Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun, layan Forex sekejap yang tak ada halatujunya sebab year end ramai yang closing orders, then minum teh seround, lepas tuh terus ke Kolam 2. Tak breakfast pun sebab sure diaorang akan bawak aku makan kat gerai Melayu. Terbayang dah nasi lemak, nak makan banyak-banyak sebab dah 4 hari tak makan nasi.
Aku hidupkan kedua-dua mesin, dan pergi kasi ikan makan. Tak ada pun Kinky datang, kalau nak breakfast patutnya pagi lah kan? Bila aku check my cellphone, ada missed call dari dia. Aku fikir, kalau jadi pergi breakfast, sure dia akan datang ke sini kan, so aku tak lah sms dia (malas nak balik ke kongsi untuk guna internet line), lagipun aku ralit buat kerja. Nampak macam ada kemajuan kerja aku, banyak tanah lumpur yang dapat dibuang, dah sampai ke bahagian tengah pulau dah, walaupun pulau jadi semakin besar.
Aku hantar sms kat Kinky pun dalam pukul 10 gitu, nak beritahu yang petrol dah nak habis, aku tak rasa marah pun dia tak datang macam yang dia janjikan malam semalam. Ala, takat breakfast aje kan? Lagipun aku tahu, breakfast bukanlah tujuan utama, diaorang sure nak bodek aku nak suruh aku tetap kerja sini nih. Aku tau lah tuh. Kalau tidak, tak kan tiba-tiba ake nak ajak aku makan kan? So, selamatlah aku dari terpaksa makan nasi.
Sembang dengan Mamat Lone Ranger, macam-macam dia mengutuk, sebab aku ada cerita kat dia yang Pinky nak datang awal pagi untuk breakfast sama-sama. Aku kerja dalam kolam, mana lah aku bawak cellphone ke dalam kolam tuh kan? Kalau boleh, dah lama aku bawak laptop, taruk atas pelampung ker, platform ker, tak payah nak ulang-alik ke kongsi untuk memorex. Rupanya Kinky ada called, 3 kali. So aku rasa macam confirmed lah yang diaorang tak dapat datang. So aku teruskan kerja sampai waktu Sembahyang Jumaat.
Elok aje aku sampai kongsi lepas balik sembahyang, ada mechanic datang, dia nak repair generator. Dia tak percaya langsung aku Melayu, dia kata Melayu mana ada yang nak buat kerja-kerja buruh macam nih.
Aku standby jugak manalah tahu kalau-kalau Seng atau Kinky nak datang, tapi minyak habislah pulak so aku tak buat apa sangat dah pun petang tadi, setakat melepak makan rambutan aje. Ok, saja jer aku makan rambutan tadi tuh, nak membanyakkan buah-buahan yang aku makan harinih. Epal, oren (2 bijik), mentimun kecik sebijik (sebesar kote kambing) dan segenggam carrot sticks. Dan a few ulas rambutan tu lah.
Masa aku online patang tadi baru aku terperasan yang Kinky ada hantar message kat internet line aku, beritahu yang dia akan datang hantar petrol esok hari. Tak berani dah dia nak berK-K kot? Pukul 11 message tuh dihantar, rugi aje aku, kalau aku tahu, lama dah aku melepaknya, tak payah tertunggu-tunggu. Tak ada pun dia mention pasal "breakfast" yang dia janji semalam tuh. Aku nak tuntut, bukan aku yang janji, kan?
Macamana pun aku agak dia sure akan datang esok kot, mungkin dia ada hal yang dia tak dapat elak tadi kot?