapat online pun kejap-kejap aje, Celcom punya internet line nih semakin menjadi-jadi tak jadinya sekarang  nih.

Sembang-sembang sama Mamat Lone Ranger, dan dia tolong repairkan tayar wheelbarrow aku yang tercabut, yang Joko guna semalam tanpa mintak izin aku. Baik orangnya Mamat Lone Ranger tuh, aku selalu kata kat dia yang aku selalu puji dia sebab selalu tolong aku, kat Kinky.

Lain-lain kerja yang aku buat pun, buang ikan yang mati, then pasang jaring kat inlet Kolam 3 pasal banyak ikan yang bertumpu kat situ. Rupanya ikan tuh nak kan air yang bersih, termoncong-moncong memasing kat hujung paip yang keluarkan air bersih tuh, sampaikan masa aku tabur makanan pun langsung diaorang tak peduli. 

Lunch pun aku makan carrot stick sama mentimun aje, tah pasal apa aku tak rasa lapar pun harinih. Dan aku tetap tak makan rambutan. Berpatah arang betul aku nih kan? 

Seng tak datang pun macam yang dia janji semalam, mungkin sebab hujan kot? Ataupun mungkin semalam tuh saja jer dia janji kata nak datang, sebab Kinky ada. Kalau bukan sebab check yang aku nak kasi kat dia semalam tuh, sure nya dia tak datang kan?

Petang pun masih hujan dan aku pun masih di store. Dan internet pun masih tak dapat connect. Tak adalah aku tension sangat pasal tak dapat memorex tapi kalau boleh aku nak jugak masuk positions, nak cover balik loss aku semalam. Akaun aku tinggal 500 lebih aje sekarang, semalam punya hal lah. Tak apa, aku dapat balik nanti tuh, InsyaAllah. Dulu pernah akaun aku jadi 400 lebih, dan aku slow-slow kutip balik, then bila dah nak sampai USD 700, dia reverse balik. 

Keling tuh asyik tengok aku online aje tadi, dia nak kan aku emailkan gambar dia yang aku ambik dulu tuh, ke abang dia. Masalahnya dia tak tahu email tuh apa, yang dia kasi kat aku, fax number office abang dia. 

Aku cuba nak buat ikan bakar petang nih, bersemangat mulanya, daun pisang berlapis-lapis, siap taruk daun pandan lagi kat dalam perut ikan tuh. Limau pun tah berapa bijik aku guna untuk hilangkan hamis bau. Kunyit cukup, selek cili boh sikit, semuanya lengkap lah. Then mulalah aku memanggang ikan-ikan tuh. Punyalah lama menunggu, macam tak ada perubahan pun kecuali ada bau semerbak, dan daun pisang habis terbakar. 

Tak boleh jadi lah, walaupun aku ada banyak masa tapi aku rasa tak berbaloi nak habiskan masa dengan memanggang ikan tuh. So aku taruk dalam periuk, yang masih ada sisa-sisa kunyit tuh, aku steamkan aje. Ikannya nampak macam dah masak tapi kunyitnya jadi cair, macam baru digaul. So pindahkan ke kuali semuanya, dengan daun-daun pisangnya sekali. So kualilah destinasi terakhir ikan bakar aku tuh. Aku ratah-ratah, sedap! Jauh lagi sedap dari ikan yang digoreng atau digulaikan. 

Then potong sayur-mayur untuk direbus. Tadi dah buang brocolli (sebab dah busuk), then buang celery pulak. Diaorang nih jual benda-benda yang dah nak busuk rupanya, aku pulak, pakai beli aje. Then kena lah buat cicah ikan kan? Potong bawang, cili, dan masa tuangkan kicap ke dalam mangkuk, aku nampak macam ada makhluk asing aje yang turut serta. Memang pun, rupanya ada cicak kering yang terperangkap dalam botol kicap yang tak bertutup tuh (aku nih takat tutup pintu almari aje yang reti nya)

Boleh tahan jugaklah dinner aku malam nih, sayur rebus sama ikan bakar/steam/goreng. 

