Tuesday

Day 49 - Isnin 19/12/2011

Awal aku tidur semalam sebab internet slow sangat, masa dua tiga kali aku terjaga tengah malam tuh, internet masih lagi slow. Give up lah aku kalau macam nih berterus-terusan. Nasib baiklah sebelum Subuh tuh dah ok sikit so dapatlah aku memorex di awal pagi. 

Macam semalam jugak, aku tak breakfast pun, terus aje ke Kolam 2 untuk start kan pam dan alihkan hose. Aku pakai tarik aje hose yang berat tuh, even masa dia terlekat kat paku, so koyaklah sikit. Ada aku kisah? 

Pasallah sekarang banyak ikan mati? Harinih 7 ekor ikan yang timbul kat Kolam 3. Dan yang aku peliknya, masa aku kasi ikan makan, macam tak banyak aje ikan yang makan. Awal sangat ker? Diaorang bangun tidur pukul berapa hah?

Aku hantar sms ke Pinky, beritahu dia yang petrol dah nak habis, sejak aku mengepam air, dah 2 tong 20 liter minyak yang diguna. Apa yang Pinky jawab? Another K! Man, this is getting a little personal. Watch me, I'm gonna teach that bitch a lesson or two nanti! Fuck!

Aku bawak laptop ke store so sesambil tuh aku dapat jugak mengecheck Forex aku. Yo-yo gitulah semua pairs, kejap naik, kejap turun, then naik balik, lepas tuh turun semula, within very tight range. As tight as rat's ass. 

Since gate menghala ke tempat Mamat Lone Ranger aku bukak untuk buang lumpur ke sungai, dia selalu datang sembang dengan aku. Dia nak pinjam RM 10 harinih, aku dengan dia nih, kalau dia tak pulangkan balik duit tuh, aku tak kisah langsung. So dah RM 20 dia pinjam.

Tak sampai tengahahri, mesin padam, kehabisan minyak. Tak ada kerja lain, aku pun menjala, senang aje sebab Kolam 2 tuh airnya dah cetek, kebanyakan ikan yang ada semuanya macam dah menyerah diri aje, semuanya dah redha aje untuk ditangkap. Itu yang sekali jala sampai tujuh lapan ekor boleh dapat. Aku buat keputusan yang I'm not going to tell Pinky pasal ikan yang mati ituhari, dia pun macam tak kisah sangat dah sekarang nih, sibuk kot? So aku nak gantikan ikan yang mati tuh dengan ikan yang aku jala dan tangkap dari Kolam 2 tuh. 

Sham sama Ridzuan datang, diaorang kata Pinky sibuk. Aku suruh diaorang belikan minyak, then hantar repair pam yang rosak tuh, yang rupa-rupanya getah dalam hose tuh putus. Masa Sham talipun Pinky, Pinky tanya berapa lama lagi nak siap kerja mencuci kolam tuh. So aku suruh Sham jawab, "tahun depan pun tak boleh siap". Iyalah, tahun depan pun berapa hari aje lagi kan? 

Aku mintak diaorang tolong aku turunkan kipas ke Kolam 3, aku nak pasang 2 kipas lah, takut jadi macam ituhari. Kalau satu rosak, ada lagi satu kan? Malam-malam aku nak pasang 2 kipas, sebab kolam tuh kecik dan ikan banyak di dalamnya, kalau kipas mati, sekejap aje ikan-ikan tuh dah timbul.

Sementara diaorang ke Ampang menukar pam tuh, aku melepak ajelah sesambil online kat store. Dalam 2 jam diaorang pergi, bila diaorang balik, cepat-cepat aku kata aku boleh pasang semuanya sendiri-sendiri. Diaorang pun sibuk sebab terpaksa pergi kolam lain kat Batang Kali, nak hantar stove untuk pekerja sana. Aku pun terus tutup kedai, esok aje lah sambung kerja. 

Aku dah siap bersedia nak ke Pasar Malam bila aku dengar Mamat Lone Ranger laung panggil aku. Rupanya dia mintak tolong naikkan kipas di kolam dia sebab nak direpair, ada mechanic datang. Terpaksa turun kolam semula, terpaksa basah semula, dan terpaksa mandi semula lepas tuh. Itu kali pertama aku tolong Mamat Lone Ranger dalam bentuk kederat, selama ini tolong bentuk lain. Kitaorang saling bantu-membantu. 

Hujan turun masa aku ke Pasar Malam, tapi aku memang sediakan payung sebelum hujan. Habislah dalam RM 50 berbelanja tadi. Itupun banyak benda-benda yang aku cadang nak beli, aku tak beli. Benda-benda "tak bagus" like tepung, minyak masak dan ikan kering. Banyak beli sayur aje. Nak tahu apa yang aku beli? *Mode mengeluarkan isi bakul sayur* Sawi 2 ikat, carrot, kobis, kobis bunga, kobis daun, brocolli, tomato, kacang bendi, timun, celery, cili, bawang-bawang, kentang. Aku nak makan sayur jer minggu nih, biar sampai taik jadi kaler hijau.

Beli Nasi Ayam untuk makan malam sebab aku tak memasak kalau malam-malam. First time aku beli makanan siap sejak 49 hari aku kat sini, what a record lah kan? Masa beli biskut (biskut aje dah RM 18, aku terpaksa beli biskut since tak ada benda lain dah nak makan, since nak buat cekodok dah tak boleh kan? ), ternampak pulak makcik tuh susun-susun jeruk. Terus teringat kat Angah, dia sampai ke Penang sana tuh beli jeruk, so aku belilah jugak jeruk kelubi sama kedondong. Sebab Angah pun beli, kan? Kitaorang nih connected, sorang beli jeruk, sorang lagi beli jugak. tTapi, dia beli kasut Clarks 2 pasang, aku beli spenda 4 helai sepuluh ringgit.

Senget-senget bahu dan tangan aku mengusung dan menjinjing barang, nasib baik half way tuh Mamat Lone Ranger ada naik motor, so balik dengan dia ajelah. Pelik aku, dia nih tak ke Pasar Malam tapi apa pasal selalu keluar masa aku pergi Pasar Malam tuh? Ker sebab dia kesian kat aku kot, pergi balik jalan sorang-sorang? Lagi satu, aku kesian dengan dia sebab aku bergendongan bawak barang tapi dia tak ada apa pun. Tapi, apa aku nak kasi dia? Tengoklah, minggu depan aku nak beli jajan yang kecik-kecik, kalau dia ada jemput aku lagi, aku boleh kasi yang itu, kalau tak pun aku makan aje lah kan?

Terserempak dengan Joko, bini dia dan Keling tuh yang nak ke Pasar Malam jugak. Elok aje aku bukak gate, Keling tuh termengah-mengah datang nak pinjam duit RM 20, sambil kata, "Indonesia no good, Indonesia no good". Maksud dia, Joko tu lah. Aku suspect Joko yang suruh dia pinjam duit tuh, macamana pun aku cuma ada dan kasi RM 10, yang lainnya notes seratus-seratus.

Malam ini internet buat palat lagi, punyalah siksa nak even update blog. Nak bukak Forex Terinal, lagi lah kan? Awal-awal dulu ada aku kata yang kalaulah internet tak dapat, atau ada apa-apa hal dengan laptop aku (rosak etc), harus aku berhenti kerja kan? Ha,janganlah jadi macam tuh. 


Nasib baik lah Forex Market macam tak bergerak langsung, aku, walaupun tak dapat online sangat, aku tak berapa bimbang. My account stands at USD 625-17.