Thursday

Day 52 - Khamis 22/12/2011

Tak ada apa nak tulis pun sangat nih pasal harinih macam tak ada apa aktiviti pun. Dan aku pun macam malas jer nih, nak rileks-rileks aje, macam tadi yang hampir seharian aku rileks. Sebab hujan.

Pagi aje aku sibuk sikitnya pasal pam kat kolam yang berasingan, itu yang terpaksa turun naik kolam tuh. Then hujan turun, renyai-renyai. Biasalah, bila aku matikan pam, hujan berhenti. Dan bila aku start kan pam, hujan turun.

So aku banyak melepak kat store aje, sampai 2 kali aku terpaksa pergi charge battery laptop. Macamana pun, yang aku dapat online pun kejap-kejap aje, Celcom punya internet line nih semakin menjadi-jadi tak jadinya sekarang  nih.

Sembang-sembang sama Mamat Lone Ranger, dan dia tolong repairkan tayar wheelbarrow aku yang tercabut, yang Joko guna semalam tanpa mintak izin aku. Baik orangnya Mamat Lone Ranger tuh, aku selalu kata kat dia yang aku selalu puji dia sebab selalu tolong aku, kat Kinky.

Lain-lain kerja yang aku buat pun, buang ikan yang mati, then pasang jaring kat inlet Kolam 3 pasal banyak ikan yang bertumpu kat situ. Rupanya ikan tuh nak kan air yang bersih, termoncong-moncong memasing kat hujung paip yang keluarkan air bersih tuh, sampaikan masa aku tabur makanan pun langsung diaorang tak peduli. 

Lunch pun aku makan carrot stick sama mentimun aje, tah pasal apa aku tak rasa lapar pun harinih. Dan aku tetap tak makan rambutan. Berpatah arang betul aku nih kan? 

Seng tak datang pun macam yang dia janji semalam, mungkin sebab hujan kot? Ataupun mungkin semalam tuh saja jer dia janji kata nak datang, sebab Kinky ada. Kalau bukan sebab check yang aku nak kasi kat dia semalam tuh, sure nya dia tak datang kan?

Petang pun masih hujan dan aku pun masih di store. Dan internet pun masih tak dapat connect. Tak adalah aku tension sangat pasal tak dapat memorex tapi kalau boleh aku nak jugak masuk positions, nak cover balik loss aku semalam. Akaun aku tinggal 500 lebih aje sekarang, semalam punya hal lah. Tak apa, aku dapat balik nanti tuh, InsyaAllah. Dulu pernah akaun aku jadi 400 lebih, dan aku slow-slow kutip balik, then bila dah nak sampai USD 700, dia reverse balik. 

Keling tuh asyik tengok aku online aje tadi, dia nak kan aku emailkan gambar dia yang aku ambik dulu tuh, ke abang dia. Masalahnya dia tak tahu email tuh apa, yang dia kasi kat aku, fax number office abang dia. 

Aku cuba nak buat ikan bakar petang nih, bersemangat mulanya, daun pisang berlapis-lapis, siap taruk daun pandan lagi kat dalam perut ikan tuh. Limau pun tah berapa bijik aku guna untuk hilangkan hamis bau. Kunyit cukup, selek cili boh sikit, semuanya lengkap lah. Then mulalah aku memanggang ikan-ikan tuh. Punyalah lama menunggu, macam tak ada perubahan pun kecuali ada bau semerbak, dan daun pisang habis terbakar. 

Tak boleh jadi lah, walaupun aku ada banyak masa tapi aku rasa tak berbaloi nak habiskan masa dengan memanggang ikan tuh. So aku taruk dalam periuk, yang masih ada sisa-sisa kunyit tuh, aku steamkan aje. Ikannya nampak macam dah masak tapi kunyitnya jadi cair, macam baru digaul. So pindahkan ke kuali semuanya, dengan daun-daun pisangnya sekali. So kualilah destinasi terakhir ikan bakar aku tuh. Aku ratah-ratah, sedap! Jauh lagi sedap dari ikan yang digoreng atau digulaikan. 

Then potong sayur-mayur untuk direbus. Tadi dah buang brocolli (sebab dah busuk), then buang celery pulak. Diaorang nih jual benda-benda yang dah nak busuk rupanya, aku pulak, pakai beli aje. Then kena lah buat cicah ikan kan? Potong bawang, cili, dan masa tuangkan kicap ke dalam mangkuk, aku nampak macam ada makhluk asing aje yang turut serta. Memang pun, rupanya ada cicak kering yang terperangkap dalam botol kicap yang tak bertutup tuh (aku nih takat tutup pintu almari aje yang reti nya)

Boleh tahan jugaklah dinner aku malam nih, sayur rebus sama ikan bakar/steam/goreng. 

Masa aku tengah lepak-lepak sementara tunggu isyak, Kinky talipun. Tak pernah pun dia talipun malam-malam. Dia kata besok pagi dia akan datang ke kolam sebab Jon sama dia nak ajak aku pergi breakfast sama-sama. 

Oh fuck!