Harinih aku masih malas lagi, semangat kerja nya cuma sekejap aje. Aku cuma menangkap ikan aje, tak buat kerja-kerja berat yang lain. Aku potong jaring lama yang banyak tersadai merata-rata tuh, potong sepanjang 100 kaki gitu. Sebab jaring kebanyakannya panjang dan berat dan tak boleh nak digunakan sorag-sorang.
So dengan mini jaring tuh aku mulalah menjaring ikan, aku ikat kat satu tiang dan aku tarik hujung nya, dan slowly kepung ikan-ikan. Dapatlah jugak ikan yang besar-besar, yang bila dah dalam 50 ekor semuanya, aku taruk ubat untuk kasi ikan tuh pening, then baru dipindahkan ke Kolam 3.
Tengahari sikit aku pindah ke Kolam 1, kat situ lagi banyak ikan yang dapat. Slow-slow kerjanya, tapi berbaloi.
Joko kasi durian, then bini dia kasi satu bag rambutan. Diaorang tak tahu yang aku memang tak putus bekalan rambutan dan durian. Aku sekarang nih, nak mengopek durian, bukan masalah lagi. Pakai gloves, guna parang, guna hammer, senang aje. Kalau dulu, aku tak makan durian sebab leceh nak mengopeknya, aku selalu fikir yang mengopek durian nih kerja orang tua-tua aje. Sekarang baru aku perasan yang aku dah tua bangka.
So masa nak kasi makan ikan di waktu petang tuh, aku tangkaplah 2 ekor ikan kasi Joko. Kat sini kitaorang gitulah, bertukar-tukar hasil kerja. Too bad diaorang tak pernah nak kasi aku sayur-sayuran. Patutlah diaorang rileks aje, rupanya diaorang ambik aje sayur-sayuran kat dusun tuh walaupun tak secara terang-terangan. Aku ada kata yang aku nak beli sayur-sayuran yang diaorang kutip tapi masing-masing iya kan aje tapi tak pernah pun kasi.
Itu yang aku rasa macam nak bercucuk tanam kat tepi-tepi kongsi aku nih. Macam nak lama jer aku kat sini kan, sampai nak bercucuk tanam bagai. Tapi itu lah, hari-hari kena fikir apa nak makan sebab tak ada sayur-sayuran (bila pergi pasar Malam, aku tak beli pulak sebab selalu fikir, "boleh ker aku masak sayur pucuk paku?", "sayur nih nak masak macamana?").
Kalaulah kulit rambutan boleh dibuat sayur macam kulit rambai tuh, alangkah bestnya kan sebab kat sini bekalan rambutan tak putus-putus. Aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, masa kitaorang miskin, mak aku buat gulai kari kulit rambai. So aku dengan adik-adik aku bawak bekal pergi sekolah, berebut budak-budak lain nak sebab semuanya ingatkan itu gulai sotong.
Aku tanya Joko kalau-kalau dia nak gantikan aku kerja for a day or two sebab aku rasa nak cuti soon. Tak tahan dah aku kalau macam nih. Dia kata kalau setakat kasi makan ikan, boleh aje. Aku kata aku akan ajar dia apa yang dia patut buat bila elektrik terputus. Aku dah fikir-fikir, after 2 months nanti, aku nak mintak cuti lah. Dan aku akan kasi proposal pasal Joko nih. Kalau Pinky dan Jon dah dapat orang baru, itu lagi bagus. Sure tak ada masalah nanti, aku even nak kata yang aku tak kisah kalau diaorang nak potong duit gaji, asalkan aku dapat cuti.
Aku rasa minggu nih aku malas kerja tuh sebab itulah, dah takat tepu dah nih. Tak ada apa pun sangat yang aku nak buat kalau cuti, mungkin balik tengok mak bapak, itu aje. Dan pergi tempat-tempat yang aku used to frequent. Aku miss kat Leeyas Corner Jalan Riong tuh, aku nak makan kat Portugese Grill kat MidValley. Jumpa housemate, sembang-sembang. Pergi potong rambut. Simple stuff like that. Aku nih, dari dulu lagi, potong rambut sekali sebulan, ini dah dekat 2 bulan tak potong rambut, rimas rasanya. Itu yang dua hari lepas aku potong sendiri aje rambut aku, bertompok-bertompok, bertakuk-takuk, sampaikan jadi macam lain jer rupa aku.
Darn it, I'm stuck here in the middle of nowhere. Tak apa lah, I'm stuck over here and you are stuck over there. And never the twain shall meet.
Sedap pulak nasi Goreng Asyura yang aku buat petang nih, aku taruk segala macam bahan yang aku ada dalam almari tuh, bilis, belacan, sayur, cili, ikan masin ricih, bawang, telur. Aku makan kat luar, bawah pokok, sesambil tengok orang lain kerja, dari kejauhan tuh. Risau jadinya sebab orang lain semakin rajin tapi aku semakin malas.
Mamat Lone Ranger yang selama ini tak pernah aku tengok buat apa-apa pun, sejak Isnin lagi, hari-hari memotong rumput. Sedangkan aku masih banyak lagi kerja yang kena dibuat, rumput belum habis dipotong dan rumput yang mula aku start potong dulu dah panjang semula. Tak apalah, minggu ini minggu rileks, minggu bermalas-malasan sebab minggu depan akan sibuk nak cuci kolam. Risau gak aku nih pasal sure tak boleh memeorex siang-siang, sebab akan ada orang lain tang turut sama kerja. Kerja all the way sampai petang with only 2 breaks ajelah kot nanti tuh. Mana pernah aku buat macam tuh kan?
Forex aku masih slow pasal market macam nervous aje sekarang nih menunggu ECB (European Central Bank) nak umumkan rate decision, then ada EU Summit pulak. Aku dapatlah ambik profits sana sini sesikit. Tapi tak lama lepas tuh lebur profits yang dapat sebab aku cuba-cuba masuk position Gold. Bila aku buy, price turun. Kena hit stop loss aku. Then bila aku tukar position, it went the other direction, so aku lost lagi. My prediction was right tapi I was a little too early masuk position sebenarnya. Dan pulak, margin aku kecik untuk menampung margin kalau nak masuk Gold atau Silver positions, tu pasal. Kalau tidak tuh aku dah rileks aje mendulaang emas. Tak apalah, untuk sekarang nih aku akan stick to pairs EURUSD, GBPUSD dan USDCHF aje, dan cuba-cuba kaji pair AUDUSD.