Wednesday

Day 32 - Jumaat 2/12/2011

Pagi nih barulah breakfast yang macam breakfast sikit, roti selek kaya, telur separuh masak 2 bijik dan epal sebijik. Ada gaya macam Mat Salleh gak kan pagi-pagi makan epal. Aku siap potong cantik-cantik, tak maka terus gitu. Masa menyediakan sarapan baru aku terperasan yan kentang aku beli malam semalam aku lupa nak ambik, tertinggal kat kedai Cina tuh. Hancurlah harapan nak buat fries, aku dah beli baked beans sama mixed vege pun semalam tuh.

Pagi nih merepair kipas semalam tuh, aku terperasan yang ada tompokan minyak, nasib baiklah tak banyak. Dan nasib baik jugak ikan kat Kolam 1 tuh akan ditangkap semuanya untuk dipindahkan ke Kolam 3 soon. 

Tak ada kerja lain yang aku buat lepas tuh sebab hujan turun. Berhenti pun time aku nak pergi Sembahyang Jumaat. Masa balik tuh singgah sekejap kat kedai sebab nak beli kentang, nasib baik tokay tuh tanya aku kalau-kalau aku ada ketinggalan kentang semalam, so teruslah aku iya kan. 

Banyak pulak sms dari "Ida" seseminggu nih, aku layan aje lah sebab guna line internet. Kalau sms ke line cellphone aku malas sangat menjawabnya pasal leceh nak sms guna phone nih kan? Aku pelik jugak sebab jarang "Ida" berbalas-balas sms gitu, yang selalunya, dengan Ani. One of the sms tuh kata yang aku kenalah jugak mintak cuti, kasi alasan yang nak jenguk orang tua yang sekarang dah tua. Memang benda tuh selalu aku fikir, dan itu jugak satu penyebab apa pasal aku berhenti kerja dari sini nanti, sebab tak ada cuti untuk bersama keluarga. For the next few months mungkin ok lagi, mungkin aku boleh tahan lagi tapi kalau seterusnya macam ini, memanglah tak boleh jadi. Weekend nih ada sepupu nak kawin, aku tak dapat balik, adik beradik aku ramai yang balik, even Pui adik aku pun ada tanya kalau-kalau aku balik. 

Joko nih macam melarikan diri dari aku aje, aku nak sembang-sembang dengan dia, dia macam nak tak nak aje. Bukannya aku nak tanya pasal hutang walaupun aku tahu dia dah dapat gaji. 

Lewat petang Pinky talipun, beritahu yang esok nak tangkap ikan Kolam 1 dan dia suruh aku sediakan apa-apa yang patut. Diaorang akan datang pukul 7.30 pagi. Ya ampun awalnya. Nampak gayanya aku kena buang air empangan tuh awal pagi lah, dalam pukul 5 gitu. 

Since malam nih hari terakhir memorex untuk miggu in sebelum ditutup for the weekend, aku pun layanlah sampai ke pip terakhir, sampai Market tutup. Aku masih cuba nak cover balik losses yang aku kena ituhari, USD 75. Dapatlah sikit-sikit tapi punyalah siksa sebab market choppy sangat. Kena buat hit and run aje bila nampak gaya ada profits dalam a few pips tuh. Itu yang aku jadi leka tuh, sampailah ke Subuh.