Thursday

Day 35 - Isnin 5/12/2011

Aku rasa aku dah fully recovered dari keletihan dan demam dua hari lepas. Elok jer pagi tadi aku bangun awal untuk memulakan new week Forex market. Tapi, tak lah memberangsangkan sangat pasal price went up at the opening (gap higher) sedangkan aku ada a few sell positions. Minggu nih pulak ada European Central Bank punya rate decision, then ada EU Summit, so aku rasa market akan jadi a little choppy pasal Traders sure menunggu that 2 events nervously. I'm still bearish Euro so aku kena monitor betul-betullah, just in case aku kena cari option lain sekiranya price keeps creeping up.

Awal pagi aku dah turun ke dapur, nak goreng kan pisang yang bini Joko kasi semalam. Dua jenis pisangnya, yang ada bijik tuh sama pisang emas. Pisang emas pun pisang emaslah, asalkan boleh digoreng. Aku kalau goreng pisang, aku boleh makan banyak tapi kalau takat pisang mentah, sebijik jer aku boleh makan nya dalam satu waktu.

Banyak pulak ikan yang senonengnya kat Kolam 1 tuh, aku anggarkan ada dalam lebihkurang 500 ekor ikan besar-besar yang masih tinggal.Dulu masa kitorang menjaring, banyak yang terlepas dan banyak yang menyorok bawah/dalam tayar. Now that air dah surut, diaorang dah tak boleh menyorok bawah tayar lagi.  Welcome to the real world, ikan-ikan sekelian. 

Tapi bila aku slow-slow datang bawak jaring, semuanya lari, sedangkan aku jalan nya mengendap-gendap aje. Rasa macam bercanda di persisiran pantai pulak sebab di sekeliling kolam tuh semuanya pasir.

Dah tengahari sikit aku mulalah merepair ban Kolam 1, taruk pasir dan tanah lumpur. Barulah praktikal sikit sebab aku tak guna skop pun, aku meranduk aje kolam yang airnya paras kote tuh, arah ke tengah kolam dan cebok tanah lumpur sebaldi. Dapat sebaldi tanah lumpur, melepak 10 minit. Dapat lagi sebaldi, melepak 15 minit. 

Pinky ada talipun, berkemungkinan esok Seng akan datang bawak orang untuk ajar macamana nak cuci Kolam 2. Kalau tak pun, mungkin Malik, Ridzuan dan Sham akan tolong. 

Petang aku tak turun kerja dah walaupun berpakaian kerja yang kering. Kalau pakaian tuh lembab, sure aku akan buat kerja lagi.Bagai nak rak aku makan durian harinih, 4 bijik yang jatuh dalam kolam tuh semuanya besar-besar. Dan elok aje aku tengah melepak, Mamat Lone Ranger panggil aku sebab nak kasi durian lagi, dia tak suka durian katanya. Mulanya aku nak simpan nak buat tempoyak tapi tak reti pulak macamana nak buat, makan aje lah semuanya. Nantilah aku google on how to make tempoyak. 

Aku tak bercadang nak ke Pasar Malam harinih sebab semalam dah keluar, tapi memandangkan aku tak ada sayur, dan Forex pun slow aje, aku pergilah jugak ikut Joko, bini dia dan Keling sorang tuh. 

Kat Pasar Malam tuh penuh dengan pekerja asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Vietnam dan Nepal. Indon tak berapa ramai. Kat kawasan depan sana tuh ada banyak kilang, memang berlambak pekerja asing kat sini. Aku peratikan yang ralit masing-masing beli barang. Aku nak beli barang jugak tapi aku tak tahu apa nak dibeli. Nak beli ayam, rasa macam mahal aje, lagipun aku tak ada fridge. Nak beli udang? Membazir aje. Nak beli sotong? Mahal kot? So aku beli kobis, cili, dan benda-benda perlu aje. 

"Anam ringgit amput puluh sen", kata budak Melayu tuh.

"Saya Melayu lah Dik", aku kata gitu. Sure dia ingatkan aku pendatang asing jugak. 

Joko pulangkan duit yang dia pinjam dengan aku ituhari, RM 40, tapi sambil gelak-gelak dia kata, "minggu hadapan saya pinjam lagi, bisa gak Bang?".

Aku dengan Keling tuh asyik memerhatikan Joko sama bini dia yang sakanlah berbelanjanya. Beli CD dangdut sampai berapa keping tah, ayam goreng, jamu, dan benda-benda lain lagi sampaikan Keling tuh kata kat aku yang duit RM 300 yang Thamby kasi untuk diaorang berdua tuh surenya habis malam nih jugak. Joko sama bini dia cuma dibayar beberapa ratus ringgit aje seorang pasal diaorang tolak duit untuk dibayar kat Thamby, ajen yang bawak diaorang masuk kerja kat Malaysia nih.