Kalaulah selama ini aku malas, tapi harinih aku lah yang paling rajin. Kalaulah selama ini aku rajin, tapi harini lah aku paling rajin. Kalaulah selama ini aku kata aku cuma rajin bila ada orang, tapi harini lah aku paling rajin bila tak ada orang. Kalaulah selama ini aku pernah kata aku keletihan, harini lah hari yang paling meletihkan. Kalaulah selama ini aku kata aku malu dengan diri sendiri sebab kadang tuh aku malas, tapi harinih aku bangga dengan diri aku sendiri sebab aku rajin.
Aku tahu yang tak ada siapa dah nak diharapkan untuk cuci kolam kecuali aku, dan aku tahu yang Pinky nak kan kolam tuh dibersihkan segera. Itu yang membuatkan aku bersemangat, yang walaupun macam dalam keadaan terpaksa, aku tekad untuk mencuci kolam tuh walaupun aku kena buat sorang-sorang.
Bukannya masa untuk collect points, ini lah masanya untuk collect medals. Aku terfikir jugak, boleh ker aku buat kerja sorang-sorang? Rabu lepas, bertiga kitaorang kerja, hampeh tak jadi satu apa pun. Dan semalam, langsung tak buat apa-apa pasal menunggu diaorang yang tak datang tuh. And so harinih aku dah tak nak mengharap lagi, sebab sebenarnya aku lah orang yang diharapkan. Dan kalau pun diaorang datang, sure nya lepas Sembahyang Jumaat. So aku nak buktikan yang aku nih kederatable, aku boleh buat kerja sorang-sorang yang sepatutnya dibuat bertiga at least tuh.
Walaupun malam semalam aku kurang tidur gara-gara internet slow dan aku tak boleh bukak Forex Terminal, yang terpaksa aku tunggu sampai awal pagi, dan walaupun pagi nih aku asyik terbersin dan hidung pun berair aje, tapi seawal 8-15 am aku dah ke Kolam 2. Aku lupakan dulu pasal nak kasi makan ikan, terus aje aku heret kedua-dua mesin.
Nak pasang hose ke mesin, nak kena berdua membuatnya so bila Mamat Lone Ranger datang untuk mintak makanan ikan, aku mintak dia tolong aku dulu. Nak menyetart mesin tu pun terkial-kial aku, Mamat Lone Ranger tarik 3 kali aje dah
jalan mesin tuh. Tak apa, aku tak nak matikan mesin tuh. Bila dah dipasang hose, berat ya amat jadinya so aku heret dan tarik ajelah mesin tuh, tak heret jauh pun sebab tak larat.
Masa tuh aku dah tercungap-cungap dah, tapi aku tahu, no matter how crazy it may sound tapi semuanya tuh doable, walaupun aku agak terkemut-kemut ke sana sini sebab ada dua hose yang nak dijaga, setiap satu 100 meter panjangnya. Hose yang mengepam air ok, tak susah nak menjaga nya tapi hose untuk menyedut lumpur, yang itu paling susah nak handle.
Aku tak pam air keluar guna dua-dua mesin, instead aku guna satu pam untuk pam air, satu lagi untuk pecahkan tanah lumpur yang macam pulau tuh. Dariada nak diskop dan ditarik guna cangkul buatan tuh, aku rasa baiklah aku sembur aje, cepat sikit.
Memang pun, sekejap aje ada nampak hasilnya, itu yang buat aku semakin bersemangat tuh. And so aku ke tengah Kolam 2 tuh, buat jalan sebab nak ke tengah-tengah lumpur, nak pancut dari situ. Paras pinggang lumpurnya sampai aku tak dapat bergerak, so dengan hose atas bahu, aku pun melombong lah. Dah lah berat hose tuh dengan air, melingkar-lingkar pulak tuh bila terlucut, sampai bertempek-tempek aku kena pancut tanah lumpur.