Masa aku tengah lepak-lepak sementara tunggu isyak, Kinky talipun. Tak pernah pun dia talipun malam-malam. Dia kata besok pagi dia akan datang ke kolam sebab Jon sama dia nak ajak aku pergi breakfast sama-sama. 

Oh fuck!

Day 51 - Rabu 21/12/2011

Alhamdulillah selsema aku dah hilang bila aku bangun pagi tadi, gamaknya sebab semalam aku makan seperiuk besar sayur-sayuran kot? Tapi, masalah lah pulak nak breakfast, tak tau nak makan apa. Semua benda-benda jahat i.e tepung, minyak, tak aku beli ituhari. Tak kan breakfast pun nak makan sayur, kan? So makan ajelah biskut sesikit, tak boleh makan banyak, rasa "guilty" sentiasa menjelma bila aku bukak tin biskut. 

And so aku turun ke kolam, dengan perut yang lapar. Yer lah kan, nak buat cekodok dah tak boleh kan? So berlapar jer lah kan? Dan aku berjanji dengan diri aku sendiri yang harinih aku tak nak makan rambutan, walaupun sebijik. Durian apa tah lagi kan? Aku nak tengok sejauh mana aku boleh menahan diri dari lambaian dahan rambutan di sekeliling kolam tuh. 

Aku rasa kat Kolam 2 tuh ada mata air lah, pasal aku perasan, tiap pagi air akan bertambah, walaupun malam sebelumnya tak hujan. Semalam tuh masa aku habis kerja, dah kering dah bahagian kanan kolam, dah tinggal lumpur aje. Tapi tadi aku tengok air banyak semula, so aku pun mengepam air aje lah. 

Banyak pulak bocor nya hose biru tuh, so untuk ambik jalan mudah, aku potong aje. Sebab yang bocor tuh semuanya dekat dengan ke kepala pam. Of courselah bahagian yang aku potong tuh aku buang jauh-jauh kan?

Aku tengah online (aku bawak laptop ke store) bila Mamat Lone Ranger datang, dia tengok banyak graf kat screen laptop.

"Oooo, ko main saham ker? dia tanya aku.

Now, that's very impressive, sekali tengok aje dia dah boleh agak yang aku main saham. 

"Tak, foreign exchange, lebih kurang macam saham tu lah", aku jawab gitu.

"Ooo, pertukaran wang asing?", kata dia. Man, that Mamat Lone Ranger terrer sebenarnya, dari dulu dah aku perasan yang dia nih knowledgable, dia punya English pun ok, dan dia tahu banyak pasal benda-benda yang "orang macam dia" biasanya tak tahu. Tah-tah dia ada Degree kot? 

Pelik aku, sebab tak ramai orang tahu pasal Forex. David for example, dia walaupun New York City Hall punya Attorney, dan dia kerja kat kawasan Wall Street, tapi dia tak tahu apa-apa pasal Forex. Dulu masa aku beritahu dia pasal aku cuba-cuba memorex, dia kata dia terpaksa google kan perkataan Forex tuh, dan dia kata it looks like a very tricky business.

Aku kelaparan, nak memasak sup sayur malas, so atas nasihat Nekrock, dia kata, makan ajelah timun tuh. Mulanya aku nak makan carrot mentah-mentah tuh sebab itu biasalah yang orang buat, makan raw carrot. Masa aku kat Tahanan dulu, bulan Puasa especially, tiap-tiap hari dapat sebungkus carrot stick, yang tak pernah aku makan pun. Dan masa kerja volunteer untuk menyediakan makanan buka Puasa, aku lah yang tukang potong carrot tuh jadi kecik-kecik. Tapi, carrot yang aku ada nih besar sangat, tak larat lah aku nak menggonggongnya.

So aku ambik timun sebijik, sambil bercangkung kat depan store, di bawah pokok rambutan yang rendang tuh, yang seolah-olah mengingatkan aku yang ada kah aku terlupa. Yang buat classic nya kan, kat sebelah aku tuh ada satu bag rambutan yang bini Joko kasi aku semalam, itu pun aku buat tak peduli aje. See, manalah sebelum ini aku tak mentekedarah berguni-guni rambutan, Joko, bini dia, diaorang selalu kasi aku rambutan (sebab diaorang nak ikan), as if aku tak pernah petik pun buah-buah rambutan di sekeliling kolam tuh. Diaorang tak perasan agaknya yang kalau aku kat kawasan kolam, tangan aku sentiasa memetik buah aje kerjanya. 

