Nasib baiklah harinih Ahad, tak ada aktiviti lain. Sebab aku demam, sakit-sakit dan keletihan semalam tuh masih belum reda. Malah lebih teruk jadinya. Terkangkang-kangkang aku berjalan, tangan pun nak pegang apa-apa terasa sakit.
So aku tak buat apa pun lah, takat kasi makan ikan aje, itupun kasi sikit-sikit sebab tak larat nak pikul seguni makanan ikan tuh ke kolam. Nak guna wheelbarrow pun tak daya. Lagipun, apa nak dikejarkan sangat pun kan?
Aku baru terperasan yang sms yang "Ida" hantar tuh rupanya sms dari Ani bila Ani kata yang ramai adik beradik aku balik kampung termasuk Ida. Bila aku check nombornya (sebab I'm using internet punya line, kalau guna cellphone, aku sure akan tahu) baru aku tahu yang semua sms tuh adalah sms dari Ani, bukan dari Ida.
Aku tidur ajelah the whole morning, aku tahu yang tak akan ada sesiapa yang datang kalau Sunday. Kalau ada jugak yang datang, Pinky ker, Seng ker, tak aku carutkan aje nanti tuh.
Lepas Zohor aku rasa macam teruk pulak demamnya, badan aku menggigil, so aku berselimut aje. Bosan kat bilik, aku ke bawah pokok kat tepi Kolam 1. Kat situ ada meja dan kerusi satu. Lunjurkan kaki atas meja, aku melepak aje lah (Teringat kat Officer Lunjur, pegawai immigresen kat KLIA masa aku mula sampai Malaysia dulu tuh).
Tak ada apa pun yang aku fikir, sekadar menikmati keindahan alam yang sunyi sepi di hari minggu. Kolam-kolam jiran lain pun macam sunyi aje, tak ada pun aku dengar bunyi mesin rumput, kolam/dusun Mamat Lone Ranger pun sunyi sepi. Aku cuma merihatkan badan, semalam kerja teruk so patutlah harinih aku kesakitan kan?
Know it sounds funny
But I just can't stand the pain
Pinky, I'm leaving you tomorrow
Seems to me girl
You know I've done all I can
You see I begged, stole
And I borrowed
Yeah!
Ooh, that's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
Why in the world
Would anybody put chains on me?
I've paid my dues to make it
Everbody wants me to be
What they want me to be
I'm not happy when I try to fake it!
No!
Ooh,that's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
I wanna be high, so high
I wanna be free to know
The things I do are right
I wanna be free
Just me, babe!
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
That's why I'm easy
I'm easy like Sunday morning
Because I'm easy
Easy like Sunday morning
Because I'm easy
Easy like Sunday morning
(Easy - Lionel Richie)
Aku balik semula ke kongsi sebab selama aku kat tepi kolam tuh, aku asyik teringat yang aku nih macam Henry Fonda dalam filem On Golden Pond aje.
Petang aku dah macam ok sikit so aku decided untuk ke kedai, boleh jugak keluarkan peluh sesikit. So aku jalan slow-slow, tak berapa bermaya gitu, aku kena beli Panadol at least, sebab aku langsung tak ada ubat, kecuali ubat gigi.
Tak ada apa sangat benda yang aku beli, takat beli sabun dan bahan-bahan pencuci, dan bahan-bahan memasak aje. Dah sebulan lebih aku kat sini, mandi tak pernah bersabun, takat sental dengan limau nipis aje hari-hari sebab pokok limau nipis yang berbuah lebat tuh betul-betul kat tepi bilik mandi. Teringat kat Mak Nila di Philadelphia dulu tuh yang kata, "Koq kamu mandi ga ada bau nya sih?"
Macamana pun dalam RM 25 jugak habisnya. Adusss, dalam minggu nih aje dah dekat RM 100 habisnya, I used to survive on RM 15 a week, kan?
"Forex tu apa?", tokay tu tanya aku. Aku pakai baju Forex (aku ada 4 helai baju Forex, cuma satu aje yang masih elok untuk dipakai jalan-jalan). So aku ceritakan lah serba sedikit pasal Forex, dan tokay tuh businessman kan, sure dia suka dan nak tahu pasal investing stuff macam tuh.
"Patut lah muka kau ni macam tak ada gaya muka orang kerja jaga kolam ikan", kata tokay tuh. Tersengih jer lah aku.
Bersemangat aku nak memasak sesampai aje ke kongsi. Dah sebulan lebih asyik masak gulai kicap aje, harinih aku nak masak lemak pulak. Seperiuk besar aku masak, 4 ekor ikan, 2 ekor untuk aku dan 2 ekor lagi untuk kucing yang setiap malam dok menggodam periuk kuali aku. Sekilo lebih aku taruk kentang, walaupun masak lemak ikan tak ditaruk kentang biasanya tapi aku anggapkan ikan tuh sebagai ayam, gulai lemak ayam ada ditaruk kentang, kan?
Taruk secamca serbuk kunyit, tak nampak apa-apa perubahan pun so taruk lagi satu camca. Macam pucat aje, so taruk another camca. Bila menggelegak, baru kuning kunyit tuh menyerlah. Adusss, kuning sangat! Banyak sangat kunyit serbuknya yang aku taruk. Gulai masih di dapur, aku pun pergi mandi. Tak kuasa lah aku nak buang masa menunggu lauk tuh masak, kan?
Siap mandi, tengok-tengok kuah tuh melimpah ruah sampai ke lantai. Padan muka aku. Punyalah banyak masa, waktu lauk kat dapur waktu itu lah aku nak mandi, kan? So pengajaran yang aku dapat harinih, it pays to "membuang masa". Hopeless sungguh aku nih kan, kerja memasak semudah itu, yang orang perempuan pun boleh buat, pun aku tak boleh diharap.
So tak hairanlah rasa lauk masak lemak aku tuh tak memberangsangkan, iyalah, kuahnya dah tinggal sikit so aku taruk air aje, lupa nak tambah garam.
Malam nih lepas Isyak jugak aku tidur pasal esok nak bangun awal untuk menyambut pembukaan Forex for the week.