Masa aku nak kasi ikan makan kat Kolam 3 pagi nih, aku terperasan yang ada ikan yang timbul kat tangki tempat aku taruk ikan-ikan hasil jalaan aku semalam. Tangki tuh aku tutup dengan jala, tak nak kasi ikan tuh melompat keluar ke kolam. One thing yang aku peratikan pasal ikan nih, ikan lampam kalau dia melompat, memang tinggi. Kebanyakan ikan yang cuba menyelamatkan diri (dengan melompat keluar jaring masa kitaorang menjaring so far) semuanya bapak-bapak lampam, talapia tak ada pun berusaha untuk meyelamatkan diri segigih lampam.
So aku pegi tengok, rupanya ada a few ikans yang timbul, yang bila aku keluarkan, timbul yang lain pulak. Satu persatu. Ish, apa pasal mati pulak, tak kan bersesak-sesak 48 ekor tuh semalaman pun tak boleh?
Itu lah, Pinky tak datang semalam (minggu nih sekali jer dia datang, Selasa lepas. Biasanya 3 kali seminggu dia datang. Itu yang aku banyak rileks dan melepak aje minggu nih, sebab Pinky tak datang punya pasal lah). Kalau dia datang semalam, dah aku tunjukkan ikan-ikan tuh sebagai proof hasil usaha aku menjala, dan akan aku lepaskan ke Kolam 3, akan hidup aman semua ikan-ikan tuh. Tapi, dia tak datang, dah terpaksa aku tinggalkan ikan tuh buat sementara kat tangki fiber tuh, dengan harapan dia datang hari ini. Dan akhirnya 35 ekor ikan yang mati. Yang besar-besar pulak tuh.
Terpaksa aku buang ikan tuh jauh-jauh. 13 ekor ikan yang panjang umurnya tuh aku lepaskan semula ke Kolam 1. Sebab aku kesian kat diaorang yang terpaksa bermalam dengan mayat ikan-ikan yang lain (sebenarnya aku malas nak menangkap sekor-sekor, then nak ke Kolam 3 untuk lepaskan diaorang, jari-jari aku nih dah banyak luka pasal menangkap ikan, dan jugak pasal selalu mengopek durian)
So itu aje lah kerja aku di waktu pagi. Then aku memorex, aku sure yang Euro akan naik (dan GBPUSD akan naik, and USDHF akan turun, ketiga-tiga pairs ni correlated) so aku taruk buy position satu. Tapi price turun, so letak another one. Naik pun sikit aje tapi most of the time dia tetap turun, dan aku, tetap taruk buy positions. Aku tahu, biasanya kalau Asian session price turun, masa London atau New York sessions, sure price akan naik. Memang dari dulu, memang selalu macam tuh, Asian session is always 'wrong". Dah lah pergerakannya terkemut-kemut.
Habis memorex, aku turun ke Kolam 1 sebab nak teruskan menjala, kalau boleh harinih nak dapatkan lebih banyak ikan. Bila aku tarik jala yang terdampar di pasir tuh, aku terperasan yang ada benda bergerak, panjang aje, mulanya aku ingatkan belud tapi bila aku peratikan betul-betul, rupanya ular. Haruslah itu ular yang dulu nyaris aku tertangkap masa aku buang sampah akar-akar dan pokok-pokok menjalar yang aku potong dulu tuh kan?
Serba salah aku jadinya, kalau nak lepaskan ular tuh, maknanya dia akan still hidup dan berkemungkinan kitaorang akan bertemu lagi. Nak bunuh? Tak nak aku, aku takut nak bunuh ular. Masa kecik-kecik dulu, selalu orang kata yang kalau jumpa ular, jangan bunuh. Pasal kerabat-kerabat ular tuh akan balas dendam. Nampak macam tak boleh pakai jer kan tapi itulah, semacho-macho aku, aku tak nak bunuh ular tuh. Takut nanti Dendam Perantau berulang lagi. Iyalah, aku duduk di kawasan yang hutan macam nih, ini kawasan diaorang dan I'm not going to take chances.
So aku biarkan ular dalam jala tuh, kalau dia pandai melepaskan diri dari lingkaran jala tuh, then selamat lah dia. Kalau tak, mati keringlah ko dalam jala tuh, dan jangan sekali sekala sedara mara ko nak salahkan aku sampai nak
balas dendam kat aku. Bukan aku yang kasi ko mati, ok? *mode cekak pinggang*
Aku pinjam motor Mamat Lone Ranger untuk pergi Sembahyang Jumaat, on my way balik singgah kedai beli jajan sebagai upah. Kesian aku kat dia nih sebab dia jarang dapat makan jajan macam tuh. Itu yang aku rasa macam nak kasi kat dia aje biskut-biskut aku dua tin tuh sebab aku sekarang nih macam dah hilang selera nak maka biskut lah. Tak macam dulu.
Euro masih tetap turun, dan aku masih tetap degil, aku tak closekan positions aku yang rugi, tak taruk stop loss pun. Sebab aku yakin yang towards Euro Summit sure price akan naik, even sekejap. Sampai aku dah saspen sebab aku ada more than 20 buy positions yang aku hold (dan ada 5 sell positions), tak pernah aku sekonfiden macam ini. Dan kalaulah ramalan aku tuh salah, akan jadi parah account aku, boleh rugi dalam dua tiga ratus USD. Itu yang sebelum aku turu ke kolam, aku adjust kan positions aku dan buat apa yang patut, kalau price akan terus turun, aku terpaksa lock some of my losing positions tuh sebab nak protect aku punya ekuiti.