Ok, dengan buah satu bag tuh pun aku tak pedulikan, apa tah lagi yang kat dahan-dahan tuh kan? Punyalah kuat iman aku, aku tetap kata yang it's all in my mind, kalau aku decide tak nak makan rambutan, then aku boleh tak makan. Ada jugak aku rasa macam sayu jer bila pandang gugusan rambutan yang merah menyala tuh, tapi aku bayangkan yang kat pokok sana tuh ada Nekrock kat atasnya, yang pokok lagi satu ada AM, yang aku tahu kalau aku cuba-cuba nak petik buah rambutan tuh, diaorang akan henjut dahan tuh kuat-kuat. 

[Eh cop kejap. Bagi sesiapa yang tak tahu, yang tak pernah baca Dendam Perantau or even Kisah Seorang Banduan, Nekrock sama AM nih kawan internet aku, Nekrock di Arizona dan AM di Oklahoma. Masa aku ditahan di Niagara Falls dulu, aku sama-sama dengan Nekrock dan AM masa tuh. AM ada ladang besar kat Oklahoma, Nekrock ada butik kat www.afbutik.blogspot.com Kalau sesiapa nak beli barang, nak buat special request ker, boleh contact dia. Jangan lupa mention pasal aku untuk dapat diskaundan kalau Nekrock tak kasi diskaun, kasi tau aku ekekekek)

Tengah aku menggonggong mentimun yang sampai termonyeh-monyeh aku memakannya tuh, aku dapat satu sms. Very well written, sure dari peminat nih, kata aku dalam hati. Dia tulis, 

"Salam. How are you. Have been following yr blog. Glad that u are enjoying yr
 adventure..Nonetheless. 

Sebagai seorang artis pencen, once in a while aku akan dapat message dari orang yang tak aku tahu siapa, memperkenalkan diri sebagai silent reader blog aku ker, things like that. Biasanya aku tak layan sangat, dua tiga ayat yang orang kirim, aku sekadar kata "Thanks" aje. Tadi tuh aku tak dapat nak balas sebab cellphone dah lama habis kredit dan laptop pulak kat kongsi sebab aku charge battery. 

Tak lama lepas tuh dapat lagi satu message dari nombor yang sama.

 "...Dot dot dot... Teh is still waiting for yr yes, so am I. Dot dot dot ... Call me and pls yes yes.

K.teh

OMG! KAK TEH? Kak Teh baca blog aku????? Oh shit! Aku kan ker banyak mencarut kat blog tuh, bertubi-tubi aku mencarut. Oh shit!

Sikit pun aku tak terfikir yang Kak Teh (wife abang aku) baca blog aku, aku tahu yang Teh ada baca dulu-dulu tuh tapi tak lah masih baca. Yang aku rasa baca blog aku pun mungkin Ani. Adik beradik aku yang lain pun sapa yang nak baca? Tak kan Pui, Ida, Long, Kak The ada baca, kan? Ngah lagi lah tak mungkin. Lan ( I want him to read my blog actually) , Ipin, Nuar tak mungkin tahu kot? 

Jadi termalu kat diri sendiri aku sekejap, mengenangkan yang selama ini aku pakai tulis ikut sedap jari aje. Nampak gayanya from now on aku tak boleh mencarut sangatlah ( I don't mean it pun sebenarnya, saja jer nak kasi biar nampak jahat, macho dan sexy ekekeke. Dan jugak untuk mengonfusekan orang)

"Kalau macam nih aku kerja sama Teh & Kak Teh lah", kata aku dalam hati. How do I say NO to my ahli keluarga kan? Then again, aku dah settled kat sini, dan macam yang aku cakap kat entry lepas kot, I'd rather buat hal aku sendiri tanpa melibatkan ahli keluarga aku sebab diaorang dah suffered banyak sangat dah selama aku tak ada yang I can't even look at them in the eyes. 

