Saturday

Day 38 - Khamis 8/12/2011

Aku tahu yang aku malas dan tak nak buat apa-apa bila pagi-pagi, masa lepas kasi ikan makan, aku mulalah berkira-kira apa kerja seterusnya yang aku kena buat. 

Rasa nak potong rumput tapi gayanya macam nak hujan, dan rumput pun masih basah. Rasa nak repair ban tapi ituhari Jon sama Pinky kata yang ban tuh nak dipasang plastik hitam, yang kalau aku repair sekarang pun tak guna jugak, kan? 

Rasa nak kerja menambun tanah lumpur, tapi kotor sangat nanti badan aku pagi-pagi sebab biasanya aku selalu keluar masuk kongsi untuk memorex. Banyaklah alasan dan dalih nya untuk bekerja, yang akhirnya, to be fair, aku tak buat apa-apa pun. 

Macamana pun aku turun jugak ke kolam awal pagi tuh. Bukan sebab nak kerja, tapi sebab nak ambik durian yang gugur. Mewah sungguh dengan durian dan rambutan kat sini, dammit, my life is not all about rambutan and durian lah. 

Then aku dapat idea, apa kata aku cuba menjala? Aku tahu yang dulu aku dah cuba tapi tebaran jala tuh tak besar, tapi apa salahnya aku praktis, kan?

"Dulu stor ko ni papan semuanya, lepas diaorang jumpa ular hitam kat dalam tuh terus tokay ko tukar pasang jaring aje", kata Mamat Lone Ranger yang kebetulan tengah pasang pam kat sungai sebelah stor tuh. 

Jalanya koyak rabak dan separuh dari rantainya dah tak ada, dan jaringnya rapuh aje, tarik sikit aje dah putus. Tapi itu tak menghalang aku dari terus ke Kolam 1. Sekali tebar, sebesar tudung saji kembangnya jala tuh. Tapi bila aku tarik, rasa macam ada ikan kat dalamnya. Fuck! Ada ikan! Jadi bersemangat aku dibuatnya. Sekali lagi tebar, ada lekat 3 ekor. Hey, this is serious stuff, man! 

Aku cuba ingat-ingatkan macamana cara Pak aku menjala, jala tuh dirasanya ditaruk kat bahu, tapi bila aku nak buat macam tuh rasa tak praktikal pulak. Dan jala tuh masa ditebar, kena dilambungkan sikit tapi masalahnya jala aku nih tak boleh dilambung sebab dia ringan dan koyak. So aku tebar mendatar aje lah. Ada sekali tuh samai 4 ekor ikan lampam yang besar-besar yang masuk jala aku. Punyalah happy aku, I'm such a macho man kan sebab only macho men yang reti menjala. Dan aku tergolong dalam golongan itu. Aawwwww!!!! I rasa bangga, you!!! Aaaawww!!!!!!!!!!!!

Aku rasa kalau Mak aku tegok, sure dia akan kata, "Yeah, that's my boy!".

Tengahari hujan so aku kesempatan tuh untuk memasak, sesambil tuh googlekan pasal cara-cara menjala ikan. Tak makan pun meehon aku sebab tak menjadi. Itulah, dulu kutuk meehon Siti yang lembik dan hancur tuh, aku punya jadi bubur. Rupanya aku beli meehon nipis yang paling murah tuh, yang kalau direndam dengan air panas, walaupun sekejap, dia akan jadi lembik dan jadi macam tepung. Kebetulan aku rebus meehon tuh tadinya so paham-paham ajelah kan? 

Tapi aku di sini tak ada masalah, tak rasa membazir kalau makanan tak habis. Sebab ayam, ayam belanda, angsa, semua tuh kalau siang-siang, Joko lepaskan, diaorang selalu berkeliaran kat tempat aku membasuh/membuang sisa makanan. Aku baik dengan ayam-ayam dan angsa tuh, kitaorang macam ada mutual understanding gitu, angsa tuh tak pernah pun kejar aku. Dan ayam tuh tak pernah pun berak kat depan kongsi aku. Dan pagi-pagi diaorang berkokok kejutkan aku untuk memorex dan Subuh. Dengan kucing sekor tuh jer aku tak baik sangat sebab walaupun aku selalu kasi ikan, tapi semalam tuh dia bawak lari ikan bilis aku satu kampit, aku tak tutup almari dapur. 

Ikan-ikan yang aku tangkap tadinya aku pindahkan ke Kolam 3 tapi yang aku dapat jala petang nih aku biarkan dalam tangki sebab aku nak tunjukkan kat sapa-sapa yang datang harinih atau esok, sebagai proof gitu. Sebab tak akan ada yang percaya yang aku reti menjala ikan. Ada 48 ekor ikan semuanya, petang nih aku dapat banyak sebab aku menjala kat kawasan lumpur. Kat situ banyak ikan besar-besar, so aku kocak-kocakkan lumpur, then tebar jala arah diaorang keluar. Since diaorang kena ambik masa nak lari sebab tanah berlumpur, memang termasuk dalam jala aku ajelah semuanya. 

Macamana pun aku puas hati sungguh dengan hasil kerja dan tangkapan aku harinih, kalau pakai jaring takat 2 ekor jer ikan besar yang dapat, selebihnya semua anak-anak ikan. Tadi tuh aku macam tak peduli pun anak-anak ikan. 

Malas memasak nasi, aku buat jemput-jemput ikan kering aje petang nih. Ituhari ada beli ikan kering yang bayak isi tuh, so aku ricih-rich ikan tuh, masukkan sekali, turned out to be very the sedap.

Malam memorex, general consensus kata yang ECB akan cut interest rate so Euro akan turun dalam 150 - 250 pips. Aku tak adjust pun positions sell aku, nak biarkan aje. True, ECB rendahkan rate by 25 bps, tapi price went up instead. Mungkin sebab Traders fikir pasal EU Summit esok. So aku tidur aje lah, bila terbangun awal pagi, tengok-tengok Euro dropped nearly 200 pips dari high semalam. Now, sure Euro akan naik semula (walaupun temporary, or just for a day) pasal that damn Summit. So aku kena masuk buy positions lah macam nih gayanya.