Harinih genap lah sebulan aku kerja jaga kolam ikan nih. Tak terasa pun. Aku macam ok jer kat sini, mentally, emotionally dan physically, which is a surprise to me sebab, errrr...sebab apa hah? Ok, sebab kerjanya menjaga kolam ikan. C'mon, banyak lagi kerja yang lebih senonoh sikit kan?
Since nak menangguk ikan, sure ikan lari, since nak potong rumput, rumput masih basah, since nak repair ban aku tak ada desire pun nak buah kerja tuh harinih and since harinih hari ulangbulan kesatu aku kerja sini, so apa kata aku rileks-rileks di pagi yang tenang nih kan?
And Thank God ada durian gugur dalam kolam, dan ada dahan rambutan yang buahnya masak ranum, patah dan jatuh right infront of the store, so melepak lah aku sambil menikmati keindahan alam dan limpahan rezeki kurniaan Tuhan.
Aku teringat, dulu-dulu, kat Dendam Perantau, aku selalu kata yang aku nih sesuai duduk kat pulau yang tersorok. Kat isolated place. Atau kat tempat yang tak ada apa-apa. Sebab kalau kat tempat yang ada banyak facilities, banyak kemudahan, fikiran aku akan mudah berkembang. Aku mudah pasang angan-angan, aku selalu cuba untuk dapatkan sesuatu hajat tuh walau sesusah dan seimpossible mana pun. Kat tempat yang macam deserted island ker, tak akan ada paper, tak ada radio, tak ada internet, fikiran aku tak boleh berkembang. Aku tak boleh berangan-angan.
By some twist of fate, atau berkat kecapoian mulut aku, Tuhan letak aku kat sini, kat hutan belantara nih. Yang jauh dari serba serbi (kecuali internet). And you guys think yang fikiran aku tak berkembang sebab aku duduk kat hutan nih?Hell no!
I know I'm a bit mellow now dalam hal-hal pasang angan-angan, simply sebab aku sedar yang all stacks are against me. What's the point of dreaming of getting the star when you know you'll be getting the moon, kan? Eh, mana lebih berharga, the star or the moon? Apa-apa lah. What's the point of dreaming of going to the moon when your feet are planted to the ground kan?
Life nih kadang tuh macam share market, or Forex market for that matter. The price has to come down to go up. Likewise, it has to go up to come down.
Eh, where am I heading nih? Ah, tulis jer lah, sure ada orang baca.
And so Tuhan letakkan aku di sini. Too bad yang dulu masa aku kata yang "aku nih sesuai duduk kat pulau yang terpencil aje", aku tak ada taruk time limit. Aku patut tambah, "for a few weeks/months" kan?
Lupakan sekejap pasal angan-angan aku, nih nak cakap pasal kesedaran dan keinsafan.
Mungkin sebab aku banyak masa, mungkin sebab aku tak ada benda lain nak fikir, mungkin sebab aku semakin tua, atau combination ketiga-tiga faktor, banyak benda yag terjadi di sekeliling aku buat aku mengreflect pasal kehidupan aku, or at least membuatkan aku teringat kat seseorang or sesuatu.
Kalau aku jalan sekeliling kolam, bila tengok aje pokok ubi kayu, aku teringat mak aku. Sambil aku fikir, kalau mak aku ada, sure mak aku akan buat sayur pucuk ubi.
Bila tengok jala yang tergantung kat store tuh, aku teringat kat Pak aku. Sebab Pak aku bukan aje terrer menjala tapi dia terrer buat jala. Dan kalaulah aku reti menjala (aku dah cuba dah tapi bila tebar, jala tuh tak kembang), senang aku nak menangkap ikan.
Bila aku bawak wheelbarrow, aku cakap dalam hati, "This is great, Ngah's driving a Porsche and here I am, bawak wheelbarrow". Aku gelak dalam hati jer.
Bila aku melepak sambil mengahayati damai alam yang tenang, aku teringat yang dulu sakan aku mengutuk AM yang duduk kat kampung nun jauh di Oklahoma. Masa tuh aku kat New York City. Mati-mati aku kata aku akan mati kutu kalau hidup di suasana kampung, sekarang hidup-hidup aku kat dalam hutan nih yang jauhlah kampungnya dari kampung di US sana.