Dalam 9-30 am break sekejap sebab nak kasi ikan makan. Si Pinky pulak asyik menalipun, lepas tuh dia kata dia akan hantar Sham sama Ridzuan untuk tolong aku sebab dia mungkin tak dapat datang. Aku kata aku boleh buat kerja sorang-sorang walaupun slow, dan kalau bertiga kerja pun, apa nak buat sangat nya, bukannya nak guna cangkul lagi untuk mengorek tanah lumpur tuh.
Sebenarnya aku tak nak diaorang mengaku yang hasil kerja aku tuh, hasil kerja diaorang. Iyalah, kalau diaorang datang pun nanti, setakat sesejam dua aje kerjanya, sedangkan kerja yang susah-susah semua dah aku kawtimkan. So, daripada diaorang dapat nama dan pujian hasil dari kerja keras aku, biarlah aku susah sorang-sorang kan? Aku tak nak pujian pun, aku cuma sekadar nak buktikan yang aku boleh buat kerja tuh, that's all that matters.
Masa aku berhenti sebab nak pergi Sembahyang Jumaat, aku terperasan yang mesin mengepam air tuh, hose dia tak menyedut lumpur, kosong gitu. Rosak kot. Fikir punya fikir, memang patut pun rosak sebab ituhari asyik dok menyedut pasir aje kan? Macamana pun tak akan ada siapa yang tahu itu sebabnya, kecuali aku, yang of course aku akan buat pura-pura tak tahu punca nya mesin tuh rosak lah kan?
Terpaksalah aku tukar pam, yang kerjanya menyembur tanah lumpur tuh aku gunakan untuk mengepam air, dan aku tinggalkan sekejap untuk pergi Sembahyang.
Petang asyik gaya nak hujan aje, bila aku matikan pam, hujan berhenti, bila aku nyalakan semula, hujan turun renyai-renyai. Dan si Keling tuh pulak asyik tanya aku kalau-kalaau aku nak dia tolong lepas pukul 7 nanti. Porah lah, semalam aku tanya, dia kata tak nak, agaknya baru dia buat pengiraan yang untung jugak sebenarnya kalau dia kerja tolong aku for 4 hours a day dari pukul 7 malam. Lepas tuh asyik menyuruh aku ambik gambar dia pasal dia nak suruh aku emailkan ke abang dia kat Jaipur sana tuh. Aku anggap gangguan-gangguan tuh macam bisikan syaitan aje lah, yang nak memesongkan pemikiran aku yang tengah concentrate buat kerja. Keling tuh siap kasi aku peria 2 bijik.
Tak lama tuh mesin mati, aku start berapa kali pun tetap tak nak hidup, nak suruh Mamat Lone Ranger, malu pulak aku, buatnya sekali aje dia start terus mesin tuh ok kan? Entah berapa kali aku mengefuck, barulah hidup mesin tuh. Apa tak nya, sekali aku start dan mesin tuh tak jalan, keluar "fuck" seketul dari mulut aku. Cubaan kali kedua, tak jalan jugak, keluar "fucking shit". Kali ketiga, keluar "hate this fucking bitch!" Then aku rileks kejap, lepas tuh baru cuba lagi. Alhamdulillah, mesin tuh boleh start.
Aku nih kan, apa yang aku boleh perasan, kalau aku duduk tenang-tenang sambil makan rambutan for example, sambil melepak (another example), aku selalu bersyukur, aku selalu sedar kebesaran Tuhan. Tapi kalau aku kerja, dalam keadaan tension, pressure, ada masalah, mulalah aku mencarut gitu tuh. I guess that's the only "American thing" yang masih tebal kat diri aku nih and I kinda like it, it makes me sound a little sexy kan? Ekekekek
Bila dah confirmed yang Pinky tak datang, aku naik ke darat, enjin still jalan, aku balik ke kongsi. Masih lagi tak dapat nak connect to my Forex Terminal tapi aku tak lah risau sangat pasal dah dekat akhir tahun nih Forex (dan jugak business lain) slow jadinya.
Lepas memasak, makan, baru aku rasa badan aku lenguh-lenguh, dengan tapak kaki kedua-duanya kena duri. I'm too old to be doing this kind of job kot? Itu yang lepas Isyak aje terus aku tidur, aku tak sentuh pun Forex aku. Tomorrow's another day.