I have no choice other than to suruh Delinn untuk tolong settlekan internet bill aku, kalau tidak sure malam nih kena bar line aku. Melulu jer dia bayar. Best pengikut-pengikut aku nih, macam kerbau dicucuk hidung semuanya, apa yang aku suruh, cepat-sepat diaorang buat. Bulan depan, kalau aku masih kerja di sini, aku nak suruh Limah settlekan bill aku, nak tengok macamana. Limah nih degil sikit orangnya. Macam kerbau balau ekekekke

Lapar, dan nak cepat sebab aku rasa Sham akan datang bila-bila masa aje, aku masak sup sayur lagi. Tapi taruk maggi mee. Aku sembang sama Mamat Lone Ranger lagi, aku beritahu dia yang aku rasa aku dah tak lama kat sini. Kalau pun aku tak kerja dengan abang aku, aku nak cari kerja lain, aku nak berhenti dari sini. Mamat Lone Ranger pun kata yang memang tak patut aku seseminggu dua nih dibiarkan kerja sorang-sorang. 

"Sebab diaorang tahu ko boleh buat kerja sorang-sorang, itu pasal diaorang tak datang tuh", kata dia. 

Then aku tercerita kat dia sejarah aku, pasal aku duduk secara illegal kat US, pasal aku kena tangkap and all that shit. Tengah-tengah sembang tuh nampak jeep masuk gate. Rupanya Sham sama Kinky. Aku baru lepas mandi, sembahyang, memanglah pakaian tak basah, dan nampak macam bersih aje walaupun berkati-kati baju aku beratnya sebab tanah lumpur kat baju aku tuh kering, so diaorang "nampak" aku macam tak kerja lah. Pam pulak dah lama aku matikan sebab air semakin surut. 

Aku tak tahu tapi aku pandang Kinky macam lain aje, aku boleh sense it yang dia pun macam pandang aku lain aje. Ada a few things yang buat aku jadi bengang, for example dia ingatkan aku macamana cara nak taruk pam tuh, hose kena lurus, kepala hose kena betul-betul dalam air kalau tidak mesin cepat rosak (daaa!!!). 

Look bitch, dah satu kolam air aku keringkan, aku tahu lah apa dan macamana nak buat. Dalam hati aku kata, ok, banyakkan benda yang aku tak suka, banyakkan benda yang buat aku marah, so that aku ada reason nak berenti kerja. So far reasons aku tak cukup kuat. Keep them coming, bitch!

"Aku rasa aku tak lama kat sini", aku kata kat Sham masa nak mengangkat makanan ikan dari jeep ke store.

"Apasal? Janglah gitu, ko nak aku carikan orang tolong ko ker?", kata Sham. 

"Ko orang pertama yang tahu nih, aku tak rasa aku akan lama kat sini", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

Kinky suruh aku tanya kalau-kalau Mamat Lone Ranger nak kerja part time tolong aku, so terus aku ke tempat Mamat Lone Ranger. Dia kata dia tak nak sebab dia pun sibuk, so aku suruh dia beritahu Kinky sendiri. Ada jugak dia kata yang dia kesian tengok aku kerja sorang-sorang.

Kinky tanya aku yang masa kipas mati ituhari ada ikan yang mati atau tidak. Terus aku kata ada 58 ekor yang mati sebab ituhari ada aku beritahu Sham ikan mati sebanyak itu. 

"Five, six hours without oxygen, banyaklah ikan mati", aku kata gitu. 

"Six hours meh? What time you messaged me? Only 2 hours later you messaged me again meh, cannot be 6 hours", kata Kinky. 

Listen to me bitch, jangan tanya details sangat pasal aku agak-agak aje, manalah aku time kan bila aku sms ko. Ooo, dia nih beria sangat nak tahu, dulu masa kipas tuh rosak, aku yang beria-ia berusaha nak kasi kipas tuh ok, dia cuma K aku aje. Ok, that's another reason untuk aku nyah dari sini. Malas lah aku melayannya orang yang tak mengenang susah payah aku, boleh dia nak debatekan pasal how many hours pulak. 