Bila aku megesat peluh dengan lengan baju, bila aku tengok yang baju-baju Forex aku semuanya kotor yang kalau dicuci pun tak hilang (hence aku tak berusaha nak cuci dan aku akan jadikan pakaian kerja), aku teringat kat NekRock. Sambil fikir, aku kena order baju yang baru nanti nih. Now, sesehari dua lepas aku tak beli teh uncang sebab mahal, instead aku beli teh serbuk. Tapi, apa pasal ok jer aku plan nak order baju Forex dari US? That doesn't add up kan?
Aku selalu dengar LiteFM kat cellphone aku, station yang selalu pasang music of the 80's. Kalau terdengar aje lagu-lagu Oasis, The Smith, Morrisey, aku akan teringat kat Lan, adik bongsu aku. Dulu dia suka sangat lagu-lagu indi gitu sampai aku susah hati sebab aku tahu orang yang suka underground bands nih macamana orangnya. Tapi, according to Ida, I'm always Lan's idola, hero gitu. Dula dah aku perasan yang dia selalu nak ikut style aku, or even nak lebih advance dari aku, so aku tak support sangat. Sebab aku tahu yang I'm of the adventurous type, yang sanggup buat benda bodoh-bodoh untuk dapatkan benda best-best. Aku tak nak adik aku susah. Sekarang Lan pun kerja kat tempat aku kerja dulu, dia pernah kerja kat Dubai pun. He moved me to tears last Raya bila dia cium tangan aku sambil kata, "Sebab Abang Tam lah saya jadi macam ini". And I was like, now, wait a minute, apa pasal pulak?"
Bila tengok pokok rambutan, pokok manggis, lagilah aku asyik teringat kat Teh, Ani dan Ida. Pasal bayak kenangan-kenangan silam yang buat aku gelak sorang-sorang.
Ok stop pasal nih sebab the more aku tulis, makin nampak yang aku nih such an old fart yang kekurangan kasih sayang. Aku baru jer terperasan tuh ekekekeke.
Ok, now back to pasal angan-angan dan keinginan-keinginan. Walaupun keadaannya serba kekurangan dan menyulitkan, tapi itu tak menghalang aku dari membuat plan dan perancangan. Mungkin jugak sebab fikiran aku dah terlalu berkembang, di dalam keadaan bagaimana sekalipun dia akan tetap berkembang.
Since benda yang aku cakap, yang aku niatkan, selalu sangat jadi kenyataan (tak payahlah aku tulis kat sini satu persatu tapi kat Dendam Perantau dulu memang banyak benda yang aku cakap dan niatkan tuh termakbul, hasil dari kecapoain mulut aku.
Contohnya: aku ditangkap dan dipenjarakan, dan dihantar balik. Semua tuh dengan penuh keaiban.
Lagi satu contoh: First time kerja jaga orang tua, aku punyalah rimasnya pasal dia tuh kekurangan kasih sayang, dia selalu talipun aku nak sembang sebab dia kata bini dia tak layan dia dan dia tak ada anak cucu. Then aku terfikir, kalau aku layan jer datuk tuh apa salahnya kan? Tah-tah boleh jadi macam Chef Wan, masa dia kat US dulu dia baik dengan orang tua sampai orang tuh taruk nama dia dalam wasiat dan dia jadi kaya raya.
Then aku terbekerja jaga King Mongkut. And I'm still in contact with them (dia sama abang dia, David) pasal nama aku ada dalam dia punya will. I have no idea apa kebendanya kan tapi I'm just going to donate apa-apa yang Lawyer dia kasi tahu aku nanti, Andainya Kau Pergi Dulu.
And so, why not aku tulis kat sini, apa-apa yang aku angan-angan dan impikan, kat blog nih kan? Tak ada lah aku berangan-angan tinggi sangat, aku rasa semuanya more towards keinginan yang berkepentingan tinggi. Maksudnya keinginan yang aku akan cuba capai dengan kadar segera. Semua keinginan-keinginan yang aku kategorikan dalam keinginan Fasa 1 aku nih, semuanya berkisar dengan kesinambungan perjalanan hidup aku.
1. Aku nak buat Umrah dengan Mak dan Pak aku.
2. Since aku dah tak boleh masuk US selama beberapa tahun, aku nak ke Niagara Falls (Canadian side) sebab nak tengok ke seberang sananya, Niagara Falls US side, especially Rainbow Bridge Immigration Center, tempat aku mula-mula ditahan dulu tuh.