Mati rupanya ular yang aku tinggalkan dalam jala tadi tuh. Lega jugak bila fikirkan yang bukan aku yang bunuh ular tuh tapi dia termati sendiri. Nak membuang bangkai ular tuh satu hal, puas aku kuih-kuih dengan kayu panjang, berbelit sana sini ular tuh dalam jala. Call me whatever you want tapi potong kote lah aku berani nak pegang ular yang walaupun dah mati tuh.
Nak mintak tolong Mamat Lone Ranger keluarkan ular yang berselirat kat jala tuh aku segan sebab walaupun aku tahu yang dia tak akan gelakkan aku terang-terangan, aku tak nak dia fikir yang how lousy I am, dengan ular mati pun aku takut. Nak suruh Joko? Nanti dia cerita kat bini dia pulak kan? Lagi teruk kalau tiba-tiba bini dia kata, "Ayuh, biar saya aja yang keluarin ular tu".
Itu yang aku fikir, nak buang aje lah jala tuh, dah lah koyak sana-sini, rantainya pun dah tak ada, memang dah tak ada gunanya dah jala tuh. Aku lebih rela buat benda yang pengecut gitu (buang ular sekali dengan jala) daripada hilang macho (dengan mintak pertolongan orang). See, aku tak pernah kasi tahu kesusahan aku kat orang lain, kan?
Pinky pun tak ada gaya nak datang (see, mana lah aku tak jadi malas sebab masa aku rajin tak ada sapa pun datang tengok aku buat kerja), dan ditambah pulak dengan semangat nak kerja aku hilang begitu aje sebab terjala ular, so aku memorex aje lah lepas tuh.
Dan seperti yang aku jangka dan harapkan, Euro menaik sedikit demi sedikit. Ada kadangnya rasa menyesal sebab masa Euro tengah naik tuh aku tak buat new buys, dan aku tetap guna 1 pip=USD 0.10. Kalaulah aku buat 1 pip=USD 0.20 atau USD 0.30, tentu berganda untung aku.
Mamat Lone Ranger laung aku dari kejauhan, rupanya dia nak pinjam duit RM 10, so bila aku tanya dia nak ke kedai ker, then aku kata nak tumpang. Sebab nak beli selipar yang dah banyak kali putusnya tuh. Beli gula jugak, masa nak ambik sardin setin, siap fikir, yang alangkah mahalnya setin sardin, sampai 6 ringgit lebih.
Mamat Lone Ranger beritahu aku suruh sentiasa pasang lampu luar kongsi kalau waktu malam sebab tadi dia nampak 4 orang asli mengendap nak curi ikan kat kolam dia.
"Ko kena pasang lampu, kalau tidak nanti orang tahu ko duduk sorang-sorang. Susah nanti", kata dia.
Malam-malam biasanya aku pasang satu lampu kat luar kongsi tuh aje, lampu yag kat dapur aku tak pasang pasal aku tak nak kucing durjana tuh menyelongkar dapur.
So petang nih aku masak lauk sardin. Lengkap ramuannya, santan, kentang, tomato, cili. Dan aku jadikan kesilapan lampau (memasak sampai tumpah-tumpah) sebagai pedoman, aku tak berganjak dari dapur. Aku kacau, dan kacau dan kacau gulai sardin aku tuh. Tapi, gulai sardin kan, apa yang nak dikacaunya, hancurlah jadinya kan? Kadang-kadang kebengapan aku nih is so unbeleivable kan?
Macamana pun sedap masakan aku kali nih, rasa macam lauk sardin aje, dan aku terfikir yang besok nak buat cekodok, nak cicah dengan kuah sardin tuh, dan kalau ada lebihnya aku nak buat nasi goreng. Sorry ayam-ayam dan angsa sekelian, aku nak makan lauk sardin aku nih sorang-sorang, sampai ke titisan kuah yang terakhir. See, I have to be selfish kadang tuh, ayam-ayam dan angsa sekelian. Anggaplah ini sebagai pengajaran kepada korang yang jangan asyik nak mengharapkan pertolongan aku aje. Belajarlah cari makan sendiri, jangan asyik nak bertenggek kat area dapur aku. Korang ingat aku nih Doctor Dolittle ker?
Bila Euro dah tak ada gaya macam nak naik dah, masa New York session, aku setkan stop losses (SL) aku, yang jugak sebagai take profit (TP) point aku, kalau Euro turun, aku akan dapat profits sebanyak itu ajelah. Dan betul pun, tak lama tuh Euro terus turun dan SL/TP aku kena hit, dapatlah USD 65 aku malam nih. And my bucks stopped there.
I'm still holding a few sell positions untuk minggu depan yang aku rasa Euro akan terus turun kot. So, walaupun minggu ini macam slow di permulaannya tapi Alhamdulillah dapatlah jugak. Cencaru makan malam rupanya aku minggu nih.