"Dia punya hose kena straight, saya ingat itu pasal dia putus", kata Kinky masa aku tanggalkan hose yang putus tuh.

Oh Tuhan, hose tuh memang lurus masa aku turunkan dalam kolam, dan aku tak sentuh apa-apa dah lepas tuh dan dalam masa 2 jam lepas tuh, pam mati dan bila aku nak startkan semula, aku terperasan yang hose tuh putus. But how do I explain that to her? How do I tell that bitch to shut up?

And so diaorang ke Ampang untuk ambil hose baru, dan aku ke Kolam 3 sebab nak check outlet dan inlet kolam tuh. Kinky suruh aku check pasal air kolam tuh busuk baunya, bau bangkai ikan. Tak sampai sejam diaorang dah balik semula bawak hose baru. Cepatnya, ituhari Sham sama Ridzuan sampai 3 jam lebih pergi Ampang. 

Aku mintak tolong Sham untuk pindahkan mesin ke Kolam 1 pasal aku nak gunakan air Kolam 1 untuk menyembur ke Kolam 3 yang airnya dah tinggal sikit. Then aku tunjukkan Kinky outlet sama inlet Kolam 3 yang semuanya tersumbat. Aku suruh dia call Seng pasal ada surat/check dari Thamby yang dia suruh aku kasi sama Seng. Dalam setengah jam lepas tuh Seng tiba. Aku dengar aje bila dia ingatkan aku cara-cara nak mengepam, as if aku belum pernah buat kerja tuh. 

Then kitaorang ke Kolam 3, terpaksa gali sana sini, cucuk sana sini, nak kasi outlet ok semula. Gila letih aku kena menyangkul tanah/pasir, kena penuhkan guni dengan pasir, kena turun kolam etc. That son of a gun Seng tuh memang lah nak kena, ada sekali tuh I made him and Kinky know yang aku marah. Memanglah, nak mengarah orang memang senang, kan? 

Sampai dekat pukul 7 kitaorang kat kolam, aku dah menggigil kesejukan. Then aku suruh Seng tunjukkan aku macamana nak kasi sambungkan generator kalau tak ada letrik. Ituhari beria sangat dia kata aku tak tahu, sedangkan dia yang tak ajar. Bila dia nak startkan enjin, bila dia check sana sini, dia kata yang mesin tuh kena direpair dulu. Ma cibai! So esok akan ada mechanic datang, dan dia pun datang sama untuk repair generator tuh. 

Lepas Seng balik, dan masa Kinky nak berangkat, dia panggil aku.

"Sham kata you mau berhenti kerja? Betul ka? Apa pasal?", dia tanya aku.

Aku dah agak dah. Aku iyakan aje, aku kata yang aku rasa nak berhenti.Dia suruh aku kasi reasons apa sebab aku nak berhenti kerja. Aku kata yang aku letih kerja sorang-sorang, aku kasi contoh last weekend masa kipas rosak, belum habis aku settlekan pasal kipas, pam pulak mati. Aku tak boleh nak handle benda gitu sorang-sorang.

"And you didn't seem to be interested, ada ka patut you balas saya punya message tulis K saja?", aku tambah lagi.

"Noooooooo, itu saya acknowledged saya terima message you", kata Kinky. 

Eh, setahu aku, K tuh singkatan dari OK kan? Agaknya dia pelik sebab benda kecik macam tuh pun aku nak ungkit-ungkit. She doesn't know yang as a classy guy, I pay attention to small details like that sebab the devil is always in the details. (Ingat tuh korang, always pay attention to details, kalau pergi shopping ker apa ker, ada offer ker, sign agreements ker, baca details, baca fine prints dia, ok?)

Dia beritahu yang masa tuh dia on her way to a dinner, dan dia pun rasa bersalah sebab tak dapat nak suruh orang tolong aku. Dan dia tahu, dan Jon pun tahu yang memang susah nak kerja sorang-sorang Dan sekarang nih memang diaorang tengah cari orang untuk tolong aku kerja di sini. Dari dulu dah cari nya, tak dapat-dapat. 

