Tuesday

Day 42 - Isnin 12/12/2011

Aku janji nak buat rajin sikit minggu nih kan? Memang rajin pun, tadi tuh berkejaran aku nak buat kerja lepas kasi ikan makan. Aku keluarkan mesin potong rumput, pakai skirt guni, pakai goggle. Lepas tuh terralit pulak makan rambutan yang berjuntai tuh, sampai kan sekeping rumput pun tak berpotong.

Then aku decided nak tangkap ikan, so aku guna jaring berat yang biru tuh, empat lima kali heret, dapatlah sekor dua ikan. Aku tengok-tengok jala yang ada ular ituhari, dah putus kepala ular tuh, bangkainya pun dah kering, so aku kuis-kuis gitulah, dan jala tuh selamat untuk diguna semula. 

Semakin lama semakin besar tebaran jala aku, dan walaupun jala nya koyak rabak tapi setiap kali tebaran dapatlah at least 2 ekor ikan yang besar. Paling banyak sekali tebaran, adalah 5 ekor.

So terralit lah aku menjala, sampaikan tebaran sekali tuh, tengok-tengok ada anak ular air. Aik, ko nak balas dendam ker? Bukan aku yang bunuh bapak ko, ok? Terberhentilah sekejap. Then aku memorex.

Macam yang aku jangka minggu leas, EURUSD turun lagi, GBPUSD sama AUDUSD pun sama, dan USDCHF menaik. Aku terus lah susun positions baru, scaling down gitu (scaling up untuk USDCHF). 

Pinky talipun tengahari tuh, dia kata esok aje lah dia datang untuk bawak machine cuci kolam. Bermakna, kerja aku pun berakhir tengahari tu lah jugak kan? So aman sangatlah aku memorex. Petang hujan turun, aku malas memasak, so aku buat cekodok labu yang Keling tuh kasi semalam tuh. Malaslah aku buat sayur sebab tak cukup bahannya, lagipun aku master kalau pasal buat cekodok. Memang pun, momtok-montok cekodok labu aku, rasanya pun sedap. Cekodok apa lagi yang boleh dibuat hah? Ada ker orang buat cekodok epal? Aku banyak bekalan epal nih. Kalau pumpkin sama epal boleh dibuat pie, dan pumpkin boleh dicekodokkan, sure epal pun boleh kot? 

Malas pergi Pasar Malam sama Joko, aku pergi sorang-sorang aje. Diaorang pergi masa nak Maghrib, macam minggu lepas tuh, terkejar-kejar aku sebab Maghrib dah nak habis waktu, diaorang gelak aje. Sebab kitaorang pergi sama Keling tuh, itu pasal tak singgah sembahyang kat Masjid macam dulu tuh. Lagipun aku takut nanti Joko nak pinjam duit, aku rasa dah tiba waktunya dia meminjam.

Tak ada apa sangat yang aku beli kat Pasar Malam, habis dalam RM 30. Beli sayur kacang buncis sama bendi, teh, gula, cili boh etc. Beli spenda, sebab spenda-spenda aku yang kaler cerah semuanya penuh dengan bintik-bintik hitam (taik lalat), pasal selalu basah. Selama ini aku melawak aje tapi sebenarnya ada lah orang jual spenda RM 10, 4 helai!

Masa aku jalan kaki balik, dah nak sampai pun dah, ada orang berhenti kan motor depan aku, rupanya Mamat Lone Ranger. Dia baru balik dari pekan, so tumpang dia aje lah. 

Awal jugak aku tidur sebab Forex positions aku semuanya dah pasang trailing stops, kalau kena hit, setakat itu ajelah untung yang aku dapat, yang up to masa aku tulis nih, dalam USD 65. 

Tapi aku banyak kali terjaga sebab bunyi anjing menyalak tak henti-henti, nak kata anjing kat kolam Mamat Lone Ranger, ada 2 ekor aje. Aku, true to orang kampung punya style, kat sebelah aku ada torch light (selain dari latop yang sentiasa on sebab bila terjaga aku akan buka Forex Terminal MT4 nak check positions aku), dan bawah tilam aku ada parang.