Sikit pun aku tak jangka yang EURUSD,GBPUSD akan gap higher dan USDCHF akan bukak lower, but they did, lost USD 10.50 awal-awal pagi, semua stop losses aku kena hit. Terus tak bersemangat nak trade, taruk ke tepi dulu, nanti kalau ada peluang aku akan masuk positions lagi. I'm still bearish EURO, itu pasal aku tak akan taruk buy positions, yang kalau EURUSD naik pun hanyalah sementara.
Lapar sebab malam semalam banyak melabur, aku buat nasi goreng pagi nih. Best jugak, baru lah rasa macam nasi goreng, siap ada bilis dan telur sekali. Awal pagi aku dah ke kolam, walaupun belum 7-30 am pun, aku treat kolam-kolam tuh macam aku yang punya, tu pasal aku tak rasa macam pressure aje kerja. Lagipun, mana tau satu hari nanti aku beli atau sewa kolam/tanah tuh dari Pinky/Jon dan Thamby kan?
Ada 4 ekor jer ikan mati, seekor kat Kolam 1 dan 3 kat Kolam 3, so lepas kasi makan ikan, aku ke Kolam 2 nak repair ban. Since air dah cetek, senang sikit nak repair ban-ban tuh, nak kaut pasir/tanah pun senang. Cuma masalahnya ban yang tumbang-tumbang tuh berat-berat, bayangkanlah, up to 6 tayar traktor yang penuh dengan tanah/pasir yang harus aku repair.
Thank God hujan turun dengan lebatnya sampailah about 2 so aku ada masa nak memorex lama sikit. Alhamdulilah aku dapat cover balik loss pagi tadi.
Elok aje aku nak ke stor bawak laptop (sebab tak sedap hati asyik melepak aje dari pagi, walaupun hujan), Pinky pun tiba. Sama Malik. Bawak 2 jaring tangan untuk aku tangkap ikan Kolam 2. Mamposlah pasal aku kena tangakp ikan-ikan then pindahkan ke Kolam 3 mana yang besar tuh dan anak-anak ikan ke tangki yang kena aku penuhkan dengan air kolam tuh dulu.
That's the hardest part, aku kena guna timba dan ulang-alik turun naik ban untuk penuhkan tangki yang besar tuh. Dua pulak tuh. Dua tiga hari tak boleh siap, diaorang tak fikir semua tuh, asyik suruh aje.
Lepas tuh aku sama Malik mengukur Kolam 3 sebab Pinky nak beli jaring. Jaring yang kitaorang selalu guna tuh kepunyaan Seng. Banyak tanah yang runtuh dan paip dan longkang yang tersumbat so aku beritahu Pinky yang aku nak kan cangkul dan skop sebab skop yang aku guna tuh Mamat Lone Ranger yang punya. Dengan Pinky nih, apa aje aku mintak, semuanya dia sediakan.
Pinky tanya pasal record tentang inventory, keluar masuk barang and stuff. Selain dari record book, siap aku tunjukkan dia log book yang aku buat, siapa yang datang, pukul berapa, apa yang disuruh buat, apa yang dibawak. Impressed sungguh dia, dia tak tahu pun yang semuanya tuh senang aje bagi aku yang rajin tulis blog nih. Semua info tuh aku ambik dari blog nih aje sebenarnya.
Pinky kata dia tak dapat datang esok dan lusa pasal ada hal. Kalau lama tak datang pun lagi bagus. Dia kasi kunci gate baru, suruh tukar, walaupun kunci tuh baru ditukar 3 minggu lepas. Dia kata dia tak nak orang masuk sebab masa tangkap ikan ituhari ada orang kampung (keluarga budak-budak yang menangkap ikan tuh rasanya) yang masuk. Dia nih kuat wasangkanya. Ituhari, dia tanya aku kalau-kalau ada sesiapa curi ikan pasal masa dia tengok ikan kat Kolam 3 sebelum ditangkap dulu, macam banyak aje tapi bila kitaorang jaring ituhari, dapatnya sikit aje. Dia tak tahu yang ikan tuh banyak menyorok kat celah-celah tayar dan semak.
Banyak pulak pips yang against malam nih, macamana pun aku biarkan aje sebab walaupun price naik tapi tak berapa laju sangat. Harap-harap esok dapat repair all my positions.