3. Carter, dan kawan-kawan setahanan dulu (Ky-Vietnam/US, Yousef-Somali, Dexter-Jamaica, Patel-India) semuanya ok aje kalau nak jumpa kat Niagara Falls, atau Toronto, or even kat Montreal. Kalau dapat jumpa AM, NekRock dan Zaidi, itu lagi best tuh.
4. Aku ada janji dengan Amir-Bosnia yang suatu masa nanti kitaorang akan jumpa semula. Best jugak kalau jumpa kat Bosnia sebab Samir-Bosnia yang baru dideport tuh pun boleh join sama.
5. Aku teringin sangat nak ke South America, nombor talipun Aldin jiran sebelah bunk masa dalam tahanan dulu tuh masih aku simpan, sejak kecik aku teringin nak ke Acapulco, Mexico. Contact addresses member-member lain pun ada nih, Orlando-Elsalvador, Sahul-Brazil etc (nak ke Brazil kena ajak Miekempas nih sebab dulu kitaorang ada plan nak ke sana suatu masa nanti)
Itu ajelah perancangan Fasa 1 aku, aku rasa kalau dapat satu aku capai, InsyaAllah semuanya dapat dicapai. Sebab semua dreams aku tuh dreams yang "dreamable" kan?
Fasa 2 punya aku tak tulis lagi lah kot pasal aku belum pun fikir apa-apa, asyik dok fikir pasal Fasa 1 aje. Fasa 2 nanti more pada serious stuff lah kan?
Tapi, aku kena menangkap ikan dulu nih, nanti kang tah ke mana-mana perginya impian dan cita-cita aku tuh perginya.
*mode berjalan dengan longlainya ke Kolam 2 sambil membawak tangguk*
--------------------------
Sia-sia aje rasanya kerja aku semalam pasal dekat 100 ekor anak lampam yang mati. Ada lah dalam 500 ekor anak ikan yang aku dapat tangguk semalam tuh, nasib baiklah anak talapia tak ada yang mati. Dan nasib baik jugaklah aku tak pindahkan terus anak-anak ikan tuh ke Kolam 3 sebab aku nak tengok sebanyak mana yang tahannya hidup kat tangki tuh.
Aku kerja kat Kolam 2 aje harinih pasal senang nak selang selikan buat kerja, tangkap ikan sekejap then repair ban sekejap. Aku nih mana lah boleh buat satu kerja sepanjang pagi, aku cepat bosan. Kalau boleh biar 4 lima kerja sehari, that way fikiran mudah berkembang (untuk cari alasan yang tak dapat nak buat kerja 2 sebab nak dulukan kerja 1 dan tak sempat nak habiskan kerja 3 sebab kerja 4 menunggu)
Aku tengah dalam keadaan buat kerja masa Pinky datang sama Malik dan sorang Cina, diaorang bawak cangkul sama skop. Aku mintak Malik sama Cina tuh bantu aku pindahkan kipas dari Kolam 3 ke Kolam 1 sebab kipas kolam 1 tuh senget sebelah, dan satu kipas jer yang berpusing. Boleh kalau aku nak naik dan turunkan sorang-sorang kipas tuh, macam yang aku buat dulu, tapi sebab ada orang, itu yang aku mintak tolong tuh. Tarik punya tarik, tolak punya tolak, terbalik kipas tuh. And I'm sure ada minyak tumpah, dan mintak-mintak kipas tuh boleh distart, motor dia sempat tenggelam sekejap.
Then Pinky bayar gaji, in cash, dia mintak salinan IC so aku balik kejap ke kongsi nak ambik wallet kalau-kalau ada salinan IC. Bila aku kata tak ada, selamba aje Pinky kata bila aku keluar nanti, buatlah satu salinan. Now, where the fuck is kedai fotostat kat luar sana tuh? The nearest town, KL, dalam 20 km aje tapi nak keluar macamana? Dan bila? Dia lupa ker yang aku nih kerja nya lebih dari 7-Eleven, tau dak?
Aku tunggu diaorang blah aje tapi diaorang tetap berlegar-legar kat situ, Pinky asyik pandang aku. Apa, dia ingat aku akan terlonjak-lonjak happy sebab baru dapat gaji?
