Monday

Day 48 - Ahad 18/12/2011

Aku letih sangat gamaknya, lepas Subuh tadi aku baring-baring, sedar-sedar dah 8-30 pagi. So tak breakfast pun (tak ada apa nak dimakan) terus aku ke Kolam, startkan pam untuk sambung pecahkan tanah lumpur. 

"Hebat ko kerja sorang-sorang, masa menangkap ikan dulu sampai berbelas-belas orang, masa cuci kolam tak ada sapa nak kerja", kata Mamat Lone Ranger masa dia datang mintak makanan ikan. 

"Masa tangkap ikan masing-masing dapat duit, ikan pun dapat dibawak balik", aku kata gitu.

Aku tanya Mamat Lone Ranger, apa pendapatan dia pasal kerja yang aku buat selama mencuci kolam sorang-sorang tuh, dia kata yang dia impressed sebab kalau dia disuruh buat kerja gitu sorang-sorang, sure dia tak nak. 

Masa nak kasi makan ikan kat Kolam 3, aku tengok berkaparan ikan timbul, kebanyakannya lampam, dan semuanya besar-besar. Haruslah sebab semalam punya hal tuh, lama jugak kipas tak jalan semalam tuh. So instead of tangguk sekor-sekor ikan yang mati tuh, aku turun ke kolam sambil bawak guni. Aku bilang satu persatu, 112 ekor ikan yang mati, yang keciknya tak sampai 1 ekor, selebihnya yang berat dalam 1.5 kg each. Sampai penuh wheelbarrow, terhoyong hayang aku memanouvre wheelbarrow tuh. 

Mula cadangnya nak sms Pinky tapi bila difikirkan yang dia macam tak kisah sangat pun pasal kolam ikan nih seseminggu dua nih, aku pun lupakan hasrat. She's in for a surprise bila dia datang esok. Air Kolam  tuh macam semakin lama semakin busuk jadinya, aku tak dapat cari kat mana outlet kolam tuh, inletnya aku tahu tapi dah berkambus dengan tanah yang perlu dicangkul cari. Itu yang buat malasnya tuh.

Aku ke Kolam 2 lepas tuh, macam semalam jugak, aku tukar-tukarkan pam tuh dari menyembur tanah ke mengepam air. Breakfast makan rambutan aje. Ada terlintas difikiran aku macam nak berhenti kerja aje lah bulan depan. First time aku rasa macam nak berhenti kerja, sebelum nih tak pernah aku fikir gitu pun. Entah pasal apa aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku letih kot? Sebab aku rasa diaorang macam take for granted jer sekarang, diaorang tahu aku boleh buat apa-apa kerja sorang-sorang, no complaints, no cekadaks. Diaorang tengok aku macam happy aje kerja kat sini. 

Tapi, memang aku happy pun. Memang aku selamba aje, tak ada apa nak komplen, tak ada apa nak diwhinekan. So itulah, one of those days lah kot? Cuma aku takut satu aje, aku akan buat permananet decision based on temporary feelings. Aku selalu terbuat macam tuh. 

Sesambil makan rambutan tuh aku ada terfikir, habis musim buah nanti macamanalah aku agaknya, sure mati kutu sebab tak ada apa nak dimakan, no rambutans, no durians. Tak kan nak tunggu musim buah kelapa? 

Mungkin aku bosan kot, dah lah harinih Sunday kan? Ataupun mungkin sebab dah akhir tahun kot, semua orang happy bercuti tapi aku tetap kerja.

Habis langsung tak ada apa nak dimasak kat dapur, aku buat cekodok ajelah sebab lapar. Gila slow nya waktu berjalan.

Minyak pam dah nak habis, hari pun gaya macam nak hujan, so aku matikan enjin, dan stop kerja untuk harinih. Minyak tuh cukup untuk pagi esok aje, kalau aku habiskan harinih, esok kalau diaorang datang, sure diaorang tengok aku tak buat kerja kan? So might as well savekan untuk esok. Aku pun kena save kan energy aku untuk esok jugak kan? Dah  3 hari aku kerja "behind the camera" kan? 

Aku kasi ikan Kolam 3 makan awal sikit petang nih sebab kalau hujan nanti, sura aku dah malas nak kasi diaorang makan. Kadang kalau aku malas tuh, aku kasi makan sekali aje. Dulu, kasi ikan makan, itu lah kerja utama aku tapi sekarang nih banyak kerja lain sampaikan nak kasi ikan makan pun dah malas/letih/lupa/tak ada masa. Sebab kurang makan ker ikan-ikan tuh mati? Ah, tak mungkin. 

Masa nak ke Kolam 3 tuh, Keling tuh datang, dia taruk kacang panjang dalam wheelbarrow aku, sambil tanya cukup ker untuk aku makan? Baik pulak Keling tuh, cukup lah untuk aku menyayur petang nih, 15 urat kacang panjang. So tak jadi aku nak ke kedai.

Lepas Zohor aku tidur, lama dah tak tidur siang. Lepas tuh barulah memasak. Biasalah, sambal tumis kacang panjang, siap taruk belacan lagi tuh. Buat omelette jugak sesambil masak nasi. Aku masak nasi tak guna rice cooker, instead aku masak guna dapur. Sebab aku masak ikut style India kot, aku taruk banyak air, taruk garam, minyak sikit, then bila menggelegak, aku buangkan airnya, aku tos kan air. So nasi tuh tak bergumpal-gumpal macam nasik orang Melayu. Memanglah nampak macam nasi mentah, macam nasi tak siap masak, tapi sebenarnya nasik tuh dah masak. Aku suka makan nasi yang cerai-merai gitu, nasik yang bergumpal-gumpal, berketul-ketul, yang banyak kanji tuh aku kurang sikit.

Mamposlah, lepas nih aku tak nak makan nasik lah pulak, nak ikut style orang kat Oklahoma sama Arizona tuh kan? Seriously, tadi aku ada terfikir macam tuh, tapi keadaan aku tak mengizinkan aku tak makan nasi sebab aku tak tahu nak makan apa kalau tak makan nasik. Lainlah kalau aku kat Bangsar,senang nak cari bahan untuk buat salad kan? Masa kat US dulu aku selalu jugak tak makan nasi, aslkan ada salad, aku ok aje. Tapi salad tuh mestilah at least ada tuna, telur rebus, chick peas, tomato, nuts etc. Setakat salad macam Waldorf Salad tuh aku tak suka.

Dan itu pun aku jadikan satu reason apa pasal aku rasa macam nak berhenti kerja kat sini, sebab susah nak mengamalkan permakanan yang sihat, lettuce pun tak ada jual kat sini. Tengoklah malam esok masa aku pergi Pasar Malam, tah-tah aku teruskan niat aku nak beli sayur banyak-banyak, then nak makan sayur aje. Aku dah ada cadang-cadang nak buat salad ala-ala Melayu punya style, salad pucuk paku, kangkung, pucuk ubi kayu. Then rebus ikan sekor dua, hancur-hancurkan dagingnya jadikan macam tuna. Ha, that sounds like a plan kan? 

Eh ok lah, tak ada apa nak tulis pun dah, aku nak melepak ajelah, layan-layan perasaan, nak tidur awal nanti nih pasal kena bangun awal untuk buat Forex. Sebelum tuh kena baca apa-apa news pasal Euro, USD etc, patutnya EURUSD gap lower esok nih.