Monday

Day 56 - Isnin 26/12/2011

Masa aku ke Kolam 3 tengok-tengok kalau ada ikan mati, aku terperasan yang one of the lengan kipas tuh terkehel, nak tercabut. Terpaksa pergi betulkan, ambik hammer etc, kalau rosak kipas yang itu, habislah sebab kipas yang satu lagi tuh memang dah tak boleh nak start dah. 

Dan terpaksalah aku turun ke kolam di pagi-pagi nih. Biasanya awal pagi aku jarang turun ke kolam yang ada air, kalau kolam yang tak ada air tuh anytime aje kan? Sejuk pepagi, menggigil aku dibuatnya. Kecualilah aku terdesak sangat, then barulah aku turun ke kolam yang berair. Kalau nak terkencing sangat for example. Oooppsss.

So aku ketuk sana sini, bila aku on kan suis, kipas berpusing tapi lengan kipas tuh tetap terkehel, haruslah aku kena keep checking on that kipas. 

Since petrol dah habis, aku tak dapat nak bersihkan kolam, so aku banyak melepak ajelah. Sekali sekala aje aku turun tengok-tengok apa yang patut. Elok aje aku siap menghammer kipas kat kolam tuh, dengan pakaian basah-basah, aku nampak Kinky kat belakang aku. Laaa, nasib baik aku dalam keadaan tengah bekerja. Dia datang bawak minyak setong, dia kata Seng tak dapat hantar orang untuk kerja kat sini. Aku kata aku tak kisah, as long as mesin tak buat hal dan bekalan petrol sentiasa mencukupi. Dia suruh aku repair ban sementara tunggu pekerja datang tapi aku kata yang aku rather concentrate bersihkan kolam, walaupun terkial-kial aku membuatnya sorang-sorang. 

So itulah kerja aku seharian, membersihkan kolam. Yang aku selang seli kan dengan melepak dan memasak. Makan sup sayur aje tengahari nih, tapi perisa maggi mee. Aku terperasan yang AM ada tunjuk macamana nak buat simple mash potato kat tagboard, so aku pun rebus kentang.

Lepas makan, aku rasa nak turun kolam sebab dari kongsi aku nih nampak jelas kolam tuh. Aku tak puas hati yang masih banyak lumpur kat tengah-tengah pulau tuh. Zohor pun belum masuk, so itu yang aku jadi terrajin tuh. Dalam sesejam tuh baru aku teringat yang kentang aku masih di atas dapur, yang by that time kentang tuh dah jadi arang. 

Sampai dua kali Mamat Lone Ranger ambik makanan ikan harinih, petang tadi dalam baldi tuh, macam biasalah lah, ada epal 2 bijik, oren 2 bijik. Then dia kata dia nak tolong repair kipas Kolam 3 aku tuh, tapi bila dia cuba-cuba, memang beyond repair. 

Aku tak startkan pam pun petang nih, sebab nak jimatkan petrol ekekekeke. Aku standby aje kat store takut-takut Seng datang bawak pekerja. Dia tuh sure banyak komennya kalau nanti dia tengok yang pam on tapi aku tak di kolam kan? 

Mulanya aku rasa macam malas aje ke Pasar Malam sebab dua hari lepas aku dah berbelanja, tapi mengenangkan barang dapur dah tak ada (sayur yang aku beli, separuhnya dibuang sebab busuk layu), aku menapak jugaklah. Walaupun masa tuh Forex baru bukak for this week. Macam tak ada movement sangat pun, tapi the thought yang every second ada transactions berjalan, itu dah memadai bagi aku yang dah 3 hari kuyu aje sebab Forex Market tutup for Christmas. Hujung minggu nih lagi sekali, Forex akan tutup for the New Year.

Aku beli sayur asasi aje, kobis, mentimun, kentang, tomato, kacang bendi. Then beli ayam sekor, bapak ayam, 2 kilo lebih, harganya RM 20. Then singgah kedai beli beras, minyak dan a few others. Dah seminggu aku tak makan nasi, minggu nih aku nak break lah pulak, nak makan nasi lah pulak. Selama aku tak makan nasi, asyik makan sayur aje, aku rasa aku tak ada apa-apa beza, walaupun kadang tuh layu aje, macam sayur yang aku selalu masak tuh, kuyu dan layu, sebab terlebih dimasak.

Ayoo, minggu nih dah dekat seratus habisnya, Keling tuh seratus untuk belanja sebulan. Sedangkan aku rasa aku punyalah berjimat cermatnya, sampaikan aku tak beli pun biskut sebab aku macam termenyesal beli ayam RM 20. Aku mana ada fridge kan, so ayam tuh kena terus dimasak. 

Pertengahan jalan balik, terserempak dengan Mamat Lone Ranger, dia kata dia tunggu aku nak pergi sama-sama, dia ingatkan aku tak pergi sebab lampu kat kongsi aku bukak. Lepas pada tuh terus aje aku jalan laju-laju, berlari-lari anak.  Sebab aku nak cepat sampai, aku tak nak nanti Mamat Lone Ranger ajak tumpang dia. Sebab aku tak beli apa-apa jajan pun untuk dia (minggu lepas kan ker aku kata aku nak beli dia jajan sebab dia surenya akan jemput aku baik dari Pasar Malam).

Aku nampak Joko kat kongsi dia, aku tak tegur pun, buat-buat tak nampak. Then dia panggil aku, aku dah macam bersedia nak kata yang aku tak ada duit (sure dia nak pinjam duit sebab tadi aku ada tanya bini dia samada ke Pasar Malam atau tidak, bini dia kata "gak punya uang".

Rupanya Keling tuh nak jumpa aku, nak pulangkan balik duit yang dia pinjam minggu lepas tuh. Diaorang dah gaji ker? Tadi Thamby ada datang, haruslah kot? Tapi, apa pasal bini Joko kata "gak punya uang?".

Sebelanga besar aku buat sup ayam, aku taruk segala penumis yang ada, fishballs pun taruk jugak. Walaupun sup aku banyak sampah, tapi jauhlah lebih sedap dari sup-sup yang aku pernah makan kat warung-warung, siap dengan kentangnya, bawang besar, bawang kecik, tomato, cili, memang tak malulah kalau nak hidang kat orang. Itu yang semangkuk after semangkuk aku makan, dan aku rasa aku jarang kenyang sekenyang malam ini. And that I have to bersyukur.