Then dia panggil aku, dia nak cakap something kat aku sorang-sorang. Dia kata dia bayar gaji aku a few hundreds lebih dari apa yang Seng janji nak bayar aku. Oooo, patutlah dia asyik pandang aku tadi, dia ingatkan aku nih macam kuli batak lain-lain tuh, bila dapat gaji, time depan-depan tuh jugak kira duit, takut terkurang. Aku tak gitulah orangnya, tak pernah aku akan kira duit gaji.
Dia kata dia bayar lebih tuh sebab dia nak kan aku kerja di sini jaga kolam dia sama Jon tuh, dan dia kata aku deserve it sebab aku rajin. Even Jon pun kata aku rajin. Right at that very moment aku kata dalam hati yang how besarnya kuasa Tuhan, semuanya ini adalah rezeki Tuhan. Dah 2 kali dia kasi aku duit kopi dan kali ini kasi gaji a few hundreds extra pulak tuh.
Aku beritahu dia yang aku boleh terus kerja kat kolam nih kalau keadannya still macam sekarang, relaxed and peaceful, tak ada yang kasar-kasar dan memerintah itu ini. Dan aku pun comfortable duduk sorang-sorang.
"Saya pernah cakap kasar sama you tak?", Pinky tanya aku.
Tapi dengan aku nih, bila orang tuh confide dengan aku, aku pun mudah nak pecahkan so-called rahsia, atau info yang boleh menyebabkan diaorang was-was. Kadang-kadang tuh coming clean nih boleh jadi double-edged sword kan?
And so aku beritahu Pinky pasal yang aku baru aje beritahu my family about my job nih.
"Ya ka? Apa pasal?", dia tanya aku. Sohih lah dia tak tahu kan, mana dia faham. Dia tak tahu aku ada Degree, dan orang ada Degree kerja jaga kolam ikan? Awatlah bengap sangat tuh kan? Aku beritahu yang keluarga aku macam tak berapa suka aku kerja berat macam nih. Aku beritahu jugak yang all my siblings are very successful.
"I have a sister who drives a Porsche, you know?", aku tak tahu apa pasal aku tercakap kat dia macam tuh.
"Ooo ya ka?", dia tanya gitu. Dan terus aku dapat agak yang dia tentu ingatkan aku akan join either one of my sucessful siblings.
"But y'know, I'd been away for so long and I don't want to bother them so much. I can still make it on my own. Blah blah blah... dan aku tercakap yang aku ada buat Forex! Nasib baiklah aku kata aku cuma buat waktu malam aje, kalau tidak sure kantoi. Aku tercakap pasal Forex tuh pasal sebelumnya aku terkata, "I know the pay is lousy here.... (sedangkan dia dah kasi a few hundreds dolllars extra kan?), so untuk menutup ketidakpandaianberterimakasih
aku tuh, itu yang aku sambung dengan cerita Forex tuh.
"All I need now is a little bit of peace of mind. And I think I can easily find it here", aku kata gitu.
Lepas aje diaorang balik, teruslah aku tak buat apa-apa dah, asyik memorex aje akhirnya. Bukan rezeki aku agaknya, I lost quite a bit, asyik salah masuk positions aje.
Tiba-tiba aku rasa nak ke kedai. Mentang-mentanglah dah dapat gaji, kan? Aku nih gitulah, kalau rasa nak buat something, nak buat masa tu jugak. Sedangkan kedai jauh dan dah pukul 6 dah pun, aku kena lalu kat depan dusun Datuk Puaka tuh kan?
So aku jalan laju-laju, berlari-lari anak gitu. Then tak lama tuh ada motor berhenti. Rupanya Mamat Lone Ranger, dia kata dia nampak aku macam nak keluar tadi tuh, dia pun pelik apa pasal dah lewat baru nak keluar, sorang-sorang pulak tuh.
Tah apa-apa aku ambik, pakai rembat aje, RM 68 habisnya. Sebab aku nak cepat, aku ajak Mamat Lone Ranger sama-sama masuk kedai, dia tak nak. Aku lupa yang dia tak ada duit sebab dia kerja tak ada gaji. Sampai ke area kongsi, aku kasi dia jajan kacang, maruku dan biskut sebungkus. Dan aku kasi duit kopi 10 ringgit pasal ituhari aku janji dengan dia.
"Tapi aku ada hutang ngan ko", kata Mamat Lone Ranger.
"Tak apa, itu kira halal, nih ko ambik nih, ko dah banyak tolong aku", aku kata gitu.
"Ko mintak dari Boss ko ker duit nih?, dia tanya gitu.
"Ha ah", aku tipu dia.