Then dia tanya sebab yang lain. And so aku kata lah yang dah 2 bulan kat sini, aku tak tengok dunia luar pun, aku beritahu pasal kawan aku yang terpaksa settlekan bill internet dan sewa rumah aku. Dia kata dia boleh settlekan pasal semua tuh on my behalf, just let her know. Dan dia kata, kalau aku nak keluar, beritahu dia dan dia akan hantar orang untuk gantikan aku sekejap. No, I don't mean untuk keluar sekejap, aku nak keluar untuk sesehari dua, Ineed to go see my parents etc. Aku nak pergi potong rambut. Aku nak lunch dengan Ida. Aku nak tengok wayang tengah-tengah malam dengan housemate aku. Aku nak makan kat Portugese Grille. Aku nak melepak kat Leeyas Corner. Aku nak pergi internet cafe sebab nak tengok The Amazing Race, Survivor, The Big Bang Theory, Two And A Half Men pasal aku tak boleh tengok semua tuh sebab kat sini internet aku slow.

And then aku tercakap pasal my siblings tak berapa berkenan aku kerja macam nih. Aku cakap jugak pasal abang aku ajak kerja sama dia. 

"So what does your gut feeling tell you? Mau kerja sini atau sama abang you?", Kinky tanya aku. 

"I don't know, I'm open now, I can say yes to them and I might just stay put here. To be brutally honest, I really like it here, I really do', aku tahu yang aku jadi cair sikit bila tengok muka Kinky yang betul-betul mengharap aku terus kerja kat sini. 

"So stay here lah, saya cari one couple untuk tolong you, you jadi Supervisor ajar diaorang kerja, ok?", Kinky dah mula senyum.

"Ok, you cari 2 orang, then I'll go", aku kata gitu. 

"Tarak, saya cari 2 orang tapi saya mahu you stay sini, saya bukan mau halau you", kata Kinky. 

"No, this is nothing to do with halau, tapi 3 orang is a waste of your money. 2 orang sudah cukup, you cari husband and wife, itu lagi bagus", aku kata macam tuh.

"Kalau saya cari satu orang tolong you?", Kinky tanya aku.

"No, better you cari 2", aku kata lagi.

"Tapi kalau saya tak dapat cari orang macamana?", I knew that was coming.

"I don't know, there's a lot of works to be done here", aku jawab gitu. 

"So macamana?", Kinky tanya aku sambil senyum-senyum. 

"Seriosuly I don't know, let me think it over', aku kata gitu. 

Bila dia kata dia akan suruh Jon datang untuk slow talk dengan aku, terus aku kata yang niat aku nak berhenti tuh tak ada kena mengena dengan pasal duit, dan bukan jugak sebab abang aku offer nak kerja sama dia. Itu semua cuma kebetulan. 

Iyalah, manalah tahu diaorang ingat aku tak puas hati dengan gaji. Kalau diaorang nak tambahkan gaji, harus aku berhenti. Bukannya tak pernah aku buat gitu, Boss aku nak kasi gaji lebih, terus aku berhenti kerja. Bukan jugak sebab nak kasi tahu dia yang I'm worth more than yang dia nak tambah tuh, tapi sebab aku dah nekad nak berhenti kerja.

Ok, now, aku betul-betul tak tahu nak buat keputusan macamana. Aku boleh aje teruskan kerja di sini, aku boleh aje ikut kerja sama Teh, aku boleh aje berhenti kerja dan balik semula ke Bangsar. Aku boleh semua tuh. Yang tak bolehnya sekarang, nak buat keputusan. 

(Kena buat Sembahyang Istikarah nih cuma masalahnya aku takut nak keluar ambik wudhuk tengah-tengah malam)

Tak jadi niat aku nak bakar ikan harinih, semuanya pasal diaorang datang tadi tu lah, so makan sayur celur ajelah malam nih. Dah dua hari aku tak makan nasi kan? Caya lah! Dah lah tadi sebutir rambutan pun aku tak makan. 

Dan sebab aku tak dapat memorex petang tadi masa London session baru bukak, account aku dah rugi (ada failed rally), sekarang tinggal 500 lebih aje. Puaslah nak merepair a few positions yang aku masih hold nih, all of them are losing positions. Tak apa lah, itu lah Forex kan, kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi.